Tuesday, January 25, 2011

Rezeki Itu KetentuanNya

Assalamualaikum

desert

Apa itu rezeki?

Rezeki dari segi istilah ialah suatu yang datang tanpa duga dan jangka. Hadirnya sesuatu yang diharap dan penerimaanya sukar digarap. Mengukir senyuman setiap kita yang bertuah, dan kata-kata kesyukuran pula diungkap keluar. Bagi mereka yang tiada rezeki, keredhaan hati dibayangi emosi. Dengan wajah cuka dan tidak berseri, menerima ketentuan seperti hidup dan mati. Penulisan ini menerangkan pandangan peribadi erti sebuah rezeki dan salah harap dimaafi dan silap harap dibetuli.

Harus diingat rezeki itu bukan takdir kita, bukan ketentuan perbezaan kita, bukan nasib sesuatu yang menimpa. Kerana janjiNya kita semua sama-rata dan sesama manusia. Mengapa harus cemburu dengan insan yang lain? Sedangkan rezeki masing-masing dalam bentuk yang lain-lain. Perspektif kita memandang rezeki itu nasib yang tertulis. Tanpa disedari memperlekehkan keadilan Yang di atas dan mengguris.

Disebalik kisah sebuah rezeki, ada seorang pengembara dan seekor unta. mengembara sebuah lautan pasir, tersesat tepat dipaksikan matahari. Berlanskapkan permukaan pasir berombak dan tanpa jejak, garisan ufuk dunia antara langit dan dataran. Penat beliau berjalan. Mencari lopak air, bangkai dan reptilia ditemukan. Lalu beliau berdengus di dalam hati.

“kenapa aku ditakdirkan untuk berdiri di tempat sebegini, tiada setitis air dan tiada akhir..”

Beliau memandang untanya yang lesu berjalan beribu batu. Lalu beliau berfikir tentang ajalnya, mati kering di padang pasir bersama seekor unta, tidak berkubur dan tidak bernesan. Beliau pun menggali sebuah lubang dengan harapan menemui mata air, setiap inci yang digali, ribut pasir menimbus galian. Apa yang diusahakan hanya sia-sia. Beliau memandang langit, lalu mendoa kepada yang Esa.

“ya Allah, berikanlah aku setitis hujan di akhir sebuah kehidupan..”

lalu setitis air menitik tepat di atas dahinya. Beliau berfikir, jika aku meminta selautan air turun dari langit, nescaya Allah akan membanjiri padang pasir ini. Dan beliau pun berdoa selautan air turun dari langit. Tiada hasil. Beliau musykil dengan petunjuk ini. Lalu beliau terus menggali dan setiap ribut pasir yang menimbus, beliau tetap menggali sambil meminta dengan Allah supaya di temukan dengan air.

Setelah lama menggali, hujan lebat membasahi beliau dan unta. Dan apa perkaitannya dengan menggali padang pasir untuk menemukan air, tetapi hujan yang turun dari atas? Rezeki. Rezeki tidak bermakna nasib seseorang. Tetapi datang dengan ketentuanNya. Ia tidak datang dari dalam bumi tetapi dicurahkan dari atas dengan izinNya. Ia juga tidak datang dengan hanya meminta, tetapi usaha yang dikudratkan menampakkan hasilnya.

Kesimpulannya, rezeki itu ada dan ditetapkan di atas setiap kita-kita. Cepat atau lambat itu urusanNya. Setiap usaha dijanjikan kerana Allah itu maha pemurah. Maha itu sifatnya. Dia memberi dan kita menerima, meminta itu betul caranya tetapi tanpa usaha, kita boleh fikir apa perkaitannya. Ia juga ada dimana-mana. Diibaratkan pemberian yang tak terkata dan boleh ditarik dengan izinnya.

Jadi, bersyukur dengan apa yang ada.

Sunday, January 16, 2011

Shisha: Realiti Seorang Noob dan Doktor

Assalamualaikum

rasta

The Gorgeous and Friends – Rasta

Apa benda yang disedut sedap, dilepas puas?

Ok teka-teki ini ranggi dan bersahaja. Shisha jawapannya. Ini bukan blog melucah, tetapi sedikit trivia untuk rangsang pemikiran pembaca supaya produktif. Pertamanya, saya ingin mengingatkan pembaca bahawa entry kali ini sedikit boring dengan pengetahuan am dan fakta-fakta kesihatan. Bagi yang tidak menggemari shisha, anda digalakkan tidak membuang masa disini. Bagi yang ingin mempelajari apa fungsi dan kesannya terhadap kita-kita di bumi, inilah antara blog tepat untuk anda.

Ini adalah rakaman perbualan antara seorang yang noob terhadap shisha dan seorang doktor yang agak experience disitu.

Noob:

Apebende shisha ni doktor? Macam pergi je.

Doktor:

Takpayah nak pergi sangat la. Ok tengok gambar ni.

shisha

Selamba yaya doktor terangkan secara praktikal alat ini berfungsi, dengar baik-baik. Apabila kita menyedut hose atau paip shisha ini, akan keluarnya asap di mulut mahupun hidung. Di dalam mangkuk paling atas sekali, terisi tembakau berperasa. Ianya campuran sirap buah-buahan dengan tembakau yang diperam/dikeringkan dan terdiri dari perasa-perasa sedap seperti apple, pineapple, watermelon, orange dan coklat pun ada. Apetah lagi vanilla mahupun cocktail. Dan doktor punya favorite grape mint.

Dan di bahagian atas mangkuk tersebut tersalut kertas aluminium yang meletakkan arang malap diatasnya. Apabila kita menyedut paip berkenaan, nyalaan arang itu berlaku dan membakar tembakau berperisa tersebut dan menghasilkan aroma yang ummph dari tembakau tersebut dalam bentuk asap dan meluru ke dalam air melalui paip stim di dalamnya. Kemudian, asap-asap ditapis keluar dari dalam air dan membentuk wap dan asap-asap nipis . Penghisap shisha akan merasakan sesuatu perasaan nyaman buah-buahan di dalam kerongkong dan melepaskan asap yang berbau wangi dan menyenangkan. Emm.

Noob:

Sabar doktor. Doktor buat saya ghairah. Ape sejarah sisha ni sampai doktor hilang kawalan?

Doktor:

Ini bukan alat majika, tetapi sejenis hisap-hisap dari zaman purbakala yang sekarang tumbuh seperti cendawan di kedai-kedai tepi jalan bak kulat di atas roti. Maksudnya meluas dan mudah diperoleh. Ceritanya bermula di India, sekitar 1500-1600 tak silap doktor. Dan pengasasnya ialah Hakim Abdul Fath. Dan otai shisha ni membuat satu statement panas yang berbunyi begini;

“asap yang u’all sedut melalui shisha, is less dangerous than rokok mahupun curut. u feel me?”

Dan statement itu melekat di sanubari masyarakat kita bahawasanya shisha ni ringan-ringan dan takde hal kalau disajikan selepas makan malam bersama keluarga.

Noob:

So?

Doktor:

Statement itu tanpa bukti kukuh la noob. Alahai kau ni. Tak belajar matematik moden ke. Lets say, Abu hisap sebatang rokok. Sebatang rokok memerlukan purata 10 sedutan baru habis. Then Ali tibai shisha sebalang yang memerlukan 50-200 hembusan mengikut saiz. Ok, tak logik if Ali hisap shisha sebalang sorang-sorang. Paling sakai pun 4 orang satu round. Cuba bahagi 200 tu dengan 4 member Ali. Tak ke 50 sedutan dan disebabkan kandungan nikotin nipis di dalam asap shisha, sedut banyak mana pun tak puas. Dan bila terkumpul nikotin dalam badan, bersamaan:

50 sedutan shisha / 10 sedutan rokok = 5 batang rokok

Dan Ali serta 3 lagi rakannya menjalani sesi menghisap:

4 orang x 5 batang rokok = 20 batang sekali gus (sekotak)

Dalam mase kurang dari 1 jam maybe.

Noob:

Parah ni doktor. So tak boleh try la ni?

Doktor:

Apadehal. Nak hisap lantak kau la noob. Doktor pun hisap. Sekali sekala je pun dekat uptown. Time-time hujung minggu. Hidup je lagi.

Noob:

Ceit ! Nama je doktor, pandai ceramah tentang bahaya shisha.Terbakar shisha nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu.

Doktor:

Tenang sudah. Doktor ni doktor cinta je pun. Biar nyawa hilang, janji hati jiwang. Yeah !

*Disusuli lagu Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku*

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath