Wednesday, December 29, 2010

Meet The Blogger


Assalamualaikum



Sukacita,

Dua puluh enam yang lepas, sebuah perkumpulan atau perkampungan sesama mereka yang dianjurkan Mel bertempat di Timesquare telah mengumpulkan kira-kira 54 ahli komuniti yang rata-rata dibarisi penulis-penulis steady. Ia di anggap berjaya tanpa cacat cela dan ketika itu bahagia milik mereka. Aktiviti utama sosial sihat dan erat saudara ini adalah bermain bowling. Disusuli dengan late-lunch, sesi bergambar dan bagi mereka yang masih ghairah dalam kerancakan itu, meneruskan peleseran ke pusat karoake untuk lepas geram. Aku gigih selama 12 jam. sepuluh pagi bertolak dan sepuluh malam mampir di rumah.

Bukan niat aku untuk menghadir diri dan menambah seri. Aku yang mungkin punyai sedikit masa untuk mereka, menyudi diri utk meneman dan diteman eykameow dan hanalovenest lalu beramah diri dengan cara tersendiri. Antara penglibatan mereka yang masih gagah selain yang disebut ialah Cheamster, Tia, Carl, Platipus, Aus Melankolik, Cikhel, Jojo dan lain-lain lagi yang gagal dikenalpasti. Juga yang kurang gagah hingga waktu puncak ialah Hudaluna, Ery Farieha, Bean Moreno, Pojiepooh, Daydeck dan lain-lain yang tak berkesempatan disebut penulis. Kelihatan juga kelibat Rina Salleh, gadis melayu kehormat undangan yang memanis pandangan.

Dukacita,

Mungkin ceritanya sama jika dibaca dari mereka. Pahit manis masam masin itulah rasanya dan kebanyakan mereka tidak beza. Untuk menghasilkan sesuatu penulisan sedikit berbeza, perspektif peribadi di cerminkan. Katakan, di dalam mana-mana institusi pun, antara keluarga, persahabatan, sepejabatan mahupun perhubungan, diakui duri itu ada, talam itu sentiasa dan sejati pegangan mereka. Aku merasa duri itu, aku melihat talam sesuatu, dan kesejatian itu kekal sebegitu. Ia teladan untuk dipertontonkan, bagaimana sesuatu yang dimulakan hingga kesimpulan sebuah pengakhiran.

Barangkali begini contohnya. Jika sebatang duri mencalar dengan cerita-cerita sebegitu, bangga mengakui perkaitan antara aku dengan seekor hantu, membubuh cerita-cerita yang bertahun basinya, gigih cara menjajanya, sedih menagih simpatinya dan busuk hati dari najisnya. Seterusnya meracuni mereka yang sejati dengan aku dan sahabat-sahabat sejati itu, jangan kata karma yang membalasnya malah pendengar itu sendiri mengulangi cerita sambil berdekah-dekah. Nyata, percubaan sebegitu memalit najis di dahi sendiri.

Rumusan cerita,

Terkadang aku kasihan, beliau membayar dengan harga mahal, sama harganya dengan erti sebuah dara untuk dihadiahkan. Itu contoh sebuah gambaran. Kisah yang tidak perlu diperjelas dan tidak diminta balas. Diam bukan penakut, kecoh bukan mencari pengikut, sebelum semput, belajar kunci mulut. Terima kasih bagi mereka yang berdiri sama tinggi dan bahu sesama bahu. Alhamdulillah, keharmonian kita semua ini masih tenteram, jaga-jaga dengan mereka yang mengancam.

Sunday, December 26, 2010

Sebulan Selepas Itu

Assalamualaikum



Begitulah sedikit pemanis bicara aku yang tak seberapa sebelum aku mula menaip setelah pulang dari perantauan. Dan aku tak perlu lah terlalu perasan dan berperasaan bahawa ada mereka yang bertanyakan kemana hilangnya penulis blog yang gila ini. Tak banyak yang perlu di perkatakan sebab aku semakin tak biasa menaip bahkan aku memang dari dulu hanya menulis sesuatu yang karut dan syok sendiri. Adakah aku bercakap sebagai seorang yang sudah matang? Dan kononnya ini percakapan matang yang mengkritik sifat childish masa lampau sendiri. Huahua.

Dan aku rindukan perisian ini. Tempat menulis dan meletak gambar, kemudiannya publish dan biarkan dibaca para pembaca yang terdiri dari pelbagai jenis tujuan pembacaannya. Ada yang 'membaca' sebab nuffnang, datang ke shoutbox dan cakap sudah mengklik nuffnang dan minta kunjung balas. Ternyata haram mereka ini kerana aku tidak memiliki tabung duit itu dan aku tidak mencari pendapatan sampingan sebegitu rupa. Ada yang terdiri dari sahabat, teman-teman sepertualangan. Bila bercakap tentang ini, nombor satu di fikiran aku hanyalah The Gorgeous. Oh, aku rindu sama perempuan-perempuan aku. Semoga kalian sihat-sihat selalu.

Akan tetapi saudara, air tidak selalunya tenang. Ada yang menyelongkar, mengupdate kapan waktu aku mengupdate blog dan mula berlaku sumbang terhadap cerita-cerita aku. Jelas disini aku bukan lah perasan kerana aku dapat lihat keghairahan seseorang pabila sesuatu yang baru ditulis disini, dan kesan selongkarannya tidak dihapuskan. Namun, golongan yang tidak cermat ini bukan suatu ancaman dan tidak perlu ditentang kerana sekurang-kurangnya, sebusuk nangka dan sekelumit tahi mereka pun hanyalah menambahkan trafik dan mengiklankan populariti aku. Terima kasih atas segalanya, dan aku serahkan sahaja semua dengan ketentuan-Nya.

Di atas kemunculan ini, juga terlintas difikiran, bagaimana aku perlu terus-terusan menulis sesuatu, supaya kunjungan-kunjungan insan-insan tertentu tidak menghampakan. Kekonsistenan bukan kemampuan aku, kerana hidup aku diluar ini sangat-sangat tak menentu. Bila mana aku busy, aku berkata yang aku free, sambil melayan-melayan sesuatu sehingga terlampau busy. Dan bila aku benar-benar free, aku berkata yang aku busy, sibuk menjalani sesuatu yang tidak perlu hingga waktu rehat aku hapus begitu. Nyata, kesempurnaan bukan milik aku. Jesteru, perubahan perlu diperlaku ke atas diri aku.

Kadang kala aku sedikit fobia. Tulis itu salah, tulis ini salah. Mungkin aku terlalu memikirkan hati dan perasaan yang kononnya terganggu. Seperti yang diberitahu, aku hanyalah insan perasan dan perasaan bodoh yang dilayan-layan. Aku sedar hak aku, aku tahu prinsip dan kemahuan aku. Tetapi aku hanyalah terlalu pengecut untuk melakukan sesuatu, kerna aku menjaga hati tertentu. Seburuk mana aku, sekeji kata mengganggu, sebusuk nama dihambur, aku masih memiliki kemuliaan ini, saudara. Menjaga sesuatu yang tak perlu aku jaga tetapi kerana tingginya nilai-nilai kemanusiaan aku, aku tetap melayan mereka ini seumpama saudara aku yang lain.

Bukan kepuasan menerangkan sesuatu yang dicari, tetapi sebuah idealogi yang sedikit sebanyak memotivasi. Berbalik kepada persoalan aku sebentar tadi. Bagaimana harus aku menjadi lebih konsisten untuk tidak menghampakan insan tertentu? Permasalahan aku adalah tiada idea dan terlalu berbatas. Selamat berfikir Encik Psychopath.


bersambung..
 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath