Jemputan Ceramah di JKR, Johor


Dah masuk tahun 2017, azie belek belek album program tahun 2016 rupanya ada lagi yang tidak dikongsikan di sini. so ini #latepost la ye.

Kursus Perundingan Imej dan personaliti untuk kakitangan dan Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Johor selama 2 hari ❤️

Yang menariknya kursus kali ini adalah, mereka minta untuk adakan slot senaman. Maka tanpa azie memikir sesuatu yang lain, azie dah buat persediaan untuk berzumba.. hehehe.. ya! makanan azie je tu.. hik! lagi lagi kesemua peSerta adalah wanita.  memang sporting dan havoc habis!

Slot senaman dilakukan pada hari kedua.. selain senaman fizikal, azie kaitkan juga senaman dengan pengurusan stress. ya menarik!

Yang paling best, dapat feedback daripada penganjur dan peserta yang berpuas hati dengan kursus yang azie kendalikan.. Alhamdulillah!





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 












NOTA TANGAN :  Suntik kegembiraan dapat nikmat kegembiraan! alhamdulillah









Certified body language facilitator

 
 
Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban

Alhamdulillah, pagi ini dapat perkhabaran gembira oleh Malaysia's Body Language Facilitator Program apabila ujian akhir untuk #certifiedbodylanguagefacilitator telah lulus dengan jayanya dan an officially azie diiktiraf sebagai #teampakarbahasabadan :-)

*ujiannya lebih susah dan berat dari nak amik ijazah dulu :D 3 hari menung depan computer bila tengok video soalan! hahaha

KENAPA BELAJAR BAHASA BADAN?

Body language is a very powerful tool. We had body language before we had speech and apparently, 80% of what u understand in a conversation is read through the body, not the words - Deborah Bull

Bahasa badan menjadi suatu subjek yang penting yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lain. Kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar.

Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita sampaikan. Tapi dengan bahasa badan ia tidak boleh menipu kerana proses bahasa badan itu sendiri dari otak yang menggerakkan saraf seterusnya berlakunya bahasa badan dengan cepat dan tepat.

Dari masa ke semasa azie akan kongsikan tips dan kepentingan di facebook dan instagram untuk manfaat bersama

*Jangan risau!
 kami tidak menilai orang dengan mudah tapi kami menilai orang dengan tepat dan berilmu ^_^




 







 NOTA TANGAN : 1 of my wishlist dalam kehidupan








Selamat Tahun Baru, 2017




page 3 of 365 
How would u describe ur year in one word?

2016
selamat tinggal tahun 'percubaan'
2017
selamat datang dunia perjuangan!
 

Alhamdulillah! hari ini hari ke3 dalam tahun 2017. Permulaan tahun sibuk dengan keramat hidup menikmati, menerima dan memberi kasih sayang yang tidak pernah pudar walau sekali!

syukur syukur syukur!
untuk tahun ini seperti orang lain juga, mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya! itu pasti dalam hati setiap manusia ada keazaman tersebut! 

cuma yang membezakan adalah usaha dan pemikiran.

semoga kita semua matang mengikut usia dan ilmu di dada dalam menempuh perjalanan dalam kehidupan ini. 

Aamiin ya rabb 








NOTA TANGAN : perjuangan bersama ilmu