29 Mac 2011

Keputusan Peraduan CUN! MOVIE Dialog Paling Kelakar Tak Hingat!

Salam,


Inilah dia keputusan peraduan yang saya masuk tu. Walaupun saya hanya dapat menduduki tempat kelima sahaja. Syukur alhamdulillah. Bagi saya saya tetap pemenang bagi kesungguhan saya untuk memenangi peraduan ini dan keberanian saya untuk menonjolkan diri di hadapan atau di Wall Facebook kesemua 1000 kawan saya di Facebook. 


Selain itu saya mendapat komen paling banyak daripada kawan kawan dan penyokong saya di poster itu. Yang paling penting saya jujur tidak menggunakan Taktik Kotor Meraih Undi atau pun Undian Secara PukalWalaubagaimanapun , memang salah saya kerana lupa yang Admin CUN! MOVIE tidak meletakkan apa-apa peraturan dan syarat pun. Yang penting, page mereka laku iaitu mempunyai banyak fan. 


Sebenarnya tajuk yang Admin CUN! MOVIE ini tidaklah begitu tepat. Mereka sepatutnya guna tajuk "Peraduan CUN! MOVIE Dialog Paling POPULAR Tak Hingat!
Dan bukannya tajuk "Peraduan CUN! MOVIE Dialog Paling KELAKAR Tak Hingat!"
Ini kerana pemenang adalh berdasarkan undian LIKE dan bukannya berdasarkan dialog paling kelakar. ~Sigh~







Ini Entry saya terdahulu.



Salam Blogger sekalian, 
Boleh tolong tak,penting ni. 
Hehe, saya masuk contest filem Cun.
Boleh tak awak UNDI saya dengan klik LIKE kat 
Poster yang saya reka untuk dipertaruhkan ni.


First LIKE kat link ini dulu,

Pastu baru like ini, 

Hanya DUA saat plz... Walau Satu undian dari awak semua tapi sangat berharga. 

Thanks!





XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________
Jika suka silalah LIKE

24 Mac 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin



Ini Budak yang menyediakan Contest

Gambar bajet cool depan cermin lokasi : Malaysian Hall, UK.



Ini 4 Budak Hitam yang di'tag'kan
Datin Nad
Puan Sri Namee
YAB Salhah Suhot
Datin Sri Ain


Suka hati saya je tag Budak Hitam, padahal sayalah yang paling hitam antara mereka.
Tapi tak apa, sebab ni blog saya, saya lah watak utama dalam cerita ini.

XOXO, Azza Azman




 ________________________________________

Tips Gadis Yang Ketiak Tengik

Salam kengkawan,


Hari ini di hari yang mulia ini saya nak buat segment baru memandangkan saya ada beberapa pengalaman yang boleh dikongsi bersama rakan rakan hehe, malu pulak walaupun follower saya ada 20 orang je. Tapi makcik tak kisah huk huk huk. Makcik tetap nak share dengan cucu cucu semua. Huk huk huk mari batuk bersama sama ala-ala mak nenek :~)


Jangan layan gambar ini


Tips pendek yang saya nak share kali pertama adalah bagi kengkawan yang merasakan ketiak dia mudah berpeluh dan berbau. Makcik eh saya tak mau copy paste dari internet lain. Ni semua dari pengalaman saya je. Alamak kantoi saya pun berbau tengik T_T. 


Gurau.


Tolong jangan senyum sinis, saya nampak korang dari sini okay. Kengkawan sebenarnya tak payah lah beli deodorant dekat rm10 sebotol dekat Watson. Saya tau kengkawan beli sebab nak nampak cool memandangkan botol spray deodorant tu sangat cantik elegant lagi berani. Ada ke botol berani? Tapi bila ketiak tengik kan dah tak cool...


Kapur sirih RM2.50 + Limau nipis Rm1.00 empat bijik

Macamni, setiap minggu bolehlah menyapu kapur sirih yang dicampur dengan air perahan limau nipis ke ketiak selama 10 minit. Ala masamandi tu boleh je sapu sementara korang gosok gigi dan gosok apa yang patut. LOL~ Okay saya serius, petua ni memang menjadi. Dan tak ada side effect pun. Kalau korang amalkan, pasni kalau korang tertinggal deodorant kat rumah jiran pun boleh survive lagi kalau sehari tak pakai deodorant. Tak tipu.


Baiklah, sekian tips mengetips dari Chempaka Sari.
Salam.












XOXO, Chempaka Sari






________________________________________

23 Mac 2011

10 Sebab Lelaki Sentap Bila Gadis Suka Lelaki Kaya



Assalamualaikum, Cik Chemp nak bercerita.

Dengar tau, eh baca tau


Satu hari ada sorang gadis ni beriya-iya bermanja manja bergurau senda dengan boipren beliau. Sampai topik mengarut ngarut pun dah terkeluar misalnya " Awak, awak, kalau saya izinkan awak madukan saya dengan Kak Limah awak nak tak? Saya sanggup bermadu dengan Kak Limah !"


"Heh tu soalan kacang je sayang oi, tentu la tak sanggup sebab i sayang u sorang je"
Dalam hati, eleh memanglah tak sanggup, cuba digantinya Kak Limah dengan Hanis Zalikha.
Amekau. Then keluar pula soalan mengarut buat yang kali ke 18, "Awak, awak, kalau lah saya dapat kahwin denagn lelaki kaya kan best, kan awak kan?'


Si boipren pun diam. Diam seribu bahasa. Tadi lapar sekarang dah kenyang. Lantas gadis pun bungkus jelah makanan sebab malas lah nak makan sorang-sorang ehehe. Ada sebabnya kenapa si boipren terasa. Pengajaran kepada gadis, tolong ye, diulangi sila jangan sebut-sebut pasal lelaki kaya mahupun mempersoalkan tentang gaji bulanan si boipren. Sebabnya...


1. Dia terasa, sedangkan dia dah kerja rajin dan buat yang terbaik. Rezeki belum sampai lagi.

2. Sebab dia tak hensem, jadi lagi cepat sentap bila poket kosong. Apalah yang ada lagi. Awek pun asyik merungut je.

3. Dia sedih sebab ingat si gadis nak cari lelaki lain. Sedangkan si gadis nak memberi inspirasi pada lelaki tu. Tapi salah cara beb.

4. Sebab dia malas kot? Lelaki kaya lain sibuk masuk MLM, jual insurans, jual One Drp Perfume. Dia hujung minggu habiskan gaji modified kereta. Padan muka kan dah terasa.

5. Dia menyesal. Penyesalan yang tak sudah -sudah sebab masa sekolah dulu tak belajar betul betul. Sekarang kat kolej baru dia rasa Add Math tu kacang je.

6. Dia kene bantu adik beradik dia. Sedih kan. Kau jangan la tambah beban dia lagi. Duit gaji dia banyak jugak tapi kena lah bahagi bahagi kat adik adik yang lain. Mulianya pengorbanan awak..

7. Baru teringat insuran motor tak renew lagi. Spoil mood. Sebab tu dia emo jap.

8. Malu la dengan kengkawan kalau orang tau berapa gaji dia. Tinggi ke rendah tu hak peribadi.

9. Sedih sebab gadis tu tak bersyukur. Tau ada je, usaha lah sendiri kalau nak kaya sangat.

10. Macam biasa untuk sebab yang ke sepuluh lu pikirlah sendiri bak kata Dafi. Hueh hueh hueh, sengau!


Apa apa pun nasihat saya, janganlah sesekali cakap macam ni kat boipren awak. Kecik hati. Kalau nak boipren kaya g cari awal awal takyah lah berkawan dengan dia sementara tu awak dok cari cari yang lain. Ish sampai hati la kalau buat macam tu.


XOXO, Chempaka Sari.
Jika Suka Jom Like



Surat Farah kepada Mr. Nice Guy

Salam,


Dear Mr. Nice Guy,




Dah sebulan kita tak jumpa,
Dah seminggu kita tak tepon,
Dah seminggu kita tak SMS,


Maaf, sebab saya muka bulat,
Ada jerawat kadang-kadang,
Bukan tak jaga,
Dah memang muka saya macam ni,


Memang lelaki suka gadis cantik semula jadi,
Tapi macamana ni,
Kecianlah dengan gadis yang tak cantik semulajadi,
Macamna ni,


Dulu,
Dalam loker saya ada bedak dettol dan vaseline je,
Sekarang penuh dengan alat mengarut lain,
Saya beli, saya pakai,
Tapi tak kekal,
Itu bukan saya,
Last last terbiar macam tu je,


Kan bagus kalau saya cantik natural,
Tak payah pakai apa-apa,
Itulah ayat biasa dari lelaki,
"tak payah pakai apa pun cantik"
Saya terasa,


Saya tak tinggi lampai,
Saya tak putih melepak,
Saya tak lah segala gala ciri idaman lelaki,




Tapi, walau apa pun,
Awak terima saya seadanya,
Thank U Allah S.W.T.
Thank u mr. nice guy,
Sudi terima saya.


~Alhamdulillah~
Saya cukup sifat,
Itu sahaja,
Sekian.




XOXO, Chempaka Sari. 



Gambar Perasan Dari Kota London


Pelik betul lah, tah kenapa bila saya bukak balik album, semua nya gambar gambar skema. Pelik pelik. Tak caya? tengok gambar gambar ini. Peliks bak kata Maria Elena Zarul.

 Hari first, semangat bergambar walau tepi tingkap je.

 Bawah pokok pun jadi. Berdiri tegak macam Dafi.

Senyum keras, sebab sejuk mungkin. 


Grr.... sejuk gilos time ni. Pukul 11 malam. 

Sarapan pagi dengan jus epal. Rindunya. 

Tak tau nak buat gaya apa, sedang memikir

Dalam bilik sebelum breakfast pun mesti ambil gambar

















XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________

10 Sebab Gadis Nak Kahwin Lelaki Kaya

Assalamualaikum,



Buat pembaca sekalian. Ini adalah artikel umum sahaja tau. Jangan ingat saya yang nak sangat kahwin dengan lelaki kaya. Bukan apa, lelaki kaya memang nak kahwin saya tapi saya je tak nak. Ehehe sila lempang diri sendiri 8 kali.



Ini lah 10 sebab yang saya fikir yang mungkin mengapa perempuan lain mahukan atau kepingin lelaki kaya. Selamat membaca dan hadamkan ke dalam kepalah anda. 1,2 & 3.. go!



1. Masa Depan
Dia nak bersedia untuk hari depan. Sekarang ni botol susu baby pun rm60 sebotol. 
Yang murah kerajaan dah haramkan.




2. Anak-anak 
Nak memastikan ada insuran untuk dia, untuk pendidikan anak-anak dia. 
Kalau dia mati, anak-anak masih ada tempat bergantung.




3. Semua perlu duit
Money is not everything but almost to everything. 
Because everything need money. 
Now you got me, right?




4. Suka shopping
Sebab boleh Shopping secara pukal kat Sogo ehehe..




5. Wedding Gempak
Dia nak kawin kat Klcc macam siti nurhaliza. 
Aku pulak teringin nak kawen kat shopping complex. 
Serius.




6. Beli Rumah
Secara muamalah nya, sebab nak senang hidup. 
Tadi belajar kira-kira, nak beli rumah + kereta and so on so on. 
Sangat mahal kot...so kalau berlaki kaya...tak payah fikir fikir pasal yang lain-lain dah.
Ni jawapan dari Iqa.




7.Bangga
Barangkali mereka mahu berbangga dengan kawan kawan kot? 
Nak bagi kawan jeles mungkin.



8. Malas
Gadis yang malas nak bekerja. Hey! bukan pemalas lah.
 Mereka cuma nakkan masa untuk jaga anak anak. 
Jangan fikir negatif saja. Huhu.




9. High Maintained  
Alat mekap bajet rm100 sebulan. Itu kalau yang biasa biasa saja. 
Buatnya dia pakai jenama LaMer ke, CD ke, Bobby brown ke. 
Adalah dalam rm1000 sebulan. Sebab tu bini lelaki kaya cantik cantik.




10. Setaraf?
Macam biasa,untuk sebab yang kesepuluh, lu pikir la sendiri! 
Cuba lah perah sikit otak tu bagi kering. 
Asyik lembab aja, hehe. 
Dah pegi google sendiri.




Bubye!
Baby buger buger dah nak tido.




XOXO, Chempaka Sari
jom like and share di facebook

21 Mac 2011

Miera Liyana Taktik Cemerlang Semakin Terkenal









~Salam semua~


Aku bukan nak puji si Mira Liyana ni since semua orang kutuk-kutuk dia.
Tapi nak cakap hal positif je yang dia dapat sebab seksi ni.
Walaupun tindakan dia agak cemerlang untuk menempah neraka.
Memang la dia patut kene kutuk pun tapi, 
Tapi kalau dia taubat InsyaAllah masuk SYURGA.



Aku bukan Tuhan tentukan Syurga Neraka orang lain.
Tapi ingat Allah dah kata tutup aurat.
Bukak aurat jadi dosa.
Kalau dosa Allah campak masuk neraka.
Mengumpat pun dosa kan, kan?
Aku la tu mengumpat Miera Liyana.
Hehe



Kepala dia ni bijak weh!
Sekarang aku nak cakap apa yang orang lain tak cakap lagi.
Serius sekarang satu Malaysia dah kenal dia.
Dulu sapa kenal dia? Kalau Fatin Liyana kenallah.
Dia ni berlakon pun drama picisan je.
Watak kawin dengan Nabil Mentor hehehe.




MIERA LIYANA TERKENAL SANGAT SEKARANG
Tindakan bodoh eh berani dia tu buat dia terkenal okay.
Semua blogger nak sebut pasal dia.
Semua blogger nak tepek gambar dia.
Semua nak google nama Miera Liyana.




Dalam hati "seksi ke seksa ke yang penting i lebih terkenal dari Dafi"


Betul tak saya cakap dia makin terkenal sekarang?
Tak de, aku cuba nak cakap in positive way je.
Jangan la ingat saya nak kutuk dia je pulak. 
Tak tak tak!




Manusia memang suka tengok benda buruk je dari baik.
So kalau buat benda yang buruk memang cepat terkenal.
Tak caya? Cuba baca ni.


***Tolong LIKE kat sini
**Then tolong LIKE kat sini
*LIKE jangan tak LIKE hehe


XOXO, Chempaka Sari








 ________________________________________

Tip Aduan Broadband Maxis Yang Lembab

Salam, 












Awak pernah rasa tertipu oleh maxis?


Maxis begitu lembap?

Awak nak komplen tapi tak tahu macam mana?

Senang saja, ikut contoh yg saya berikan:







Mula-mula awak hantar komplen awak melalui email.

INGAT,melalui email. 


Selepas itu awak hantarkan pada Maxis. 


Dan jangan lupa perkara yang terpenting!

Email tu anda cc kan kt eaduan@kpdnhep.gov.my.
Confirm selepas awak hantar email,

dalam masa 24jam mesti diorang call awak balik.

So dengan ini awak tak payah bazir duit nak call diorang.

Terbukti berkesan,

cara ini juga anda boleh buat untuk syarikat yang lain

Yang mana awak rasa nak komplen  tu.

Contoh macam Astro dan Aeon Credit.......





Good Luck =)





XOXO, Chempaka Sari








 ________________________________________
Jika suka jom LIKE

Muka Manis Mulut Manis Rupanya Selfish





Ini adalah kes terpencil dimana gadis-gadis yang bermuka dan bermulut manis yang rupanya sekadar menanam tebu di tepi bibir. Cuba bayangkan tetiba ada sebatang pokok tebu dekat muka diorang ni mesti hodoh kan?


~Eh hehe sori off topic~


Inilah nasib saya yang tidak berwajah manis dam bermulut manis. Sukar mendapat kerjasama undian LIKE yang tidak sampai 10 saat. Lukis gambar Dafi AF lagi susah.
Saya tidak kisah bagi mereka yang tidak pernah terlibat dengan Contest@Facebook ni.


~Saya faham~


Tetapi sesetengah gadis-gadis hot yang dulu-dulu bermulut manis menyuruh saya undi LIKE dekat gambar posing Maut diorang, siap ber Dear, ber Sayang. Sekarang seorang pun tidak undi LIKE kat poster yang saya submit kat contest tu.




~Sedih~




Agaknya kalau saya 'rename' nama kat Facebook dengan nama Fatin Liyana tak pun Hanis Zalikha karang baru depa nak LIKE, hueh hueh hueh!


~Stop~


~Salam~

___________________________________________________________



Warga blogers yang sempoi sekalian,
Sekarang meh tolong undi saya Contest Cun!Movie @Facebook
Saya telah meng’join’kan diri dengan contest filem Cun! Movie.
Kengkawan yang sporting boleh support saya dengan klik LIKE poster yang saya telah uploadkan.
Please, sebab saya nak tengok wayang free!
Tak pernah tengok wayang free sob sob.

Korang kena LIKE link ini dulu,
           

Pastu baru boleh like ini,


Simple gila, hanya DUA saat untuk DUA langkah mudah. Well, satu undian amat berharga bagi saya.





XOXO, Chempaka Sari





 ________________________________________