Wednesday, July 29, 2009

Bila anak kena jentik...

Hati ibu yang remuk.

Sakit mata ni menangis.

Tadi nafis mengadu. Dia kata petang tadi Rahma jentik kepala dia. Sebabnya time tido petang, nafis kencing dalam pampers, pastu bocor plak atas katil. "Sakit kakak rahma jentik." Siap demo lagi camane rahma jentik dia.

Allah saja yang tahu perasaanku sekarang.

Pertama: Kenapa jentik kepala?

Kedua: Kenapa nak marah bila nafis kencing bocor?

Ketiga: Aku sebagai mak pun tak pernah marah kalau nafis kencing bocor. Nak buat camane dah bocor, pampers la yang salah.

Shah kata aku emosional sangat. Standard la kalau orang geram kadang2 terlepas kat anak. Shah kata macam la aku tak pernah pukul nafis. Dan ni baru kali kedua atau ketiga nafis mengadu rahma pukul dia.

Sekali dengar bunyi macam shah backing rahma.

Tapi mungkin jugak shah betul. Aku ni emosional sangat.

But still, langsung tak boleh terima alasan sebab anak kencing bocor kena jentik.

---------------------------------------------

Baru lepas talk dengan rahma. Dia mengaku dia jentik nafis. Sebabnya; time mandikan, nafis buat perangai, taknak dengar cakap dia. Dania pun sama. Sebab tu dia tension sangat. Cakap 10 kali pun anak2 tak dengar. Takde pulak sebut pasal kencing bocor.

Tapi dia kata dia jentik sikit je, bukan pukul dengan tangan atau dengan kaki. Dia minta aku faham situasi dia. Dia cakap orang gaji lain lagi teruk. (takde kaitan ok)

Pertama: Aku percaya rahma cakap benar sebabnya; dia mengaku dia jentik nafis. Kalau orang menipu, mesti takkan mengaku in the first place.

Kedua: Aku boleh bayangkan keadaan bila anak2 taknak dengar cakap. Kita rasa geram, marah, tak dihormati. So in that situation, i can understand why rahma did what she did.

Ketiga: Tapi walau atas apa alasan sekali pun, tak bermakna aku boleh terima rahma jentik atau pukul atau cubit anak2. Mula2 memang la jentik aje tapi lama2 bila budak dah biasa kena jentik, kena la pukul pulak. So i told her that whatever her reason is, please! Never ever hurt my children. Fullstop.

Keempat: Ya, aku pun pernah pukul anak. Dua bulan sekali kot. Bila anak2 tak dengar cakap, tak hormat dan pijak kepala kita. Tapi tak pernah pukul depan orang. Sebab taknak orang lain pun ingat, diorg boleh pukul anak aku.

Orang gaji pukul anak dengan mak pukul anak tak sama.

---------------------------------------------

Kesimpulannya: Tak mudah bila kita jadi ibu but at the same time, nak jugak kerja jadi terpaksa tinggalkan anak bawah jagaan orang lain. Nama pun 'orang' - takde yang sempurna.

Cumanya risau hati ni... bila fikir 3 bulan lagi nak tinggalkan rahma dengan sorang baby plus dania and nafis.

Ini semua dugaan daripada Allah. Semoga Dia lindungi anak2 semasa ketiadaanku, dan mengurniakan jalan penyelesaian terbaik untukku. Serta memberikan kesabaran dan melembutkan hati rahma dan orang yang menjaga anak2ku. Amin.

Thursday, July 23, 2009

Jiwa bergelora bila melihat ini...

Guys.. help me. i want this. i REALLY want this, and i want it NOW.

SPECTRA 3 ELECTRIC BREAST PUMP
(Aaaaa!!! Tengok gambar pun dah excited!)

Kalau boleh, skrg jugak nak beli online. But it's not that easy. Bukan sebab susah nak dapat di pasaran, tapi...

Saya dah ada breast pump. Bukan satu.. tapi DUA! isk! Tapi sebelum anda kata saya tamak, bagi can saya explain dulu.

Ni pump no. 1 saya beli lepas lahirkan Nafis.

Pigeon Premium Manual Breast Pump. Harga tak ingat la berapa, rasanya RM150+. Masa beli ni takde ilmu langsung pasal bf, pakai beli je kat jusco sebab nak cuba. Pam ni cuma pakai beberapa kali sebab tak tahan tangan LENGUH GILE! Nak nangis tiap kali mengepam, dapat susu ciput pulak. Pastu beli pam lagi satu.
Medela Mini Electric Breast Pump. This thing cost about RM400+. Fuh, lega dapat guna pam elektrik, hilang masalah tangan lenguh. Susu pun keluar lebih banyak. TAPI (ada jugak tapi) bunyinya bising yang amat! Macam bunyi pemotong rumput pun ada. Kiranya kalau pam dalam bilik, semua orang kat luar boleh dengar.

Apparently this pump is for short term and occasional use only. Even Medela sendiri tak recommend untuk daily use. Since skrg saya plan nak exclusive bf, kena pam setiap 3 jam, each breast 15 minutes plak so memang tak praktikal guna Mini Electric ni.

Jadi, kenapa Spectra3?

Saya dah baca banyak review pengguna pam ni dan hampir semuanya sangat berpuas hati.
  1. Durable - pam elektrik standard hospital. Sesuai untuk kegunaan harian.
  2. Dual pumping action - maksudnya boleh pam both breast serentak. Kalau sehari pam 3 kali, bukan ke boleh save 45 minit? That make lots of difference.
  3. Very quiet - faktor jatuh cinta. Malu la satu ofis dengar tiap kali pam susu. Lagi2 skrg ramai pulak anak teruna kat ofis ni.
  4. Portable - boleh guna dalam kereta sebab ada car adaptor. Bagus betul...
Senang cakap, serba-serbi sempurna la. Bersemangat nak pam susu. (Bayangkan lepas ni kena bangun malam untuk susukan anak DAN pam susu?) Kalau la boleh dapat set ni, laaaagi bagus :)

Spectra3 complete with travel bag, cooler bag, ice packs,
10 storage bottles, extra shield for double pumping.

Ongkosnya? RM610. Gulp. Campur in-car power inverter RM99 = RM700. Gulp dua kali.

Hari tu my mom ada offer nak belikan breast pump since i mention to her nak exclusive bf. Tapi pam ni mahal gile, tak sanggup kalau org belikan. So saya cakap kat dia "Dah ada pam lama, thanks ummi" (padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa saya mahu... isk!)

Dan masalah saya paling besar, kalau la Shah tau saya tengah merancang nak beli pam ni, mesti dia bising! "Macam tak cukup2. Dah ada 2 pam, nak beli lagi. Lepas ni ada keluar pam model baru, nak beli yang tu pulak." Terngiang2 dia nak cakap apa, padahal belum bagitau dia lagi. I knew him too well, dah boleh agak dia nak cakap apa. Tak sanggup menghadapi, takut sendiri patah hati.

Dah la baru malam tadi dia mencadangkan saya deliver kat hospital kerajaan sebab nak save cost (eh, sampai hati awak eh?) Ni lagi nak beli pam baru pulak.

Ikutkan boleh je beli senyap2. Duit sendiri pun kan? Tapi kalau suami tak restu, tak berkat pulak. Aduh :(

Huwwwwaaaa!! Camane ni??? Due dah tak lama lagi. Sob sob *dilemma*

Friday, July 17, 2009

Berita Terkini

Saya masih belum bersalin lagi, in case u r wondering :p

Kalau tengok ticker di bawah, ada lagi 31 days to go. Tapi besar kemungkinan... anakku sayang akan melihat dunia dalam tempoh 17 hari lagi memandangkan kakak dan abang dia dibersalinkan pada minggu ke-38. That's like... what, 2 weeks?

Tak sabar! :)

So, this is my latest update:
  1. Check up 3 hari lepas , Dr kata uri dah matang. Boleh nampak dot dot kecik kat screen masa ultrasound. Should be good la kan? Never heard about uri matang before.
  2. Berita baik: Berat baby dah 2.6kg!! :) Macam tak percaya kan? Beriya sedih bulan lepas. Alhamdulillah, kuasa Allah.
  3. My total weight gain to date: 8kg.
  4. The size of my tummy is still relatively small. Almost everyday I get the same remarks from people : "Keciknya perut!!" "Eh, nak bersalin dua minggu lagi? Ingatkan 2 bulan lagi" "Ingatkan baru mengandung 5 bulan!" dan sebagainya. And my standard answer is: "Takpe, dia membesar kat luar."
  5. Pergerakan baby makin kuat, kadang2 sampai tersentak badan kita. Kuat anak dara mama ni :)
  6. Heartburn reduce drastically. Pelik betul. Logiknya perut makin besar, heartburn makin teruk.. ni terbalik. Again... kuasa Allah.
  7. Tapi ada masalah baru: itchiness! Hadeh... nak tido malam pun susah. Kulit nampak macam biasa, takde naik ruam atau merah2 tapi gatalnya tak boleh nak cerita. Malam tadi gatal kat tapak tangan & tapak kaki. Torture ooo!! Malam sebelum tu gatal kat belakang badan. Haha, lain hari lain tempat. Gatal sungguh si gatal ni. But this is nothing la kalau dibandingkan masa mengandung Dania & Nafis dulu. Lagi teruk sampai berparut badan asyik menggaru.
  8. Kulit badan berubah menjadi semakin gelap di tempat2 tertentu seperti area perut dan lain2. Nasib baik muka tak berubah kaler :p
  9. Semalam shopping barang2 baby kat jusco mid valley sempena j-card day. Habis beratus-ratus, terkejut en. abang. Dia kata "Bertuah baby...."
  10. Saya tekad nak exclusive breastfeed kali ni, at least for the first 6 months and will continue breastfeeding until she's 2 years old. Moga2 dikuatkan semangat dan dikurniakan susu yang banyak, amin!