Assalammualaikum...
Lama tk update blog...dek busy dengan study, kerja dan sukan ofis...jugak internet problem...
Just nak sharing mengenai PUASA yang diSunatkan, diHaramkan atau diMakruhkan...takut terlepas plak kn?
HARI- HARI YANG DISUNATKAN BERPUASA
Ø Puasa
enam dalam bulan Syawal (seperti puasa selama setahun)
Ø Puasa
awal bulan Zulhijjah ( 1-8 Zulhijjah )
Ø Puasa
pada hari Arafah – 9 Zulhijjah (menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun2
kemudiannya
Ø Puasa
pada bulan Muharram (setiap sehari mendapat pahala 30 hari)
Ø Puasa
pada hari Tasu’a – 9 Muharram
Ø Puasa
pada hari Asyura – 10 Muharram [menghapuskan dosa setahun yang lalu &
dikerjakan selama 2 hari –sebelum/selepas & lebih Afdhal 3 hari berturut2 (9 - 11 Muharram )]
Ø Puasa
dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa
Ø Puasa
dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 hb Sya’ban (Bulan diangkat
amalan kepada Tuhan)
Ø Puasa
pada hari Isnin dan Khamis
Ø Puasa
3 hari setiap pertengahan bulan Islam – 13, 14 & 15
Ø Puasa
hari Rabu, Khamis dan Jumaat (Allah membina untuknya sebuah syurga &
dicatat baginya bebas dari api neraka & jika diikuti dengan derma pada hari
jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru
dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa.
HARI- HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
Ø Puasa
pada hari Syak – 30 Syaaban
Ø Puasa
pada 1 Syawal ( Hari Raya Aidilfitri )
Ø Puasa
pada 10 Zulhijjah ( Hari Raya Aidiladha )
Ø Puasa
pada hari-hari Tasyrik ( 11- 13 Zulhijjah )
Ø Selepas
15 Syaaban ( kecuali bagi puasa Qadha dan Nazar )
HARI- HARI YANG DIMAKRUHKAN BERPUASA
Ø Puasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan
haji
Ø Puasa
pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
Ø Puasa
pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
Ø Puasa
sepanjang tahun