salam..
semenjak aku bekerja dengan Suriafm banyak mende yang aku belajar dan pelajari..mungkin ada yang mengatakan belajar dengan pelajari adalah perkara yang sama...namun sebenarnya perkara yang berbeza sama sekali..sama seperti balik dan pulang..kalu korang tak percaya cuba tanya cikgu bahasa melayu korang..ahaks...
apa yang ingin aku perkatakan kali ini ialah tentang kecenderungan seseorang untuk menjadi seperti Diva ataupun popular..perlu ker dalam hidup yang sementara ni??..
dalam satu-satu komuniti mesti ada yang akan menonjolkan diri mereka..kerna bagi mereka itu perlu..namun bagi aku menonjol atau tidak terpulang pada usaha dan juga penerimaan orang..apa yang ingin aku ceritakan kali ini ialah tentang pendengar-pendengar radio aku..ada yang terlalu hormat pada Dj dan ada yang buat Dj ni macam tukang main lagu je..hehee
ada baik dan buruknya semua itu...ada juga pendengar yang tak mahu tahu apa konsep station..yang dia tahu cuma nak marah kalu kehendak dia tidak dipenuhi dan ada juga yang mahu popular apa taknya kalu buat ucapan nak sebut satu keluarga dan kenalan..hampeh orang camni..
balik kepada perkataan belajar dan pelajari...disini aku dapat belajar tentang kelakuan orang normal..belajar bagaimana mereka ini boleh memahami dan menerima cakap seorang dj radio..belajar bagaimana mereka ini menghargai orang-orang disebalik suara yang mereka dengar tapi tidak kenal...memang pelik sebab mereka suka mendengar suara aku namun tidak pernah berjumpa??...namun aku pelajari sesuatu..manusia tetap berpegang pada satu prinsip iaitu ingin berkenalan dan ingin tahu..itu lah sifat yang ada pada semua orang tak kira apa bangsa,warna kulit dan juga bahasa...kadang-kadang aku merasa bangga kerna aku dipuja dan disanjung oleh mereka ini seperti aku ini idola ataupun orang yang paling rapat dan dah lama kenal hinggkan ada yang mencurahkan perasaaan dan juga inginkan nasihat daripada aku bila mereka ada masaalah..namun aku tidak dapat melayan mereka ini semata-mata untuk menjaga hati dan untuk menjadikan mereka peminat aku...
kerna aku berpegang kepada satu prinsip yang dibawa oleh allahyarham tun abdul razak...katanya....manusia yang cerdik adalah manusia yang mendengar nasihat dan juga menerima nasihat..
cari dan pelajari..
chow
No comments:
Post a Comment