Friday, April 27, 2007

Perihalku...macam-macam 2007

salam..

blog ni kadang-kadang tempat yang bagus untuk melepaskan segala mende yang ada didlm otak dan perasaan..blog ini juga tempat untuk orang2 yang tidak boleh bersuara secara nyata..blog ini juga tempat untuk menceritakan segala kepincangan dan juga kekalutan yang berlaku dalam hidup seseorang..

adil atau tidak bila kita dikenakan tindakan tetapi kesilapan itu berlaku bukan didalam ruang kerja kita sendiri..maksud aku,kita terpaksa membuat satu kerja yang disuruh oleh pengurusan tetapi diluar ruang kerja kita sendiri..dan kebetulan kesilapan itu berlaku dan kita tidak dibenarkan untuk bekerja dalam satu tempoh dan membabitkan ruang kerja kita..

mungkin ramai yang tak faham...biar aku cite sikit...aku bekerja dalam bidang penyiaran..dalam bidang ini kalau orang yang tak pernah ataupun teringin nak masuk bidang ini mungkin teringin sangat nak join..namun banyak perkara yang aku tahu bila aku mula join dalam bidang ini..

double standard,konspirasi,bodek dan banyak lagi virus yang ada dlm bidang ini..kadang2 aku terfikir juga ini mungkin satu pengajaran yang paling berharga dalam hidup aku..dimana keadilan??..memang betul kita ada banyak persatuan dan juga organisasi yang berjuang konon untuk orang2 yang terlibat dalam bidang ini..

penindasan yang tersirat memang menyakitkan..memang kuasa ditangan mereka macam iklan celcom..semua keputusan ataupun decision boleh dibuat ikut suka hati mereka..kalau tak suka ataupun tidak mengikut kehendak mereka maka goodbye ler jawabnye..kalau mereka ini ingin membodek pihak-pihak tertentu maka akan adalah kambing hitamnya untuk dijadikan korban..

mana pergi keadilan dan juga peraturan yang perlu diikut..peraturan wajib diikut oleh siapa??..mereka atau aku..manusia ni berpegang pada prinsip..kalau nak kita dihormati maka kita perlu menghormati orang terlebih dahulu..ni nak suruh orang respect dia tapi dia sendri tak respect orang camner..

boss aku ni kononnya ada prinsip..katanya pada ku bila aku baru join this comp. work as a family dan dia begitu berharapan tinggi dengan aku..konon..tapi bila dah kerja baru aku tahu semuanya plastik..ahaks....mana perginya sifat kekeluargaan yang di war-war kan..hampeh beb..

kononnya dia buat everything untuk kami pekerjanya..namun kadang2 ada juga terselit personal favour..malas nak cakap tapi mende ni macam racun..cepat menular dan sedikit demi sedikit akan menjadi virus seperti HIV...slow and steady but killing..

banyak mende sebenarnya yang ingin diceritakan namun takut plak nanti blog aku dibaca oleh seseorang yang bergelar boss..nanti kena suspend lagi..ermm..sebelum aku chow..aku nak tanya korang yang baca blog aku ini..apa makna suspend...semua tahu kan kalau di suspend dari bertugas makna nya tak payah ler on air kan..namun kartun nya boss aku ni sebabnya aku tak boleh on air tapi berita suruh aku baca jugak sebab takde orang...bak kata arwah pramlee unta padang pasir pun tak bodoh macam ante....

aku yang bodoh ke atau diaorang yang bodoh..ahaks

kalau ada dikalangan pengiat seni yang membaca blog aku ini..please advise me wat to do?..sebab kadang2 dj radio ni seakan-akan sampah sebab diaorang boleh sack korang dan juga suspend korang tanpa sebab yang munasabah dan yang paling penting nih..no black & white officially from comp tat said u been suspend!!

marah memang marah namun aku ingin mengikut rentak joget mereka..suapaya aku senang melihat mana yang sumbang pabila menari diatas lantai yang usang...

chow..

Friday, April 20, 2007

perihalku..macam2

salam...

amacam ngan keje korang..ok tak?..boss amcam..ok??...macam2 perangai boss kan..bagi aku feel manusia ni macam2..ada yang baik hati ,ada yang buat2 baik dan ada yang take for granted.. tapi kadang2 ada yang melampau memberikan arahan tertentu..

mungkin korang jugak pernah menghadapi problem sebegini..namun mungkin jugak berlainan situasi..bagi aku sebagai seorang boss yang prihatin banyak perkara yang dia kena TAHU...dia jugak manusia yang mempunyai perasaan dan harapan...dia juga manusia yang tahu bagaimana sakitnya hati apabila dikenakan tindakan yang tak kena tempat dan dia juga manusia yang akan melakukan kesilapan walaupun kesilapan itu dia boleh provokekan kepada orang lain kerana dia seorang boss...

hati budi orang memang payah untuk diduga dan diteka..namun perangai orang memang senang nampak...aku buntu dan bengang ketika ini...

chow

Wednesday, April 18, 2007

perihalku..

salam...

minggu ini ibukota sentiasa hujan..hujan membuatkan segalanya berjalan perlahan,kenderaan,kepala otak dan semuanya..aku baru terbaca satu artikel dalam blog malaysia today tentang dunia politik dan juga senario negara ketika ini..memang payah nak describe orang terutama hati budi bilamana ada yang ingin mengambil kesempatan pada kedudukannya yang rapat dengan orang yang berpengaruh...tapi itu semua mungkin akan terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah aku seandainya aku rapat dengan orang tertentu..

adik nazrin telah dijumpai...namun semua pihak masih tertanya-tanya dan musykil bagaimana pasangan myanmar boleh menjaga budak itu dengan begitu lama..takkan pihak polis tidak boleh menghidu perkara ini..entah ler mungkin terlepas pandang kot..namun bersyukurlah kerna adik nazrin telah ditemui namun perasaan tertanya-tanya jugak kerana apa akan jadi pada pasangan myanmar tersebut..adakah mereka akan dihukum ataupun mereka akan diampunkan??..kalau dihukum bagaimana dengan 5 orang anak mereka..

aku baru sahaja menonton sebuah filem yang bagus..tajuknya pursuit of happyness lakonan will smith dan anaknya..memang menyentuh perasaan jantan aku..nanti aku ceritakan morale of the story film tersebut...

petang tadi pengarah tersohor mamat khalid datang ke ofis aku..sempat bersembang dengannya tentang view of point beliau berkenaan dengan dunia berkarya di malaysia..katanya ada sesetengah pihak dalam industri ini memang melampau..juga balik kepada perkara asas kalau kenal orang dalam mesti semuanya settle..boleh dapat projek,tender,budget dan macam-macam lagi..lalu beliau bercerita tentang film yang beliau pernah buat tentang reformis..katanya beliau frust bila filem itu ditayangkan di tv3 banyak adegan yang dipotong dan akhirnya orang ingat dia seorang pro goverment...sebab cerita tersebut lari dari paksi sebenarnya..

apapun sebagai manusia kita harus terus hidup...

chow

Thursday, April 12, 2007

perihalku...macam2

salam buat semua...

minggu ini sememangnya minggu yang penuh stress...penat ngan keje..orang..sekeliling dan ntah apa2 gi..namun hidup perlu diteruskan..saat aku mencoretkan sesuatu disini..keluarga muhammad nazrin ataupun adik yin masih lagi menagih harap agar dia dapat bertemu semula dengan keluarganya..namun adakah kehilangan adik yin ini atas kelalaian ataupun memang sifat seorang budak sebaya adik yin yang sering ' hilang' bilamana sang keluarga keluar dikhalayak yang ramai seperti di shopping complex..

payah nak diungkapkan segala yang berlaku..cuma yang tersirat akan tersurat jugak akhirnya...hari ni bimbang kian menjelma buat ibubapa bila mereka membawa anak2 mereka keluar berjalan2 di mana2..mungkin selepas ini kena buat satu shopping complex yang khusus untuk kaum keluarga sahaja yang tak de anak dilarang masuk sama sekali!!..mungkin akan berkata sesetengah orang mungkin peraturan ini gila..tapi dunia sekarang tiada mustahilnya...

cuba fikirkan logiknya..kenapa zaman teknologi yang pesat membangun ini masih ada lagi sindiket menjual bayi ataupun menculik anak2 kecik untuk dijadikan oleh mereka ini sebagai sumber rezeki...tak pernah ke mereka ini terfikir apa perasaannya apabila anak atau adik mereka sendiri yang menjadi mangsa..paling tidak pun mereka juga pernah mengharungi zaman kanak2,yang tak dapat berfikir seperti seorang dewasa..tak boleh berdikari apatah lagi kalau dibiarkan hidup sendirian...apa yang ada difikiran mereka ini..bangsattt!!

dunia ini mungkin tidak akan pernah sunyi dengan masaalah...dan masaalah jugak tidak akan melupakan dunia...

namun apa yang boleh kita 'berikan' pada keluarga adik yin ini??..adakah mengelengkan kepala dan turut bimbang ataupun cuba untuk mencari atau diam saje...dengar kata polis kita antara yang terhandal didunia...buktikan kehandalan anda...apa taknya kes bom badan hancur pun dapat diselesaikan..inikan budak seorang budak yang berusai 5 tahun tak dapat nak solve...

tepuk dada..sendri sakit..

chow

Thursday, April 05, 2007

perihalku...

salam..

semenjak aku bekerja dengan Suriafm banyak mende yang aku belajar dan pelajari..mungkin ada yang mengatakan belajar dengan pelajari adalah perkara yang sama...namun sebenarnya perkara yang berbeza sama sekali..sama seperti balik dan pulang..kalu korang tak percaya cuba tanya cikgu bahasa melayu korang..ahaks...

apa yang ingin aku perkatakan kali ini ialah tentang kecenderungan seseorang untuk menjadi seperti Diva ataupun popular..perlu ker dalam hidup yang sementara ni??..

dalam satu-satu komuniti mesti ada yang akan menonjolkan diri mereka..kerna bagi mereka itu perlu..namun bagi aku menonjol atau tidak terpulang pada usaha dan juga penerimaan orang..apa yang ingin aku ceritakan kali ini ialah tentang pendengar-pendengar radio aku..ada yang terlalu hormat pada Dj dan ada yang buat Dj ni macam tukang main lagu je..hehee

ada baik dan buruknya semua itu...ada juga pendengar yang tak mahu tahu apa konsep station..yang dia tahu cuma nak marah kalu kehendak dia tidak dipenuhi dan ada juga yang mahu popular apa taknya kalu buat ucapan nak sebut satu keluarga dan kenalan..hampeh orang camni..

balik kepada perkataan belajar dan pelajari...disini aku dapat belajar tentang kelakuan orang normal..belajar bagaimana mereka ini boleh memahami dan menerima cakap seorang dj radio..belajar bagaimana mereka ini menghargai orang-orang disebalik suara yang mereka dengar tapi tidak kenal...memang pelik sebab mereka suka mendengar suara aku namun tidak pernah berjumpa??...namun aku pelajari sesuatu..manusia tetap berpegang pada satu prinsip iaitu ingin berkenalan dan ingin tahu..itu lah sifat yang ada pada semua orang tak kira apa bangsa,warna kulit dan juga bahasa...kadang-kadang aku merasa bangga kerna aku dipuja dan disanjung oleh mereka ini seperti aku ini idola ataupun orang yang paling rapat dan dah lama kenal hinggkan ada yang mencurahkan perasaaan dan juga inginkan nasihat daripada aku bila mereka ada masaalah..namun aku tidak dapat melayan mereka ini semata-mata untuk menjaga hati dan untuk menjadikan mereka peminat aku...

kerna aku berpegang kepada satu prinsip yang dibawa oleh allahyarham tun abdul razak...katanya....manusia yang cerdik adalah manusia yang mendengar nasihat dan juga menerima nasihat..

cari dan pelajari..

chow

Tuesday, April 03, 2007

perihalku...tentang sesuatu

salam buat semua..

apa yang akan aku ceritakan kali adalah berkaitan perhargaan dan salute pada seni...semalam berlangsung pelancaran album artis jazz sensasi dari indonesia iaitu tompi..bagi aku apa yang dipersembahkan oleh tompi semalam sesuatu yang harus dipelajari oleh semua artis malaysia..persembahan beliau diiringi oleh barisan pemuzik muda yang berbakat...bila aku tanya pada tompi kenapa memilih mereka ini sebagai musician beliau jawapannya mudah mereka semuanya kawan sejak dari kecil...

mungkin ada yang tak faham apa yang ingin aku katakan...pernahkah korang masa kecil dulu membuat sesuatu projek atau band apa-apa je lah yang membabitkan kawan korang?!...ialah masa dulu tak famous mestilah cari kawan terdekat dulukan..ahaks...macam aku contohnya..masa aku remaja dulu memang aku minat sangat dengan muzik..sampaikan aku menubuhkan sebuah band yang berkonsepkan rock kerana zaman itu memang zaman rock...tapi aku tak bergabung dengan kawan-kawan terdekat aku pelik bukan...mungkin kerana mereka masa tu mempunyai minat yang lain...tapi nak dijadikan cerita akhirnya kau bergabung dengan kawan-kawan sepermainan aku juga bila kitaorang menyertai band alert kat penang..memang mencabar kerana cuma ada 2 hari berlatih sebelum 1st round contest then boleh dpt 1st place trus masuk final dapat 5th place daripada 15 band yang bertanding..bayangkan...

aku di KL kawan-kawan aku di penang aku guide cuma melalui telefon tapi boleh dapat top 5 just imagine...chemistry itu jawapannya...walau camne kau buat dan apa saja yang kita buat kalau takde chemstry mesti tak jadi atau tak ngam..

chow