Monday, February 1, 2010
mungkin inikah cara untuk mengubah hidup kita dari segi kewangan?
5:43 PM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
lama sungguh ye tak berblog dan blog ni pun dah berhabuk tak terupdate! hahaha..kali ni nak update le ni! hmmm...
untuk pengetahuan u all, setelah bermacam-macam ujian dan halangan, akhirnya dapat juga diketahui bahawasanya possibility utk sambung pengajian ke peringkat tertinggi mungkin akan terjadi pada bulan ogos atau september tahun ni. jadi, ada lagi 6 bulan kearah itu dari sekarang tanpa ada buat apa-apa. baru attend interview dua hari lepas di bangi untuk satu post kerja, insyaAllah jika tiada halangan, dan jika rezeki disitu, akan bekerjalah ahmad muaz di syarikat berkenaan...for the sake of kerja n cari pengalaman sahaja. :)
tapi, terfikir jugak nak menambah income dengan pelbagai cara yg lain. dunia sekarang tak bergerak tanpa duit walaupun memang duit bukanlah segala-galanya, bahkan ada pepatah menyatakan ''wang tidak boleh membeli kebahagiaan''....hehehe...tp tipu lah kalau kehidupan sekarang tidak memerlukan wang..jadi wang itu menjadi sumber keperluan bukan keinginan..setuju? hehehe...
antara alternatif yg saye sedang ceburi untuk tambah duit tambahan ni adalah melalui website ni:
http://www.rahsiaincomecepat.com/index.php?ref=wry5182
klik lah untuk menambah pengetahuan dan mungkin boleh menolong kita dari segi kewangan..mudah je cara dia, cuma kena ada internet dan komputer aje dirumah seperti yg saya usahakan sekarang..hehehe..tapi tiada hasil tanpa usaha keras..duit tak jatuh dari langit macam tu aje. saya xkuarkan modal pun utk sertai benda ni..hanya affiliate aje...we'll see how it works ok..

tiada hasil tanpa usaha...ni antara usaha yang saya lakukan..menyebarkan oppotunity ni kepada korg sumer...no harm trying..remember? hehehehe...
muaz all-bakry
Wednesday, November 4, 2009
Kawanku ke Libya
8:06 PM
assalamualaikum dan apa khabar semua. awal pagi nanti, sahabatku bakal pergi meninggalkan keluarganya, sanak saudaranya dan kami rakan2nya untuk meneruskan pengajiannya di negara luar. Imran bakal ke Tripoli, Libya pada waktu GMT 0230 menaiki pesawat Qatar Airways A330-300 membawa kod penerbangan QR625 yg bakal menerbangkan beliau selama tujuh jam dan lima puluh minit ke Doha. Dari sana, beliau akan singgah kira-kira dua jam sebelum menyambung penerbangan selama enam jam dan lima belas minit ke Tripoli dengan QR552 dan dijangka tiba di sana pada pukul 1310 waktu tempatan ( 1910 waktu Malaysia).
doaku buat Imran semoga tabah menghadapi dugaan yg ada dan tuntutlah ilmu dengan penuh kesabaran dan ketekunan. ad'u lak an takuna daeeman 'ala taufiqihi wa la'allak tanjah bi'amalak ma'attaufiq..
p/s: bila pula giliranku...insyaAllah tak lama lagi
Sunday, October 25, 2009
UJIAN ALLAH DIMANA-MANA
3:23 AM
assalamualaikum kepada semua kwan2 as well as kepada silent reader blog ni (ade gak kan silent reader!!)
minta maaf bebanyak sbb terlalu lama x update, disebabkan masalah2 yg xdapat dielakkan, smpaikan kawan comelku, aisya siap perli suruh campak je blog saye ni dalam tasik kolej tmpat saye belajar dulu. sabar aisya dan lihatlah, terupdate jugak blog saye yg hijau ni..ehehe...
berbalik kepada tajuk diatas, boleh dikaitkan dengan ungkapan yg selalu kita dengar dan wajib kita imani, iaitu kita hanya mampu merancang, Allah jua yg menghendaki ..perkara2 sebegini memang berlaku dalam kehidupan kita seharian.
saya tidak terkecuali. to be precise, bukanla saya seorang, tapi juga kawan2 seperjuangan yang lain turut menerima cubaan yang sama. ini semua berkaitan dengan perihal pemergian kami ke bumi morocco untuk melanjutkan pengajian.
dengan ujian2 yg saya rasekan amat berat sebegini yg kadang-kala membuatkan iman kita tercabar dgn hasutan2 syaitan yg pelbagai seolah2 menidakkan ketentuan Allah amat menakutkan hati ini. namun, atas nasihat dan hasil kebergantungan kita kepada Allah, segalanya dapat diatasi, insyaAllah. pinta hati kecil saya ini, semoga Allah memudahkan urusan kami ini yg berhasrat mahu melunaskan tanggungjawab kami diluar negara demi mencari sedikit ilmuNya dan paling penting pengalaman yg berharga disana kelak.
kepada kawan-kawan saya yang telah berjaya ke Jordan, Morocco, Mesir, UK, USA, India, Indonesia, Libya dan Australia, jgn lupa tuntutlah ilmu sehingga kalian berjaya dengan kejayaan yg cemerlang. dan jangan lupa untuk mendoakan kejayaan kami yg masih 'blum lepas2 ni' utk menjejaki langkah kalian. :)
Saturday, August 15, 2009
Selamat Tinggal Sahabat
5:46 PM
tanggal 14 Ogos 2009, merupakan tarikh terakhir untuk muaz berjumpa dgn kawan2 yg nak ke Jordan, mgkin lagi 2-3 tahun baru berjumpa kembali. Rasyidi n the geng berlepas ke Jordan melalui Bangkok dengan Penerbangan Malaysia pada pukul 5.50ptg, kemudian transit di Suvarnabhumi Airport Bangkok selama beberapa jam sebelum meneruskan penerbangan mereka ke Amman menerusi Royal Jordanian Airlines.
Mereka ni melanjutkan pelajaran di Mu'tah University...tempat asal yang muaz pohon. tetapi apakan daya, rezeki mereka ke Jordan, tetapi muaz ke Morocco..apa yg penting, masing2 dapat melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi yang boleh..menuntut ilmu semampu yang boleh.
Besok pulak (17 Ogos) muaz akan mengikuti Kem Bina Negara. Bnda ni WAJIB! so, suka or tak, sayang atau benci, kena jugak pergi selama 5 hari TANPA sebarang alat komunikasi or whatsoever! so kawan2 sekalian, bersedialah untuk 5 hari tersebut dengan 'hati yang tabah'..ehehehe..so, lepas abes je kursus BTN ni, muaz akan berblog kembali...
ohh...disebabkan lokasi BTN ni adelah in the middle of nowhere, so muaz akan bawak ubat2 yg berkenaan, macam ubat sakit perut ke, ubat demam ke...manelah tau kann..ehehe..
doakan yg terbaik untuk muaz sepanjang kursus ini berlangsung!
Tuesday, August 11, 2009
terima kasih daun keladi..
3:41 AM
dikesempatan ini, muaz nak khaskan satu post khas utk sorg kawan...or shud i say teman tp mesra..or maybe tuttt..to this one fella. sbb dia byak tolong muaz susah n senang, wlupun mulut nye leh tahan gak! n sbb dia ni lah blog muaz ni makin cantek..ehehehe...kepada si dia, i just cant say it out here but i am very sure u know what i wanna say..lalalala..pertolongan mu amatla muaz hargai n muaz nak lagik ditolong..ahaha..ok..
salam ukhuwah fillah..
Monday, August 10, 2009
meniti hari..
7:34 PM
semalam pergi kuis, jupe kawan2 lama. tolong gak junior nak abeskan thesis dorg. skrg kuis dah xmacam dulu...makin cantik dgn taman-taman baru..beruntungla mereka2 yg masih menuntut disana...belajar dlm keadaan yg selesa...semoga Allah permudahkan proses pengajian kalian..
tanggal 14 ogos ni, rakan2 seperjuangan ku akan bertolak ke Jordan! nak hantar dorg kat airport..tempat permainan ku! hahaha..hasrat dihati ingin bersama rasyidi ke Jordan, tp apekan daya rezeki ku ke tempat lain. 'ala kulli haal, nasalul allah taala an yaz'alana min 'ibadihi al muttaqin regardless ke mana pun kita belajar...
semalam pergi airport menenangkan fikiran..hahaha...pelik bukan? tetapi inilah caraku..airport la tmpatku melepaskan tension sebelum exam...dpt tgok pesawat parking dan melihat operasi aviasi mereka amat menenagkan jiwa ini...manusia tu berbeza..
jumpa lagi..
Sunday, August 9, 2009
Assalamualaikum...
6:22 AM
salam pembuka bicara...pertama kali berblogging, segalanya dalam proses dan zero je ni. gambar pon xde..ape pon tarak, tapi hati ini ingin berblog supaya family, sedara mara, sahabat handai dan mane lah tau kalau ade silent reader yg nak ikut sama-sama perjalanan blog ni, dapat tmbah kenalan jugak nnti...
xlama lagi, insyaAllah dgn izinNya, saya bakal melanjutkan pelajaran ke Morocco atau nama arab nye al-Maghrib. so, dengan adanya blog ni, dpt le saya meng'update' segala hal ehwal berkaitan, so that viewers leh tahu perkembangan saye kat sane. hmm..ape2pun, wish me best of luck dgn blog ni ok...hehe