Daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lalu, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot hari ini.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada di antaranya terpedaya menjadi 'keldai dadah' selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial seperti Facebook.