:: Semakin aku terjun ke LEMBAH ILMU, semakin terasa kerdilnya diriku ini ::

Jumaat, 17 Ogos 2007

Beralih arah!

Kepada pengunjung blog ini, penulis telah giat kembali menulis dan memaparkan Warna-warni Kehidupannya ke blog peribadi beliau. Harap maklum. Sila klik di bawah:

Khamis, 9 Ogos 2007

Kerana nila setitik!

Ada benarnya pepatah orang tua-tua...KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA!. Inilah hebatnya bahasa Melayu, penyampaian maksud melalui kata-kata ada maksud yang tersirat.

Tujuan entri ini dimasukkan adalah seumpama untuk menerangkan apa yang berlaku dan dialami oleh penulis sendiri. Isu ini berkenaan dengan blog!

Bayangkanlah, kebaikan internet boleh diumpamakan memasuki lautan ilmu!. Oleh kerana terdapat kepincangan yang dilakukan oleh sebilangan kecil yang memanipulasikan ruangan internet ini untuk "perkara-perkara yang negatif", terpalit juga bahangnya oleh orang lain, termasuk penulis sendiri.

Renungan untuk semua pembaca blog ini, penulis agak sukar untuk update blog ini kerana telah disekat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas dasar andaian pengguna internet menyalahgunakan saluran ini.

Contohnya, entri ini memerlukan masa yang panjang untuk diupdate kerana sentiasa ada paparan seperti yang telah diterangkan.

Sedangkan blog ini bertujuan untuk pemantauan pihak pensyarah (penyelia pembimbing) terhadap kami yang menjalani praktikum di SK Peringgit!

Wajarkah ini berlaku?

Tepuk dada, tanya selera!

azlanlin

Isnin, 6 Ogos 2007

Kursus Excell - Sistem Pemarkahan Peperiksaan

Hari - Isnin (06-08-07)
Masa - 2.30 - 4.30 ptg
Tempat - Makmal Komputer, SK Peringgit, Melaka

Hari ini kami menjayakan kursus Excell (Sistem Pemarkahan Peperiksaan) khususnya berkaitan formula untuk pengiraan secara "vlookup". Kursus ini sebagai memenuhi permintaan guru-guru SK Peringgit setelah kami mengadakan tinjauan dan soal selidik semasa kami mula berpraktikum di sekolah ini.





Modul telah disediakan untuk memenuhi keperluan dan panduan semasa dan selepas berkursus. Modul ini dapat membimbing guru-guru secara offline dan dilaksanakan di rumah dan bila-bila masa.

Paparan Memori :



Khamis, 2 Ogos 2007

Semakin berminat!


Penerangan oleh En Zuri kepada Cikgu Faizal berkaitan antivirus.

Tahniah kepada sifoo Zuri kerana berjaya menarik minat guru-guru lelaki SK Peringgit untuk lebih meminati bidang ICT. Cikgu Faizal yang baru memiliki laptop baru (ACER) telah belajar untuk update antivirus demi menjaga keselamatan laptop barunya. En Zuri juga memberi penerangan ringkas tentang Datacard (Vodafone) untuk akses internet. Tahniah sifoo Zuri dan guru-guru SK Peringgit.

Lawatan Penyeliaan Pensyarah Pembimbing

Pada hari Selasa (01/08/2007), jam 10.00 pagi, kami dikunjungi oleh pensyarah pembimbing. Kami berasa kagum dengan beliau kerana walaupun jadual kerja beliau amat ketat, namun masa untuk menyelia tetap diperuntukkan. Itulah demi tugas.!

Pelbagai bimbingan dan penerangan telah diberikan khususnya dalam konteks penyeliaan berkaitan tugasan sebagai guru praktikum KSPK/TMK, amat bermakna. Banyak pandangan yang diberikan untuk lebih memantapkan hasil kerja telah kami perolehi. Terima kasih Pn Gan!



Duduk dari kiri : En Mohd Kelana, Pn Gan (Pensyarah Pembimbing)
Berdiri : En Azlan Lin