Kadangkala, masa yang terluang saya diisi dengan meneroka karya puitis sasterawan ulung, tidak kiralah apa bentuk "genre" atau lenggoknya. Antara karya yang saya amat kagumi adalah hasil nukilan Allahyarham Dato' Dr Usman Awang - Jentayu.
Jentayu
"Apabila si garuda yang angkuh itu bertindak,
Melaksanakan sumpahnya untuk memisahkan cinta kasih,
Antara putera Rom dengan puteri China,
Muncullah si jentayu yang mulia hatinya,
Mempertahankan cinta yang abadi itu.
Walau pun garuda yang perkasa itu menang,
Dalam pertarungan dengan jentayu,
Tetapi dia gagal menghalang pernikahan, Putera Rom dengan puteri China,
Dan sekali gus gagal memisahkan,
Dua hati yang dilamun cinta.
Jentayu kalah dalam pertarungan dengan garuda yang angkuh,
Tetapi dia berjaya menyelamatkan jiwa yang penuh bersemi dengan,
Kelopak cinta.
Malu oleh sumpahannya, yang gagal,
Si garuda yang angkuh menghumbankan dirinya ke lautan kalzum.
Jentayu yang luka parah terus terbang,
Membelah awan dengan suaranya yang rawan,
Menitipkan pesan bahawa pedamaian dan keadilan,
Haruslah diperjuangkan,
Kejahatan harus dilawan dan ditentang,
Tanpa takut dan mundur.
Dan di cakerawala ini, kebenaran akan terus bersinar,
Cinta akan tetap berbunga,
Dengan sejuta kelopaknya."

Makna tersirat adalah cukup umum, berbeza mengikut pentafsiran. Memandangkan pengetahuan saya mengenai karya sastera agak terhad, tentu sekali apa yang saya fahami berbeza (mungkin Dr Hashim boleh membantu). Apa yang boleh saya simpulkan; "jentayu" mewakili suara @ usaha murni yang kecil yang secara dasarnya mahukan kebaikan, dan terpaksa bertarung dengan garuda yang mewakili kekuasaan hebat tetapi yang memusnahkan. Jentayu, tidak dapat menewaskan garuda, tetapi dapat menyelamatkan kehidupan yang lain. Mungkin secara analogi, jentayu mewakili usaha kita dalam menjadi manusia yang lebih baik, kadangkala kita gagal, tetapi usaha yang dilakukan oleh kita mungkin dipandangNya.
Pakcik berkata-kata: "semoga usaha yang kecil dan berterusan mampu mengubah ketamadunan manusia ke arah yang lebih baik". *dan sama2 kita sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham Dato' Dr Usman Awang
Pakcik berkata-kata: "semoga usaha yang kecil dan berterusan mampu mengubah ketamadunan manusia ke arah yang lebih baik". *dan sama2 kita sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham Dato' Dr Usman Awang