Showing posts with label First Car. Show all posts
Showing posts with label First Car. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Proses Beli Kereta

Assalammualaikum

Memang betul-betul lama dah meninggalkan dunia blog ni.. Kadang tu, terlupa pulak ada blog.. Apa khabar kawan-kawan maya semua.. Mesti ramai dah lupa kehadiran aku.. sob sob..

Okay la, entri kali ni cuma nak tulis..
Aku dah ada komitmen .. haha.. itu je nak bagi tau..  Actually, few weeks ago, CIK BOOM BOOM aku baru sampai ke tangan aku.. Okay, siapakah CIK BOOM BOOM..


Inilah die, hati gembira sebab this is my first car , nama sendiri.. Tapi jangan gembira sangat, sebab bermulalah kehidupan dengan komitmen dan hutang.. hohoh

Memandangkan ni kali pertama nak beli kereta, agak nervous jugak la untuk proses kereta.. Yelah, yang paling takut kalau nak beli kereta ni adalah loan,, Risau la kalau x lulus, baru berangan2 pegang stereng, tengok2 , x lulus, so kecewa nanti. Lain la kalau ada sedebuk duit jatuh dari langit, boleh bayar cash berpuluh ribu.. Erk tercekikkkkk... 

So, meh nak bagi tau apa yang sgt penting untuk loan kereta ni..

Kad pengenalan
Lesen memandu 
Salinan tawaran kerja
Salinan statement bank at least 3 bulan
Salinan statement KWSP (kalau x de pon x pe, tp bagi je lah)

Kalau x da statement bank, boleh update buku bank and bagi salinan,, macam aku hari tu, ada ke nak mintak statement bank kena tunggu seminggu, and charge 10 ringgit, pastu setiap helai 2 ringgit,,Gilo.. Lepastu baru tau boleh guna buku bank je, update, settle

Dah ada semua ni, boleh serahkan la dekat dealer, biasanya dealer la akan berurusan ngn bank.. So, time dah submit semua dokumen, alert dengan telefon, sebab pihak bank akan call untuk interview.. Tapi just soalan simple2 je.. Dont worry.. and then few days dah boleh tau loan lulus ke tidak  =)

Hari tu dealer aku try banyak bank, untuk compare interest kan,, Yolah, 9 tahun wei nak ikat, kalau interest tinggi, ape kes... Akhirnya, dapat jugak keluarkan CIK BOOM BOOM dengan interest y agak rendah.. Atas bantuan dealer aku, sekejap je proses loan dah siap.. tinggal sign agreement je..


Ni la dealer aku, Kak azwien..sgt nice and helpful..Senang je bank luluskan.. Untung dapat dealer dia.. Kalau nk cuba dealer ni area klang or selangor, boleh la pm aku kat fb.. Dia pon buat perodua jugak kalau x silap..

okay , itu saja setakat ini.. ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura