bismillahirrahmanirrahim...
first, saya sudah pun lupa andai saya pernah menaip berkenaan ini. kalau sudah, andaikan ianya ulang tayang ala-ala cerita p.ramlee. ini kerana ada kisah untuk minggu ini yang mahu dijadikan fokus taipan hari ini.
tahun bekerja saya bermula dengan saya memikul tugas sebagai guru kelas, dan jawatan ini masih lagi tetap untuk tiga tahun ini (menaip perkataan tiga tahun itu terasa bagai terlalu lama, tapi realitinya masih terlalu panjang untuk mengutip ilmu)
tahun pertama: saya diberi kelas kedua tingkatan empat, kelas sains, pelajar-pelajar kategori baik. tapi dengan perangai yang kadangkala agak sukar dijangka. yang aktif terlalu aktif, yang pasif teramat pasif. pencapaian akademik agak sederhana, sering menjadi buah mulut guru-guru, dan pastilah merisaukan saya kerana mereka adalah calon pertama subjek fizik saya :)
tahun kedua: bersama kelas kesepuluh tingkatan lima, iaitu kelas ketiga terakhir. pada awalnya agak kecewa kerana tidak dapat terus bersama kelas tahun sebelumnya. but hidup diteruskan, i've treasured all the moments with them. tahun inilah saya diserang pelajar semasa sedang mengajar di dalam kelas lain, pengalaman pertama membuat laporan polis, dikelilingi remaja-remaja yang tinggi ukur badannya juga tinggi suaranya. dan tahun itu juga membuka perniagaan dengan penuh ceria, menyambut hari guru di luar (kononnya mereka mahu buat suprise, tapi saya tahu je hahha), bergosip secara sakan bersama mereka, dan sekarang sedang menunggu waktu yang sesuai untuk berjamuan dengan kelas ini :)
tahun ketiga: kelas kesepuluh tingkatan lima (lagi ?) ya, lagi. tapi tahun ini kelas kesepuluh ialah kelas terakhir. sejujurnya memang perasaan bercampur baur, ada guru-guru yang mencadangkan supaya saya berjumpa pihak atasan untuk pertukaran kerana kasihan melihat saya, sudahlah masih dikategorikan baru, diberi kelas tingkatan lima again dan kelas belakang again and again. tapi saya tidak lakukan kerana saya yakin andai saya tidak mampu tidak mungkin Allah akan memberi tugasan ini kepada saya (yakinkan hati, baru dua tahun).
setengah tahun berlalu, mereka memang pelajar-pelajar nakal, suka membuat bising, melawan cakap guru, tiada minat untuk belajar (kepala saya pusing-pusing hahha) ada yang telah pun memegang rekod de-merit sebanyak 95 mata kerana nakalnya (rasa mahu pengsan). terlalu banyak kali saya menahan air mata dari mengalir, alhamdulillah masih belum jatuh :) tapi positif mengenai mereka ialah mereka rajin ke sekolah walaupun selalunya lambat. dan mereka tidak ada rekod keluar sekolah awal berbanding kelas saya tahun lepas
dan sekarang (eh, baru nak masuk kisah yang mahu ditaipkan,hee)
tiga kelas kebelakang ini dilakukan sedikit perubahan. sebelum tu kita namakan kelas-kelas ini kelas8, kelas9 dan kelas10. pihak pengurusan telah pun mengumpulkan pelajar-pelajar bermasalah dari tiga kelas ini ke dalam satu kelas (bermasalah tidak mahu belajar / pengganggu utama kepada pelajar-pelajar lain). jadi mereka dimasukkan ke dalam kelas10. dan pelajar kelas10 yang masih mempunyai harapan dihantar ke kelas8 dan kelas9. sedih, ya memang sedih kerana terpaksa memisahkan mereka. dan saya cuba menjadi seadil mungkin dalam pemisahan ini, adil bagi pelajar juga adil bagi guru-guru yang akan mengajar mereka.
semalam ialah hari pertama mereka belajar di dalam kelas khas ini, kelas10. tapi semalam masih ada pelajar kelas8 dan kelas9 yang tidak mahu ke kelas10.
selepas rehat waktu saya, saya masuk dan memberi kerja kepada mereka. ajarkan mereka bagaimana mahu membuat graf fungsi. the very basic one, lukis paksi, masuk nombor, plot titik dan lukis, itu sahaja. memang mereka buat (tak cantik pun tak kisahlah), tapi bila habis sahaja masa pertama mula tidak mahu diam. mula keluar mengganggu kelas-kelas di sebelah. keadaan koridor aras itu menjadi sangat tunggang langgang, ditambah pula kelas8 tiada guru, kelas9 di tengah-tengah terganggu. dan apalah daya saya mahu menarik hero-hero ini, sekadar yang termampu sahaja.
balik rumah saya wish supaya jadual waktu diubah. saya tidak kisah andai perlu masuk kelas10 setiap hari pun, tapi saya tidak mampu untuk berada dua waktu bersama mereka, seperti semalam.
dan hari ini, waktu saya sama seperti semalam, selepas rehat. ada yang masuk lewat, entah ke mana, bukan tidak dipanggil namun buat tak endah, jadi biarkan saja. sampai masanya pandai lah mereka cari tempat masing-masing. dan hari ini masih dengan kerja yang sama, tapi saya up kan kepada 3 soalan (semalam hanya 2 soalan). beri mereka kertas dan pensil, dan katakan buat macam semalam. memang mereka buat, dan ada masanya kelas sangat diam (touched gila rasa time tu, hahha) tapi biasalah mana boleh diam sepanjang masa, akan ada lah yang terjerit 'cikgu!' 'cikgu, ni macam mana?!' here cikgu, there cikgu. dan saya yang seorang ini perlu memberi sebaik perhatian kepada mereka, andai tidak akan ada yang merajuk dan tidak mahu menyiapkan tugasan (seperti babysitter tau, tapi with big babies,kahkahkah).
surprisingly dua waktu hari ini seakan berlalu dengan sangat pantas. rasanya saya tak dengar pun loceng habis waktu pertama, bila tengok jam sudah 11.50. tanyakan mereka 'saya habis pukul berapa?' dalam hati, 12.30 ke, lamanya lagi. tapi bila mereka kata 12 saya memang terasa seperti tidak percaya.
selepas waktu saya, guru itu tidak naik, mereka kata guru itu merajuk. hurm ada lah tu yang mereka buat.
jadi kita ambil kesempatan ini untuk membersihkan kelas. lantai disapu, langsir dibetulkan, meja kerusi diluruskan, papan kenyataan juga cuba dicantikkan semula (kain pelapik papan itu telah dikoyak entah oleh siapa, mereka kata pelajar petang buat) yang banyak membantu pelajar kelas8, pelajar kelas10 lebih suka keluar merayau. sedang kami berkemas-kemas, puan pengetua lalu (sebelum tu dia dah masuk masa kami sedang membuat latihan). lalu puan pengetua duduk dan bersama mereka, saya pula minta diri la, hee (nak tulis resit lagi, nak sediakan bahan untuk extra class petang lagi, bukan saja-saja mahu minta diri)
ok sudah sangat panjang, mari membuat kesimpulan :P
perjalanan bersama kelas10 insyaAllah masih panjang, dan saya tidak mampu untuk melihat masa depan. mungkin hari ini mereka menerima saya, boleh jadi esok lusa mereka langsung tidak mahu melihat saya. ya saya tidak tahu tentang ini.
tetapi saya berharap supaya saya dapat menjadi sahabat mereka (walaupun mereka semua lelaki-lelaki kacak, kahkahkah :p), saya mahu menyentuh sedikit ruang di hati mereka.
ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini, ameen..
oh ye, sebelum berakhir, dialog semalam:
student: balik karang update status hari ni buat math (sedang tekun menunduk melukis graf)
saya: ok nanti saya like (berkata dari depan kelas) :P
[tapi saya tak check pun ada ke tak budak ni tulis itu, hahha]