Saturday, February 20, 2010

the sweet distractions :D

mula dengan cerita semalam dulu..
taktau la, maybe sebelum cuti ritu excited sangat nak bercuti kot, sampai terlupa check kat kalendar
actually, next monday ada appointment kat HKL, tapi sebab terlupa nak minta cuti dari sekolah, terpaksa lah minta postpone kan dulu...
takkan nak main redah je kan, ikut law la kawan :p

so petang semalam call HKL.. bila dah dapat, i said 'extension ---- please, thanx'
then bila dah bersambung, bagi intro sikit, aku pun tanya la bout the appointment, tibe akak (hentam je la akak, bukan aku tau umur nye pun :p) tu cakap 'jabatan mana comel?'
and i said 'oftalmologi'
'ni unit rawatan rapi sayang'
aku sebut balik nombor tadi and dia jawab 'diorang salah sambung ni'

uuu jangan diorang ingat aku buat prank call sudah..
see akak tu call me comel, hahha adakah my voice sangat comel? :D
actually sebelum ni pun wonder gak la, bila ada yang cakap 'wey sore ko dalam fon macam budak2' errkk ape kah
kawan sendiri pun pernah call, siap tanya 'azie ada?'
padahal time tu aku yang angkat, dia kata 'ingatkan adik ko yang angkat, huuu :p

tinggalkan itu.....
then call back, kali ni aku sebut nombor tu satu-satu 'sambungkan ke ----, terima kasih'
kali ni baru betul, tapi kali ni orang tu tak percaya nombor tengah kat ic aku pula
siap bertanya 'betul ni 33?'
memang selalu pun orang agak konfius dengan nombor tu, tapi nak buat macam mana kami-kami kan bertuah lahir tahun tu and got that number, heee
selalu je orang tanya 'kenapa 33' 'lahir kat mana' ada tu lagi best 'lahir kat oversea ke' wahaa over-the-river aku pernah la sampai :p

so sekarang that appointment dah postpone on march
hopefully kali ni aku tak lupa lagi, tak larat da rasanya nak tunggu2 lagi
sooner the better, orang kampung aku kata :)

________________________________________________________________

dan sekarang nak pergi kepada tajuk...
actually, gambar buku-buku kat bawah ni aku mula baca lebih kurang last november
masa aku sangat boring nak tunggu posting dulu
so kerja aku ulang alik ke National Library, pinjam buku
best je, buku kat situ agak banyak, boleh pinjam 3 for 3 weeks
tapi masa belum kerja tu, seminggu pun dah boleh habis 3 buku tu
and biasa aku akan pinjam 2 english novels + 1 malay novel, or vice versa

ni antara yang dah berjaya khatam la, ada lagi, tapi gambar nye tak transfer lagi, hee...

1) the da vinci code by dan brown


the da vinci code

actually buku agak susah nak jumpa kat situ, tapi sehari tu aku nampak, terus je aku ambil, tak letak dah :D
yang ni illustrated edition, kira kat dalam tu ada la gambar-gambar lukisan, gambar bangunan semua, senang la nak imagined apa yang cuba dia ceritakan
well aku celebrating the words and enjoying the stories la, yang macam tak berapa nak kena tu, pandai2 la tapis kan (tau2 la kalau novel diorang ni, lagi yang ada cite pasai priory la sume ni, huu)
'the Lord has provided me shelter and purpose in my life'
'life is filled with secrets. you can't learn them all at once'


2) jonathan kellerman


bad love, when the bough breaks, devil's waltz, silent partner

ni pula, boleh kata aku agak gile la, hee
semua nya pasal child's psychologist named Alex Delaware
first aku pinjam silent partner, memula ingatkan watak tu ada multiple-personality-disorder, tapi at the end of the story jadi macam lain, dia twist je sikit, terus cerita jadi lin, huu

devil's waltz pula pasal munchausen syndrome (by proxy)
and lagi dua tu dah tak berapa ingat pasal apa, hee sorry sudah tak boleh jadi book's reviewer la camni :p

'altruism is as basic as hunger and thirst'
'solitude is the nectar of individuality'
'all comes to he who waits'


3) patricia cornwell


black notice, trace, at risk, predator

cornwell ni pun ok gak, bout Dr.Kay Scarpetta.. tapi dalam pic tu 'at risk' bukan watak dr. itu
kalau nak tau the story, sila la baca eh :D


4) ini pun seronok juga :D


labyrinth, sigaraning, kebun mimpi, garis-garis dejavu, sherlock holmes 2

sherlock holmes tu saja pinjam, suruh adik baca, dalam nya ada beberapa cerita yang dah pun diterjemah ke bahasa melayu, ok best gak :)

labyrinth and sigaraning dari imaen (nak ke blog nye, cari kat tepi2 tu :D)
dua2 pun best, aku suka je baca penulisan nya, bahasa buku macam biasa la, tapi banyak sangat terselit mutiara yang boleh dikutip
'jangan berhenti mengharap sebab mengaharap itu buat kita kuat. mengharap itu makanan untuk jiwa. kalau kita berhenti mengaharp jiwa kita akan mati'

kebun mimpi tu pula, ada 3 cerita kat dalam nya, which are kebun mimpi (noor suraya),
'hidup ini sebuah kebun mimpi.. apa yang kita tanam hari ini, itulah yang kita akan tuai esoknya'
tas merah jambu (syud)
'mengungkap apa yang ada dalam hati tidaklah semudah memandang langit yang biru
bercerita tentang perasaan, bukanlah sesenang mengira bintang2 di langit malam'
and albatros: antara langit dan bumi (rnysa)
'berlari-lari ku mencarimu, selembut bayu bermusim berlalu
berkali-kali ku cuba mencuri hatimu, sekeras karang di lautan biru'
tiga-tiga cerita pun best

garis-garis dejavu dari john norafizan pun best gak, ada ayat dari Rumi :)
'ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama,
aku mula mencari engkau,
tidak tahu betapa butanya aku,
Pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya,
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi...'

pendek kata, novels dari Jemari Seni memang tak menghampakan aku :D


5) miscellaneous @ tangkap muat, heeee


darket longings, heroes (saving cahrlie), the last watch

yang ni pula, pakai ambil ikut suka hati je.. nak cakap tak best tu, kira ok2 je la
darkest longings (susan lewis) jalan ceritanya best, tapi banyak sangat adegan2 yang sepatutnya tak perlu pun ada

heroes tu pula, love story untuk mamat jepun 'Hiro Nakamura' tuh... banyak karut je, asyik nak bed space and time je kerja dia ;p

the last watch (sergei lukyanenko) pun ala2 mengarut gak la.. seingat aku dari rusia (kalau tak silap la).. nama pun agak pelik2, cite pun pelik gak, tapi best je bila layan :D


okey lah, ni dulu.. dah panjang sangat ni... nanti boleh letak lagi, insyaAllah..





*** tadi gi PNM lagi
ramai juga orang (sebelum ni aku gi time weekdays je)
and tadi ramai gak yang kena denda sebab anta lambat
huu berapa banyak la yang diorang dapat ari ni ek :p
so far aku tak pernah kena denda lagi
sebab biasa belum sampai due date, aku da cari buku lain

almaklum la, sekarang ni takde duit lagi
tapi keinginan nak baca buku tu sangat la tinggi nya
(mungkin juga ni distractions untuk aku, untuk aku lupakan kejap kelam kabut sekolah)
so cara nya, pinjam la :D


3 comments:

Shitsurei Shimashita said...

budi bahasa dtg dari budaya membaca..hehehehe

Shitsurei Shimashita said...

budi bahasa dtg dari budaya membaca..hehehehe

mademoiselle azieshakespeare said...

Shitsurei Shimashita
> da rasa macam nak nyanyi lagu 'budi bahasa' and 'bacalah' yg iklan kat tv tu pula, hee :D