Tuesday, December 20, 2011

Si Bulat



Adakah anda rasa down?

life terasa macam tak best?

rasa nak tidur sepanjang hari?

kusut masai dan tak terurus?


jawapannya,mari belajar memasak dan membuat kuih.ini jenis terapi paling mudah dan paling murah.jangan ditanya kenapa donut aku berwarna sedikit gelap.ini kes sebab terleka sekejap lalu menukar warna donut yang sepatutnya kuning keemasan kepada kuning kecoklatan.walau bagaimanapun,rasanya tetap bolehlah tahan dan masih lagi bertaraf kepujian bagi mak-mak mertua yang mahu mencari calon yang agak pandailah sikit-sikit nak memasak.ini jaminan,anak makcik pasti tidak akan kebulur jika berkahwin dengan saya nanti =p

memakan donut tanpa gula boleh dikira agak sihat kurang manis tapi tetap enak jika di cicah bersama sambal sardin yang agak pedas.pasti terkenang-kenang sepanjang zaman (ini jenis penipuan yang tidak boleh dipercayai) tapi,aku kisah apa,janji perut kenyang hati pun senang.lupakan segala resah yang menjadi beban,metafora tak agakkan...  =p









Beautiful_Rose