Thursday, March 31, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Okey cerita agak basi...lama kot aku simpan entry ni dalam draft,so ini hari baru dapat post.entah semenjak dua menjak ni,banyak betul idea nak wat entry.owh,jangan tanya kenapa banyak entry bunga2 beberapa hari lepas.sila abaikan atau buat2 lupa tidak membacanya ye...

Lihat seperti gambar diatas *ayat dalam exam =p owh,sudahkan anda menontonnya? aku sudah...3minggu yang lepas.tu pun sebab terpengaruh dengan kata2 adik kedua yang menceritakan kembali dalam bentuk sinopsis yang tidak lengkap *ayat skema boleh terjun bangunan.

komen untuk cerita ini...not bad lah...aku bagi 4bintang dari 5.kira masih boleh di terima la.just watak puteri cina dengan dayang tu better cakap cina la baru la nampak macam real...walaupun ceritanya tidaklah 100% mengikut buku hikayat yang pernah aku baca dulu.ye...aku pernah membaca buku hikayat ini beberapa tahun dulu yang mana bukunya memanglah tebal.jika di hempuk ke atas kepala untuk satu das,memang terasa heaven gila...dan bahasanya memang superb dan aku terpaksa membacanya berulang kali sehingga betul2 faham.itu pun still blur lagi.tapi tak mengapa,selepas menonton ceritanya,barulah aku rasa sedikit jelas *okeh rose sila terjun bangunan sekarang ayat macam mintak penerajang =p

kesimpulannya citer ni best dan tak boring,kira aku tidaklah tidur di dalam panggung seperti biasa...hiahahha terserlah perangai buruk.dan tak rugi jugak duit aku sebab orang yang belanja...bagus lain kali belanja lagik yerk =p







Beautiful_Rose

Sunday, March 27, 2011

Natural Beauty



Perempuan...
memang di ciptakan indah dan cantik
dah berhias,bertambahlah cantik
tapi tak semua.

ada orang makeup sebab untuk nampak cantik dan kemas.segala jerawat,jeragat,parut boleh di tutup dengan makeup.tapi ada orang,nampak lebih cantik dan ayu jika tidak di calit warna warni tu.kecantikkan semulajadi barangkali,tanpa makeup pun dah nampak cantik.tapi bila makeup jadi tak cantik lagi2 bila bermakeup tebal.ini realiti...

aku kenal seorang kakak yang aku suka tengok wajahnya yang ayu licin bersih biar pun kulitnya jenis sawo matang *tak cerah tapi masih tetap nampak cantik biarpun tanpa makeup.tapi bila dia makeup untuk majlis perkahwinannya,serius nampak lain nampak lebih berusia.lagi2 mak andam makeup kan muka dia dengan agak tebal.aku rasa,better mak andam tu makeup kan muka dia secara nipis atau natural saja.langsung hilang terus wajah sebenar dia...

aku makeup? jarang amat...melainkan kes2 tertentu saja.yelah tak kan kau kerja kat klinik pun nak pakai eye shadow,blusher,lipstick bagai...ingat orang ada masa nak tengok kau kah? so,aku lebih selesa pergi kerja dengan muka yang natural amat...paling2 pun sapu bedak baby jerk.selekeh? itu perkara biasa...bukan orang nampak pun aku kat bahagia kaunter yang bertutup dengan cermin gelap,siapa pun tak jelas.janji aku pakai baju sudah.....









:: ye,saya makeup sebab saya tak lawa.... =p
Beautiful_Rose

Thursday, March 24, 2011

Semalam...

Semalam 23 mac 2011...
.
kerja macam biasa tapi halfday malam klinik tutup
.
Malam semalam...
.
tinggal sorang kat hostel
.
makan roti tisu,ayam goreng dan air kosong
.
bosan,boring,dan sunyi...
.
tak ada cake juga tak ada nyanyian ulangtahun *imran ajmain
.
SEPI
.
maxis bagi call free untuk 1 hari - just dapat call 4 orang sahaja
tak tahu nak call siapa,dan call free habis sia2
.
celcom bagi call free seminggu - sampai hari ni masih tak call sesiapa
tak tahu nak call siapa dengan free call sebanyak itu
mahu bercakap dengan aku,sila tinggalkan no dan nama anda di email aku *celcom only
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
:: bosan,sepatutnya pada hari semalam aku tak perlu pergi kerja
:: tak perlu berada di sini
:: tak perlu pening kepala uruskan macam2 hal
:: aku sepatutnya berada di atas bukit sambil berbaring mengadap langit
mengira kerlipan bintang dan memuji indahnya cahaya bulan.
Tapi...








Beautiful_Rose

Wednesday, March 23, 2011

Hanya Sekadar Angka


.
.
.
Result SPM keluar hari ni,kenapa mesti keluar hari ni? tak ada tarikh lain ker?
adik lelaki,harap kau tak mengecwakan atau aku sebat kau balik nanti.
.
hari ni jugak mesti selesaikan segala urusan pendaftaran untuk ahli kelana 2011
pening betul kepala aku dengan kerenah diaorang ni.benda patut boleh setel awal
jadi kelam kabut sebab tak ada kerjasama.dah tu,kenapa saat akhir baru
terhegeh nak cari s/u dan bendahari?
sedangkan aku dah umumkan awal2 lagi pasal pendaftaran ni.
.
kelmarin dengan semalam aku off,hari baru masuk kerja
tapi kenapa hari ni jugak?
adess kerja banyak.nasib esok kerja halfday jerk dan aku boleh cuti
sampai isnin depan,heaven giler kan =p
.
kebaya pink putih hampir siap 95% berjahit manik
esok sudah boleh dicuci dan boleh iron terus
tapi hati berbelah bagi nak pakai sabtu nanti
sebab persis baju pertunangan pulak dekonya...aiyark!
.
.
.
.
.
Ah...hari ni baru tersedar akan pertambahan umur






Beautiful_Rose

Monday, March 21, 2011

Dah Jumpa?




Ahaa...ingat lagi entry pasal aku suruh teka gambar hari tu? klick link ni untuk tengok entry lepas.lawak lah korang ni...macam2 korang teka ada yang sipi2 je nak betul ada yang memang jauh kelaut jauh benar bezanya.masih tak dapat teka yang mana satu aku? =p ke nak aku bagi klue baru boleh dapat kot....ehe aku bagi klue.
.
.
.
gambar tahun 2006
.
perempuan gemok 68kg
.
.
naa...senang je kot nak jumpa tapi mata kene tepatlah eh.rasanya aku penah gak kot letak gambar aku dulu beberapa kali.dululah sebelum aku mendeletekan gambar2 tu semua.ghost writer agak gambar "awek gua" kat sidebar tu aku...eh,yeke? tapi pesal macam lain jerk eh? eh? =p naa...tu pasal aku bagi klue supaya tak terjadinya kekeliruan disini.okeh siapa dapat teka dengan tepat,dia memang budak pandai =p







:: aku ke KL tengahari ni.
Beautiful_Rose

Wednesday, March 16, 2011

Tahniah Melayu!


kerana beradab?

bersopan santun?

sangat prihatin?

bertimbangrasa?


okeh,semua perkara diatas boleh pergi mampus!

kau nampak ada seseorang sedang berjalan menahan kesakitan dalam tengah hujan lebat.dan kau pula duduk bersenang2 di kedai kopi sambil bergelak ketawa bergosip itu ini bersama rakan2.0wh,maaf aku lupa...MELAYU memang sifatnya amat2 suka membuang masa depan dengan melepak di kedai kopi.tak kira tua muda semua sama saja...betulkan? kalau tak,masakan dalam drama MELAYU selalu benar akan adanya babak orang melayu melepak dikedai kopi ye dak?

kalau setakat kau ajak2 ayam nak beri pertolongan pada orang,baik tak payah.hatta orang tu menolak sekali pun,apalah salahnya kau beri dia payung ke,tak pun hantarkan terus dia ke klinik.kalau setakat kau just cakap "dik,tak sihat ke nak hantarkan ke klinik ke?" baik tak payah wei....dah nampak lagi mau tanya ker? damn u! kalau kau betul2 ikhlas nak tolong,dah tentu masa tu kau akan terus berlari datang tolong orang sakit tu,betul tak? ke kau nak tunggu orang tu jatuh pengsan tergolek masuk longkang baru nak tolong?

2tahun lepas aku accident motor,tak la teruk sangat tapi kira luka2 jugaklah kaki dengan tangan calar2 sana sini.tapi masih boleh berjalan dan berdiri lagi...yang datang tolong aku masa tu ada sorang aci dengan beberapa orang cina dan india lain tolong angkat motor aku ke tepi.MELAYU mana? ada...ramai jugak yang tolong,tolong tengok! agak2 dah ok sikit,aku start motor nak gi bengkel ketuk motor aku yang dah bengkok sebab jatuh tadi.aci tu dah risau dah balik2 tanya aku ok ke tak nak bawak aku g klinik chek.tapi aku menolak sebab aku rasa ok masa tu.tapi sebab dia takut jadi apa2,dia follow aku dari belakang sampailah aku kat bengkel.

sampai bengkel aku pitam maybe kesan dari jatuh motor tu kot.kepala aku pun pening2 masa tu tangan dengan kaki aku rasa lemah gila.toke bengkel tu datang tolong papah aku masuk rehat kat ofis dia.toke bengkel tu tu perempuan cina ye bukan lelaki kang salah faham lak.harap maklum...dia minta sorang pekerja dia beli mineral water then bagi kat aku minum.dah ok sikit aku call member minta tolong ambil aku sebab masa tu aku betul2 dah tak larat nak bawa motor...

kesimpulan dari entry ini? aku dah malas nak buat kesimpulan....korang baca dan korang nilaikan sendiri.dimanakan nilai2 murni yang selalu diagung2 kan oleh orang melayu? yang kononnya melayu adalah keturunan yang paling beradab sopan dan prihatin? MELAYU,tahniah! anda benar2 mengecewakan!








:: aku yang mengalami dua2 peristiwa benar itu...
Beautiful_Rose

Tuesday, March 15, 2011

Bosan Melampau.



Boring gila...hari ni dengan esok aku off.impian nak tengok hikayat merong mahawangsa malam tadi, terpaksa dikuburkan sebab sakit yang semakin teruk.entah apa masalah dengan belakang badan aku ni tah dah lima hari berturut2 tak sembuh2 lagi.sejak balik dari holiday hari tu...semalam keadaan makin teruk sampaikan dah tak mampu nak berjalan.tak boleh nak tegakkan badan langsung terpaksa membongkok nak tarik nafas dalam2 pun tak boleh sebab rasa sakit yang amat.rasa sejuk semacam je satu badan demam secara tiba2.

chek kat doktor,katanya aku kena demam urat...tapi pelik 5 hari berturut2 keadaan macam ni.lepas makan ubat dan tuam kepala dengan tuala panas,akan rasa sihat sikit lepas berpeluh.dan esoknya aku akan sakit balik.tapi sebelum ni boleh tahan lagi,just semalam memang teruk tak boleh nak tahan dah.mulanya aku ingat cuti dok kat hostel jelah.tapi dah sampai teruk macam tu risau jugak tinggal sorang2.roommate lak tak ada,sapa nak jaga aku kalau jadi apa2 nanti?

so,malam tadi jugak mamok muncet datang ambil aku rush dari tempat kerja ke hostel aku.terus ambil aku then hantar balik ke rumah mak aku,sebab dia punya risau lagik dahsyat kot dari aku....so,sepanjang hari ni aku bosan gila kat rumah.dah la sakit asyik baring je nak duduk kena sandarkan bantal sebab belakang aku ni sakit2 lagi.nasib ada netbook dengan novel hilang jugak la boring ni sikit2.tapi....semua novel dah habis dibaca,tinggal 1 je lagi belum khatam.amat memerlukan novel baru ni...hope minggu depan aku sihat walafiat.ingat nak ke KL cari buku2 baru lagi...ada sikit barang nak beli kat sana untuk konvo minggu depan.doalah hope berjalan lancar semua...







Beautiful_Rose

Sunday, March 13, 2011

7 Tahun Berlari



.
Sayang.....
7 tahun dah berlalu
masa yang lama itu berlalu
begitu pantas
terasa bagaikan baru semalam
kau bertamu dalam hatiku.
.
nafas2 rindu masih membelenggu
sayangku rindu yang teramat rindu
.
kenapa peluang itu hanya sekali?
kenapa tidak dua atau tiga
atau mungkin juga berkali2?
atau sebenarnya aku ini
tidak layak diberi
peluang lagi?

=(


.

.

.

.

.

.

.

.

.

rindu sayang che-are




("v")
v







Beautiful_Rose

Saturday, March 12, 2011

Virus




Viral fever menyerang lagi
tekak rasa tak sedap
suhu badan meningkat panas
tapi pesal aku rasa macam sejuk semacam jerk.
kepala migrain sakit gila menekan2
mata terasa panas
seluruh badan sakit2
selera makan semakin menghilang
tapi berjaya menghabiskan sepinggan nasi
dengan paksaan mak dan mamok muncet.
perut ketat walau makan sekali sehari sudah cukup
tu pun tak berapa nak habis...



tolonglah rose...bertahanlah untuk sampai hari selasa nie je.lepas tu boleh pengsankan diri selama 14jam sehari.dalam kepala dah terbayang macam2 harap dijauhkanlah ye...

chikugunya?

no!

H1N1?

no!

migrain pain?

no!


no! no! no! nooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!



pang! "rose,sila diam sekarang sebelum kena sepang terajang dua das!"

"erk,baiklah..... (-_-") "







:: good nite.....
Beautiful_Rose

.: 7 Tahun Sudah Berlalu :.



.
.
.
.
.
.
.
dah 7 tahun tak jumpa
.
.
mesti makin comel macam dulu kan?
.
.
rindu sangat nak peluk cium dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jaga diri baik2 sayang semoga kamu dirahmati selalu
tunggu sampai masa nanti kita akan bertemu...

















Beautiful_Rose


Monday, March 7, 2011

Dia Sebenarnya Tidak Ikhlas



"Kamu sebenarnya tidak pernah memiliki hati seseorang itu,
Jika dia adalah bayangan ciptaan khayalan kamu"



Dia sebenarnya tidak pernah ikhlas sayangkan awak,kalau betul dia sayang yang benar2 sayang tidak perlu dia mempersoalkan sesuatu yang menjadi kekurangan awak.awak menerima semua kekurangan dan kelebihan dia kerana awak benar2 ikhlas sayangkan dia.tapi tidak dia yang mahu awak berubah kepada sesuatu yang seperti bukan diri awak.awak bagaikan patung yang dihiaskan oleh dia mengikut citarasa yang dia inginkan.

- dia mahu awak pakai pendakap gigi kerana gigi awak sedikit terkedepan.tapi awak masih tetap nampak manis jika tersenyum tanpa menonjolkan baris gigi putih itu.

- dia mahu awak kurus kerana badan awak tidak berpotongan seperti jam pasir yang berlekuk2 tu boleh nanti sarung kebaya yang cantik menawan.tapi awak masih mampu kelihatan ayu dengan hanya berbaju kurung sederhana.

- dia mahu awak belajar bagaimana mahu bergaya seperti gadis berwarna warni untuk tampil menarik dimatanya.tapi awak masih lagi boleh kelihatan anggun dengan satu warna saja.

- dia mahu awak pakai high heel 4,5 inci supaya kaki nampak panjang,bila berjalan awak akan catwalk seperti model dipentas peragaan.tapi awak masih boleh melangkah berjalan dengan sopan tersusun hanya memakai kasut bertapat rata diatas tanah.


awak,tahu tak awak sudah pun mengabiskan banyak wang awak semata2 untuk memenuhi kehendak dia? pendakap gigi,pil kurus,high heel mahal,pakaian berjenama.tahu tak,umur awak bukan muda lagi.dan awak juga baru saja belajar mengenal cinta dan kasih sayang.awak rasa teruja bila ada seseorang hadir dalam hidup awak dan mengatakan sayang pada awak.kerana ini pertama kali dalam hidup awak.tapi adakah dia benar2 ikhlas mahu hidup bersama awak?

mengapa tidak saja dia menerima awak seadanya terima awak seperti mana dia mengenali awak kali pertama? menerima awak dengan ikhlas seperti mana awak menerima dia? dia tak kacak juga tidak berkulit cerah licin seperti telur dikupas.tapi awak masih mahu dan ikhlas menerima segala kekurangan dia.kenapa? sebab awak ikhlas menerima dia seadanya dan awak mahu dia menjadi dirinya sendiri bukan bayangan orang lain yang awak puja.kan?








Beautiful_Rose