Showing posts with label Ikhtibar. Show all posts
Showing posts with label Ikhtibar. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Me & vertigo...

As salam...bersua kembali..

Sedikit coretan... ( agak panjang )

25 Sept ( Rabu ) - Rutin seawal jam 4 pagi A akan bangun untuk masak dsb, tp pd pagi ini langsung tak boleh buka mata..buka mata dunia ini berpusing2 berputar2..perasaan mula takut, bygn seolah ada dilautan bergelombang kuat..rasa nak jatuh..menangis2 bgtahu MD asyiklh kata 'nak jatuh..nak jatuh..pusing..pusing'..MD ingtkan A ngigau..dia kejut2 suh bangun tp A masih menangis2 sbb langsung tak boleh buka mata..jika buka mata pandangan pinar..gelap..berpusing2 hingga tahap nk muntah..hingga MD papah ke bilik air utuk keluarkan isi perut aka muntah..agak ok masuk semula dlm bilik dgn keadaan merangkak2 sambil pejam mata..masih tk berani nk buka mata..tiba2 ia datang lg..pusing pusing lg keadaan diri tdk boleh seimbang..akhirnya baring shj..walaupun keadaan baring atas katil A tetap rasa nak jatuh ( akibat pusing kepala )..maka hari ini tak p kerja..dr pg - tghri A baring shj atas katil tnpa mampu bergerak..buka mata kecil shj..itupun pusing ya amat..Tghri MD balik papah A p bilik air..uruskan diri apa yg perlu..saat ni dh boleh buka mata..boleh berjalan perlahan2..turun bawah..ptg bila dh boleh buka mata masalah lain pula..A langsung tak boleh baring..jika baring kepala akan rasa pusing lg..maka sepnjg ptg tu duduk shj..bila ianya kembali mesti disertai dgn muntah2..ingtkn bila dh muntah dh lega..rupanya ianya on off.

26 Sept ( Khamis ) - MD uruskan rutin pagi..bdn dh sedikit ok..bersiap untuk pergi kerja..hari ni kna pakai baju batik..saat ambil kunci kereta kepala dh pusing dan pitam terduduk..mujur MD ada..terus kepala pusing..kna baring..tak jadi p keja hr ni. ingtkn nk p lambat, rupanya kol 9 ..kepala masih pusing..MD bawa p klinik..cek tekanan darah tinggi 196 ...tp sbb A tgh kepala pusing mgkin itu yg menyebabkan bp high..doktor tak bg ubt drh tinggi hnya bg ubat pening + thn muntah dan MC 3 hari..

27 Sept ( Jumaat ) - MD masih uruskan rutin pagi..keadaan hari ini agk ok berbanding smlm & kelmarin. Boleh bgn, duduk, buka mata tp nk jalan kena pelan2 sbb rasa masih kaki tak jejak ke bumi..terasa diawang2an.

28 Sept ( Sabtu ) - Anak2 sekolah ganti..semua sekolah sesi pagi, A ajak MD blk kg..A pk kepala pusing mgkin sbb terperap dlm rmh je..MD suh siap2..saat A siap2kn beg sementara tggu anak2 blk sek..kepala pusing..A bawa baring..yelah niat mmg nk blk kg..kena nmpk sihat..ingtkn bila baring semakin reda..rupanya ia kembali menyerang on off...ianya tak lama..bila berlaku dlm 1 minit shj tp kerap..saat yg paling menduga ialah bila nk solat.. A tak mampu nk solat berdiri maka solat duduk..bila nk sujud..A terus rebah..tumbang mujur kakak Aniess ada disisi..dia smpat sambut ibu dia..A solat baring guna isyarat mata shj..masa tu Astagfirullah sgt2 seksa dgn keadaan diri. bila hbs solat nk jalan kna pimpin sbb keadaan diri yg melayang2 walau jalan tu tegak..disertai lg dgn muntah2..MD ambil keputusan tak jd blk kg..kita p hospital. Kami ke bhgn kecemasan Regency Specialist Hospital.
 gmbr ehsan goggle

Tiba di sana ia dtg lg nk ukur berat bdn sndri pn tak boleh berdiri..melayang2..mcm berada dilautan yg sgt2 bergelora..kepala pusing pndgn gelap..cek itu ini ok doktor kata A ada simptom VERTIGO...
walau cuba ceriakn muka konon tak nk masuk ward konon nk tnjuk sihat akhirnya mengalah juga..kena masuk ward. Sepanjang mlm di ward tak boleh tdo dgn lena sbb ianya sekejap2 menyerang..harapan esok dpt kua..tak boleh dok hospital dgn keadaan mcm ni


29 Sept ( Ahad ) - Pagi di hospital..tgn kiri yg di cucuk utk drip bengkak, sgt sakit dan nurse tnpa segan cucuk tgn kanan plak untk gnti tmpt drip..adeeeehhhh...yg katanya VERTIGO dtg sekali sekala..masa kena tak lama tapi KERAP. Jam 10.30 baru doktor dtg tnya khabar dan nk buat ujian fizikal kepala..A ok shj janji sihat..doktor mmg maklumkan jika dia lakukan ujian ini kita akan rasa nk muntah..masa tu tak pk muntah ke apa ke yg penting NAK SIHAT..bila ujian itu dilakukan ya..mmg ianya dtg menyerang..saat A rasa pusing doktor mmg suruh buka mata sbb dia nk tgk bebola mata..bila kita rasa pusing bebola mata kita turut akan pusing..mmg A muntah bila serangan kuat berlaku..OK doktor kata kes A special sbb A hilang keseimbangan sebelah kanan dan kiri..beberapa kali buat ujian hasil A tetap sama..masih pusing sebelah kanan & kiri...akhirnya doktor buat keputusan untuk melakukan ujian MRI scan pada kepala A...masa ni dh takut, menurut doktor biasa penderita VERTIGO akan mengalami sebelah kanan shj @ kiri shj..bkn 2-2, tp mcm A sebelah kanan dan kiri serta A kerap muntah bila ianya berlaku..pasrah n redha ja lah..ok appt untuk MRI scan jam 3 ptg..nmpknya mmg xdpt balik rmh hr ni huwaaaaaaaaaaaa
Kol 4 ptg bru dipanggil untuk MRI scan smentara tunggu turn..doktor panggil A untuk buat ujian pendengaran dan mata- masuk bilik kebal pakai earphone..dgr bunyi dr earphone..ada bunyi kuat perlahan..doktor rekodkan setiap respon A, hbs ujian doktor kata A tak da masalah ttg telinga & mata Alhamdulilah..cuma bila bab telinga doktor kata A tk dpt tgkap bila high, doktor tnya u kerja tmpt bingit2 ke..bila A ckp saya mengajar doktor gelak dia kata ohh budak2 buat bising ya hihihihihihi...
Tiba kat MrI..nurse kat wad kata dlm 5-10 minit ja..bila smpai kat Radiology staff situ kata dlm 30 - 40 min huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
 gmbr ehsan goggle

bila tiba turn A, dh tukar pakaian masuk dlm tempat tu...Ya Allah ngerinya..kna baring tegak selama 30 min..adeeehhhh terbayang mcm2..nk tenangkan hati A baca jelah apa yg terlintas..masa tu terlintas nk buat amali solat fardu zuhur..dr lafaz takbiratulihram hingga salam A baca dlm hati..tak habis2 jugak..smbg lg baca amali solat fardhu maghrib..tak habs jugak..baca plak doa dhuha pn tak hbs juga...dlm tu A pejam mata jer..tak berani buka mata..bdn terkujur tak leh bergerak..dlm tu bising sgt2 bunyi mesin bunyi drawing ntah2 apa2..tgh baca ayat2 qursi..tetiba mesin diam...alamak rosak ke..lamaaaa diamnya hati dh cuak mana staff bhgn radiology ni dia tak kn tak tau mesin ni dh snyap..agk lama tggu dgn debaran baru mesin tu bergerak keluar..huhhh legaa...ok settle tukar baju naik wad semula...tgh jln nk p lif..staff panggil..dia kata doktor suruh buat lg MRI kali ni nk tgk bhgn mata plak...adeeeeehhhhh skali lg baring kaku huhuhuhuhuhu...walaupun geram redha ja lah..haaa kali ni dlm 10 min je..sempatlh buat amali solat maghrib lg...bila ingt dlm MRI ni mmg senyum sendri. Mlm tdo ok sket berbanding mlm smlm..

30 Sept ( Isnin ) - Masih pening2 pusing tp tak seteruk dr hari sebelum2nya..pagi doktor dtg katil..dia bgtau hasil ujian darah n MRI scan...doktor kata :
* darah normal tp Kolestrol agak tinggi (blm capai bahaya)
*MRI - semua ok cumaaaaaaaaaaaaaa
# ada byg2 boleh kena stroke (uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..takuttttttt)
*VERTIGO boleh berulang kembali (tak sanggup)
*Glukos tinggi >>boleh diabetes

Saranan doktor :
* Tiada ubat khusus untuk penderita vertigo
* Kawal pemakanan...( bnyk mknan kna elakkan..+- mcm org ada drh tinggi juga )
* Rehat & tidur yg cukup
* Jangan stress
* bangun tidur jgn mengejut (doktor dh ajar bila nk bgn tdo apa yg perlu dibuat)

petang jam 3 >>> baru dapat keluar hospital alhamdulilah. Doktor bagi rehat 15 hari smpai 12/10/2013


Ok...A nk bgtau sbnrnya VERTIGO ni bknlh penyakit yg berjangkit..tk tau nk ckp mcm apa ya..tp menurut kwn2 yg kerja di hospital penyakit ni glemer di wad..ramai dh sakit mcm ni..
Dulu langsung tak tau apa tu VERTIGO..bila sndri kena baru tau ada sakit mcm ni..nk terangkan dgn mudah bila org tnya VERTIGO tu apa..A kata mcm mabuk2..kepala pusing, pitam rasa loya mgkin akan muntah...skali dgr mcm org mabuk mengandung kan...tp yg jelas lg nyata A tak mengandung pn...

pesanan A..wajiblah menjaga kesihatan..bila dh sakit, duit yg bnyk pn tak guna...TAPI nak sihat kena ada duit jugak kan....eeerrrrr mcmana tu ?????

Bila di tnya mcmana keadaan A skg >>>> Alhamdulilah sudah rasa semakin baik..tp pusing2 tenuk tu masih ada cuma tak seteruk dr hari2 tuu...rutin pagi boleh buat tp dengan perlahan tak mcm selalu waktu sihat, nk masak pn dh boleh..tp ibarat start masak jam 9..kul 12.30 bru siap, masak nasi baring...bgn smula masak lauk plak...baring lagi...bangun masak sayur plak...nk jalan pn boleh tp kna pegang apa2 sbb masih rasa diri melayang2 walau nmpk jalan...ngadap screen pn boleh tp taip jap..tdo..bgn taip lg..semua sekejap2..berat badan pn dh turun...selera mkn masih tak berapa nk ada...tgk gmbr mknan rasa nk mkn..tp pk nk sihat kna pntg dulu..ibarat nk mkn roti sekeping nk hbskn separuh pn bercinta nk hbskn..punyalah dasyat bila Allah tarik sekejap nikmat SIHAT tu..semua serba serbi tak kena...doakan saya ya kawan2....(terima kasih)



SEDIKIT PENCERAHAN TENTANG VERTIGO

 Boleh klik  VERTIGO 

@ boleh goggle vertigo....



Saturday, March 2, 2013

Betapa kerdilnya kita sebagai Hamba-NYA

Alhamdulilah...mahu share dr emel yg dikirim dr seorg sahabat...
C & P shj 
Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang
email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


 
Kita cuba menyimpan  ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......
 
Mungkin malam JUMAAT?  
Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....  
Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
 

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......
Bahawa  nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
 

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


 

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?


 

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan  betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.


 

Tidakkah melucukan bila  seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).


 

Tidakkah melucukan  bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?


 

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.


 

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa  risau akan tanggapan orang kepada saya  lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.


 

Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan  mereka di rahmati ALLAH. 
 

Monday, September 28, 2009

Tragedi Raya .....

Tahun ni sambut Syawal biasa2 jer...mgkin kerana diri yg tak berapa nk sihat ni...selera makan pon so so jer..tak tau lah nape..kalu ikutkan Syawal kali ni lah yg meriah sakan..yelah A jer ngan baju raya 5 pasang..2 pasang sedondon, 3 psg bebas..MD pon sama...anak2 lg lah, thn ni murah rejeki..anak2 MD murah ati li kan baju ok sket ler..kasut lagi hemm pendek kata kalu ikutkan mmg meriah ler ...tp A jer yg rasa biasa2 jer smpai tahap TAK BEST sggh huhuhu..

Nak pendekkan citer...Raya ke 5..A anak beranak p Muar utk menziarahi kubur anak sulung A ( Muhammad Azwin Aqashah ) tiap thn A p masa bln puasa..tp thn ni tak sempat p masa bln puasa so p lah raya ke 5 hari tu...
Balik Muar A singgah rmh kakak A kt Spg Rgm tu...beraya jap..then dlm kul 6 tu kami nk blk ler kg A kt Benut sbb mlm tu plan nk blk rmh my PIL kat Pontian plak..
Mcm biasa A dok belakang ngan Aniess..Amin dok dpn ngan MD..kebetulan lah plak hari tu line CELCOM hampehh tak leh guna langsung..so A ngan MD tgh sembang2 psl line celcom ni lah..tetiba jer BANGGGGG....otomatik A rasa dada A nk pecah..tak leh nafas...A tak tau apa yg berlaku..A merintih2 bgtau MD...air mata mengalir tak tahan sakit..sgt2 sakit, MD stopkan keta..dia turun dptkan A kt belakang bukak seat belt A..urut A...masa tu mcm nk pecah dada..rupanya kami xcident..huhuhuhuhu MD sdh hentam org dpn...keta park tepi jln dulu..MD settlekan A..masa tu sakit dada tak leh nafas..sakit pinggang..senak perut sume ada..A takut sgt2..sempat tgk anak2 alhamdulilah depa ok..Amin Aniess pakai seat belt..duduk pon elok jer bersandar..ditakdirkan Aniess dok belakang tp dok tgh mmg ler tercampak ke depan..A tak dpt bygkan kalu Aniess yg kena...MD papah A ke kedai yg berhampiran..ramai org berikan bantuan pd A...A sgt2 berterima kasih pd mereka..MD settlekan ngan org yg dia langgar tu..dlm pd tu MD try call keluarga utk memaklumkan hal A...malangnya line CELCOM mmg hancuss..kebetulan plak family ramai guna line hampehh ni...mmg tak dpt dhubungi..masa tu mmg pasrah saja..try pinjam telefon org pon mmg tak leh...tawakkal je lah
sesungguhnya tuhan mmg maha Pengasih..ditakdirkan saat A berehat di sebuah kedai kat situ..ada jiran sekampung yg mmg mengenali A..dia bertanya keadaan A..dia bgtau ayah A dh tau lum..A bgtau sorang pon tak tau sbb tak dpt nk hubgi...lg pon A mmg tak ingt langsung no tel sapa2..panik agknya, org kg A tu guna line maxis..so dia dpt hubungi makcik A yg tinggal sekampung A suh bgtau ayah A...syukur sgt2, dlm keadaan gini..masih ada yg sudi membantu..jam dh kul 7 mlm..poblem tak settle lg...kul 7.15 adik A dtg...alhamdulilah makcik A telah menyampaikan pesan..sepantas boleh adik A dtg..MD minta adik A bawa A ke hospital melihat keadaan A yg di khuatiri trauma @ apa saja..sbb dada A still sakit nafas masih tersekat2..A ambil keputusan nk p klinik jer...kalu ada pe2 br refer ke hospital...adik A bawa A p klinik berhampiran... anak2 A tinggalkan kat rmh kakak A kt Spg Rgm tu...
Kat klinik biasalah cek...dsbbkan klinik tu xde xray..cek biasa jer..daktor kata mgkin A terkejut..tp A ingat A mmg terhantuk kat seat dpn...ntah mcmana leh tersorong ke dpn pon A tak tau..then scan tgk bb plak..alhamdulilah bb ok..bb ni doktor kata besar..ayoyoyoyo..tak kisahlah janji semua ok..doktor pesan kalu dada lebam..& A mengalami bleeding kena p hspital cpt2..settle semua adik a hntr A blk rmh mak...A tak dpt hubungi MD sbb line still tak ok...hati dh risau mcmanalah suami ku itu..
Ropanya saat A kat klinik mak ngan ayah A p tmpt xcident nk lihat menantu dia tu..then bila MD p balai buat repot..mak ngan ayah terus blk rumah..dia tak tau A kat klinik..kul 11 pm br MD smpai rmh...

ni ropa dpn keta ku yg remuk..mujur leh bawa jalan lg..tp pintu tmpt driver tak leh bukak ler, tak kisah tang keta ni..yg penting kami anak beranak semua selamat...
Ntah mcmana leh xcident...ni kali pertama MD langgar keta org..selalu org ja hentam kami..kali ni kena kami plak huhuhuhu tp tulah kan..dh nk kena mcmana..so lps ni kena berhati2 lg lah..
tnya MD pesal lak leh jd gitu..dia bgtau tetiba ada lalat halang pandangan dia..dia kibas lalat tetiba BANGGG terlanggar..tgk2 lalat tu xde pon dlm keta..hemm ntahlah kan..mmg nk kena..sabar je lahhh....kenalah amek iktibar atas apa yg menimpa..
bergambar kenangan ngan keta yg penyek kata depa...spjg A sakit Amin asik nangis..peluk2 ibu dia ni..dia sgt2 takut kalu ibu dia mati :) ...dia tgk keta..tgk ibu yg sakit dia nangis..dia sgt2 memahami...Aniess masih terlalu kecil nk phm..dia tau kereta penyek jer :)

so skg kami patah kaki..raya2 ni tak merayap mana pon..plan nk p rmh kwn2 yg kat sekitar Pontian tu tak dpt nk p bila dh jd gini...keta dh hntr bengkel..hrp2 dpt siap cpt sbb A nk p keja pon masalah jugak huhuhuhuhuhu

Sunday, December 21, 2008

Keajaiban @ kesadisan????


u alls tgk sndri gmbr telur tu..sbnrnya b4 Aidiladha tu A beli telur 1 papan..mmg kalu li telur terus beli 1 papan..kisahnya smlm A nk masak udang bertelur..pas tu lak telur mmg tinggal 1 tu je kat tray..A pon amek..masa basuh tu A rasa pelik pd telur tu..A lihat ianya mcm d TAMPAL..(lihat sndri gmbr) A peliks awat telur jd gitu..baru A perasan telur yg bhgn TAMPAL tu d letak d bhgn bwh tray..patut ler tak perasan..
Emmmm mcm ni nk kata KEAJAIBAN @ KEZALIMAN???????? A perati ngan teliti mmg sah2 ianya d tampal dgn gam..sggh LEKAT gam itu..tak tertanggal..dsbbkn A mmg nk guna telur tu A pecahkan gak telur tu..pas tu A lihat d bhgn sebelah dalam kenapa d TAMPAL bahagian luar..rupanya apa.dr bhgn dlm A lihat ianya sudah RETAK..emmm rasa mcm tertipu lagi waaaaaaaa tensen wooo...
tak kan kita nk belek2 1-1 telur yg 30 biji kt papan tu sebelum beli????...geraaaaaaaammm sggh ler..tunjuk kt MD telur tu 1 je word kua dr mulut dia KEJAMNYA...
Walau A dh guna telur tu tp A still simpan kulitnya & traynya skali..tak tahu nk BERHATI2 mcmana lg..asik terkena jer..mgkin TUHAN nk uji..
Agaknya pengilang tu malas nk cari telur lain agaknya nk cukupkan tray..main tampal je telur yg retak..sbb A beli telur gred A..@ pn ini mmg Keajaiban..kua2 dr ayam telur ni mmg dh bertampal hehheeheh - mana tau kan :)

Friday, December 19, 2008

Zakat


Saja nk n3 ini..kan dh akhir thn ni...apa salahnya kita saling ingat mengingati kan as a muslim.
Yelah mgkin ada d antara kita ni yg berkemampuan apalah salahnya kan kalu kita dpt keluarkan zakat dr pendapatan kita..
mgkin ada yg terlps pndg kan ttg zakat harta..zakat pendapatan ni..yelah selalu kita bayar ZAKAT FITRAH jer..tu pon masa dh nak raya aidilfitri..
Sebenarnya secara jujurnya kami ( especially MD ) br je 3 thn lps byr zakat tuk pendapatan..sebelum2 ni ada niat tp bila kira2 tak cukup tuk byr zakat..phm2 ler bila dh niat kalu kita tak buat tu mcm ada jer yg tak kena kan..so alhamdulilah bila berjumpa sndri dgn pegawai yg uruskan zakat pendapatan ni..br tau..meski pon ada perkiraan nya utk byr zakat tp sbb masih ramai yg belum kisah ttg pbyrn zakat ini maka pegawai tersebut kata terpulang pd kami nk byr berapa..emmm so masa memula tu mmg byr tak ikut kiraan ler..thn ke 2 up sket..ni thn ke 3 alhamdulilah byr up juga dr kiraan asal.. ( harap2 pihak yg menguruskan zakat itu amanah dlm menunaikan t/jwb menyerahkan zakat pd asnaf yg berhak )
Bkn niat nk menunjuk..cuma sekadar ingin berkongsi mklumat yg sememangnya WAJIB pd sesiapa yg MAMPU....kalu ikut mampu tu kami tak jugak ler sederhana jer..MD selalu kata pd A..beli henpon mhl2 mampu tak kn byr zakat tak mampu..mcmana den nk jawab heheheheheheh selalu A kena 'smash' ngan MD kalu nk li brg2 'kehendak' nih..sebenarnya zakat ni tak ler bnyk sgt bape jer...cuma apa salahnya kita kua kn sedikit supaya pendapatan @ harta kita tu lebih berkat..dan hidup kita pon lebih d rahmati..Insyaallah...

Nak tau lebih lanjut info ttg ZAKAT..klik SINI


>>> thn ni lps byr zakat tu dpt ler towel kecil..:)

Thursday, December 18, 2008

Tertipu @ ?????


Last week kitorg blk kg..bila dh blk kg tu saje jelah jalan2 p bndr PONTIAN...pas tu plak ati tergerak nk li baju aniess ala..wat basahan jer sbb Aniess bnyk pakai baju abg dia hehheh ( tak yah mbazir) skg Aniess dh tak mo pakai baju abg dia yg ada kolar hahhaah so li kan ler baju ala2 girl tuk wat pakaian harian..
masa A belek2 rega pakaian tu A tgk hage dlm RM16..ok ler kan..takat tuk pakai hari2 tag dia pon tulis RM16..so habis pilih baju A pn p kaunter pembayaran..
A tak perasan lagi sbb A masuk p kedai tu dgn Aniess je..MD p tgu kt keta..masa nk bayar ni Aniess ke hulu ke hilir so A cuma tau bayar total je sbb sibuk dok kejo Aniess yg dh tawaf 1 kedai..pas tu kitaorg pon blk rmh
Masa kt rmh tu a pon sibuk ler nk cuci dulu pakaian tu..A tgk resit balik ..pas tu A terkejut ada rega RM18..aik baju mana lak rega gitu..A cek balik tag2 kt baju2 tu pas tu A siap tgk kod dia lagi..emm u alls tgk sndri ler..tag kt baju tulis RM16...A kena bayar RM18..walau RM2..bg org lain mgkin tak tak rasa apa..tp A rasa mcm tertipu lak kan..eee tak saboo A nk p kedai tu balik..ajak MD dia mls kua lak..emm kena tgu esok ler
Esoknya A p kedai tu balik..sblm p kaunter, A cek balik baju yg sama pattern ngan yg A beli..siap A tnya salesgirl kt situ baju tu bapa hagenya..dia sndri kata RM16..pas tu ngan sopan santun walau ati rasa nk marah A tunjuk resit ngan tag baju tu..baru A p kaunter..kt kaunter cashier tu scan hage baju tu dia scan mmg RM18....dia kata hage baju yg A beli mmg RM18..sbb ikut size
A ckp..tak kisah ler nak ikut size ke apa..A tak marah kalu tag yg kt baju tu dia mmg tampal RM18 pas tu A kena byr RM18 xde masalah..tp yg ni dia tampal RM16 pas tu scan bayar RM18..sapooo tak marah..yg cashier tu lak ttp pertahankan hage mmg RM18..A pon ngan lemah lembut sopan santun tp sinis A bgtau 'I tak kisah u tak letak hage berapa ikut size ke apa ke..tp u tak blh buat mcm ni..I pengguna..rasa tertipu tau..'
pas tu a tnya dia..tag tu tampal berapa? dia kata RM16..pas tu A tnya dia blk I kena byr berapa dia kata RM18..so kalu mcm ni sapa salah??? DEPA tak ngaku salah pon..tetap nk pertahankan hagenya yg RM18..geramm tul A..pas tu A kata ' tolong bukak balik hage semua baju u td..u dh tipu pengguna mcm tu..u jgn ingat ni bkn bndr mcm JB leh wat suka2 ati'..jawapan cashier (mgkin manager) 'tau..tau..tau'...pas tu tanpa kata MAAF dr depa pon..A pon mls nk pjgkn kisah..bg A mgkin staff dia terlepas pndg ttg tag kt baju tu..dan A pon tak d pulangkan blk duit RM2 tu kalu lama2 kt situ wat kering air liur je marah depa..sblm tempature badan ni naik baik blah cpt2 :)..walau A rasa nk lempang je muka cashier tu sbb bila A dtg tnjk resit tetiba wat muka berlagak..ewahh ingt kita ni hapa..pas tu kena sembur baru wat muka konon2 tak bersalah..yg staff dia lak kena marah ngan dia sbb psl A hahahahha...kesian lak tgk staff tu terkulat2...
Walau rm2 tu tak beso mana tp ngan keadaan brg makin mahal ni A kena kira jugak sbb org lain bkn nk bg duit ke apa ke kalu kita hidup susah ke apa..pedulik apa kalu org kata A kedekut ke apa..masalahnya kita ni PENGGUNA bila mcm tu rasa TERTIPU..mgkin org ada lg kena smpai ribu raban..ntah mcm nasib org yg terkena mcm tu yer..dan silap A jugak masa nk bayar tu A tak tgk terus jumlah nya..blk rmh br perasan...so u all bila ShoPpInG tu hati2 lah erk...:)

Saturday, August 2, 2008

Bulan Syaaban

Sedar tak sedar kita dh masuk bulan syaaban..tak lama pas tu masuk lak Ramadhan...pas tu Syawal...bila masuk Syaaban je hati rasa sayu..tak tahu nape...sayu rasanya tiap thn mcm tu..perasaan ini berlarutan hingga akhir Ramadhan...bila nk hujung Ramadhan rasa nk nangis jer nape ntah..org gembira nk smbut Syawal tp kita sedey lak...pe2 hal kita bsyukur dpt jumpa bln syaaban thn ini...jom tazkirah sket :)

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa penting dlm Bln Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Sumber: Jabatan Mufti Melaka


Wednesday, July 30, 2008

Bulan Rejab

PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah 27 hari kita berada di dalam bulan Rejab. Lazimnya, umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadat seperti berpuasa sunat, bersedekah dan berzikir.

Lebih-lebih lagi disogokkan dengan pelbagai fadilat yang bakal diperoleh kepada mereka yang beramal pada bulan ini.

Antara ganjarannya iaitu; Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat 1,000 kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1,000 mahligai dengan 1,000 bilik dan 1,000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1,000 kali.

Siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasad, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan di langit), 70 hajat ketika ditimbangkan amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Selain itu, berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Malah mereka ini juga dapat minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan dan lebih dingin daripada salju.

Ini baru disenaraikan beberapa hadis yang menyentuh tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab. Sebenarnya, kalau hendak disusunkan satu persatu, sudah pasti tidak terkira dengan jari. Malah, andainya kita layari internet, paparan bahan-bahan bertulis berkaitan tajuk di atas, memang terlalu banyak.

Hakikatnya, bukan seorang dua yang dikaburi dan terpengaruh dengan ganjaran-ganjaran ini. Sebenarnya hadis-hadis tersebut adalah tergolong dalam hadis mauduk iaitu ia adalah palsu serta tidak bersandar atau bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w..

Larangannya, bukan sahaja kita tidak boleh beriman malah ia sekali gus bermaksud kita tidak boleh percaya dan beramal dengan hadis sebegini.

Kebimbangan inilah yang telah disuarakan Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim sewaktu mengulas pengaruh faktor ganjaran ini sehingga telah menjadi satu fenomena di mana umat Islam terlalu percaya kepada ganjarannya sehingga lupa kepada persoalan status hadis.

Ketaksuban

Memang banyak kelebihan yang berkaitan bulan Rejab, cuma dibimbangkan sikap ketaksuban masyarakat dengan ganjaran fadilat dalam bulan Rejab sehingga menjadikan umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjarannya sampaikan amalan yang dikakukan berlandaskan ganjaran atau kelebihan, bukan dilakukan amalan tersebut atas landasan keikhlasan. Sedangkan hakikatnya, bagaimana rupa ganjarannya harus diserah kepada Allah s.w.t..

“Umum perlu diberitahu, bahawa kita tidak boleh berpuasa semata-mata untuk ganjaran. Apatah lagi, ganjaran-ganjaran yang telah dijelaskan di dalam hadis-hadis tersebut adalah hadis mauduk. Meskipun, jika ia sekadar dianggap sebagai satu motivasi sekalipun.

“Di samping itu, sekiranya kita terlalu mengejar ganjaran, seolah-olah kita mengharapkan sesuatu daripada Allah. Sedangkan sebagai hamba-Nya, seharusnya setiap amalan kita kepada Allah itu adalah balasan kita atas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini,” jelas Adibah.

Jelasnya lagi, salah satu tanda hadis mauduk iaitu, ia menyebut akan ganjaran yang melampau-lampau atau tidak setaraf dengan amalan yang dibuat.

Katanya, Ibnu Hajjar al-‘Asqalani pernah mencuba membuat satu kitab di mana dia merancang mengumpulkan fadilat-fadilat Rejab, tetapi satu hadis sahih pun tidak ditemui.

“Amalan ibadat pada bulan Rejab ini bukan sahaja tentang berpuasa sunat tetapi turut melibatkan perlaksanaan puasa dan solat khusus pada 27 Rejab. Solat sunat Raghaib sebanyak 12 rakaat ini dilakukan antara waktu Maghrib hingga Isyak dengan diikuti dengan bacaan surah tertentu sebanyak 70 kali.

“Semua ulama sepakat bahawa solat Raghaib dan puasa khusus ini juga adalah satu amalan bidaah kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya. Saya hendak tekankan bahawa amalan yang tidak mengikut sunah dan syariat Rasulullah adalah bidaah.

“Amalan ini juga ditolak oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Nawawi. Ini kerana pada zaman mereka di mana terlalu banyak bidaah dan khurafat berlaku sehingga boleh menimbulkan mudarat,” terangnya.

Menurut Adibah, tarikh 27 Rejab yang dikatakan berlaku Israk Mikraj sebenarnya tidak ada ulama yang mengatakan itu tarikh khusus untuk peristiwa tersebut. Kita tidak tahu tentang tarikh sebenarnya kerana ia adalah rahsia Allah.

Pun begitu, sekiranya seseorang itu ingin melaksanakan amalan puasa sunat, tidak ada larangan untuk kita melakukannya. Yang pasti, puasa sunat tersebut dikira sama seperti puasa sunat pada bulan-bulan lain.

Terang Adibah, apa yang istimewa dan jelas berkaitan bulan Rejab ialah ia adalah bulan persediaan menyambut Ramadan. Di samping itu, ia bulan yang diharamkan berperang selain dari Muharam, Zulhijjah dan Zulkaedah.

Lantaran itu, pesanannya, agar umat Islam jangan percaya adanya amalan, ibadat atau pahala khusus untuk Rejab. Ini kerana kecetekan ilmu serta melakukan secara membabi-buta, bukan kebaikan yang diperoleh malah mendatangkan satu dosa kerana mempercayai serta mengejar ganjaran semata-mata berdasarkan hadis mauduk.

Katanya lagi, kekeliruan konsep ini amat merbahaya kerana sikap terlalu percaya ini, seolah-olah kita mengajak manusia percaya benda yang tidak sunah tetapi dikatakan sunah. Sekali gus mengajak orang membuat satu amalan bidaah.

“Oleh itu, dalam kita melakukan amalan, harus dipastikan amalan itu berlandaskan syariat Allah dan sunah Rasulullah,” tegasnya.


Sumber : Utusan Malaysia Online


Tuesday, May 27, 2008

Thank Q

Lama tak bersihkan rmh ni rinduuuu nyer.........sebenarnya A tak berapa sihat start dr mgu lps tp kiranya dh agak kritikal tu hari sabtu lps ler....terima kasih pd kwn2 blogger yg amek berat psl azie..tima kasih bnyk2...alhamdulilah A dh ok sket...

                 

Sebenarnya nk gelak ni..bila baca laman sembang tu mcm2 spekulasi heheheheheheh...ok lah meh azie citer sket..sebenarnya azie sakit lutut asalnya...lutut belah kanan ni makin hari makin bengkak..kalu buat apa2 yg mlibatkn lutut mmg menangis ler sakit tul mcm benda dlm ni koyak rabak je pas tu tuam ler..bila bengkak kt lutut surut..tapak kaki lak sakit..bila nk berdiri..mcm nk pecah kaki...aduhhhh mmg seksa, pdhal sabtu tu x p mana pn, cuma p knduri kawen je bila dh sakit kaki tu ibarat mcm tak leh bergerak..ahad mmg dok kt rmh je..tu yg rest je..mujur dpt suami yg memahami..nk jugak dia tolong tuamkan kaki kita..rendamkan kaki kt air pns, urut kaki lagi yelah suami mana smpai hati tgk wife dia sakit mcm nk guling2 je rasanya..tak tau lah nape smpai gitu skali..ingat gemok sgt..bila tak thn jugak p klinik..doc cek xda menda pon, dia bg krim je..bila cek BMI masih ok lagi..so taktau lah nape sebenornyer, pas tu lak pc kt atas..bila dh sakit ni mls nk naik atas...sume dok bwh..smpai MD & anak2 pon sama...melekat kt bwh je mls nk naik..tu yg 2-3 hari lps mmg x dpt merempit kt tenet..nk jugak tp bila jejak kaki berdiri je tapak kaki ni panas mcm nk pecah2 koyak rabak je..pendam je lah niat..yg penting nk bg sihat dulu..so far alhamdulilah dh kurang sket, boleh juga berlari hehehehe..tp next week mungkin A tak dpt merempit lg sbb MD nk anto blk kg..nk tgk2 juga ubat cara kg :D
Bila dh sakit ni btl2 menginsafkan diri..merindui saat sihat..so pd kwn2 hargailah masa sihat anda sebelum tiba masa sakit
Pd kawan2 blogger hehehheeh A masih '0' ler hajat d hati nk juga menambah bilangan ahli keluarga ni tp belum ada rezeki lah..lg pon Aniess kecik lagi ler belum 2 thn...Insyaallah thn depan heheheheheheh doakan lah yer...
Sekali lagi A mohon maaf atas segala kesilapan teknikal & terima kasih atas perhatian kwn2 semua....muachsssssssssssssssss

Saturday, May 17, 2008

Cuainya

Alkisahnya 2day malas masak2 so ptg td MD ajak p pasar malam..masa lps start enjin keta A suh MD amek gambo sat..pas tu kamera poblem lak so MD betulkn ler..masa tu MD pegang hp dia & A punya serta kunci rumah, dia letak kt bonet keta..then lps amek gmbo MD naik keta..A terus buka gate..dlm setengah perjalanan A tnya mana hp? MD raba poket laaa tak de..A jerit eeeee kt belakang ler atas bonet..serta merta MD bentikan keta..sebelum tu MD kata dh jatuh ler tu..A kua tgk kt bonet alhamdulilah hp tu 2-2 masih ada elok je letaknyer..alhamdulilah syukur sgt2..hp dh ada tp KUNCI RUMAH??????waaaa kunci takde..degap degup jantung ni mcm nk tercabut alahai...MD dh bising..wawawawawa kami patah balik dgn harapan adalah kunci tu kt rmh..tiba kt simpang 3 jln besar tu A nmpk mcm gugusan anak kunci tp mcm sampah...then A ckp kt MD bentikan A kt sini, A tgk itu ke..kalu itu bukan nnt A jln2 ler cari..A suh MD balik rmh tgk2 kt garaj kut2 ada....
Simpang 3 tu jln besar so bnyk ler kereta lalu lalang susah gak A nk melintas...tp dh tak kira kena cepat...bila ada peluang lintas A pon lintas seberang jln menuju benda yg A nmpk tu....Ya Allah syukur sgt2..benda yg A nmpk tu kunci rumah..alhamdulilah...cepat2 A kutip kunci tu syukur huhuhuhuh bila dh jumpa semua dgn selamat mcm nk nangis rasanya..sedih & syukur Tuhan mmg sayangkan A...pas tu tunggulah A tepi jln menanti MD..comfirm dia akan mrh dan akan kata A cuai...tak kisahlah bila dh jd gini kita akan jd kn pengajaran..dan sesungguhnya TUHAN tu sentiasa ada disisi kita..Aminn....kalu tak jumpa kunci tu mau meraung ler ada ler nnt nk masuk rmh sndri kena kopak pintu alhamdulilah selamat......


Wednesday, April 23, 2008

Renung2kn.........

Kisah yg betul2 mengusik perasaan, sedih sgt baca ni...ambil di sini..mungkin berlaku dlm kehidupan seharian kita tnpa kita sedari....renung2kn..muhasabah diri>>>ambil iktibar


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak.
Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu."
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?
Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.
Lailamenjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A."Laila."
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk

"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujarMr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.
Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.