السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-06-2012
Di area tempat kerja aku sekarang ni, memang kes ragut selalu berlaku. Malah sejak awal aku join pun, ramai yang ingatkan aku supaya berhati-hati.
Kerana aku selalu menjadi “early bird”, menanti pintu ofis dibuka. Aku sampai awal kerana MyTOKLAKI hantar aku sebelum dia pun pegi keja juga. Kerana dekat sangat dgn rumah, so aku biasanya sampai depan ofis sejam (kadang-kadang 45 min) sebelum waktu kerja. Awal, kan?
Kadang-kadang aku lepak sarapan, kadang-kadang aku duduk jer depan ofis menanti orang bukak pintu. Dan yang selalu bukak pintu adalah MyManager (perempuan).
Begitulah takdir yang menimpanya semalam pagi. Dia sepatutnya bercuti semalam (Senin) kerana ada appointment dengan doktor pada kul 10 pagi. Tapi seorang client call, dan dia datang ke ofis seawal 8 pagi untuk selesaikan beberapa urusan job, kononnya.
Biasanya, dia akan duduk dalam kereta beberapa minit sebelum keluar. Semalam tu, dia sempat dengar 2 lagu baru keluar dari keta. Masa tu la, sebuah motor yang dilihat sebelum sedang park relax selang beberapa lot dari situ, bergerak menuju ke arahnya dengan relax dan selamba sahaja.
Tanpa menduga apa-apa, malah sempat pula dia mengagak lelaki itu mungkin baru lepas hantar wife ke ofis or hantar anak ke sekolah (kerana agak berumur lelaki itu). Kemudian segalanya berlaku pantas sekali, sampai dia sendiri tak ingat cemana handbag dia ditarik. Dia tak ingat. Apa yang dia sedar, dia dah jatuh atas simen konkrit laluan depan pintu ofis. Macam dipukau pun ada, katanya.
Selepas buat report polis, checkup dan X-ray, doktor mengesahkan tangan kirinya patah. Patah ruas, kata orang. Begitulah, takdir yang berlaku. Kesal dan sedih pula aku.
Masa melawat semalam, memang bengkak tangannya, walaupun cedera lain langsung tiada. Berdarah pun takda langsung.
Kita selalu baca/lihat/dengar, kes ragut bukan sahaja kehilangan barang berharga kita, tapi kecederaan yang parah malah sampai koma dan meninggal pun ada. Dahsyat sungguh kejadian gini, kan?
Aku pernah trauma juga masa kena ragut dulu. Tapi syukur tidak cedera apa-apa. Ada ketika kita sangat berhati-hati, tapi malang yang hendak berlaku tidak dapat kita duga sama sekali. Sejak aku pernah kena ragut, bila keluar ke mana-mana, aku akan asing-asingkan duit. Simpan dalam poket, hp pun dalam poket.
Sekarang ni, aku sudah TIDAK pernah bawa MyKad original lagi dalam beg. Aku bawak yang fotostat punya. Serik sebab masa hilang dulu, aku kena denda RM80 walaupun ada surat repot polis. (Masa tu undang-undang pengecualian denda jika ada surat repot belum kuatkuasa lagi).
Leceh bila kita kehilangan banyak barang berharga, e.g. lesen, kad bank, MyKad, handphone dengan line yang kena disekat serta merta. Itu barang bagi orang biasa. Bagi orang yang pangkat-pangkat tinggi sikit, cash beratus-ratus lesap, nak kena block kad kredit segala macam-macam bank lagi. Leceh kan?
Berhati-hatilah.
~...tiada siapa juga dapat menduga Jalal akan bertindak seakan samseng bila dia bagaikan bangang memanjat tingkap bilik SERI BULAN pada malam bulan terang mengambang, lalu bila siang benderang seluruh warga Kampung Separuh Desa berbisik gosip tentang pipinya yang bengkak kembang sehingga akhirnya HISYAM mengaku dia membuat angkara walaupun kaki SERI BULAN yang bertapak di muka...~