30 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 Malaysia


Salam merdeka

31 Ogos. InsyaAllah bakal tiba kurang dari 1 jam lagi semasa aku menulis di sini. Alhamdulillah betapa negara ini telah mengecap pelbagai kejayaan dalam usia singkat kemerdekaan ini. Pastinya penat jerih pejuang2 kemerdekaan terdahulu sukar digambarkan dengan kata-kata. Yang lebih utama kini adalah pengisian kemerdekaan itu sendiri.

Kata orang, jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, lihatlah pada golongan muda pada hari ini. Pada pandangan mata kasar aku, ramai yang hanyut dalam mencari erti kemerdekaan itu sendiri. Adakah dengan melaungkan 'Merdeka' menjelang jam 12 malam 30 Ogos setiap tahun, membawa erti kita benar2 menghayati erti kemerdekaan itu? Adakah dengan melakukan pembaziran untuk sambutan secara besar-besaran bermakna kita cukup patriotik? Bagaimana pula dengan kekotoran sampah sarap & kerosakan harta benda, bunga hiasan dll yang ditinggalkan saban tahun selepas selesai acara 'sambutan' kemerdekaan itu?Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Yang nyata, aku memang menentang idea meletakkan bendera Malaysia pada kenderaan. "Tak merdekakah minda aku kerana berpendirian sebegitu? Tak patriotikkah aku?" Aku punya alasan tersendiri untuk menentang idea itu. Berikut adalah persoalan bagi menjawab pendirian aku:

a) Berapa ramaikan antara kita yang tanpa sengaja terlanggar Jalur Gemilang bersaiz mini yang bertaburan di jalanraya yang mungkin tertanggal daripada kenderaan? (motorsikal mahupun kereta). Sekadar perbandingan, aku sendiri terjumpa tak kurang daripada 10 bendera Malaysia bersaiz mini ini yang bertaburan di jalanraya sepanjang Ogos 2010. Sedih tengok bendera lambang kemegahan negara ini bersepah di jalanraya.

b) Bagi yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan berat spt lori & bas - korang perasan tak yang warna putih pd Jalur Gemilang tu lepas seminggu (lebih kurang) dah jadi hampir gelap dek kerana asap kenderaan. Begitu sekalikah cara kita menghargai lambang jati diri sebuah negara berdaulat?

Apa pun jauh di sudut hati, aku berbangga kerana pernah menyertai kontingen Badan2 Korporat semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2005 di Putrajaya. Kami menjalani latihan intensif selama 5 hari (sekejap aje tu) sebab kami hanyalah perlu melintasi dif2 kehormat sambil berkawad. Seawal 5 pagi masing2 dah get ready di Putrajaya. Lepas solat Subuh, dah kena ambil posisi masing2.

Masa latihan ada aje kerenah kawan2 yang membuatkan masing2 tergelak, kawad pun berterabur macam taik kambing. kekeke. Alhamdulillah pada hari kejadian, team aku berjaya lakukan tugas kami dengan jayanya. Yang membuatkan aku bangga adalah Meeza bawak anak2 aku (dia drive ke Putrajaya awal2 pagi) utk saksikan aku & kawan2 berkawad. Sambil berkawad tu aku kami nyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan tahun tu & lagu2 patriotik yang lain. Tanpa aku sedar, ada rasa sebak dan titisan air mata tanda rasa bangga & kecintaan aku pada negara ini semasa aku berkawad tu

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 buat Malaysia

No comments:

Post a Comment