setahun 3 bulan..
dia baru pandai jalan bertatih2 jatuh bangun...
alhamdulillah..nikmat mana yg hendak ku dustakan..
alhamdulillah mmg hidup penuh cabaran tp sesungguhnya Allah bagi mencukupi untuk kita
cukuplah dgn kelapangan dada..
tak perlu sifat iri hati..
tak perlu sifat benci..
andaikata apa yg berlaku dpn kita tidak menurut kehendak kita abaikan sahaja..sangka baik2..
semoga Allah beri kelapangan dada dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Hidup tanpa kesempitan duit, masa, ruang dan kesihatan untuk ahli keluarga sudah cukup membahagiakan..tak perlu kejar dunia..tak perlu bersaing utk dunia..cukup dgn usaha dan hasil yang kita ada.yg penting TANGGUNGJAWAB perlu dilaksanakan..HUTANG perlu dibayar..JANJI perlu ditunaikan...selebihnya itulah rezeki kita yang Allah dah tetapkan utk kita..
senang ckp..cuba buat..susah sbnrnya..terutamanya bila bisikan syaitan selalu menang..berperang dalam hati..semoga Allah memberi petunjuk..amin..
eh sbnrnya nak cerita pasal azeem...alhamdulillah azeem dah recover dari fasa sgt2 teruk which is kulit melecet..berair nampak daging dan berdarah2 dari digaru starting mac 2017..
dan ubat yang betul2 serasi nak baikkan ruam dia yang menggila adalah ubat singseh yang berharga rm 15 setub..- sesuatu yang against my will jugak dan setiap kali sapu iols akan berdoa semoga ia tak beri mudarat..
continuee...
Langkah yang kitorg ambil ialah bg die formula milk..aku ada baca ttg en nazmi yang anak dia dua2 org sgt2 teruk eczema dan alergik dia..dia bg minum susu MAMEX PEPTI..susu yg hkl bg..so gigih la cari susu tu..susah yea nak cr stock susu tu..dkt farmasi je ada..setin kecik 400gm rm72++..
kenapa aku ambil langkah ini?..seolah2 mcm this is ajaran yang benar lepas tu ko p follow ajaran sesat..nauzubillah..semua org tau susu ibu susu terbaik didunia..tp dalam kes azeem..lepas je stop susu ibu dengan izin Allah semua ruam2 tu start baikk..seriesly..ruam yang tak berkesudahan tu..yang mane aku start pantang macam2..suppliment macam2..tp ruam dah nak baik, lapisan kulit yang baru nak tumbuh dah ada ruam baru..tp bila aku stop susu ibu..subhanallah..cycle tu berhenti..Ya Allah aku tak tau nak kata apa masa tu..dan sebelum tu juga ada kakak opismate soh pakai ubat singseh..die siap belikan..dia kata anak dia keluar masuk wad masih tak baik tp lepas pakai ubat tu..alhamdulillah lepas setahun dah ok..pakai bila perlu je..aku masih cuak2 nak pakai tp tawakal je la sebab aku tkt ada steroid juga..dan bila pakai alhamdulillah nampak perubahan..
maka dr titik perubahan ini..aku stop abes bf azeem..memula masih pam n buat stock..tp lama2 bila baby tak hisap buat cik p tu sgt2 sensitip bila kene pam..lepas dua minggu asek la berdarah dan luka..last2 aku stop dan susu berhenti sendiri.susu tu jd rezeki cousin azeem, althea..yes diorg jadi adik beradik sesusuan.;)..ade baki konon nak bagi bila azeem ok tp aku jadi trauma nak bg last2 expired..T__T...
lepas seminggu minum susu formula
azeem baru mula nak senyum...yes..lepas umur dia 2 bulan..setiap hari dia hanya merengek, merintih..dan pada umur 10 bulan dia baru nak senyum blk..baru nak belajar pegang barang sebab sebelum ne dia slalu kene ikat..dan perkembangan dia seolah2 terhenti pada umur dia 2 bulan..die hanya boleh pusingkan badan dia..
pada umur 10 bulan dia mula belajar...dr meniarap, mengensot, merangkak..dan alhamdulillah berdiri dan berjalan..pada umur setahun 3 bulan..
sekarang ne tgh melasak...dah 2 kali jatuh katil benjol kepala..huhu...alhamdulillah.7 bulan yang lalu sungguh terasa saat2 paling susah dlm hidup..syukur nikmat yang Allah beri kala ini..Azeem mmg kuat..sgt kuat dr maknye..sayanggggg dia sgt2..
nak kata azeem dah sembuh 100% tak juga..masih ada lagi ruam tumbuh tompok2..esp kalau die makan makanan yang luar kebiasaan..dan kalau berubah location persekitaran pun sama. doakan azeem makin sihat dan tak perlu pakai ubat lagi dah..aminnn...
my hero..
azeem dah mula terasa badan dia..omak die pulak..dr papan lapis dah start mcm nak jadi kayu balak nee..hahahaha insappp cpt pleaseeee...
#eczemafighter
#eczemawarrior