Mak kata " Jangan main hujan, nanti demam".
Dulu mak sanggup dukung kita sembil naik basikal hantar kakak ke tabika..dua orang duduk belakang dan aku mak dukung. susah sebenarnya tapi itu lah jiwa seorang mak. tapi bila dah besar aku banyak susahkan mak.tapi itu sebelum aku berubah.kali ini mak penting dalam hidup aku.
Friday, May 11, 2012
Target untuk Tunaikan Umrah awal umur 24
Bercerita mengenai target saya seawal umur 24 tahun, ya, inilah keinginan saya yang sangat-sangat saya impikan dan harapkan, Menunaikan Umrah. Sejak kecil lagi keinginan ini sudah ada di dalam hati saya, dan bukan saya sahaja yang mempunyai keinginan ini, tetapi saya percaya semua yang bergelar MUSLIM teringin sangat hendak menunaikan umrah.
InsyALLAH, sekarang saya berusaha untuk mengumpul duit, dan berdoa kepada ALLAH supaya memilih saya untuk ke MEKAH, walaupun gaji saya tak seberapa, tapi saya percaya kepada ALLAH, insyALLAH, ALAH akan tolong saya untuk mengumpul duit hasil dari gaji saya..
Saya tak perlu untuk meminta tolong kepada orang lain, bagi saya, cukup minta tolong kepada ALLAH,kerana ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNYA..
Sekiranya ALLAH mengizinkan saya menunaikan umrah, selepas dari menunaikan umrah seorang diri, saya target pula, saya mampu bawa mak saya menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya haji..InsyALLAH..
Mula detik sekarang, doakalah saya supaya dapat menunaikan umrah dan doakan semoga aqidah kita terpelihara..jumpa lagi..
.....................
Monday, March 19, 2012
Nak jadi bos..
Friday, February 24, 2012
Kembali mengUPDATE blog..
Tuesday, August 3, 2010
Tanda-tanda kiamat
Penaklukan Baitulmaqdis. Dari Auf bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis.” – Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…
Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenak-enaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
~ dah nampak dah…
Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab : “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.” – Ibnu Majah
~ Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu…
Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.” – Riwayat Nasai
~ memang dah nampak dah…
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
~ ada anak tak mengaku mak / bapak disebabkan malu…
Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dah ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa je para ulama’ yang tinggal…
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia.” – Riwayat Thabrani
~ George Bush??
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
~ jiran sesame Islam pun tak bertegur sapa…
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda berlakunya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakai keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, g-string dll)
Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
~ tak percaya pergi tengok…
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncuk pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengam membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengan dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” – Sahih Muslim
~ cuba baca akhbar dan majalah yang popular sekarang ini…
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq…
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji…Mina dah dilanda banjir…
Fikirkanlah dan renungilah…
Thursday, September 17, 2009
Jadilah lelaki yang soleh dari sibuk cari wanita solehah..
Lelaki bila di tanya apakah ciri-ciri wanita yang di idam-idamkan, ramai yang menjawab, bertudung, tak pakai ketat-ketat, sopan, pandai masak dan macam-macam ciri-ciri yang baik-baik. kadang-kadang keinginan mereka tanpa mereka sedar, layakkah mereka mendapat wanita seperti yang mereka inginkan..? tepuk dada tanya iman. saya bercakap tentang diri saya yang masih jauh untuk menjadi lelaki baik tetapi bagi saya, dari mencari wanita solehah, lebih baik kita sendiri berusaha menjadi lelaki soleh. sedar tak sedar banyak kekurangan yang ada pada kita sebagai lelaki. dan bagi wanita, ,mereka mahukan lelaki yang akan mereka kahwini mempunyai ciri-ciri yang mantap untuk membimbing satu bahtera bergelar perkahwinan.
kepada wanita, fikirkan betul-betul bakal suami anda. kerana anda inginkan satu perkahwinan yang kekal dan bahagia. bagi lelaki pula, syabas dan tahniah sekiranya anda mempunyai kesedaran untuk menjadi lelaki yang soleh dan bertanggungjawab.
kepada lelaki yang mengaku lelaki, untuk menjadi lelaki yang baik dan hebat dan paling penting lelaki yang soleh, perkara yang perlu di utamakan dan di pandang serius ialah SOLAT. Solat yang di lakukan dengan penuh rasa iman dan ikhlas untuk sujud pada ALLAH SWT akan memberi impak yang besar kepada hati kita. lagi-lagi di lakukan secara berjemaah.. tetapi solat yang di lakukan seperti super hero the flash tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati kita. percayalah wahai kaum lelaki, kita akan mempraktikkan apa yang kita lakukan dalam solat di luar solat kita. contoh, kita berniat solat kerana ALLAH dan bukan kerana makhluk, jadi apabila di luar solat nita kerana ALLAh tetap di utamakan sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara.dalam solat ada doa dan bila di luar solat, tak kiralah kita dalam keadaan bahagia atau susah, kita akan berdoa kepada ALLAH.
kadang-kadang ramai lelaki yang mahukan isteri yang tidak tinggal solat, tetapi diri sendiri masih kalah untuk bangun solat subuh, masih lemah untuk gerakkan kaki melangkah ke masjid. solat mereka pandang ringan. kata meraka, lepas kahwin baru berubah. ini silap. ini adalah satu kezaliman yang di lakukan kepada wanita yang akan di kahwininya. lelaki adalah pemimpin untuk wanita. tanggungjawab lelaki kepada wanita yang di kahwininya amat besar. minta maaf kepada kaum wanita sekiranya ada lelaki yang kahwini seorang wanita kerana nafsu lelaki.
berbalik kepada lelaki, marilah kita sama-sama berusaha menjadi lelaki yang hebat dalam semua perkara terutama agama kita yang merangkumi pelbagai perkara yang perlu dilakukan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim. Biar kita menjadi lelaki soleh dari mencari wanita solehah tapi dalam masa yang sama kita lemah dari semua aspek.
insyallah...