Friday, January 16, 2015

Istana Air Taman Sari & Masjid Bawah Tanah, Yogyakarta, Day 3 (Part 1)

Hari ke 3 after breakfast, teruskan perjalanan ke Istana Air Taman Sari. Again, sila google ape sejarah istana ni. I just follow the tour. Tourist sungguh dan bukannya pengembara kan? Muahaha. I feel bad but hey, trip ni I follow je. 

Dekat sini lebih kurang macam muzium cuma muzium yang x de aircond. Ada for some places je. Lepas tu plak, stroller x boleh bawa masuk. Kenalah tinggalkan stroller dekat luar. Istana ni masih beroperasi seperti biasa di mana masih ada orang yang bekerja macam biasa walaupun time tu ramai pelancong datang melawat. So, kalau nak ambil gambar dengan pekerja2 dekat dalam istana tu kenalah minta izin dulu sebab takut mengganggu kerja harian mereka pula

Ciss kacau sungguh perempuan itu.

Kawasan sekitar istana



Sambil buat kerja, sambil bergambar ye

Atap syiling tu cantik

Tiket hijau yang I pegang tu actually pass untuk kita ambil gambar. Without that, korang x boleh simply snap here and there. Harga pass ni x termasuk harga tiket nak masuk istana ni.


Dikatakan ini adalah emas dan berlian tulen. I don't know. I just listen & ooooo....

I like this batu sebab once you in it, badan yang panas tiba2 rasa sejuk. Batu ni menyejukkan keadaan.


Amboi sangat perempuan sebelah tu.

Dulunya tempat fav raja mandi dalam kolam ni. Now x rasanya dengan air macam tu. Lumut some more


Lepas habis tour dekat istana air ni, kami berjalan untuk singgah ke masjid bawah tanah pula. Jalan agak jauh sampaikan daripada kami berjalan sendiri, sampai terpaksa hired tour guide bawa kami ke masjid bawah tanah tu. Ini sebab kami berjalan sampai sesat. Dengan panasnya lagi.

Masjid ni dibina di bawah tanah bagi mengelak serangan daripada musuh. Tapi masjid ni tidak digunakan lagi sekarang ni. Peninggalan sejarah sahaja.




Dari atap masjid

Kawasan dalam masjid. Again, batu ni menyejukkan badan betul. Batu apa agaknya ye?

Dikatakan 5 tangga tu adalah sebab 5 waktu solat.



Lepas je habis melawat masjid bawah tanah ni, kita ke destinasi seterusnya. Tempat yang I teringin sangat nak pergi. We having lunch lewat sikit tapi kami still kenyang sebab we had a heavy breakfast. So, till next entry, insya-Allah.

{From Ayu with ♥}

Monday, January 12, 2015

Rumah Makan Bale Kambang & Gunung Merapi Jeep Tour, Yogyakarta, Day 2 (Part 2)

Oklah mari sambung hengeh2 pasal Day 2 in Jogja. We had early lunch at Rumah Makan Bale Kambang. Sini pun sedap. Semua makanan dekat Jogja memang sedap lah. Menariknya semua tempat makan adalah di atas air. Tapi x de kipas so a bit panas. Jogja panas. Tapi bila dah hirup air buah dia yang sedap tu, sejuk la sikit badan ni. 




Terlalu haus, I ordered 2 air jus. Sedap.....

Lepas je kenyang perut senang hati, kami dibawa ke Gunung Merapi. Cadangnya nak naik Jeep Tour la. 1 Jeep muat 6 orang termasuk our driver. Tour ni ada macam2 jenis. Pilih je brapa jam korang nak. Kami pilih 1 jam. Itu pun seronok sangat. By the way, sebelum kami naik tour jeep ni, kita orang tanya juga sama ada the tour selamat tak untuk orang mengandung. Nasib la selamat sebab I memang nak sangat2 ikut tour ni. Sepanjang perjalanan, kami melalui jalan yang dahulunya bukan jalan. Terbentuk jalan disebabkan oleh lava dari gunung berapi tersebut.

Cuma korang kena pakai mask sebab asap dekat sini x elok untuk disedut.


Untuk sesiapa yang tak tau, Gunung Merapi ni adalah Gunung berapi yang masih aktif. Kejadian 5 November 2010 benar2 memberi kesan kepada seluruh penduduk di Jogja terutamanya yang menetap berhampiran Gunung Merapi. Sekarang tempat tu memang x de apa2 cuma jadi tempat perlancongan sajalah. Memang sedih tengok persekitaran. Semua hancur musnah.

Nampak x batu ni macam bentuk muka orang yang tengah kesedihan?



Cheeky Faris

Kabus tebal so x dapat nak captured puncak gunung tu. It's actually belakang tu je.

Di pertengahan jalan, ada satu muzium kecil yang menepatkan barang2 sejarah semasa kejadian gunung berapi meletus.    

Pukul 12.05 pagi meletusnya Gunung Merapi ni

Antara kesan2 peninggalan



Kemudian kami dibawa ke sebuah bunker di mana semasa kejadian berlaku, terdapat 2 orang penduduk tempatan yang terperangkap disitu. Actually 2 orang tu bukan terperangkap. Semasa gunung tu meletus, 2 penduduk tu x sempat melarikan diri, so diaorang menyorok dalam satu bunker ni. Bunker ni dibina untuk menahan kepulan asap sahaja dan bukannya untuk menahan lava gunung berapi tersebut. So, akhirnya 2 orang penduduk tersebut memang sah2 tak dapat diselamatkan. 


Sampai gitu anak aku senyum. Boleh masuk lagi inside there tapi I x masuklah. Cukup sampai sini saja.

Faris still dengan senyuman cheeky nya. Dekat kawasan bunker ni paling best sebab udara sejuk nyaman je rasa.

Disini adalah kawasan paling tinggi yang tour guide boleh bawa.

Girl in green shirt was our jeep driver. She's only 22 years old! Penerangan best and her driving pun best. Since she carrying a pregnant lady (me), dia drive slow2 je.




On the way balik, our tour guide ada tunjuk kampung dia yang dulunya dia pun pernah tinggal dekat situ. Baru tau rupanya kampung dia ada dekat kawasan gunung tu. Surely dia sedih atas apa yang menimpa. Innalillah to all. 

Last but not least....
 

  
Day 2 dah settled. Cerita pasal dinner & shopping dekat Maliobaro nanti2 I himpunkan ye. Itu dah memang setiap hari dinner & shopping dekat sana. Hotel dekat dengan tempat tu. Mana x hari2 pergi kan?

Till then.

{From Ayu with ♥}

Friday, January 2, 2015

Movie Review - The Seventh Son

Assalamualaikum.

First entry in 2015. Started with bangun lambat. Make breakfast on bed. Simple je. Please. I jenis malas so nugget sudah. Then sempat cuci sental toilet & tukar bed sheet. Booked movie tickets for The Seventh Son at the new mall, Quill City Mall. Saja nak try masuk mall baru plus saja nak bawa Faris jalan2 naik train. Dia kan suka naik train. 

About the movie, personally I x beria pun nak tengok. 5rz yang beria. So ikut jela dia. For me ok la. Best jugak but not my kind of movie. I prefer the Hunger Games. Tapi ok je untuk sesiapa yang belum tengok kalau korang nak tengok. Sila2.

Bila dah masuk mall baru, cinema pun sure baru kan? Best sebab besar tapi seat dia ya Allah kenapa sandar ke belakang sangat? Bukan x selesa tapi terlalu kebelakang. Nak suruh tidur ke tengok movie ni? Leg space ok sangat luas! Basically everything else best cuma seat kureng. Terlalu selesa untuk tengok movie. Boleh ke describe macam tu? 

Ada 2 tingkat. Tingkat atas semua cinema.


Tingkat bawah ni luas tapi apa kata provide kerusi kasi orang2 duduk?

Then masuk Aeon JJ tu saja nak tengok apa yang ada. In terms of barang mainan, lagi macam2 ada dekat situ. Seronok la tengok macam2 ada dekat situ. Nasib Faris tengoh tidur. Otherwise memang dia akan pow macam2. Tapi barang cosmetic x banyak choice. I was searching for this one brand tapi x de. Well never mind.  



Then last before balik, went to H&M and bought 2 pajamas for Faris.  Oh since kami naik train, I seriously rasa kita sepatutnya more concern about OKU/baby friendly punya facilities. Like LRT Putra memang oklah dia punya lift sentiasa ada. But Monorail especially? Mana lift kau wei???? So orang yang guna kerusi roda, parents yang bawa stroller terpaksa susah payah angkut stroller masing2. Dulu ye2 I cakap Korea punya train x best sebab x baby friendly tapi rupanya Malaysia pun sama je. I am talking about Monorail ye sebab LRT Putra memang ok je. Well tiap2 hari balik kerja naik LRT sure I tau.

Till then.    

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...