Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label join jer. Show all posts
Showing posts with label join jer. Show all posts

Friday, 20 December 2013

~We follow Abah join MAOC Event at Kuala Terengganu~


Cerita 14 disember yang lalu.. kami ikut abah berkonvoi dengan crew kelab kereta dia. Sebenarnya saya pun dah mula suka ikut dia join program camgini..haha.. Adam pun sama, punyalah seronok dia dapat tengok kete banyak-banyak kumpul tu. Selain tu dapat tambah kenalan baru dan boleh bersantai dengan family. Adalah jugak aktiviti masa lapang kami dengan aktiviti camgini kan. Seorang isteri tu kenalah sokong minat suami kan, dah abahnya suka join kelab kete.. kami follow jelah. hihi. (^_^)

 Ini mama angkat Dhia dah ni..hihi.. setiap event pasti ketemu mama dia ni.. Dhia pun dah cam dah dan terus Dhia nak jer bila mintak didukung. 
 Ni member sebelah blok..haha.. kiranya boleh keluar konvoi sekali lah ngan dia kalau ada event kelab.
~~ We Follow Him~~~


 Acara mewarna.. Adam pun nak jugak..

Kalau tak silap saya, hampir 170 buah kereta berkonvoi pada hari tu. Tapak berkumpul di RnR Ajil.. Kemudian konvoi mula bergerak ke SMK Chendering untuk acara seterusnya di situ. Crew kebanyakkannya datang dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Besut. Encik suami crew besut.. Hihi.. Hari tu banyak jugaklah acara yang diadakan tapi lebih kepada acara berkenal-kenalan dengan ahli-ahli kelab. 

Wednesday, 17 July 2013

Segmen : Giveaway Pheonix


Jom join segmen.. support sahabat blogger saya ni.. Dah lama saya tak join segmen, so hari ni nak join Segmen : Giveaway Pheonix yang akan berlangsung dari 
10/07/2013 hingga 28/07/2013.

Syarat-syarat segmen :
1)korunk kene follow blog aku n blog sponsor(akan diperiksa)
2)-klik iklan diside bar blog aku n sponser
(kene jujur yek....)
3)-wajib buat satu entry dengan tajuk
"giveaway pheonix" 
4)-tag 3 orang rakan n dorang kene tahu!!!
5)-tinggalkan link anda diruang komen dibawah!!!
 
Hadiah-hadiah pun menarik jugak.. Jom reramai join segmen menarik ni sebab hadiah dia pun menarik.. Hihi.. (^_^)
Oleh kerana itu.. saya nak tag 3 orang sahabat blogger dari kalangan kalian, harap sudi join jugak yer..
3) Indah

Nak join sila klik banner atau SINI

Monday, 1 April 2013

Fridge Magnet Untuk Top 3 Komentar


Sebenarnya dah lama saya berhasrat nak memberi sedikit hadiah kecil untuk top komentar di blog CERITA HATI saya ni tapi asyik tertangguh je. Kali ni dapat jua tunaikan hasrat saya tu tapi 3 orang jelah yer.. Terima kasih buat kalian yang sudi dan sering jenguk blog saya. Tanpa sokongan kalian semua, mungkin sunyi je blog saya ni takde orang nak komen di entri-entri saya. Hihik.. 
 Mereka yang rajin bertandang dan komen...........
1) Chicna
2) Pheonix a.ka. Naz
3) Masya 
p/s : nanti tinggalkan nama dan alamat yer kat entri ni. 
(jangan risau, komen tersebut takkan dipublish..) (^_^)
 Inilah hadiah kecil daripada saya dan diharap kalian bertiga suka hatilah nak menerimanya yer. Dibeli khas dari Abah adam masa dia gi outstation di LIMA lastweek. Nanti saya update pasal LIMA tu. Haha.. Saya tak pergi pun, menumpang seronok tengok gambar-gambar Abah adam jer yang kena bertugas kat sana. (^_^)
Yang ni.......... Abah adam belikan untuk saya. Perfume dari Langkawi .
Terima Kasih Abah Adam. (^_^)

Nota : Chicna, P#eonix dan Masya(Yana), jangan lupa tau tinggalkan alamat dan nama kat entri ni. 

Tuesday, 10 July 2012

Terima kasih, dah sampai dah......


Encik suami balik dari kerja dan bawak balik sampul surat dan diberinya kepada aku. Ooo... hadiah yang dipos oleh Fariza untuk pemenang segmen teka-tekinya hari tu. Tak sangka tekaan aku hari tu hampir tepat...hehe.. TERIMA KASIH ye cikgu fariza untuk hadiah ni. 

Sebenarnya kan, angka yang aku cuba teka hari tu pun adalah dari kiraan bajet encik suamiku tersayang bila aku tanyakan dia.. Hehee.... Itu yang dapat buat anggaran tekaan tu.. Apepun terima kasih untuk hadiah ni.. Sangat hargainya. Kalau nak tahu adam yang dulu sekali amik keychain ni letak kat bekas pencil dia.. :)

Saturday, 2 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500


Dah lama kot aku tak join segmen.. Kali ni tertarik nak join segmen dari Miss Z.


Syarat-syarat :

- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik]
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini
- Buat entri bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower anda
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :)
- hantar link entri anda ke ruangan komen
Link entri BUKAN link BLOG
hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi


Follower Cerita Hati = 123 orang.. (setakat entri ini ditulis lah)...........  :)
Sesiapa yang follower dia kurang dari 500 orang tu boleh lah join gak.
Nak join sila klik SINI

Monday, 21 May 2012

Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya



Mama Mia buat segmen, macam best pulak segmen ni. Jadi aku pun nak join  jugaklah. Best jugak bila mengimbau kenangan ni. Siapa nak join boleh klik banner atau SINI
Closed date : 22 Mei 2012.

Pertemuan aku dengan suamiku, Encik Azrul, boleh dikatakan secara tidak sengaja. Masa tu pertengahan tahun 2004 dan aku tengah study kat Bangi. Pada suatu hari tu, aku diajak oleh kawan baikku untuk teman dia ke KL Central nak jumpa pakwe dia. Aku pun teman lah dia. Sampai kat KL central, aku jumpe kawan aku yang lagi sorang dari UM. Aku sembang dengan kawan aku tu dan biar kawan aku yang lagi sorang tu date ngan pakwe dia lah. Yang buat aku marah sangat masa tu ada sorang mamat ni duk pandang pelik je kat aku dari tadi sampai naik sakit hati pulak aku. Lepas tu, kawan aku ajak pulak follow dia ke puduraya pulak sebab nak hantar pakwe dia naik bas balik kedah. Aku follow jelah dan tiba-tiba mamat yang duk tengok aku pelik tu follow sekali. Hahaha.. Memang tak perasan langsung dan tak tahu langsung yang mamat tu kawan kepada pakwe kawan aku tu. Hahaha.. Aku pun buat bodoh jelah, jual mahal lah kan. Kami naik train LRT ke puduraya, dan mamat tu tanya aku dah sampai belum puduraya. Masa tu memang aku dah dengar dah announcement tapi saje buat-buat lambat ke pintu keluar.. Aku jalan keluar bila nampak kawan aku mula keluar dan mamat tadi pun follow belakang aku kemudian TiT..Tit..Tit..... alarm pintu LRT berbunyi tanda dah nak tutup dan yang bestnya beg mamat tu tersepit kat pintu tu sebab tak sempat. Aku punyalah gelak sakan masa tu, hahaha.. Mujurlah ada orang dari dalam tolong tekan button open balik pintu. Marah dia kat aku sampai nak cekik aku.. Hahaha... 

Kat puduraya tu, mamat tadi tu mula lah ajak bersembang. Aku buat-buat tak layan je. Yang aku bengangnya, kawan aku boleh tinggal aku p date ngan pakwe dia. Itulah kali pertama aku teman orang date. Huh, tension gak jadi macam tu. Diorang beli tiket bas lepas tu naik bas. Mamat tadi pun sekali lah naik bas samadengan pakwe kawan aku tu. Kemudian dia mintak number fon, aku tak bagi pun. Jual mahal aku masa tu. Hahaha.. Kemudian aku dan kawan aku pun balik lah ke kampus semula lepas bas pakwe dia naik tu dah jalan. 

Seminggu lepas kejadian tu, aku dapat call dari mamat tu. Mungkin dia dapat number aku dari pakwe kawan aku tu kot. Hehehe.. Dah memang nak jadi jodoh kan, kami pun berhubung melalui telefon pulak lepas dari pertemuan tu. Mulanya tidaklah terlalu bersungguh tapi lama-kelamaan mula rasa jatuh cinta. Lama jugak bercinta jarak jauh, lebih kurang 4 tahun macam tu dan macam-macam lah harus dilalui kalau cinta jarak jauh ni. Masa aku last sem, dia ajak bertunang, Febuari 2007 kami bertunang dan sebulan lepas aku konvo, dia melamar aku untuk jadi permaisuri yang sah dalam hidupnya. Tanya pendapat keluarga dan semua bagi green light. Kami pun bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember 2007. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi miliknya setelah 4 tahun menyemai kasih dari jarak jauh. :)
Kenangan di Hari Bahagia Kami : 22 Disember 2007
Alhamdulillah kami bahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran seorang putera pelengkap hidup kami iaitu Adam Akmal yang dilahirkan tanggal 5 Mac 2009. Tak ku sangka, pertemuan yang tidak disengajakan itu membawa kami ke jinjang pelamin. Dan mamat yang pandang pelik pada aku itu dah sah jadi suami aku pun. Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat dan aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk dia dan menyayangi dia suamiku selamanya. :)


Monday, 23 April 2012

Segmen : Tambah Follower Tambah Kawan


Jejalan kat rumah Anje Fara, nampak pulak aku di tag oleh nya join satu segmen. Thanks erk tag ayue. Macam biasa lah, jom support segmen nih dan boleh tambah kawan2 lagi kan dalam alam maya nih. 



Kena tag orang lah pulak erk..
orang yang di Tag ialah
.
.
.
kamu
.
.
dan
.
.
kamu
Nak join, klik Banner @ sini


Friday, 20 April 2012

MiaDuniaku 1st Giveaway


Hari ni mau join GA. Jom ramai-ramai join GA nih. Menarik jugak tau. Hope ade lah luck. :)


Sila klik banner



GA ni di anjurkan oleh Izan Mama Mia.



Syarat penyertaan :-
-terbuka kepada follower blog 'miaduniaku'....yang belum follow..sudi-sudikanlah..
-beralamat di Malaysia.
-buat satu entry 'MiaDuniaku 1st Giveaway' bersertakan banner di atas yang dilinkkan terus ke sini.
-follow blog penaja serta 'like' fb atau 'twitter' ..
~Penaja pertama~ Scarf Sweethoney 
~Penaja kedua ~ Sharina Elyana
~tag 2 orang rakan dan pastikan mereka tahu. 
-sudah siap semua tuu..hantarkan komen dan link entry serta ID fb ke ruang komen di sini.
-mencari 4 orang pemenang bertuah berdasarkan cabutan bertuah dari pemilik nama blog ini,..Puteri Mia anak mama yang tersayang itu..

Hadiah:-
~seorang pemenang untuk sehelai Shawl Zippy Zayra oleh Scarf Sweethoney (warna adalah dari pilihan pihak penaja.).


~seorang pemenang untuk edit blog berupa:- banner blog, header blog, cursor serta watermark..dari Sharina Elyana.

~2 pemenang akan menerima tanda hati dari penganjur GA..
~Bonus~3 blog paling Puteri Mia suka tengok akan di 'review' oleh penganjur... 

Tarikh : 19 april - 30 April (11.53mlm)

Saya nak tag :

Jomlah sama-sama memeriahkan GA nih. :)
Nak join, Sini Yer
 

Thursday, 5 April 2012

'' SEGMEN : Siri Jelajah Blog, LET's FLY "


Hari ni baru berkesempatan join segmen setelah di tag oleh si Manis EliaLaily. Thanks yer kerana tag saya. 

Tuan segmen punye kata :
syarat2 nk join yg simple je :
:88:Mesti follow blog Girang.
:88: Buat entri pasal segmen ni dgn tajuk "SEGMEN : Siri Jelajah BLOG, LET's  FLY"
:88: Lekat kan banner kat atas n link kan tros ke segmen ni dlm entri korg
:88: Tag 3 org blogger lain n mesti dorg tau pasal segmen ni
:88: Dah siap, hantar entri korg dkat komen segmen ni
:88: Segmen ni berlangsung dr 03 April 12 hingga 17 April 12
Saya Tag :
[  P#eoNiX ]
Zaty ]
[ Saya DiSini ]
Sesiapa yang nak join sila ke sini.
SINI YER KAWAN-KAWAN

Friday, 30 March 2012

"Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa"


Jejalan kat blog si comel NIA nampak lah segmen nih. Cantik pulak tengok banner tu bergerak-gerak. Hehe.. So tak salah rasa nye join sama sebab nak ramaikan kawan di alam maya ni kan. Hehehe. 



Nak join klik banner tu yer

Beberapa Syarat Mudah Nak Join Segmen Ini://



* Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa"
* Lepas tu letak banner ni. *huh, pestime buat banner, penat ni. muahahaha
* Lepas tu sudilah follow blog Lisa jugak ye. Follow Sini :) Tak paksa pon LIKE kelab kipas  Lisa. haha
* Tak wajib tag kawan. Kalau nak tag jugak pon apa salahnya. Pastikan mereka tahu.
* Expired date: 18 Mei 2012 (sempena Lisa tamat praktikal) hahahaha
* Hebahkan ini kepada rakan blogger yang lain. Lagi ramai lagi meriah. Wahh!
* Dah siap? Sila ping entry tersebut di komen ini. 
* Lepas tu tepuk tangan! yay!

Sape2 nak join sama klik SINI.
>>SELAMAT BERSEGMEN<<

Thursday, 29 March 2012

Segmen ; Jawab jawab dan anda di tag



Pagi-pagi on blog dah kena tag kena jawab soklan cepu mas. Hehe.. Nak tergelak lak rasa. Sebab di tag oleh jejaka P#eonix makanya kena menjawab lah ni yer.. Hihik.. best gak nih sebab boleh kenal korang dan rs suam2 kuku je nak jawab sebab nanti habis ler rahsia ku. Hahaha.. :)
Tapi tak pasti segmen nih siapa yg buat..

Syarat-syarat segmen : 


1) Tak boleh tag orang yang sama
2) Letakkan semua syarat-syarat di entry
3) Pastikan mereka tahu mereka ditag
4) Ceritakan 11 perkara tentang anda di dalam entry
5) Jawab semua soalan yang diberi oleh orang yang tag anda dan buat 11 soalan pula untuk orang yang ditag.

Ayoyo kena jawab lah nampaknye 11 soklan yg ditanya oleh P#eonix. Kena jujur lah kan... tak baik tipu2...

1) ape yang buleh bwat korunk tensen???

Tension?? hahaha.. sekarang nih pun ku tengah tension nak jawab soklan2 nih. Hehe... Tension pada aku banyak benda yg boleh wt tension. Tapi aku tension giler kalau letrik takde dgn tibe2 tanpa notis..Haha..sebab ape sebab habis tergendala segala keseronokan aku kalau tengah online ke kan..

2) ape ciri-ciri lelaki idaman bagi korunk?? bagi sis ctayue ...ape yang sis suke kat si suami???

haha.. soklan baik punyer.. Ape erk?? Emm kena pikir nih sampai lebam otak jap. Aku suke suami ku sebab dulu dia kurus tapi sekarang dah tembam.. Hehe.. maknanye dia bahagia lah tu ngan aku. Boleh tak jawab cmnih? 
ekceli ku suke sikap encik suamiku yg sgt bertangungjawab, penyayang dan kuat merajuk tu. Hahaha...

3)ape masakan korunk yang paling sedap penah korunk penah masak???ceritakan...

Masak ni aku bukan expert bebenor yer.. Setakat ni yang paling sedap, ini kata encik suami lah yer. Bihun sup dan laksa penang. Hehe... nak try ke? singgah umah sis yer..

4) ape tebiat pelik korunk...huh???

Kena jawab kah ini?? tabiat pelik = suke jadikan jemari sbg cleaner kt rumah hidung yg cute..hahaha... :)
Pengotor ke? Tak kan? sebab selalu jaga kebersihan tu namanya..Hehe.. memang itu yg susah nk buang. sampai pernah kena tegur ngn member2 masa zaman study dulu lagik dan sekarang of coz ler encik suami pulak kaki bebel nye. Hehe.. Tapi lepas tu ku basuh ler.. hadoii takkan lah TAK kan..

5) ape kejadian yang memalukan pernah terjadi kat korunk???

Ini yg fening sikit nak jawab nih.
Emmm... nak tahu ke? kejadian ku tergelincir kat pasar lepas beli ikan. Haha.. Tapi sebenarnye merajuk sebab cari ikan yg nak takde kat pasar tu. Sekali nak turun tangga terjatuh. sakit giler sampai seminggu baru baik pinggangku itu. malu weh sebab habis orang tengok.Yang encik suami dan anak boleh gelakkan ku pulak. Haha...

6) impian korunk???

Impian banyak... tapi bagi satu jelah yer.. Impian nak jadi wanita berkerjaya belum tertunai lagi nih. Haha.. Asyik2 postponed aje kan. 

7) kalu korunk dah kawen sok nak anak bape orang&sebabnye?? for sis ctayue...target anak sampai berape orang dan sebabnya....

ku mahu 4 ajer. dua pasang. Insyaallah. Sebab nye tak leh ramai2 sangat nanti tak muat kete. tak pasal2 ade anak kena jaga umah tak leh ikut. Nanti kalau pakai MPV rasa besor sangat jadi makin bertambah lak angka anak tu sebab tengok masih ade seat kosong lagik... hahaha..

8) sape membe paling baik korunk penah kawan?senaraikan 3 orang dan sebab....

Hehe.. Memang ade 3 pun member yg walau jauh tapi masih ingat member. Ini member masa study kampus. rindu kat diorang. lama tak jumpe tapi fb jugak tempat chat nye. Hehe..
* Namanye Norazimah tapi femes dipanggil Jima. Dia memang kawan yg baik sebab selalu jd penasihat aku. 
* Dini jugak frens baik ku sebab dia suka menolong.
* Encik suami lah kawan baik saya. Dari dulu sampai sekarang. kalau nak ngumpat pun ajak dia jer. Hehe..

Tapi kawan baik nih sebenarnya adalah kawan yg sentiasa ingat kawan walau jauh atau jarang jumpe. Itulah baru kawan. Berkawan sekali selamanya tetap kawan. Thanks u olls for being my bestfrens. Dan yg dah jadi kawan dlm alam maya pun tetap kawan ku. Korang memang best, walau tak kenal tapi rs mcm dekat jer. Hehe...

9) ape pengalaman paling best dalam kuarge korunk x kire adek-beradik@ngan parents yang x leh lupe...

Paling best bile time hari raye. Hehe.. sebab masa tu lah dpt kompol reramai. maklumlah masing2 ade yg keje jauh, study kan. Time aku balik ade yg tak balik. macam setahun sekali pulak br jumpe. Hehe..tapi sweet lah masa tu sebab macam2 story. tapi yg paling best bila abang long sponsor main bowling..huhu. penuh anak beranak kt game tuh. Hehe..

10) korunk ske x kalau korang dah kawen and dimadukan??madu itu kan manis...ahakz....

Madu?? madu lebah ade lah 2 botol kat rumah ni yg encik suami beli. Kalau madu lain tu... emm.. kena sediakan 10k sebulan kat aku, rumah besor sebijik dan kete besor sebijik baru aku bagi madu. Haha... sengal  ke jawapan ku ini?? Hehe..
Sesungguhnya MADU ITU PAHIT. Tak nak... tak nak... tak nak...!!!!!

11) ape yang kelebihan (3) & kekurangan (3) tentang diri anda yang ingin anda perbaiki???
Kelebihan : 
* dah pandai masak sebab dulu tak berapa pandai. Hehe.
* suka senyum jugak tapi tak lah 24jam..hehe..
* senang bergaul dengan semua orang..

Kekurangan :
* kurang inci dan kurang gemuk.. Hehe.. Ini memang kena usaha keras lagik bagi gemuk sikit.
* tak pandai berenang jugak.hehe.. penat dah belajor tapi memang failed aje..hehe. sebab tu suke mandi air sungai dari mandi laut. nak pandai sangat sebenarnya....
* tak pandai nak berterus terang sebab lebih suke memendam rasa yg akhirnya dah takde rasa dah nak terus terang sebab dah terbiasa pendam. Hehe.. Itu memang susah nye nak buang. kata orang diam itu lebih baik tapi sebenarnya tak boleh selalu diam..sakit nanti.. :)

Huh..! Penat nye nak menjawab soklan nih. Puas hati tak? Kalau tak puas hati buat2 lah suka hati yer.. Haha.. Tengok sampai ku sengal sudah nak jawab soklan2 tu. 

Rasa macam nak tag org tapi tak tahu nak tag sape takut nanti ade yg tak suke di tag.
11 soklan kepada orang yg di tag dan yg sudi nak jawab :
1) anda anak ke berapa?
2) nama penuh anda dan siapa yang bagi nama anda tu?
3) hobi anda di masa lapang?
4) apa yang anda tak suka dan suka dalam berkawan nih?
5) apa yang anda tahu masak dan masakan paling sedap anda?
6) kalau tension apa anda buat?
7) tempat yang paling anda nak sangat pergi?
8) siapa yang anda paling sayang dan kenapa?
9) kelebihan dan kekurangan anda?
10) siapa idola anda dan kenapa?
11) anda alergik pada apa?

so, saya nak tag

Sudilah kiranya join.Tapi tak paksa yer. Hehe.. Maaf kalau anda tak suke saya tag anda dan soklan2 saya tu.

p/s : panjang pulak entri hari ni. Sorry guna perkataan aku yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute