wajah gembira masa daftar matrik hari tu (gambar diambil dari blog kakngah..kredit untuk kakangah...serius ..aku tak de gambau budak ni yang senonoh sikit) belajar betul-betul ye..ucu amin
nampaknya seorang lagi ahli keluarga kami yang akan menjadi graduan UTM... walaupun jauh di sudut hati nak jugaklah merasa gi pusat pengajian yang lain...akhirnya rezeki ucu Amin kat sini jugak..Program Pengajian 4 tahun Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.. setelah along dan abangngah nya ambik Chemical Engineering..nampaknya yang sorang ni mengubah haluan sikit.. Sebenarnya kursus ni susah jugak...harap-harap ucu Amin dapat belajar dengan baik...di mana sahaja pun halangan tetap ada... yang penting usaha..dan kecekalan... (sambil teringat macam hampas betul dulu nak lulus subjek control masa tahun 4.
.setelah gagal sekali dan macam nak nangis untuk lulus bila ambik sekali lagi..huaawaa)Yang bagusnya...kat Johor ni ramai betul suku sakat dan saudara mara...abang ngah pun duduk Pasir Gudang je...kalau nak balik melaka boleh tumpang abangah .hehe..lagipun semua macam dah biasa ngan UTM ni...tak delah susah sangat..