Sunday, September 18, 2016

Cuti-cuti di Kuala Lumpur

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sempena cuti hari Malaysia baru-baru ni, ayie, member, & adik-adik jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Plan asalnya nak ke GM Klang je, ntah macam mana terlajak ke KL pulak, hahah Khamis malam gerak sebab tunggu member ayie habis kerja shift petang tu. Sampai KL dalam pukul 2 pagi macamtu. 

Cari la Dataran Merdeka. Cari pakai waze pun satu hal, gelong-gelong je waze tu. Punya la ramai manusia dekat situ. So plan berubah. Tidur depan sikit dari dataran tu, dekat depan Menara DBKL kalau tak silap ayie. Tidur dalam kereta je. Tidur pun tidur-tidur ayam je. Biasa la kat situ, macam-macam fe'el ada. Dengan lumba nya, orang lepak-lepak. Ayie tidur dalam sejam macam tu je. Lebihnya borak-borak je dengan member. 

Pukul 5:30 pagi ayie ajak member gerak cari Masjid Negara. Pun pakai waze jugak. Tak jauh pun dari dataran. Dah nak sampai dah pun, ayie dengan member ralit pulak tengok LRT kat atas tu. Dah terlajak.. Terlajak kt KL ni bukan boleh terlajak macam kat Taiping. Nak u-turn cari jalan balik pun boleh sesat..T_T

Sampai Masjid Negara, mandi & solat dapat la lelap sampai pukul 7:30 pagi. Pagi tu pulak hujan selebatnya kat situ. Alhamdulillah..nyaman rasa. Then gerak ke destinasi pertama. IKEA Damansara. Motif asalnya teringin nak rasa meatball je. Lepastu geng office member ayie order barang IKEA. Jadinya bershopping jugak la kat sana. 




Ooppss! Meatball bukan habis pun tu. End up tapau je bawak balik selebihnya. Semua pakat tamak sangat order breakfast sorang satu, last2 semua pakat tak habis jugak, haha Dah tu pakat berlagak ambik air ais sebab ingat kan soft drink. Rupanya air gas. Tak habis la kami minum, haha Padan muka. First time sebenarnya breakfast kat sini ni.Tapi bagi ayie ni second time datang IKEA. Sebelum ni pernah pergi IKEA Cheras. Bagi member & adik-adik ni first time la bagi diaorang.

Settele shopping situ, gerak ke Jalan TAR pulak. Pun unplanned. Sempat jugak la shopping sikit kat sana. Bukan apa, dapat barang murah sikit tu yang grab tu. Kang tak beli teringat-ingat pulak, hoho Tapi rasa macam Jalan TAR kali ni lain pulak. Haritu pergi macam ramai je orang jual-jual. Kali ni kurang pulak.

Then, final destination GM Klang. Sampai sini dalam pukul 1 tengahari macam tu. Solat makan kat sini siap-siap. Punya la ramai orang. Jalan-jalan dalam tu cari barang sikit, dapat la beli barang yang dihajati, hehe Tapi kat sini beli borong lagi murah sebenarnya. Habis pusing-pusing gerak balik. Balik ke Ipoh sebab ambik train dari sana nak balik ke Taiping. Fffuuhhhh penat... Tapi puas la dapat jalan-jalan =

Saturday, September 17, 2016

Raya Haji 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sepanjang hidup hampir 30 tahun ni, ni kali pertama raya tanpa mak ayah di sisi. Mak ayah ayie dapat peluang ke Tanah Suci Mekah tahun ni. Jadi nya kami beraya bertiga je la..T__T
Takde apa-apa sepcial preparation pun. Sekadar buat bihun sup, beli lemang. Tu je..Tapi Alhamdulillah murah rezeki kami, jiran-jiran bagi rendang ayam. Dapat la makan dengan lemang, heheh

Pagi raya pergi solat raya. Balik makan-makan, rehat jap. Dalam pukul 11 gerak balik kampung ayah jap jumpa tokwan. Lepas tu gerak balik kampung mak di Bukit Merah. Kami naik motor je dua buah. Takpe la sekali sekala mencabar sikit. Tak jauh mana pun dalam setengah jam ++ je. Lagipun bukannya tak biasa. Beraya la kat sana kejap. Gitu lah ceritanya raya haji ayie tahun ni. Kalau mak ayah ada sini biasanya pagi ayah akan pergi surau settel urusan korban bagai. Tengahari pergi kenduri kat surau, petang baru balik kampung. 


Jubah raya kami ni diterbangkan khas untuk kami dari Madinah, hahah Mak ayah poskan dari Madinah. Dua kotak sampai Malaysia bulan lepas. Bukan la jubah semata-mata. Ada barang lain lagi. Ada barang yang orang kirim sama. Dapat la kami buat pakai masa raya haritu. Kalau tak ayie nak pakai baju apa yang ada je. Jangan tak percaya kami pakai jubah naik motor balik kampung tau, haha Selamat Hari Raya Aidiladha =)

p/s: Counting days tunggu mak ayah balik. Semoga semua jemaah mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke Malaysia, amiin..

Sunday, September 11, 2016

Bagus Juga Ada Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Bagus jugak ada blog ni kan. Kenapa ayie cakap bagus? Since ayie buat blog ni sebagai diary ayie, sedikit sebanyak tu ada la benda / tarikh penting yang ayie state dekat blog ni. Kadang bila nak ingat balik sesuatu perkara tu ayie bukak balik blog tengok entri lama.

2 3 hari ni ayie makin kerap pulak sakit dada balik. Ayie memang sedia maklum bila-bila masa sakit dada tu boleh jadi balik macam dulu. Cuma ayie ingat-ingat lupa punca dia apa or benda apa ayie patut elak supaya tak sakit dada kerap-kerap. Pagi tadi rasa nak baca blog balik sebab pernah share sini dulu pasal sakit dada. Bila dah baca balik, tuddiaaaa...ayie lupa ayie kena elak pulut & ais! 

Bukan la tak boleh makan langsung cuma kena kurangkan. Nak tau? Minggu ni je 3x ayie buat pulut, mau nya tak sakit balik kan..hahah 2x buat pulut makan dengan durian, sekali cuba buat kuih seri muka. Punya la sedap makan tak ingat, hihi So kena kurangkan la untuk seminggu dua ni supaya tak kerap sakit da. Tambah pulak cuaca kat Taiping sekarang ni tak menentu. Kerap jugak malam hujan lebat. Mungkin sejuk pun faktor sakit dada jugak. Ni haa ayie share balik rentetan sakit dulu tu. Kot-kot korang pun ada senasib dengan ayie ke kan..


Salam Aidiladha! Raya elok-elok ye, berhati-hati di jalan raya. Esok-esok kita share cerita hari raya haji pulak ye, hehe In Sha Allah =)

Tuesday, September 6, 2016

Resepi Ayam Bakar

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sejak jadi 'surirumah' separuh masa ni hampir setiap hari ayie akan masak. Setakat ni untuk makan tengahari tak pernah beli lauk kedai lagi. Untuk dinner tu ada la keluar makan atau beli bungkus je. Kadang tu jiran bagi lauk so tak masak la untuk haritu, hihi Ayie masak biasa-biasa je. Asalkan boleh di makan, sedap di tekak sendiri, haha Menu yang hampir setiap minggu ayie akan buat sambal ikan. Adik ayie selalu request yang tu T__T

Untuk harini saja buat lain sikit. Buat ayam bakar. Jumpa resepi dekat FB. Dan adik ayie request suruh buat lagi esok tapi ikan bakar pulak. Makanya, bila di request lagi maksudnya sedap. Bila sedap haruslah share sini takut lupa resepi, hihih Jom tengok bahan-bahannya apa. Ayie olah sikit dari resepi dekat FB tu.

Bahan-bahan ayam bakar:

1) Bawang besar 1 labu*
2) Bawang putih 3 ulas*
3) Serai sebatang*
4) Cili padi (optional)*
5) Serbuk kunyit 1 sudu kecil
6) Sos tiram 1 sudu besar
7) Lada sulah
8) Secubit garam

Cara-cara:

1) Kisar semua bahan bertanda *
2) Gaul semua bahan + bahan kisar dengan ayam / ikan 
3) Perap (ayie perap kejap je dalam setengah jam)
4) Kemudian boleh la di bakar. Ayie pakai pemanggang ajaib je. Panggang dalam 20 minit macam tu.



**semua kuantiti bahan di atas ayie agak je, kalau banyak ayam / ikan nya lebih kan la bahan-bahan tu ye

**boleh perah limau / lemon / air asam jawa untuk rasa masam-masam sikit

**resepi asal dia balut ayam tu dengan daun padan, boleh la kalau korang nak cuba ye

Sunday, September 4, 2016

Burung Helang di Kuala Sepetang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Lama blog tak update kan.. Busy jadi 'surirumah', hahah Since mak ayah takde ke Mekah ayie la take over masak-memasak, hihih Sepatutnya update sini masak apa baru boleh rujukan apa yang da dimasak bagai. Macam minggu ni, tak tau da nak masak apa..hmm Kasi idea please.. T__T

Berbalik pada tajuk, disebabkan malam ni printer buat hal pulak rosak, satu kerja sekolah pun tak boleh nak buat mai la kita hadap blog. Actually lama da ayie pergi naik bot di Kuala Sepetang ni. Masa Syawal haritu, ni baru nak cerita2 sini. 

Oke, kalau dari rumah ayie nak ke Kuala Sepetang dalam 20 minit ++ jugak la. Kira naik motor tu boleh kebas segala jugak la, hahah Kalau dari Mee Udang Mak Jah tu tak jauh da, dalam 5 minit macam tu sampai la ke jeti. Ayie pergi saja-saja je nak tunjuk dengan member tempat ni. Sekali memang time bot nak jalan dan diaorang offer kat kami RM10 je sorang. Member ayie dengan excited nya setuju. Ayie ikut kan je la kan. Then pakai life jacket get ready nak naik bot. Macam tak percaya je akan naik bot sebab tak rancang pun, hihih

First, diaorang bawak kami pusing perkampungan nelayan. Rata-rata yang dok di situ Cina. Masa round tu satu benda ayie terfikir, diaorang ni ada dua main door. Kat depan belah darat pun main door, kat belakang menghadap laut pun da jadi macam main door. Sebab masa round tu ayie tak nampak pun yang belakang tu macam dapur ke apa. Nampak macam ruang tamu diaorang je. Siap kat depan tu buat parking bot, hahah Korang dapat tak gambaran nya macam mana? Haaa kalau tak dapat bayangkan kena la mai sini tengok macam mana. 


Banyak perkampungan kat sini. Ada satu kawasan tu jalan hubungan diaorang dengan darat kena naik bot or jejantas khas untuk motor or jalan kaki je. Kira kalau yang ada kereta tu kena park di sebelah sini @ darat. 

Lepastu diaorang bawak pusing kawasan paya bakau macam tu. Takde perkampungan pun cuma keliling paya bakau. Cantik, hijau je suasana dia.



Lepastu baru bawak pergi bagi makan burung helang. First sekali keluar ayat, wow! banyak nya burung helang! Memang banyak sangat, lagi banyak dari yang masa ayie pergi Langkawi dulu. Cuma yang dekat Langkawi tu besar-besar helang dia. Yang ni macam kecik-kecik je. Seronok tengok burung helang real.



Kalau ambik pakej yang lain, ayie tak pasti berapa RM, diaorang bawak pergi perkampungan lain. Situ ada kolam ikan macam tu. Dan kalau ada rezeki boleh jumpa dolphin katanya. Tapi jarang-jarang dia muncul. So kalau datang Taiping tu boleh la mai singgah jalan-jalan sini sambil-sambil pekena mee udang =)