Ayie
Sunday, June 24, 2012
PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS 21-23hb JUN 2012
Sunday, September 25, 2011
Cataract Surgery (Pembedahan Katarak)
Bagaimana mata membantu anda melihat?
Apakah yang membentuk kanta mata biasa?Kanta biasa terdiri daripada bahagian tengah, iaitu nukelus, yang tertutup di dalam membran nipis yang dipanggil kapsul. Apa itu katarak? KATARAK ialah kekaburan kanta di dalam mata anda. Kanta mata yang biasa adalah jelas tetapi menjadi kabur sedikit demi sedikit disebabkan oleh: -
Bagaimana anda tahu bahawa anda mempunyai katarakt?Katarak biasanya terbentuk dengan perlahan di dalam masa beberapa bulan. Kesannya ke atas penglihatan anda mungkin tidak disedari kerana ia merupakan perubahan yang berperingkat. Katarak menyebabkan kesukaran kepada mata untuk memfokus. Beberapa tanda lain yang menunjukkan kehadiran katarak ialah: Penglihatan yang kabur, yang tidak pulih walaupun dengan menggunakan kacamata Kesukaran untuk melihat objek dekat dan jauh Kesukaran membaca huruf-huruf kecil
Bagaimana anda boleh tahu samada anda mempunyai katarak?Pakar mata, juga dikenali sebagai pakar oftalmologi, perlu memeriksa mata anda dengan menggunakan lampu belah. Beliau juga akan memeriksa bahagian dalam mata menggunakan oftalmoskop. Pemeriksaan ini akan mengesahkan samada anda mempunyai katarak. Anda juga mungkin diberi nasihat jika anda mempunyai sebarang keadaan mata yang lain, seperti glaukoma. Bilakah anda harus membuang katarak?Katarak hanya boleh dibuang melalui pembedahan. Kanta tiruan biasanya diimplan semasa pembedahan, yang akan mengambilalih fungsi memfokus sinaran cahaya. Implan kanta tiruan ini hampir menyerupai kanta mata semulajadi dan merupakan cara yang paling digemari untuk memperbetulkan penglihatan anda buat masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana kanta tiruan tidak boleh diimplan di dalam mata dengan selamat. Di dalam kes ini, anda mungkin perlu memakai kacamata khas atau kanta lekap untuk membantu anda memfokus. Apa yang perlu anda lakukan sebelum pembedahan?
Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?Pakar mata akan membedah mata dengan menggunakan peralatan bedah dan mikroskop bedah khas untuk melihat ciri-ciri halus di dalam mata. Sebelum pembedahan, doktor akan memberi beberapa suntikan penghapus sakit ke kawasan mata supaya tiada kesakitan yang akan dirasa semasa pembedahan. Anda juga mungkin diberikan beberapa ubat sedatif untuk membantu anda merasa mengantuk dan meminimakan sebarang kegairahan yang mungkin anda alami. Titisan mata juga akan digunakan untuk membantu membesarkan anak mata bagi membolehkan doktor melihat di dalam mata. Akibat daripada ubat tersebut, mata anda akan menjadi kabur, penglihatan anda akan kabur dengan ketara dan anda tidak perlu risau apabila melihat alat bedah menghampiri mata anda. Kakitangan di bilik bedah akan menutup anda dengan kain bersih sebelum pembedahan dimulakan. Pakar mata akan mengenakan alat khas, dikenali sebagai alat retraksi untuk membuka mata anda dan mencegah anda daripada mengelipkan mata anda semasa pembedahan. Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?Pakar mata akan membedah mata dengan menggunakan peralatan bedah dan mikroskop bedah khas untuk melihat ciri-ciri halus di dalam mata. Sebelum pembedahan, doktor akan memberi beberapa suntikan penghapus sakit ke kawasan mata supaya tiada kesakitan yang akan dirasa semasa pembedahan. Anda juga mungkin diberikan beberapa ubat sedatif untuk membantu anda merasa mengantuk dan meminimakan sebarang kegairahan yang mungkin anda alami. Titisan mata juga akan digunakan untuk membantu membesarkan anak mata bagi membolehkan doktor melihat di dalam mata. Akibat daripada ubat tersebut, mata anda akan menjadi kabur, penglihatan anda akan kabur dengan ketara dan anda tidak perlu risau apabila melihat alat bedah menghampiri mata anda. Kakitangan di bilik bedah akan menutup anda dengan kain bersih sebelum pembedahan dimulakan. Pakar mata akan mengenakan alat khas, dikenali sebagai alat retraksi untuk membuka mata anda dan mencegah anda daripada mengelipkan mata anda semasa pembedahan. Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?Semasa pembedahan, suatu pembukaan di buat di dalam mata supaya nukleus dan korteks boleh dikeluarkan. Kapsul kanta ditinggalkan supaya dapat memberi sokongan kepada implan kanta tiruan, setelah itu luka insisi ditutup dengan jahitan halus. Membuang Katarak Pakar mata boleh menggunakan salah satu daripada dua cara untuk membuang katarak. Satu cara melibatkan insisi pembedahan yang lebih panjang daripada yang satu lagi. Kebaikan mempunyai insisi lebih kecil ialah tempoh pemulihan yang lebih pendek, walaupun cara ini adalah lebih mahal. Kedua-dua cara tersebut ialah:
Mengimplan Lensa Tiruan
Selepas pembedahan Pembedahan tersebut akan selesai di dalam masa lebih kurang setengah jam. Walau bagaimanapun, anda akan diminta untuk kekal berada di wad siang hari untuk beberapa jam. Ini bagi memastikan bahawa anda telah pulih sepenuhnya daripada sebarang kesan selepas pemberian penghapus sakit atau sedatif. Tampalan mata dan pelindung mata akan diletakkan di atas mata yang dibedah untuk melindunginya. Kami sarankan supaya anda tidak memandu dengan segera selepas pembedahan dan jika boleh, aturkan seseorang untuk menemani anda pulang. Anda akan diperlukan untuk datang semula ke klinik pada keesokan hari untuk membuka pembalut tersebut. Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan?Pakar mata akan menyarankan titisan mata antibiotik dan mungkin akan menyarankan beberapa ubat untuk melegakan rasa sakit. Ambil semua ubat yang disarankan termasuk ubat anda sendiri, jika ada.
* Besen Shampoo Boleh Kembung boleh dibeli dari The HomeCare Place di Hospital Besar Changi, Unit #01-07 pada harga $27.90. Bagaimana untuk memakai titisan mata yang disarankan?Ikuti arahan ini apabila memakai titisan mata untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan.
Apa yang perlu anda perhatikan selepas pembedahan?Pembedahan katarak biasanya adalah suatu prosedur yang agak selamat dan kebanyakan pesakit sembuh dengan memperolehi penglihatan yang baik. Walau bagaimanapun, jangkitan kadang-kala berlaku dan boleh mengakibatkan penglihatan yang kurang baik. Tanda-tanda amaran jangkitan termasuk: -
Jika anda perasankan tanda-tanda ini anda harus berjumpa doktor mata anda dengan segera. Selepas pembedahan, apabila mata tersebut telah pulih sepenuhnya, kacamata khas mungkin akan disarankan jika perlu. Soalan-soalan yang kerap dikemukakan.1. Berapa lamakah implan kanta dapat bertahan? Implan kanta yang pertama telah dilakukan empat puluh tahun yang lalu dan pesakit tersebut masih berkeadaan baik. 2. Bolehkah semua orang menjalani implan kanta? Implan adalah selamat dan hampir boleh diimplan ke atas semua orang. Pakar mata anda akan menasihati anda jika implan tidak sesuai untuk anda. 3. Adakah katarak akan tumbuh kembali? Implan kanta tidak akan menjadi kabur dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun kapsul kanta posterior, yang kekal di dalam mata, boleh menjadi kabur dengan peredaran masa. Anda akan sedar akan perkara ini jika penglihatan anda pada mulanya jelas selepas pembedahan tetapi menjadi kabur semula dengan peredaran masa. Pengkaburan kapsul kanta boleh dirawat dengan menggunakan rawatan laser yang tidak menyakitkan dandilakukan oleh doktor di klinik mata. 4. Apakah masalah yang boleh berlaku semasa pembedahan? Pembedahan katarak adalah suatu pembedahan yang mudah dan selamat untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanpun, seperti semua pembedahan, terdapat peluang kecil masalah akan timbul. Dua jenis masalah utama ialah:
5. Siapakah yang tidak sesuai untuk pembedahan katarak? Usia sahaja tidak menjadi masalah. Pembedahan katarak telah dilakukan ke atas bayi dan mereka yang berada di dalam lingkungan usia 90an asalkan mereka tidak mempunyai penyakit lain seperti penyakit jantung yang teruk, tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik dan kencing manis. Anda mungkin akan diminta untuk berjumpa doktor anda sendiri bagi mengawal masalah-masalah ini sebelum pembedahan tersebut. 6. Bolehkah saya memakan Udang, Ketam dan Makan Laut Lain selepas Pembedahan? Tiada batasan makanan selepas pembedahan kecuali anda memang mempunyai alahan kepada makanan laut. 7. Berapa segerakah saya boleh kembali bertugas? Anda biasanya akan diberi cuti sakit selama 1 bulan. Ini bagi memastikan luka anda telah sembuh dengan secukupnya sebelum anda memulakan tugas biasa anda semula. 8. Adakah jahitan perlu ditanggalkan? Jahitan boleh dibiarkan di dalam mata bagi kebanyakan kes. Ia hanya perlu ditanggalkan jika.
Kami mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang berikut:Dr Goh Kong Yong [ Ketua dan Konsultan Konsultan, Divisyen Oftalmologi ] Ilustrasi : Dr Choy Mei Yee |