Followers

Sunday, February 28, 2010

REBUT JENAZAH LAH PULAK!

BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.


Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.


Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.

Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.


Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.


“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.


“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.


Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu


Sumber

Friday, February 26, 2010

Wanita Australia terperangkap


Wanita Australia terperangkap


GAMBAR yang disiarkan oleh polis Dubai menunjukkan pasport palsu Australia yang menggunakan nama Nicole Sandra McCabe.


TEL AVIV – Seorang wanita Australia yang menjadi tumpuan berikutan skandal pembunuhan komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, kini berada dalam ketakutan dan mendakwa kerajaan persekutuan Australia tidak mengambil tahu mengenai keadaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mahmoud ditemui mati dibunuh pada 20 Januari lalu dalam sebuah bilik hotel mewah di Dubai.

Pembunuhannya diyakini oleh polis Dubai didalangi agensi perisikan Israel, Mossad.

Satu skuad pembunuh yang kini disenaraikan oleh polis Dubai seramai 26 suspek didapati menggunakan pasport palsu Britain, Ireland, Perancis dan Australia.

Wanita itu, Nicole McCabe yang sedang mengandung enam bulan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Tsahi Look terjerumus ke dalam situasi itu kerana salah seorang pembunuh telah menggunakan pasportnya.

“Itulah (pasport) antara perkara pertama yang kami periksa,” kata Look.

Namun, wujud versi lain mengenai dokumen tersebut yang ada di tangan pembunuh terlatih itu. Semuanya sama kecuali wajah dan tandatangan.

Dia tidak tahu bagaimana identitinya telah dicuri dan digunakan dalam pembunuhan tersebut.

“Jelas ia bukan gambar saya. Saya sangat takut, tidak dapat tidur dan menggeletar.

Saya bimbangkan kesihatan diri dan bayi,” kata McCabe yang berusia 27 tahun semasa ditemui di rumahnya di Tel Aviv.

Pasangan itu juga mendedahkan bahawa mereka tidak dihubungi oleh Kedutaan Australia di Israel atau sesiapa daripada kerajaan Australia.

“Saya tidak faham kenapa tiada siapa yang ingin menghulurkan bantuan,” tambahnya lagi.

McCabe yang tinggal di Israel selama dua tahun setengah tidak pernah pergi ke Dubai dan kini mungkin tidak akan ke sana.

Malah, dia tidak tahu sama ada boleh ke luar negara tanpa mendapat perhatian pihak berkuasa.

Dia sedang memandu apabila berita di radio melaporkan tiga warga Australia dikaitkan dengan insiden pembunuhan di Dubai itu.


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan gambar perkahwinan McCabe dengan suaminya.


Kemudian, McCabe terdengar namanya disebut.

“Saya telah mengikuti berita ini sejak dua minggu lalu dan kasihan kepada semua yang terlibat.

“Kelmarin, tiba giliran saya dan saya berasa amat terkejut. Saya tidak kenal mereka.

“Saya terbaca bahawa saya dan seorang lelaki bernama Adam Korman terlibat sama.

“Pada hal, saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.

Dia merujuk kepada seorang lelaki kelahiran Australia, Adam Korman yang identitinya juga telah dicuri.

Bimbangkan keselamatannya, Korman duduk di dalam bilik bawah tanah.

Tiada siapa yang mengetuk pintu rumah pangsapuri lelaki itu yang bekerja sebagai pembaik pulih alat muzik.

Jiran-jirannya ketawa dengan teori bahawa Korman mungkin sebahagian daripada anggota agensi perisikan Israel.

“Mustahil dia bekerja dengan Mossad. Dia membaiki biola,” kata seorang jirannya.

Sebelum ini, isteri Korman ada memberitahu media tempatan:

“Kami sangat terkejut dan tidak tahu apa yang patut dibuat. Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Keluarga warga Australia yang turut dikaitkan dengan plot pembunuhan itu, Joshua Bruce tidak terkecuali melahirkan rasa bimbang atas keselamatan dirinya.



Sumber


Monday, February 15, 2010

JUMPA TOK GURU PUN SALAH KE? ELOK LAH TU


Wardina mengaku jumpa Nik Aziz


Wardina Saffiyyah


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah, 31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.

Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasar politik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu.

Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuan beliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengah hari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelah petang.

"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziz tetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaan negeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu di Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.


Sumber Kosmo



Sunday, February 14, 2010

ADUHAI ANAK BANGSAKU APA NAK JADI??


KUALA LUMPUR: Dengan berpakaian seksi dan tutur kata menggoda, segelintir wanita yang lebih dikenali sebagai kupu-kupu malam di sekitar ibu kota dikesan memaksa pelanggan yang kebanyakannya golongan pertengahan membeli dadah sebagai syarat untuk meratah tubuh mereka.

PAKEJ...(dari kiri) Alisa dan Mia menawarkan seks dan dadah ketika mencari pelanggan.
PAKEJ...(dari kiri) Alisa dan Mia menawarkan seks dan dadah ketika mencari pelanggan.
CERITA...Alisa mengakui pelanggan perlu membayar harga bagi bekalan dadah jika ingin mendapatkan khidmat seks mereka.
CERITA...Alisa mengakui pelanggan perlu membayar harga bagi bekalan dadah jika ingin mendapatkan khidmat seks mereka.

Wartawan Metro Ahad yang membuat siasatan berjaya menemubual dua wanita daripada dunia gelap berkenaan yang bersetuju memberi maklumat mengenai kegiatan itu.


Wanita terbabit mengakui meletakkan syarat mewajibkan pelanggan membeli bekalan dadah yang dibawa jika mahu melakukan hubungan seks dengan mereka.


Mereka mendakwa dadah terbabit boleh memanaskan badan lelaki hidung belang yang mahukan pelayan kelab malam sebagai teman ranjang, selain mencari wang sampingan.


Seorang daripada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mia, 23, berkata dia perlu menjual bahan terlarang itu bagi menampung kehidupannya, namun ia dibawa dalam kuantiti kecil.

“Sebagai pelayan bebas, kami hanya mengharapkan komisen daripada pelanggan. Bagi mencari duit lebih, kami terpaksa menjual dadah sebagai syarat jika pelanggan ingin meniduri kami dan ini jalan paling menguntungkan.


“Pakej ini memang tetap. Jika pelanggan tidak mengambilnya pun tidak mengapa asalkan mereka membelinya. Saya memang perlu ‘melayannya’ untuk mendapatkan tenaga,” katanya.


Menurut Mia, ramai wanita sepertinya menawarkan pakej dua dalam satu itu dan dadah yang selalu dibawa ialah ecstasy, syabu atau ganja.


Katanya, pelanggan daripada kumpulan pertengahan adalah sasaran kumpulan kupu-kupu malam itu berikutan lebih mudah dijerat dengan godaan serta pujuk rayu.


Baca lagi


SIRAH NABI MUHAMMAD

Perkahwinan Abdullah dengan Aminah


Usia Abd'l-Muttalib sudah hampir mencapai tujuhpuluh tahun atau lebih tatkala Abraha mencoba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah anaknya sudah duapuluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikawinkan. Pilihan Abd'l-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat. Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. Ia dengan anaknya menemui Wahb dan melamar puterinya. Sebagian penulis sejarah berpendapat, bahwa ia pergi menemui Uhyab, paman Aminah, sebab waktu itu ayahnya sudah meninggal dan dia di bawah asuhan pamannya. Pada hari perkawinan Abdullah dengan Aminah itu, Abd'l-Muttalib juga kawin dengan Hala, puteri pamannya. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, paman Nabi dan yang seusia dengan dia.



Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan Arab bila perkawinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin puteri. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abd'l-Muttalib. Tak seberapa lama kemudian Abdullahpun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Suria dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil. Tentang ini masih terdapat beberapa keterangan yang berbeda-beda: adakah Abdullah kawin lagi selain dengan Aminah; adakah wanita lain yang datang menawarkan diri kepadanya? Rasanya tak ada gunanya menyelidiki keterangan-keterangan semacam ini. Yang pasti ialah Abdullah adalah seorang pemuda yang tegap dan tampan. Bukan hal yang luar biasa jika ada wanita lain yang ingin menjadi isterinya selain Aminah. Tetapi setelah perkawinannya dengan Aminah itu hilanglah harapan yang lain walaupun untuk sementara. Siapa tahu, barangkali mereka masih menunggu ia pulang dari perjalanannya ke Syam untuk menjadi isterinya di samping Aminah.



Dalam perjalanannya itu Abdullah tinggal selama beberapa bulan. Dalam pada itu ia pergi juga ke Gaza dan kembali lagi. Kemudian ia singgah ke tempat saudara-saudara ibunya di Medinah sekadar beristirahat sesudah merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu ia akan kembali pulang dengan kafilah ke Mekah. Akan tetapi kemudian ia menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Kawan-kawannyapun pulang lebih dulu meninggalkan dia. Dan merekalah yang menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya setelah mereka sampai di Mekah.

Tunggu siri ke 2



Saturday, February 13, 2010

ANAK KU KEKASIH KU


JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu turut menjadi tempat bapa kandungnya melampiaskan nafsu apabila lelaki berusia 44 tahun itu sering meraba tubuhnya, termasuk bahagian sulit, ketika menemaninya tidur pada waktu malam.


Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Baca lagi




CIKGU CINTAI MURID KAUM SEJENIS



KUALA LUMPUR: Ketagih cinta sejenis, seorang guru wanita dikatakan sanggup menghabiskan wang hampir RM100,000 sejak tiga tahun lalu semata-mata untuk membeli jiwa seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Cheras di sini.

Malah, guru terbabit yang berang kerana cubaannya memikat pelajar itu diketahui bapa gadis berkenaan sanggup menghantar SMS memaki-hamun lelaki itu selain mengugut supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak sekolah.

Namun, kerana tidak mahu anak gadisnya terganggu dengan kelakuan guru terbabit, bapa berusia 40-an itu nekad membuat laporan polis, Isnin lalu.

Menurut sumber, bapa pelajar berkenaan mula mendapat tahu hubungan anaknya dengan guru terbabit selepas pelajar perempuan itu memaklumkan perkenalan mereka bermula pada 2007 selepas guru yang didakwa berperwatakan seperti pengkid itu sering mengganggunya.

Baca lagi

Tuesday, February 9, 2010

Dibelai disayang, digigit jua!




RENUNGAN matanya sahaja sudah menimbulkan rasa terancam dan gerun. Itu belum lagi mendengar ngaumannya. Peluang mendekatinya, walau dihalang tabir besi, masih boleh membuatkan seseorang menghela nafas sesak dan jantung berdegup kencang.

Dikhabarkan, setiap langkah dan gerak geri diatur makhluk ini diiringi kepekaan deria yang tiada bandingan. Kalau begitu, bukankah ia mendengar rentak jantung kita yang berasa takut akan kehadirannya?

Namun, sifat itu tidak sepenuhnya diwakili spesies harimau Siberia (Panthera tigris altaica) yang berada dalam jagaan di Tiger Valley, Lost World of Tambun, Ipoh, Perak ini. Di sebalik karektor ganas lima ekor harimau itu, ia menyembunyikan sifat yang bertentangan.

"Subspesies harimau paling besar ini sebenarnya mudah tersinggung apabila tidak dibelai dengan penuh kasih sayang. Ia amat manja," kata penjaga harimau terbabit, S. Kamalanathan, 38.

Sebagai penjaga, kesemua harimau yang terdapat di Tiger Valley itu sudah Kamalanathan anggap seperti anak sendiri. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengamalkan sikap pilih kasih dalam penjagaan, sekurang-kurangnya tidak ditunjukkan di hadapan 'kucing-kucing besar' itu.

Baca seterusnya

Saturday, February 6, 2010

Pencari petai tumbuk harimau



KECEDERAAN yang dialami oleh Yok selepas diserang harimau di Sungkai, Perak kelmarin.


TELUK INTAN – Seorang lelaki Orang Asli nyaris maut selepas diserang seekor harimau ketika dia dalam perjalanan mencari petai di kawasan hutan berhampiran Kampung Ras, Sungkai tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Yok Meneh, 47, terpaksa bergelut dengan haiwan berkenaan yang secara tiba-tiba menyerangnya dari arah belakang.

“Terkejut besar saya apabila tanpa diduga, harimau sebesar manusia dewasa itu mengejar dan menerkam saya.

“Dalam pergelutan itu, badan, kaki dan tangan saya cedera teruk tetapi saya nekad untuk terus melawan. Ketika itu saya hanya fikirkan untuk menentang harimau itu selagi ada nyawa,” katanya menceritakan detik-detik cemas kejadian itu kepada Kosmo! Ahad.


Sumber Kosmo


Gadis Urut Pun ada Pembantu Peribadi



PEGAWAI penguat kuasa JAIS dan MPK menyoal siasat dua gadis urut di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.


KLANG - "Awak tidak boleh tahan dan bawa saya pergi, awak kena tunggu dahulu PA (pembantu peribadi) saya."

Itulah kata-kata seorang gadis urut tempatan beragama Islam kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dia ditahan dalam operasi mengejut Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sebuah pusat urut di Bukit Tinggi di sini kelmarin.

Alasan itu membuatkan anggota penguat kuasa tertawa seketika kerana kebiasaan hanya orang kenamaan (VIP) yang mempunyai PA dan tidak pernah pula terdengar gadis urut juga menggunakan khidmat tersebut.

Dalam serbuan itu, dia ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika mengurut seorang lelaki bukan Islam di dalam sebuah ruang khas yang ditutup dengan kain langsir.


Sumber



Thursday, February 4, 2010

Demi Kandungan - Ibu Sanggup Potong 4 Jari


AMPANG: Buang semua empat jari yang terkulai akibat ditetak bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawa sendiri atau sambung semula jari terbabit, tetapi perlu berdepan risiko kemungkinan kehilangan dua jiwa.


Itulah pilihan diberi doktor pakar kepada seorang pekerja bank, Norshamila Abd Majid, 34, yang sedang hamil lima bulan ketika dibawa ke dewan bedah Hospital Ampang kerana empat jari kirinya terkulai akibat ditetak suami sendiri menggunakan pisau pemotong daging.



Namun, sifat keibuan mengatasi segala-galanya apabila dia memilih menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawanya sendiri menyebabkan Norshamila kini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup apabila jari telunjuknya terpaksa dipotong.


Jurucakap HA berkata, sebelum dimasukkan ke dewan bedah, wanita terbabit terpaksa memberi kata putus dengan membuat hanya satu daripada dua pilihan itu dan dia mengambil keputusan memotong semua jarinya yang terkulai itu. “Mangsa perlu membuat pilihan itu kerana ubat digunakan untuk menyambung semula jarinya terlalu kuat dan dikhuatiri mengancam nyawanya sendiri dan bayi dalam kandungan mungkin gugur.

Baca lagi

Wednesday, February 3, 2010

Pengakuan Iblis(4)Akhir.



Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang
berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis -"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari.Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang,bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

Hasil tulisan sahabat baik teman. Muga hidup nya di berkati allah

Ijoks2009

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri


lsham@kosmo.com.my

Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.


MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

pS- Ini baru betul selalu kita dengar suami dera isteri. Apa nak jadi dunia sekarang wallahua'alam

Sumber: Kosmo online




ARTICLE SEBELUM INI