Hallu Aimiey Azizan In Da’House
Haiii gaisss! Lama sungguh tak ketuk jari di keyboard. Lama sungguh tak updet enteri dekat sini. Lama sungguh tak mengarut dekat belog sampai dah berhabuk bersawang bagai nih. Tak tahulah kenapa sekarang ni nak curik masa untuk menulis pun dah tak sempat. Sungguhlah bizi hidupku ini. Barangkali, ini adalah fasa normal bagi seorang manusia yg akan melalui fasa menjadi orang tua. Nyiahahah! Ramai jugak kengkawan dan jugak followers merindui cegite aku dan suro aku menulis balikk tapi tulah kan, bizi manjang! Tabik spring dekat blogger2 yg masih mamfuw luang masa updet belog memasing biarpun dihambat sejuta kesibukan dalam kehidupan mereka! Perghhhh!
Alkisahnya nak cegite kat sini pasal short vacay bersama my bff. Ekceli, ini kisah oktober tahun lepas. Oleh kerana kesibukan yg aku ceritakan tadi, baru kini dapat menulis kisah ni. Harapnya cegite ini masih relevan utk diceritakan kpd khalayak dan semoga ia tidak basiiiii. Kah! Memanglah aku patut resign shj sebagai blogger. Dipendekkan cite, aku bersama 3 member telah merancang utk pergi bercuti. Mereka adalah Zira, Wawa dan Yong (memang nama sebenar). Plan ini direncana pada awal tahun 2017 tetapi atas beberapa problem, ia berjaya dilaksanakan pada oktober 2017 dekat nak hujung tahun. Setelah berbincang berbulan2 dekat grup wassap, bertekak dan bergaduh manja di dalam grup, membahagikan tugas beserta dgn paper work apa bagai, maka short vacay ini terlaksana akhirnya pada 28 oktober 2017, bersamaan hari Sabtu.
Pada 28 oktober 2017 seawal 9 pagi, kitorang berkumpul sebelum gerak ke Klia 2. Dengan menaiki penerbangan Air Asia pesawat AK6310, kitorang smpai di Klia 2 pd jam 10 atau 11 lebih camtu. Sementara menunggu masa fly, kitorang menternak lemak di kfc dulu. Muka memasing jangan cakaplah, memang sendu abis pasal x cukup tido. Dgn mata panda, menguap tak henti2 tp dlm hati kau jgn cakap memang tashabar abiss nak holiday, biarpun hanya ke Langkawi jerrr! Tu pun 4 hari jerr! Ko ingat puas?? Tak puas hokeh!
Kesenduan muka jelas terserlah sebabkan tak cukup tido punya pasal. Aku ni sejenis manusia yg kalau ada apa2 hal penting malamnya tu aku payah nak tido. Ntahapehapeee laaaa ngko!
Pergi dalam Malaysia je wehhh ini pekehey nya engkorang beriya snap depan pelepasan antarabangsa??? Wakakakakkakak!
Ini muka lepas ternak lemak dekat kfc. Muka dah kenyang dgn muka kebulur jauh beza. Tak perlu ditayangkan muka kebulur di sini kelak bakal menjadi kecaman rakyat Malaysia :D
Salah satu rukun naik flight ialah : snap tiket flight, snap passport merah (jika ke overseas), snap sayap kapal terbang! Oleh sebab ini penerbangan domestik jadi tidak diperlukan buku merah itu. Sekian.
Boleh kata setiap sudut nak snap pic. Inilah perempuan. Kau kena paham hakikat ini wahai kaum lelaki.
Berselfie sampai lebam.
Dalam sekitar jam 1.10 tengahari, kitorang berempat dh masuk dlm flight. Penerbangan lebih kurang 45 minit camtu. Apak kejap jek! Baru je plan nk tido dlm sejam dua tp begitu punya kejap aku rasa tak sempat panas bontot tetau dah pun landing di bumi Langkawiiiii *gaya cite mcm dh sampai d bumi London!* Tp cambese la, belum pun sampai separuh hari lagi tapi memasing dah sakan bergambar tak hengat doniaaa. Halaahhh perempuan, kenss! Ko kena paham. Selain makan, bergambar jugak menjadi kewajipan seolah rukun wajib hidup perempuan!
Wajah dgn cahaya keimanan gitewww!
Sesampainya di airport Langkawi, kitorang terus p jumpa brader kete sewa tu. Tu korang jangan tanya aku pasal urusan kete sewa ni semua diuruskn oleh Zira. Part ni dia yg handle dari urusan kete sewa & homestay. Err yg tukang driver nye pun dia dan sorang lagi iaitu Yong! Aku? Takpelah aku lebih prefer menjadi penumpang di belakang pasal kalau aku yg jd driver alamatnya tak sampai lah ke homestay tp ke laut! Lesen aku tu patutnya dh boleh buat arkib di muzium negara!
Zira terus drive sampai ke homestay yg terletak di Mukim Kedawang. Homestay tu namanya Warisan Tok Chah Homestay, terletak berhadapan pasar raya Kedawang. Yang nak tau Kedawang tu katne, mohon google. Ini Kedawang okeh, not bawang! Ini first time aku ke Langkawi menginap di homestay sebab sepanjang aku ke Langkawi bsama family selalunya stay di hotel, resort ataupun chalet. Tapi siyes cakap even itu adalah homestay tapi best dan murah!! Haaa mende homestay ni pun diuruskan oleh si Zira ni. Aku? Aku tashabar nk baring je sebenarnya! Takde function langsung disitu! Sungguhlah durjana perangai seperti ini...kah!
Setelah berehat dan meletakkan barang2, kitorang kuar semula utk jenjalan. Destinasinya dh tentu la p carik tempat nak mencekik. Kau kena tahu, perempuan ni memang agenda utama dorang adalah makan! Lagi2 aku ni. Manjang lapar! Aku ni pulak kalau lapar tetibe jadik macam tak siuman. Tetibe aku rasa mcm otak tak berfungsi dengan baik, seperti sel otak tidak berhubung dgn bijak *bukan ke aku mmg xde function pun?* Ahahahha
Dipendekkan cite masa Zira drive tu, Yong menjadi second drive di sebelah manakala aku dan Wawa duduk di belakang. Lama jugak pusing sana sini semata2 nak carik port makan baikk punya. Kitorang kesana kesini semuanya guna waze jerr takpun google. Tak koserr mak nak upah travel guide semata2 utk short vacay ini ye! Aku pulak bagi la serba sedikit pandangan tentang beberapa tempat best memandangkan aku ni dah selalu sangat p Langkawi tu. Asal balik Kedah je selalu jer p Langkawi tu so aku nk cakap sikit Langkawi tu dan aku berpisah tiada. Nyiahaha!
Setelah jenuh pusing sana sini berpandukam waze dan google maka kitorang sepakat utk makan dkt sebuah restoran seafood iaitu Thai House Restaurant yg di Pekan Kuah. Konsep restoran itu memanglah serupa kedai siam cuma kurang pasti pulak aku pekerjanya orang siam asli atau orang kedah. Yg pastinya bukan bangla seperti yg melambak dekat kolumpo hokeh. Bangla masak tomyam, ko ghase?? So kitorang yg sedia lapar ni memang order mcm x makan seminggu. Sementara tunggu order siap kitorang pun bincang plan utk hari esok dan seterusnya. Setelah makanan sampai, perbincangan di hentikan seketika utk memberi laluan kpd perut yg sedang kebulur nak mampus tu. Masa ni kalau sapa bercakap pasal plan ke apa aku pura2 pekak setengah jam sbb aku pentingkam perut ketika ini. Jangan woooo! Perut kalau lapar takleh bawak bincang derrr.
Seriusnya berbincang. Macam mesyuarat perhimpunan agung umno je lagaknya haaaa!!
Sesudah memenuhkan perut yg kebulur tu, kitorang meneruskan perjalanan. Ekceli xtvt hari pertama ni lebih kpd jenjalan cuci mata dok dalam kete smbil terus merangka plan utk esok tu. Dalam sekitar petang tu, kitorang singgah di area pantai Chenang utk pergi tengok sunset. Ye! Tengok sunset sahaja uollssss. Plan nak mandi pantai terpaksa dilupakam sama sekali memandangkan 3 orang daripada tu sedang period jadi nak mandi laut hape kejadahnya takkan sorang yg tak period tu mandi sorang2! Murung hidup dia nanti! wakkakakakak. Dan kitorang hanya menikmati view sunset, merasai angin sepoi2 bahasa, cuci mata tengok kesadoan mat saleh dan keseksian minah salleh kemain berbikini hape dia ingat ni pantai miami ka hoiii haaa pe aku carut ni syeitonnn! Tak aku tipu je wehh jgn caye! Tak, kitorang layan sunset sambil bergambar jela keje nya. Selebhnya menikmati pemandangan alam ciptaan Allah Swt. Macam aku kata hari 1st day dah kemain banyak gambar selfie posing sana sini. Belum masuk hari esok lusa sampai balik lagi...matikkk! Dekat2 nak maghrib baru kitorang blah pegi ke kete.
Subhanallah indahnya alam ciptaan Ilahi.....tak tergambar dengan kata2 betapa cantik dan indahnya lukisan alam! Sebiji macam poskad yg aku suka kumpul masa kecik2 dulu...
Memandangkan kete park depan area bazaar malam sekitar pantai tu so apa lagi, takkan nak terus balik homestay ye dokk? Malam masih muda. So apa lagiiiii kita enjoyyyhh! Tak2 kitorang bukan enjoy apa, maksudnya kitorang jalan kaki usha2 deretan kedai sepanjang pantai tu manatau ada yg berkenan di hati boleh lah beli ole2, err tapi memandangkan harga mende2 kat situ sungguh takleh blah maka aku pendamkan niat untuk membeli sebab aku kena simpan duit nak memborong coklat je kat Langkawi ni. N then kitorang pun berjalan jelaaa usha2 kedai, stop utk bergambar dan setelah merasa penat dan mengantok barulah kitorang chow utk balik homestay memandangkan dah larut malam. Bahaya weiii... kesemuanya masih dara pujaan giteww!
Masa ni muka dan ketiak sama berkelecak dah. Mekap apa bagai sume dah luntur. Tiak dah basah. Tunggu time nak balik homestay nak mandi jerrr!
Sejauh mana pun kaki ini melangkah, tetap jugak nak singgah starbucks utk pekena signature hot choclate kasi casss energy!! Nyiahaha
Lagi satu aku nak share, nak p vacay, trup, holiday n travel ni ko kena carik kengkawan yg bukan jer sekepala tapi jenis yg pandai hamik gambar dan layankan je karenah kita bila suro kawan amik gambar. Member cenggini haruslah dipuji. Wa caya sama luuuu!!
Sampai je homestay memasing mandi, berborak jap sepatah dua kata kendian lebuhhhhh. Tido la wehhh esok nak jalan lagi hoiii.
Sooooo, kita sambung cegite dalam next enteri part 2 gaiiisss!!! Byeeeee.....
No comments:
Post a Comment