Hallu Aimiey Azizan In Da' House
Harini aku nak cerita sikit tentang pengalaman hiking bersama geng2 aku ke Bukit Broga, yg terletak di Semenyih. Sebenarnya, kitorang pergi Broga ni dah lama. Tak silap aku around bulan Januari. Tapi biasalah, sekarang baru ada masa nak tulis sini. Payah betul nak dapat masa luang update blog setiap hari macam dulu2. Baru aku sedar, makin tua, kita makin takde masa utk diri sendiri. Asyik busy doplohpatjam! Sadis betul life aku. Sobss!
Pada tarikh 22 Januari 2017, bersamaan hari ahad pepagi buta lagi 2 orang member aku dah datang ambil aku dekat depan rumah. Seingat aku sebelom subuh dorang dah datang ke rumah. Punya eksaited dorang ni, konon nak tengok sunrise ler katanya! Beriye laa kannn nak naik broga sebelum matahari naiik. Sudahnya, pukul 8 baru sampai dekat broga hill. Hahaha ini kelakar.
Lepas pickup aku, kawan aku dua orang ni gerak pulak rumah member lagi sorang. Lalu kitorang memulakan perjalanan dan sempatlah singgah di petronas kejap utk beli breakfast & solat subuh dekat situ. Setelah setel semua, kitorang teruskan perjalanan ke broga hill berpandukan waze. Kala ini, waze sangatlah berguna ibarat nyawa gitew! Harapan kitorang senanya nak sangat daki sebelum matahari naik sebab nk tengok sunrise, tapi apakan daya. Setelah sesat dua tiga kali, ditambah dgn jalan yg boleh tahan gak sesak pagi tu maka kitorang tiba dekat parking broga hill betul2 dekat pukul 8. Boleh tahan ramai jugak manusia yg berpusu2 nak daki broga pada pagi tu. Cuaca pulak elok je sejuk2 nyaman2 angin sepoi bahasa! Gitew! Lepas carik parking, maka kitorang pun memulakan pendakian.
Kini cabaran syailanista pun bermula! Go go girlssss!
Kitorang mula mendaki ikut trek2 yg sedia ada dekat situ. Barangkali malam sebelumnya hujan, jadi tanah dekat situ agak lembap dan basah. Ini agak menyukarkan jugak sebab licin. Maka, sangatlah perlu berhati2 dan berwaspada. Dan kitorang berempat berjalan dalam kumpulan dan sesekali berhenti utk minum dan bergambar. Ah koo macam tak tahu pulak! Perempuan dgn gambar kan berpisah tiada! Selfie tu penting wehhh! Mana tahu bakal tunjuk gambar ni dekat cucu cicit satu hari nanti. Hebat opah ko ni dulu, haa opah hiking ko tahu!
Duduk melepaskan penat dan lelah di check point pertama.
Kitorang duduk melepaskan penat di check point pertama. Gilaaa ko. Haus nak mampus. Lutut punyalah sakit. Baru aku sedar betapa selama ni aku jarang exercise. Sekali kena hiking cam gini, bersepai tulang temulang dan segala otot2. Tulaahhh..manja sangat selama ni.. Hahahha! Barangkali, faktor penuaan jugak membuatkan masing2 merasa penat yakmattt! Dah 3 series haaa memasing!
View dari check point pertama. Begitu indah dan menenangkan!
Walaupun baru di check point pertama, tapi view dekat situ dah cukup cantik. Belum daki ke peringkat seterusnya lagi tu. Hanya kalimah Subhanallah yg terzahir dari bibir tatkala dapat menikmati kecantikan alam ciptaan Tuhan yg tiada tolok bandingan ni. Udara yg segar dgn kicauan burung dan unggas serta tiupan angin sepoi2 bahasa membuatkan kita merasa tenang dan damai. Hilang kejap lah stress memasing bila dapat menikmati kehijauan yg terbentang di depan mata tu.
Menikmati kehijauan dan kesegaran yg terbentang di depan mata.
Seketul manusia yg sedang asyik menikmati kehijauan alam ciptaanNya!
Setelah berehat dalam 15 minit, kitorang meneruskan pendakian. Keadaan permukaan tanah ketika ini sudah mulai curam. Macam aku kata tadi, keadaan tanah yg basah dan licin sangatlah mencabar fizikal dan mental. Ketika ini, cengkaman tapak kasut sangatlah penting. Jika tak berhati2 dan tersilap langkah, kita boleh tergelincir dan jatuh. Memikirkan itu, tetibe aku menjadi seriau dan kecut perut mak ko hijooo!
Cuba berpaut pada tali yg ada dekat situ. Geletorr lutut makk, nak panjat cerun curam yg basah ni wehhh. Belum kawen ni weii, jatuh kang sia2 je idup! Kurang pulak hantaran kejak lagi..opsss!
Aku seorang pencinta alam. Bukan lagi pencinta lelaki! Tak, ni serius ni. Tolonglah percaya!
Tiba di check point kedua dan ketiga, kitorang tak ambil masa yg lama utk berehat dan duduk. Hanya berhenti utk minum air dan menarik nafas dalam2 kerana menurut beberapa hikers yg kitorang jumpa dekat situ, katanya jangan duduk terlalu lama nanti lagi penat. Seeloknya berehat dlm sekitar 5 minit saja dan terus mulakan pendakian. Maka, kitorang mulakan pendakian sehingga ke check point keenam. Penat tak usah cerita. Peluh dan keringat menitik2 memandangkan makin ke puncak, matahari makin sejengkal dgn kepala. Bahang dan hangat dah mula terasa. Tapi tetap berangin dekat atas tu. Kitorang saling berpegangan tangan masa nk teruskan pendakian tu. Memandangkan aku ni sejenis makhluk yg penakut, maka aku merangkak utk sampai ke atas. Curam gila baqhang! Aku macam tak percaya pulak dekat diri sendiri yg aku boleh cabar diri utk naik ke tempat tinggi. Aku ni gayat, engkoo!
My speck girls yg happening!
Kehijauan saujana mata memandang. Cun abisss!
Sampai je dekat check point kelima, view dah makin cantik. Even cuaca panas tapi berangin. Masa tu aku dah tak pikir benda lain. Tetibe aku tak rasa gayut langsung malah makin teruja nak snap gambar sana sini sambil mulut tak henti2 mengucapkan puji2 an kepada Yang Maha Kuasa.
Kesian member aku kena paksa ambilkan gambar. Hahahah nasib baik dia redhoo dgn syarat aku kena jugak ambilkan gambar dia! Sistem barter wehh..
Penunggu di atas batu pon bolehhhh!
Seterusnya, kitorang mendaki ke check point keenam. Walaupun masing2 dah mula pancit tapi demi nak sampai ke puncak kitorang gagahkan gak diri utk naik lagi. Peluh dah merecik recik sana sini. Lantak p lah tiak masam ke mende janji kitorang nak jugak sampai puncak. Kalau bukan ke puncak akhir pun, dapat ke puncak tertinggi pun dah kira satu kepuasan bagi kitorang! Biasalah, manusia mana pernah puas, kan?
Acah2 buat nature photoshoot. Eleh, berangan bukan kena bayar pun, kanzzz?
Mengabdikan momen indah dekat atas batu adalah perkara wajib bagi hikers!
Tadaaaa! Akhirnya sampai ke puncak jua. Ni yang nak rasa bangga dekat diri sendiri ni...! Balik cerita dekat mak abah mesti dorang terkejut berukss sebab anak dia yg penakut nokharey ni dah boleh panjat tinggi2 sampai ke gunung kinabalu..eh bukit broga! Hehehe
Setelah bersusah payah meredah bahaya dan penat, sampai jua akhirnya kitorang dekat puncak Broga. Masa tu, rasa puas gila. Masing2 rasa bangga dekat diri sendiri sbb berjaya naik setinggi yg boleh. Even kitorang cuma naik puncak broga je pun, bukanlah puncak kinabalu apatah lagi puncak everest, tapi kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar dari hati masing2 sebab bukan senang sebenarnya nak daki bukit atau gunung ni. Tambahan lagi bila engko dah berumur dan bukanlah seorang hikers tegar. Kalau ada yg kecam kata ek eleeh broga je pun, takyah nak riak sangatlah! Lainlah ko daki kinabalu sana nun! Ehh helloooowww, even daki broga je pun tapi dia punya seribu satu bahaya tu tetap sama macam ko daki gunung2 yg lain, tahu. Dan pada hari yg sama jugak, ada kes kehilangan salah sorang pendaki yg tersesat dekat broga selama seminggu yg viral dekat tv & media sosial tu. Dia naik pada hari yg sama kitorang naik broga. Dan syukurlah, Allah masih melindungi kitorang dan kitorang berjaya turun dgn selamat. Alhamdulillah. Lepas selamat turun, apalagiii laju2 g carik nasik memandangkan masing2 dah kebulur tahap dewaa! Lepas mencekik kitorang pergi serbu muzium coklat pulak borong coklat banyak2 dekat situ. Wahahhaha perempuan, perempuan!
Mendaki ni, diibaratkan seperti kejayaan. Sebelum nak dapatkan kejayaan, kita perlu melalui seribu satu kepayahan, kesusahan, kegetiran, bahaya dan onak duri di sepanjang pendakian sehinggalah kita bertemu dgn sesuatu yg manis yakni kejayaan! Pehh! Falsafah gitewww. Ok bye. :))