SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Saturday, December 19, 2015

Sejenis palat.

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hidup ibarat pentas lakonan. Kita sebagai manusia adalah pelakon kepada plot cerita kehidupan. 

Dalam hidup ini, kita tidak lari dari disakiti dan dianiayai manusia. 

Dunia tidak kejam. Manusia itu yang jahanam. Dunia tidak palat. Manusia itu yang bangsat. Tega menyakiti hati manusia lain, hatta sahabat baik kau sendiri. Manusia jenis apakah engkau ini? 

Usah takut tidak punya kawan, tapi takutlah engkau jika miliki ribuan lawan bertopengkan kawan dalam diam!

Babi tiada perangai seperti manusia tetapi manusia ada perangai macam babi.

Bila dah selalu disakiti, kita rasa macam benda tu dah lali dalam hidup kan? 

Sampai satu tahap kau dah tak kisah apa nak jadi, jadilah.

Buat kau yang pernah bergelar kawan, engkau boleh pergi mampus. 

Sepalat apa kau buat, maha palat lagi pembalasannya kau dapat. 

Tuesday, December 1, 2015

3 tahun berakhir sudah.....

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Sejujurnya, tiada kata yg dapat aku zahirkan ketika ini. Rasa gumbira & bersyukur bercampur menjadi satu. Gumbira kerana final exam dah pun tamat. Gumbira kerana kesemua killer paper berjaya dijawab dgn penuh jayanya. Gumbira kerana dengan berakhirnya paper terakhir sebentar tadi, maka berakhirlah 3 tahun aku sebagai student di kampus ini. Syukur kehadrat Ilahi. Hanya Tuhan lebih Maha Tahu, gumbira dalam hati ini. Bayangkanlah, segala penat lelah, jerih perih sepanjang berjuang di medan ilmu di bumi Melaka ini telah pun berakhir. 
   Sedikit imbasan, detik pertama kali aku membuat keputusan terbesar dalam hidup bilamana terpaksa berhenti kerja dan memilih untuk sambung belajar. Ya! Itu bukanlah sesuatu yg mudah. Belajar di usia yg dikira agak lewat, yg memerlukan kau kena bercampur dgn budak-budak yg sebaya dgn adik kau sendiri, menempuh kesukaran yg bukan sedikit di kampus yg terperosok nun jauh di pedalaman. Sungguh, ia sesuatu yg menguji mental dan fizikal.  Memerlukan kesabaran, ketabahan dan iltizam yg bukan sedikit. Masih terbayang dalam ingatan, mak dan abah menentang keputusan aku hendak sambung studi. Dengan sokongan penuh boypren merangkap sahabat baik aku dan berbekalkan gaji terakhir bekerja, aku gunakan utk sambung studi di sini. Belum dikira dgn gigihnya aku mengajak boypren temankan aku utk naik ke Melaka melihat lokasi kampus ini. Sehinggakan ketika itu, boypren aku mencabar diri ini, mengatakan adakah aku sanggup utk bertahan 3 tahun di tempat pedalaman seperti kampus ini. Atas iltizam yg kuat, aku menyahut cabaran dia & aku mengharungi setiap semester dgn penuh sabar. 
    Jika nak diceritakan tentang pahit manisnya, terlalu banyak yg aku mahu coretkan. Masih terbayang dlm ingatan, peristiwa yg berlaku semasa di semester ke-2 dimana aku dfitnah, dipulau teruk oleh rakan sekelas seolah aku ini berbuat dosa yg paling keji di mata mereka. Hampir rebah aku dibuatnya bila dipulau dan dikeji manusia. Airmata usah cakaplah, turun mencurah curah bagaikan tiada hentinya. Dalam waktu yg sama, mak aku dijemput Allah ke Tanah Suci. Bagaimana aku hendak meluah bicara ke dia sedangkan ketika itu, mak sedang menunaikan rukun Islam ke-5. Aku hanya meminta mak mendoakan kejayaan & memberi kekuatan utk aku mengharung 4 semester (2 tahun) lagi disini. Dan, Segala Puji bagi Allah yg Maha Berkuasa, aku telah berjaya mendapat dekan dibalik keperitan yg dialami. Hanya kesyukuran aku panjatkan kpd Ilahi atas hadiah itu. 
    Semasa di semester ke-3, sekali lagi aku diuji benda yg sama, dianiayai oleh rakan sekelas. Kali ini lebih teruk sehinggakan nama aku terpalit busuk. Aku seolah parasit dan virus yg berbahaya di mata mereka. Tiada siapa mahu duduk di sebelah aku, tiada siapa mahu satu grup dengan aku. Sedihnya, tak usah cerita. Setiap malam aku menangis mengenangkan apa yg menimpa. Sehingga suatu ketika, aku merasa putus asa dengan keadaan ini, rasa nak berhenti belajar dan kembali sambung bekerja. Tuhan....aku bukanlah hamba yg kuat! 
    Atas nasihat dan sokongan tak berbelah bagi oleh boypren, mak dan abah yang akhirnya menyokong, aku meneruskan tiap semester dgn penuh sabar dan tabah. Aku menjadi lone ranger, sendiri tanpa sesiapa disisi. Cuma ada segelintir housemate & roomate yg bisa menerima diri ini. Dan akhirnya, pada semester 4 hingga 6, aku berjaya mengharunginya biarpun tiada insan bergelar sahabat. Sehinggakan aku sedikitpun tidak kisah tidak punya sesiapa disisi, kerna bagiku cukuplah ada Allah menemani. Itu sumber kekuatan aku nombor 1. 
    Tetapi...kata orang, dibalik tiap ujian pasti terselit hikmahnya. Betul, walau bagaimana perit dan payahnya kehidupan aku disini, aku dikasi kekuatan yg bukan sedikit. Aku berbangga dgn diri sendiri, kerana insan penakut, pemalu, pendiam dan lemah seperti aku, mampu berdikari, mampu tabah dan kuat menempuh ujian ini. Allah! Begitu besarnya kasih sayang dan betapa adilnya Allah, ketika di semester ke-5 dan ke-6 yakni setahun sebelum menghabiskan pengajian, aku dikurniakan housemates dan roomate yg baik, menghiburkan, penuh dgn sikap tolong menolong, menghormati dan kerjasama. Lihatlah disitu bahawa, Allah itu Maha segalanya. Allah tidak akan membebani hambaNya dgn sesuatu ujian yg sia sia melainkan sesuai dgn kesanggupan hambaNya. Allah tidak akan memberikan kita kesedihan berpanjangan, melainka ada kebahagiaan yg Dia mahu beri. Yakinlah denganNya. 
   Dan kini, hari ini, aku mampu tersenyum penuh kesyukuran. Tiga tahun berjuang mencari ilmu di kampus ini sudah berakhir. Kini hanya tinggal untuk aku melangkah sekali lagi di atas pentas untuk mengambil segulung kertas kejayaan. Tidak sabar aku menantikan detik bersejarah itu. Tidak sabar untuk aku melihat senyuman kegembiraan terukir di wajah tua mak dan abah. 
    
   Aku tetap ketawa walau aku sebenarnya ingin menangis. Aku tetap tersenyum walau aku sebenarnya kecewa. 

   Akhir cerita, setiap apa yg menimpa kita, kesusahan, kepenatan, kesedihan, kelukaan, keperitan dan kepayahan, tempuhilah ia dgn penuh kesabaran, ketabahan, keazaman, kekuatan dan semangat yg tinggi. Biarpun di pertengahan cerita, kita tersadung lalu terjelepok jatuh, bangkitlah dengan segera. Usah tenggelam dgn kesedihan dan luka semalam. Jangan bawa kesedihan semalam ke hari ini, sebab hari ini kita perlu berusaha untuk gembira, bukan bersedih buat selamanya. Semua orang pun akan jatuh selepas ditolak. Tapi kau sendiri kena pilih sama ada kau nak bangun atau tenung luka yang terhasil tu lama lama. Nak jadi manusia ni kena pandai bangkit saat kau jatuh, Jangan jadi macam lipas. Dah terbalik pun tak reti-reti nak bangun sendiri. Bersedih adalah suatu hal yang wajar, tapi jangan sampai kesedihan tersebut melemahkan hatimu hingga kau berputus asa. Tiada istilah gagal selagi kita masih bernafas. Kegagalan macam naik basikal. Kau pernah jatuh, luka dan kawan2 gelak tapi kau tetap bangun dengan muka yg rilek pastu steady je kayuh. Chill. :)