SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, May 4, 2014

Spiderman, Pesta Buku & Hangoutz

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Haiii. Happy sunday guys! Kemana je engko orang cecuti gini? Hangout? Dating? Sopink? Pegi kenduri jiran tetangga? Lepaking di rumah dari subuh tadi sampai la ni x bangun2 *tido ke meninggal tu* atau bekerja? Apepun pun yg engko org buat, semoga hepi laa hndaknye. Aku? Aku sdg gegolek atas tilam smbil menaip entri. Hahahaha. Ini hari x kemana mana pun sbb takde mood. Senggugut katekooo! Memang taklah nak keluar apa semua. Sakit perut baqhang! Lagipun, semalam satu ari suntuk dah berjalan sakan. Pegi layan muvie, g pesta buku, dating bla bla bla. Aku ni kaki berjalan. Doblas jam berjalan tanpa henti pun aku snggup tahu! *gebang lebih ah kau ni jemah* :P
   Ok mari terus bergebang. Semalam, sekali lagi gua pegi terjah Pwtc. Biase ah, aku mana puas kalo buat seswatu takat sekali je. Musti punya berkali kali. Memandangkan voucer buku pun tinggal sekeping je lagi, maka aku bertabah lah jejak sana moga2 dpt ah grab novel sebijik dua. Seblom g pwtc, aku ngan boypren, iaitu AAB (bukan nama sebenar) ke Pavillion. Cambese ah, gua teman mamat tu g salon nk treatment rambut dia. Heh zaman milineum nih, lelaki sgt menjaga penampilan siot! Aku yg pempuan nih pun g salon setahun sekali jek. Kah! Jadi, pendekkan cite lepas menternak lemak, jejak ke salon tunggu mamat tu. Ok. Takpe. Walau gua ni pesen yg menyampah nak arwah menunggu, tp demi insan tersayang, gua gigih jd penunggu. Gua gigih, gua gigih! Mohon kagum sekejap :-P

    Si penunggu yg sempat berselfie semtara tunggu boyprennye treatment rambut. Gambar ni aku paksa suro dia snap. Andainya dia enggan, gua ugut nak bakar salon tu! (Cerita rekaan semata mata, ko caye ke?) 

    Settle di salon, maka berarak membeli tiket muvie. Cambese ah, dekat Gsc skg tengah hot dgn pilem The Amazing Spiderman 2. Memang penuh ah manusia beratur beli tiket. Dan tiket pun banyak yg dah abis. Terpaksa ah beli tiket utk muvie petang lalu masa yg ada diisi dgn lari sebentar ke Pwtc. Kat Pwtc di hari2 terakhir pesta buku, memang ramai sungguh manusia. Biaselah, orang kita kan suka g last minit pape mende pun. Oleh sbb ini kunjungan yg ke-2 kalinya, maka aku dah hafal letak duduk setiap booth fevret. Dlm hati aku masa tu, berharap sgt ah kunjungan aku kali nih membuahkan tuah. Tuah ayam nmpak di kaki. Tuah aimiey nampak di..? Di pesta buku lah. Hahaha tak kelakar wei :-D
Aku harap sgt dpt ah jumpa novelis ke, kartunis ke, penulis ke whatever! Lalu aku ajak AAB ke booth Moy Publications. Aku intai2 kalo ada kartunis fevret aku. Hmm hampa :( Semua kartunis bebaru yg aku x kenal. Lepas dh grab brg kat situ, blah g booth Creative Enterprise. Ada sesi lukis karikatur oleh kartunis majalah Gila-Gila. Masa ni, tetibe aku rasa nak beli karikatur muka sendiri lepas sekian lama x buat cenggitu. Aku ajak AAB join sekaki. Dia ni memula taknak, tp lepas dia nmpk kartunis lejen fevret dia, kartunis Nud's, dia plak melebih. Eh ekau dah konapo jang? Sebabkn ramai jugak umat yg berbaris nk tunggu mukanya dilukis oleh kartunis, maka lari balik ke booth Moy. Haa mase ni tetibe aku jadik sawan nak mampus! Sebabnya aku nampak barisan kartunis2 lejen dkt situ. Ada kartunis Rambai, Sireh, Lengkuas, Bawang & opkos 2 kartunis yg aku gila iaitu kartunis Sukun & Lambok! Haaa kan aku dah kata, tuah aku nampak di pesta buku katekoooooo :D

    Ini kartunis Sukun, pelukis kartun Workshop dlm majalah Ujang. Aku fanatik nak mampus dgn kartun Workshop! Nasib baik mas Sukun tidak berape ganteng, kalo tidak lama sudah aku terpikat sama mu, mas Sukun! :D

   Ini kartunis Lambok. Sapa yg suka baca majalah Apo?, kompem gila dgn lawak antarabenua beliau yg kelakar nokharom tuh! Cemana kelakarnya kartun beliau, gitu ah beliau dlm alam realiti yg kelakar & sengal. Mcm rope ustaz2 sikit abg Lambok nih. Terpikat patplohpat saat jap. :D

    Draw by kartunis Lambok. Lejen! Waktu beliau draw mende alah ni, beliau mengusik kitorang. Kartunis Sukun tumpang semangkuk. Thorbaikk! Hahaha

    Karya Sukun ngan Lambok yg weolls sapu dekat booth Moy. Hikhikhikk

    Waktu sesi bergambar tu, memang kejung jap pipi sbb terlampau malu ramai nk mati umat maknusia kat situ dok mengusha. Barisan kartunis pulak boleh menganjing kitorang yg pakai spiderman sedondon. Crew Moy pon tumpang sekaki. Lepas bergambar, suro kartunis draw watak kartun dekat buku. Aku rasa, takde lg umat dkt situ yg ngajak kartunis bergambar full. Kitorang ah yg pecah tradisi paksa kartunis bergambar lari dari meja dorang. Aku syak lepas kitorang dh buat, kompem ah ramai gak yg nak bergambar cenggitu. Hahahaha padu! 
     Kendian lari sekali lagi ke booth Creative. Yeah, terus grab kartunis Nud's laju2. Dgn jakunnya, maka kitorang mintak uncle Nud's lakarkan karikatur wajah kitorang. Sejam gak aih tunggu beliau settlekan. Waktu ni pun malu tak ingat ah pasai rmai sgt yg mengusha. Aku dah rasa mcm retis haaa. Aura2 glamour tu dtg tetibe. *puihhh*

    Tadaaa! Karikatur by kartunis Nud's. Btw, kartunis Nud's ni sgt pemes dgn karya Once Upon A Time & sembang sembang dkt majalah Gila-gila. Sape taktahu, mohon pegi mereput dlm gua! :P

    Ini kartunis Nud's. Pon kelakar orangnya. Antara kartunis yg sgt lejen. Sekali imbas, mcm rope ustaz Azhar Idrus pun hade. Hahaha. Waktu ni aku dah kejung pipi sbb malu rmai sgt umat yg mengusha, jd cenggitu lah rupa aku. :P

    Lepas settle semua dkt Pwtc, maka bergegaslah ke Pavillion semula sbb sengah jam je lagi muvie nak mula. Sesampai je kat pavi, jam dah pun pukul 6.45 sdgkan muvie start pukul 6.30. Blergh! Berharap janganlah muvie tu dh start. Dan lega ya amat sbb memasuk je mmg btl pun muvie x start lagi. Huhu tuah aimiey nampak di Gsc, bukan? 

   Mr & Mrs Spiderman with Spiderman muvie poster. Aiyaiyaiii

   Spiderman kali ni lagi best dari yg petama dulu sbb kali ni Peter Parker berlawan dgn kwn baik sendiri, Harry Osborn & musuh dia, Max Electro. Nak tahu lebih, mohon pegi tonton lah ye! Apepun, seronok gila sbb semua yg plan dpt di settle kn dlm 1 hari. Lepasni, nak settle kan kursus kawen pulak. Opsssssssssssss xxxxxxxxxxxx :D 

- Thanks 4 reading guys -