SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Saturday, April 26, 2014

Terjah Pesta Buku Antarabangsa PWTC

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai engko orang. Samat berhujung minggu. Kemana aje cecuti ni? Engko orang yg taktau nak gi mana tu, pekata engko orang pegi terejah Pwtc sebab sekarang ni tengah ada Pesta Buku Antarabangsa @ International Book Fair. Aku baru je pegi semalam. Memandangkan aku tengah cuti sem nih, memang laju2 la aku pegi terejah sana. Aku mana bleh miss event ni, tetiap tahun wajibbul gunnah pegi wei. Gila nak miss! Aku kan ulat buku. So sesape yg ulat buku cam aku jugak, wajiblah ke Pwtc yew! Ulat bulu mohon pegi mereput. Hahaha *tak kelakar*
   Cambese lah, pesta buku ni mana penah tak best. Dari zaman sekolah sampai lah ke zaman dah tak begape nak remaja nih, tetiap tahun aku usha makin lama makin gemps! Ha, tak paham? Gempss means gempak lah. Adoih! Pestu aku nengok memang banyak ah booth2 yg best. Cambese booth fevret aku kalo gi pesta buku opkos lah Moy Publications (Ujang & Apo), Creative Enterprise (Gila-Gila), Karangkraf, Ana Muslim, Lejen Press, Dubook, Buku Fixy, Terfaktab ehh banyaklah! Tu belum kira buku2 dakwah @ agama lagi. Kalo booth islamik aku suka Telaga Biru, Hijjaz Records & Al-Hidayah Publishing. Haa booth utk novel tak kira lagi. Aku mcm meroyan kalo pegi booth Penulisan2U, Kaki Novel, Alaf 21 & bla bla bla. Memang aku borong novel maha banyak katekooo! Pulak tu, utk pesta buku tahun nih, ada booth novel yg jual novel adaptasi ke drama tv. Peh! Memang takklah kan aku nak miss! Gila nak miss! Nyiahaha

    Aku fanatik abis ngan novel The Wedding Braker @ Ariana Rose (versi tv). Sebabkn terlalu fanatik, name tuiter pun letak Evelyn Ariana Rose *muntah*. Novelnye aku dah beli lama dah. Jadi, dgn gigih aku beli t-shirt ni dekat booth Penulisan2U. Tapi yg xbestnye, t-shirt ni xleh pakai voucer buku. Heh, terpaksa keluarkan duit ah cenggitu. Err tp nasib baik boypren aku belanja, tahu! Maceh momot <3

    Ini aku grab dekat booth Lejen Press & Terfaktab. Zaman skg nih, muda mudi suka baca novel indie weh. Indie ok, bukan india! Aku pulak, asalkan namanya NOVEL, semua aku baca! Katanya ulat buku, kannnnnzzz! :-D

    Moy Publications adalah booth yg memang wajib aku terejah tetiap kali pesta buku. Aku ni membesar dgn majalah Ujang & Apo, tahu! Dan aku sangat fanatik dgn kartun Workshop karya kartunis Sukun! Siap aku tanya dekat penjual yg jge booth tu, kartunis Sukun x datang ke... See, nampak x betapa obsesnya aku kepada Sukun? 

    Ini pulak aku grab dekat booth Ana Muslim. Even orang cakap Ana Muslim ni utk bebudak & x seswai utk aku yg dah 'sendu' ini, tp aku pedulik hapenye! Aku membesar dgn komik Ana Muslim. Dan aku sangat suka dgn kartun2 islamik yg maha comel Ana Muslim tu. 

    Oleh sebab aku ni student kolej islam, maka aku sangat2 memerlukan baju muslimah. Dekat Ana Muslim, baju muslimah memang comel2, cantik2, & sopan2 (haruslah sopan dah namapun baju muslimah, ye dok?). Handsock pun cecantiks dik non! 

    Ini hasil tangkapan aku semalam. Itupun aku x keluarkan abis tu. Tak muat pulak aku nak susun sesatu. Muahaha

   Aku berbelanja dekat sini langsung tak keluarkan duit sebab semuanya aku pakai voucer buku. Untung betul ah jadik student nih. Marilah jadik student beramai ramai..! Hahaha. Kalo x memang terasa gak ah beratus abis dekat sini. Engko boleh bayang x, Rm250 voucer buku aku, balik rumah tinggal Rm50 je. Means, Rm200 aku berbelanja dekat pesta buku. Gilo! Cer kalo pakai duit, balik gumah garu kepala menyesal tak sudah. Hahaha. Yg lagi kelako, satu buku pelajaran pun aku x beli dekat pesta buku. Semua mende2 alah gini je aku beli. Hahaha apo nak jadiiii. :-D
    Lepasni, aku akan terejah utk kali ke-2 pulak. Aku mana puas takat sekali je. Aku harap dpt ah jumpa dgn kartunis fevret, novelis fevret, penulis fevret & bla blaa. Dgn voucer buku berbaki Rm50 tu aku akan grab hape yg patut ah. Hehe
   
    Selfie harus ada walau di mana pun. Biase ah pempuan. Engko orang harus paham ah. Err ini seblom aku jejak pesta buku thats why tangan kosong jeeeee! :-D

   Berlatar belakang buku2 politik. Err aku x beli pun buku politik. Ini aku teman boypren je. Beliau sedang rambang mata memilih buku politik di kala ini & aku memaksa suro snap pic kejak. Biase ah pempuan. Hahaha

   Jadi engko orang sekalian, jgn buang masa pegi ah terejah pesta buku semtara masih ada masa ni. Tak silap aku mende nih berlangsung seminggu je kot. Bawak anak2, tok nenek, jiran tetangga segala pegi sini. Alahaii kalo JomHeboh gagah jek harung pepanas terik tuh, xkan lah pesta buku dlm aircond cenggini x mampu nak pegi, kan! Pesanan penaja : Membaca itu jambatan ilmu. Tidak membaca itu jambatan dungu. Ewah! K ah. Nak g baca buku2 yg beli semalam tuh. Babaiii :))
    

Friday, April 11, 2014

Ujian berat saat berjuang

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Assalamualaikum kepada pembaca2 & pengikut2 belog cabuk ini. Teghime kasih jejuta lemon kalau masih ada yg setia baca coretan hambar dlm belog nih. Korang memang cuns! Huhu. Lama betoi x updet cegite terbaru. Kehidupan yg sgt sibuk & kelam kabut sbg sorang student tidak memungkinkan aku utk menaip aksara2 di belog cabuk ini. Mahapkanlah kesalahan hamba. Diminta janganlah unfollow belog ini. Wuwuwuuu (ko dah kenapa) 
  Ok mari memulakan carutan, opss silaaap! Mari memulakan coretan. Wahai korang.. Di ketika ini, tatkala sedang menaip aksara2 di belog ini, aku senanya sedang dalam kedemaman ( - - ). Sudah hampir seminggu aku diserang demam. Seingat aku, bulan 3 itu hari aku dah dilanda demam. Dan bulan 4 ni, sekali lagi aku diserang demam. Malah yg lagi memburukkan keadaan, demam kali ini sangat derita aku rasakan. Derita sebab demam yg suhunya mencecah ke 40 darjah celciuss! Complete pakej dgn batuk yg maha maha teruk, selsema, tonsil yg maha bengkak, sakit kepala, langsung takdak selera makan, muntah2, badan yg panas gila macam api tapi sejuk nokharom dekat luar (ko bleh bayang x cane), pengsan & pitam. Dan yang lagi lagi laggiiii derita sebab aku demam di kala 2,3 hari lagi nak final exam! Allahuakhbar. Sungguh, memang ini UJIAN. 
   
       4 hari seblom final exam. Sudah terasa aura2 tidak sihat disitu. Namun, wajah kegumbiraan sebab nk balik rumah terchenta jelas kelihatan disitu. Bleh nampak x? :D

       Jumaat di kolumpo. Demam sudah agak kritikal. Tapi kerana kerinduan terhadap boypren, maka demam dilupakan, boypren diutamakan. Itulah maksalah anak remaja sekarang! Jgn mencontohi ye adik-adik! 

     Dipendekkan cegite, waktu jumpe boypren tu aku dah diserang batuk teruk, menggigil kesejukan even dah pakai cardigan tebal, sakit kepala & tonsil memberat dekat batang leher. Derita betoi aku rasa. Potong betoi nak beborak ngan boypren. Sabar jelaah. Sabarrrr. Sabaarrrr. Dan, pada esok harinya hamikau! Demam paling power dtg menyerang. Batuk paling superb dtg bertandang! Derita sangat. Lagi bikin aku pusing, lusa nya aku dah final exam katekooo. Fuh! Padu rasanya.
     Kalau nak ikutkan, aku ni umat yg paling benci & menyampah nak makan ubat lelagi ubat batuk. Kerana memikirkan final, dalam terpaksa rela maka ku tolak tepi semua kebencian & kemeyampahan terhadap ubat lalu digantikan dgn rasa 'oh ubat... I lapp youww, babyy!' . Sampaikan ubat batuk yg sejuta kali tak sedap tu aku jadikan sbg teman tapi mesra kerana dirimu begitoo berharga,lah! Tapi malangnya, demam aku masih x sembuh2 malah makin teruk dari sehari ke sehari sampailah ke hari final exam. Ok cegite sadis bermula d sini...

     Malangnya pakai mende alah ni pun suhu badan x turun2. Adekah ini satu penipuan utk melariskan produk semata mata?? K takpe, nti kite siasat. Skrg, mari kite teruskan cegite.. Zasss!
 
    Final exam bermula selasa dgn subjek teori kaunseling. Allah, Tuhan saja yg tahu derita yg aku tanggung. Badan aku lemah selemah lemahnya. Tekak aku perit seperit peritnya. Entah, x mampu aku nak cegite tahap ketidak berdayaan aku ketika itu. Malam seblom exam, aku dah solat hajat minta Allah beri kesembuhan, kekuatan, kesabaran & dipermudahkan menjawab soalan. Begitu jugak subuh seblom exam. Sekali lagi aku berbicara ke Tuhan minta semua itu. Dan Allah makbulkan, DIA pinjamkan sedikit keupayaan agar aku kuat melangkah ke dewan exam. Dengan iringan doa, aku melangkah dgn tenang dgn semangat yg kuat utk mgmbil exam. Dan sewaktu di dlm dewan, sekali lagi aku diuji. Bayangkan, tatkala ingin menjwab soalan, jemari aku kejang tak boleh menulis! Allahuakhbar. Nauzubilllah. Ujian apakah ini, Tuhan? Aku seakan strok krn xdpt menggerakkn seluruh tangan kanan! Aku beristigfar. Berzikir. Mohon doa sama Tuhan. Macam2 yg aku minta. Sehinggakan aku rasa dekat setengah jam aku berdoa. Dan aku mula mampu menulis & menjawab soalan pertama setelah setengah jam masa exam bermula. Syukur, Tuhan dengar doa aku. :') :') 
    Dan akhirnya, kesemua soalan esei itu mampu aku jawab dgn lancar. Syukur seribu rahmat. Biarpun menjawab soalan dlm keadaan lemah, dgn batuk yg maha teruk tp aku bersyukur krn Allah mempermudahkan aku mengingat semua yg aku baca. Maha adil Engkau, Tuhanku! 
    Dan pada esok harinya yakni rabu, paper Sosiologi Islam pula menanti. Dan pada malamnya seblom paper itu, demam aku makin teruk. Suhu badan aku tersangat panas sehinggakan aku sendiri takut menyentuh kulit sendiri kerana terlalu panas. Aku sangat tak berdaya. Lemah. Sehinggakan mahu solat, aku terpaksa melakukannya dalam keadaan duduk. Ya, sepanjang hidup ini adalah kali pertama aku melakukan solat orang sakit! Aku menangis semahunya di atas hamparan sejadah, meminta dan terus meminta secebis kekuatan buat bekalan diri utk menghadapi perjuangan seterusnya pada esok hari. Setelah itu, aku bersolat hajat. Minta lagi diberikan semua itu. Ya, bukan saja kekuatan yg aku perolehi, malah jgk ketenangan sehinggakan aku dpt studi smpai ke pagi. Syukur, Engkau Maha Mendengar ya Tuhanku! :') :') 
     Pada esok harinya, sekali lagi kaki melangkah ke dewan exam. Berbekalkan secebis kekuatan yg Allah pinjamkan, aku meneruskan menjawab soalan dgn sedaya mungkin walau pada pertengahan masa, aku hampir mahu pitam kerana terlalu xberdaya! Syukurlah, aku berjaya juga menjwab kesemua soalan. Dan petang itu jugak selepas habis exam, aku bergegas balik kolumpo dgn classmate memandangkan exam seterusnya melangkau 4 hari. Saat smpai dirumah sendiri, aku menangis semahunya merasakan betapa nikmat tak terperi berada dirumah sendiri disamping keluarga terchenta. Dan semalam, abah telah membawa aku ke klinik pakar. Hasil dari urine test & blood test, aku di dapati punya virus dalam darah. Allahuakhbar! Hampir terjelepok aku mendengarkan keputusan dokter itu. Tuhan, mengapa begitu berat ujian yg engkau timpakan ke atas aku sedangkan perjuangan aku di medan peperiksaan belumpun selesai....

   Oh ubat. Please be nice to me... (Blerghhhh) 

   Saat itu jugak, aku di suntik di lengan oleh dokter itu. Kata dokter, aku harus di masukkan ubat kedalam tubuh dgn segera krn kondisi aku ketika itu sudah sgt kritikal akibat virus durrrrjana itu. Dan tatkala ini, aku sedang berehat di katil sendiri, sambil menelaah, diikuti dgn makan ubat ikut time. Ya, orang sakit pun haruslah studi yaa. Jangan kau nak bersenang sangat, exam kau belum habis taukk! :D

    Bingkisan semangat buat diriku yg lemah ini....

    Hanya mampu makan ini sebab tidak ada selera utk menikmati yg lain. Allah tarik nikmat selera itu. Bertabahlah. Sabar. Sekurang kurangnya masih boleh makan. 

    Biarpun aku masih belum sihat sepenuhnya, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana diuji. Bersyukur kerana ditimpakan sakit dikala aku sedang berjuang di medan peperiksaan. Ya, bukan sesuatu yg mudah utk lalui. Sungguh, ini antara demam yg paling seksa aku rasa selain denggi beberapa tahun dulu. Namun aku redha. Aku terima semua yg Allah telah beri ke aku. Allah uji, kerana Dia sayangi. Allah uji, kerana Dia mahu membersihkan dosa. Allah uji, kerana Dia mahu mempertingkatkan iman. Allah uji, kerana Dia mahu menaikkan martabat. Dan Allah uji, kerana Dia tahu hambaNya mampu untuk hadapi. Dia uji, kerana ada hadiah yg akan diberi. Ya, aku percaya itu. Kerna itu, kita sebagai hambaNya, sabarlah tatkala ditimpakan ujian, redhalah disaat kegetiran dan yakinlah, kita bakal diberi sebuah kemanisan berupa kejayaan! Terima kasih Tuhan.