Capaikan ImpianMu
29hb April 2004... umah sewa Pulai 60 bukan lagik seperti dulu..ia berubah wajah, makin ensem.. makin ayu jelita... makin lama makin canggih, kalau bleh nak kalahkan kecanggihan KL Central ngan KLCC ataupun Litar Sepang.. tuh la bangunan yang canggih kat Mesia nih pun... kekgi umah sewa eden pun termasuk dalam senarai bangunan tercanggih kat Mesia nih.
Apa yang canggih sangat kat umah sewa Pulai 60 nih? Haa... itu usah korang tanya... banyak kecanggihhan yang terdapat di dalam bangunan 'rumah' ini.. Salah satu kecanggihan ialah kat dapur ada meja makan yang di buat dari kerusi.. umah saper yang ada cenggitu? Korang carik kat bangunan paling canggih kat Mesia ni pun takde tau.. Pastu ada rak kasut yang dibuat dari playwood locker.... Kat kedai lagik la tak jual. Ada ampaian kain yang di buat dari batang penyapu... canggih punya... tak caya datang tgk sendiri.
Hari tuh jugak umah sewa Pulai 60 kini sudah celik IT... sudah ader Streamyx.. yuhuuu... dapat eden online selalu dan update blog nih.. tp ia bergantung pada keadaan suhu bilik dan suhu badan eden. Actually dah lama eden nak apply streamyx nih tp keadaan tidak mengizinkan... samada keadaan poket mahupun keadaan fizikal dan mental. Sekarang tercapai dah hasrat itu. Eden apply yang 512KB tuh dan dapat free modem coz ada promotion till 30 April. Sebulan kena la charge RM88.. tp kat umah eden nih ader 4 orang yang nak guna.. maka dengan itu berkuatkuasa la utk berkongsi sewa telefon dan jugak streamyx ini...
Pusing2 Carik Jalan.. Jalan2 Carik Makan.
Semalam jugak la member eden dari KL turun ke JB yang indah permai ini.. Outstation katanya. Dia melepak kat Hotel Tropical Inn tuh... tp malangnya hotel tuh tak lawa skang sbb tgh renovate.. Dia buat kerja apa ntah kat JB nih tp dah company soh outstation.. terpakso la ekau yerk.. Nak tak nak terpaksa jugak sbb gaji company yang bayar.. lagipun ekau bukan bos kan? hahaa.. takpe.. seronok pe dapat outstation sbb dapat jalan2 sambil carik makan dan belanja orang makan. Sian kat member eden nih.. jumpa ngan eden dan member serumah eden sorang lagik yang merangkap member kitorang satu sekolah sama2 dulu kat Teknik Trg.. so.. maka kena la pow tp kitorang still berhati mulia lagi.. takde la sampai nak pow giler2.. lagipun member eden nih katanya dapat claim ngan company nanti.. hahaa...
Eden ingat nak bawak dia gi makan atas pokok.. ntah la dia penah makan ke tidak kat atas pokok.. tuh la eden cuba nak bawak kat Jb nih gi makan kat atas pokok..tp malangnya Restoran Anjung Warisan tuh tutup. Maka tak dapat la dia nak merasa makan atas pokok cam kaum kerabatnya.. Erm... dah takde tempat lain..eden bawak jerk la gi kat Restoran Singgah Selalu kat ngan Pantai Lido. Layan makan kat situ jerk.. lagipun tmpt tuh happening gak la... tp eden tgk sorang2 takde pun sampai pening2... ok jerk semua jalan membawa perut yang penuh berisi.
Tour Guide
Dah habis makan dah kan tadi? Pastu kitorang bawak la orang KL nih gi ke Danga Bay.. erm.. kat situ banyak gak la bergambar... lagipun eden sendiri tak penah amik gambar kat situ walau dah beberapa kali pegi.. tp di sebabkan member eden bawak kameranya.. kitorang bergambar jerk la.. nanti korang nengok jerk la ada ke tak pic dalam blog dia nanti..
Dah habis lepak Danga Bay.. kitorang pi lepak tepi TambaK Johor. Maklum la orang KL tuh tak penah nengok camne rupanya Tambak Johor dan pemandangan Singapore. Tapi katanya dia teringin sangat nak gi ke Singapore.. maklum la orang KL nih dah ader passport antarabangsa la katakan.. Eden dok kat JB selama 5 tahun dah tp tak penah laie eden jejak kaki nih kat tanah seberang yang di katakan best tuh.. haha.. ari tuh pun ingat nak carik kijer kat Singapore.. huyyooo.. gaji lumayan oooo..Dah habis round2.. kitorang antor orang KL nih ke tempat beliau bersemayam... katanya dia nak membongkang... Kitorang terus chow balik umah.
Alamak.. lupa nak bagitau.. member baik eden nih yang di katakan orang KL nih tak lain tak bukan... cuba korang teka saper? hahaha.. ala... pereka layout yang eden anugerahkan sebagai pereka layout terbaik tuh la.. <rujuk 1st entry>. Kalu nak nengok pic dia ke JB.. masuk ah blog dia.
Staff Meeting
Semalam ada staff meeting.. Area Manager - En. Zainal, turun dari KL.. so, prepare apa yang patut. Eden rileks jerk wat keje sbb eden masuk kol 12 tghari.. ramai giler customer sbb ada Pesta Buku lak kat Skudai Parade nih.. Pastu ramai la bebudak sekolah yang wat rombongan tuh singgah kat AyAmas.. kekadang kelam-kabut gak eden dok ngemas dan siapkan meals utk dorang.. maklum la bebudak skolah nih ngengade nak mampos... kejap order tuh.. kejap order nih.. eden dah siap isi order chit.. nak tukar itu la.. nak tukar ini la.. erm.. tapi takpe.. customer paling di utamakan.
Lepas meeting lak eden ada test. Test apa kebenda ntah eden main jawab jerk.. test sambil wat keje.. sempat gak nanya kat staff lama.. so.. eden tak kisah sangat la lulus ke tak.. tp nengok soalan cam senang jerk. Lantak pi la...
Mintak Cuti
"En. Zul, saya nak mintak cuti leh? Ganti yang esok ke 2hb. Dan saya nak sambung lagi sampai 4hb".. eden cuba mintak cuti ngan Manager.
"Ape? Mana bleh.. Public Holiday tuh 1hb hingga 3hb.. ramai giler customer.. mana cukup staff."
" Ala En. Zul, saya dah lama tak balik kampung nih, time cuti nih la saya dapat jumpa family saya. Pk² nak follow member, so.. jimat skit.".. eden cuba bagi alasan.
"Ok.. nanti lepas keje nanti, jumpa saya. Nanti saya tgk camne".
Fuh.. lega skit ati eden.. balik jerk keje today... eden tunggu Manager sambil tuh tolong bebudak lain wat kijer kat kitchen.. tunggu punya tunggu lama giler si Manager nih dok mengira duit. Ampehs.. eden balik kijer kol 7pm sampai ke 8pm eden tunggu... pastu dia siap leh tanya eden tunggu apa laie? Mau tak angin eden... pastu seb baik dia leh ingat yang dia soh jumpa tadi.. OK..
Last² dia bagik gak kat eden cuti dari 1hb-4hb... yuhuuuuuu.. dapat eden balik kg. eden yang tercinto...
Ho.. ho.. hooo.... balik kg..ho.. ho.. ho.. balik kg.. Hati girangggg.....
Lepas kijer.. eden naik atas jap.. kat Skudai Bowl.. nengok² tmpat lepak lama eden.. alamak.. mana pi semua member² eden yang dulu nih.. semua tak datang main "blok" ker? Eden jumpa lecturer eden yang kaki bowling gak.. apa lagik.. memang eden dah kamceng ngan dia.. Pastu eden tak lama sangat kat situ sbb ramai sangat orang malam nih coz ada tournament kat situ.. Bosan dok situ sbb takde ramai member² lama.. eden terus blah..
Nak balik dah.. lalu lak kat belakang Ayamas.. tiba² Manager eden leh ajak eden pi minum.. Layan minum dulu la jackkkk...
Lps minum.. dia ajak layan snooker lak.. alamak.. Manager lak muda laie.. baru 25thn.. so.. kepala pun lebih kurang jerk ngan staff.. kamceng lak tuh.. memang macam member jerk la.. Layan punya layan.. fight black la plak kan...
Tp nasib menyebelahi eden kali nih.. menang la plak kan. Dapat la eden main free.. Hahaha... dah la lama dah eden tak menonjol nih.. tp still maintain lagik la.. hehee.. kekadang kiok gak...
Lepas tuh terus eden pecut balik.. penat dah badan nih...
Ace Archery- Pusat Memanah Indoor
Bos Ace Archery call eden.. dia offer eden kerja kat archery tuh.. eden bagitau yang eden skang part timer kat Ayamas.. so.. dia pesan kat eden.. kalu rasa nak keje kat archery tuh.. bagitau la dia awal² sebelum dia carik orang lain. Eden pk punya pk.. ntah la. Tak tau la samada eden nak accept tak keje tuh.. mmg keje tuh boring.. tp memandangkan eden pun tak dapat keje lain lagik.. terpikir jugak nak accept keje tuh.. Kalu keje archery tuh jadik coach.. masuk kijer kol 5pm dan balik dalam kol 12am.. so.. kena la amik jadual kat AyAmas hanya sebelah pagi iaitu kol 10am-3pm.. dapat rehat cuma 2jam jerk.. erm... camne la ek.. eden dok tgh pikir lagik skang nih..
ntah.. apa agaknya pendapat korang ek??? Tolong bagik pendapat utk eden ek.
Eden Masih Kalah !
Kelmarin.. dia berkeras untuk pegi walaupun eden tak setuju dan btol² tak bagi dia pegi tp dia langsung tak pedulikan eden.. yang dia tau dia tetap nak pegi kerana pentingkan kerjayanya.. dia langsung tak pentingkan hati eden nih. Yang dia tau dia nak kumpul sebanyak mana harta dan capai impian dia utk dapatkan sebijik keta.. maybe semua yang dia mahu itu bleh menggembirakan dia walaupun dia sanggup ketepikan kebahagiaan lain. Eden halang dia pegi.. sampaikan terjadinya pergaduhan yang mungkin memalukan kedua² belah pihak. Makhluk bernyawa lain semua memandang, melihat dan memerhati sandiwara semasa yang jarang² sekali dapat mereka saksikan secara langsung.
Semalam.. dia btol² pegi. Pegi setelah berlangsungnya satu diskusi yang hangat di hadapan seorang teman yang btol² dapat memberikan pendapat yang bernas kepada kedua² belah pihak. Memberikan nasihat yang berguna setelah kelihatan situasi yang amat mendukacitakan sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Dengan hati yang berat macam lori 10 tan sekalipun, eden terpaksa jugak terima kenyataan ini. Dihalang sekalipun eden takkan mampu lagik. Eden tetap KALAH. Kerana dia tau eden akan menerimanya walaupun apa yang dia lakukan dan eden akan sentiasa memaafkannya.
Keje or Belajo?
Bangun t.hari nih.. eden poie makan. Then terus masuk kampus sbb eden nak gi amik transkrip kat HEP. Kena lak kuarkan duit lagik. Nak plak eden skang nih tengah sengkek. Duit tuh ada tp simpan sbb nak sign-up Streamyx utk umah sewa eden. Kekgi.. kalu dapat masukkan Streamyx tuh.. dapat la eden update blog nih tiap² hari.. tak gitu cik tipah? Leh la lawan cik tipah yang tiap² hari sentiasa dok updatekan blog dia.
Dari HEP.. eden gi fakulti.. gi amik surat pengesahan tamat belajar. Ader la plak dalam 5 keping. Minggu lepas eden gi check kat pejabat fakulti tuh takde lak..
Balik dari kampus, eden terus gi ke SPACE UTM, tukar alamat sbb eden nak slip result eden tuh di hantar ke umah sewa eden nih jerk. Takde la nanti susahkan family eden kat kg lak utk poskan balik pada eden kat sini. Siap semua hal.. eden singgah kat kedai Bundle.. sambar baju t-shirt selai.. warna putih.. Diesel. Saje jerk sbb nak pakai kat dalam jerk utk wat keje.. terus eden balik.
Pasal keje or belajo? eden sendiri tak tau camno.. ramai yang soh eden sambung belajo.. amik degree. Kak rina pun soh eden sambung belajo lagik tp eden rasa penat sangat belajo. 5 tahun eden kat utm.. hampes. Penat sungguh nak belajo kalu eden sendiri tak tau camne nak belajo. Nak keje pun apa la sangat ngan Diploma nih. Btol gak kata Kak Rina.. kalu takde Degree zaman skang nih mmg susah la nak dapatkan keje..
Ntah.. pening la nak pikir. Kalu eden sambung belajo.. sampai bila lak eden nak keje? Kang amik degree karang maunya makan masa 3 tahun lagik kang.. tuh pun kalu lepas.. kalu tak lepas.. kang sia² jerk. Eden bukan tak yakin.. tp rasa cam takde semangat sangat skang utk belajo lagik. Dulu masa tengah amik Dip. pun eden dah hilang semangat dan hampir² nak hentikan pengajian eden tp seb baik ada orang yang bagik dorongan dan semangat utk habiskan jugak walaupun Dip. jerk. Sbb tuh eden cuba habiskan belajo nih.
Eden ingat taknak dah belajo atau sambung degree tp nak amik kursus jerk. Tak kira la kursus apa asalkan ianya menjurus kearah kerjaya yang menjamin masa depan.
Petang nih eden kijer.. masuk kol 7pm dan balik kol 11pm. Bosan tol kalu dapat time closing.. mmg penat dan membosankan. Pe hal pun sabor jerk la yerk Dol...
Lawak Hari Khamis
CALL...
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. . . Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .
" Hello?" "Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke? "
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh ke sayang beli?
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. . ."
" Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk dijual !! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you to . . "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?
First Day at Ayamas
Ujan lebat lak petang nih. Guruh dan kilat sabung menyabung... cheh... ayat skema la plak. Erm..komp member eden rosak.. ntah sbb kilat tuh kot. Tadi.. lepas semayang Jumaat.. mintak tolong member eden guntingkan rambut sbb petang nanti eden nak masuk keje. Aduih.. kena cukur lak janggut yang eden simpan. Dah panjang dah.. cam Osama bin Laden gitu.. yang malangnya.. misai pun kena cukur sekali. Pehhh.. sekali eden tgk muka eden dalam cermin.. maunya gelak sorang2. Lawak lak muka eden yang takde misai ni. Selama nih mana penah eden cukur misai eden sampai licin.. sekadar nipiskan ajer la.. tp kali ni eden cukur abis. Nampak muda remaja gitu.. cam remaja bawah umur lak eden rasakan diri eden skang nih.. tp takpe.. manis still aderrrr...
Eden masuk kijer kol 6 ptg. Memula poie sana.. Restoran Manager bagik eden baju..haha.. dapat baju free la plak.. ntah nanti dia tolak dalam gaji kot.. Kuning maaa.. saiz L lak tuh.. besor tuh tak la sangat.. tp eden nih kurus.. nampak la besor. Dah poie toilet dan salin baju.. eden terus masuk. Memula Manager terangkan satu persatu apa yang ada kat kitchen dan seluruhnya. Pastu dia letak eden kat depan.. soh jadik 'server'. Member baru eden lak.. dua orang laki.. Amy ngan Angah.. pastu sorang gal.. nama dia Dayang tp panggil Baby.. chehh.. dah besor gabak pun nak soh orang panggil baby lagik.. si Amy tuh cakap.. " Seb baik kitorang tak panggil 'babi'.. Haha..
Eden tak tau menda pun pasal menda alah yang ada semuanya kat depan tuh termasuk camne nak sediakan ayam dan segalanya. Seb baik la si Amy tuh jenis yang peramah dan rajin lak ngajor eden satu persatu. haha.. dah mmg tugas dia kena ajor eden sbb dia la paling lama kat situ. Then eden banyak gak bertanya apa yang eden tak tau..
Dah puas eden tanya..rileks jerk la .. sbb tak ramai customer ari nih. Sekali Manager soh gi buang sampah kat belakang lak ngan Angah.. eden ngikut jerk la. Haha.. dapat la lepak sat..bak kata orang Jb.. 'mengulor'...
Keje ari nih penat gak sbb maybe ari nih 1st day eden pastu lak kena tang closing.. mmg penat skit la kejenya.. tp takpe.. eden happy gak keje sbb member2 sumer sporting dan banyak tunjuk ajar.. pastu lak Manager lak kepala giler2.. walaupun tegas time kijer.. tp leh wat gurou gak la. Kalu orang tak kenal dia.. maybe orang akan kata Manager tuh strict giler.. tp sebenarnya Manager tuh kepala mmg jenis giler punya olang la... dah tuh baik lak tu..Siap soh aku rileks dan soh tgk orang lama buat.. haha.. kalu setengah tempat.. ader jugak yang awal2 lagik kena wat semuanya.. kena ragging skit2..
Pehal pun walau kijernya hanya kijer biasa jerk.. tp aku happy..
Closing start kol 9 lagik.. Smuanya setel kol 10.30.. lepak2 sat tunggu kol 11mlm baru blah...
**Lawak Hari Jumaat**
JERUK PELAM
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari
guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu
kesayangan mereka...Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka
beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru
kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada
kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...
selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo
sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak
hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah
cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita
Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya...
Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada
lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si
Anita Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak
tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan
ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau
dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk
pelam tau".
.. Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...
Rezeki Murah
Semalam punya entry kepingin sangat nak carik rezeki.. means carik kijer la. Ari nih punya entry lak eden nak bitau pasal rezeki yang murah. Erm.. mungkin berkat doa dari kawan2 kat sini.. berkat doa family eden jugak yang tak suka eden dok bangun tido tengok tv makan tido bangun tgk tv sepanjang masa.
Toott.. toott.. tepon pinjam eden berbunyi lagu haram jadah menda ntah..
" Helo, tido ke? , Bangun la gi cari kijo ke, nih dok tido jah, ayah takut mung nanti jadik lemah tubuh badan tuh jah sbb kuat sangat tido.. wak tubik peluh skit.. ni dok.. tido sokmo kalu ayah tepon".
"Yo la.. orghe carik doh tp tokleh jugok.. payoh jugok nok carik kijo nih.. Jap lagik orghe gi carik lagik la "
" Ayoh masuk doh duit dalam bank.. skit jah dulu.. takdok duit nih. Tak laku mano jual lo ning musim kemarau...."
Lepas ayah eden letak jerk tepon.. eden terus bangun. Dengan penuh semangat eden rasa cam nak gi carik kijer lak ari nih.. kesian ayah eden sbb dok masukkan duit makan utk eden. Yer la.. nak harapkan saper laie kalu bukan my parents. Kalu la dorang takde.. maunya mati kebulur eden nih. Eden pikir.. apa nak jadik pun jadik la janji eden nak kijer part time dulu sementara sambil2 carik kijer tetap. Lepas eden siap.. terus start motor.. Kemana ek eden nak carik kijer kali nih?
Eden round satu Taman U.. last2 eden rasa cam nak gi mintak kijer kat Destina,Projet. Member eden ader kijer kat situ. Last2 member eden cakap kat situ penuh.. dia soh eden pi ke Taman Tun Aminah.. eden pi lagik kat Projet sana.. tanya kat sana pun penuh jugak..
Kendian eden singgah sat kat Telekom. Tanya pasal Streamyx.. eden ingat nak pasang kat umah eden kat Pulai Utama tuh.. tapi masalahnya kat area umah eden tak dapat lak.. Streamyx tak sampai ke sana laie.. tensen tol eden. Kalu tak eden dah leh online 24 Hours dahh...
Eden blah dari situ.. singgah Skudai Parade.. try ushar jap kijer kat situ. Alih2 eden try pi kat Ayamas. Tanya punya tanya.. dia soh isi nama... tang tuh jugak Area Manager dia interview eden. Pempuan.. lawa lak tuh.. seb baik dah taraf akak.. kalu tak eden nak ngorat dah td.. hahahaha...
Tup..tup.. dapat la plak. Dia cakap nak pakai pekerja sbb outlet baru nak bukak kat Jusco Taman U.. nanti eden kena datang trainning.. tp tarikh start trainning tak di bagitau lagik.. nanti dia akan call bagitau tarikh tuh..
Fuh.. gembira gak eden.. tak sia2 la eden kuar pagi2 lepas kena bebel ngan ayah eden.. dengan penuh semangat lak tuh eden ronda2.. last2 dapat gak kijer walaupun Part time kat Ayamas tuh...
Balik umah.. edeb bitau member2 eden... yeaah... aku bukan penganggur skit masa lagik...
Lawak Hari Rabu ( jgn amik ati )
SYURGA & NERAKA
Suatu masa di tadika kemas di kawasan Memali, Cikgu Liza memberi tugasan supaya murid-muridnya melukis gambar tokoh yang mereka sanjung. Ada murid yang melukis gambar orang lidi berhidung besar, ada yang melukis gambar orang bermisai, dan ada gak yang melukis Ultraman. Tiba-tiba Cikgu Liza mendapati Aiman melukis gambar orang berserban. Cikgu Liza pun bertanya,
"Gambar siapakah itu?"
Aiman menjawab,
"Ini gambar orang PAS yang mati ditembak polis."
Cikgu Liza terus merah muka, al-maklumlah dia baru sahaja mendaftar jadi ahli Puteri Umno. Manalah tau kalau-kalau boleh dapat rumah murah. Cikgu Liza meninggikan suara,
"Orang PAS fanatik! Mereka hanya memperjuangkan kuasa dan kedudukan."
Aiman tidak berapa faham cakap gurunya, al-maklumlah budak sekolah tadika. Tapi, murid itu tidak melawan Cikgu Liza, ia hanya membalas,
"Bila saya jumpa orang ini di syurga nanti saya akan tanya dia."
Cikgu Liza terus tersenyum sinis sambil berkata,
"Bagaimana kalau dia masuk neraka?!!"
Budak itu terdiam sejenak memikirkan hujah gurunya yang amat tinggi itu. Aiman melihat gurunya dengan penuh hormat dan berkata,
"Kalau begitu, cikgu ajelah yang tanya dia nanti."
Kepingin Mencari Rezeki
Paper Utusan Malaysia, 10 Mac 2004 ari tuh ader kuarkan iklan. UTM tawarkan peluang kerja. Banyak gak la kijer yang UTM tawarkan tp baper kerat jerk yang sesuai dengan kelayakan eden nih.. saper soh amik Diploma Sains Komputer.. kan dah susah nak dapat kerja.. kalu dulu eden tau cenggini.. mmg eden amik Engineering la.. tp apsal eden tak tau ek.. maybe sbb takde saper nak bagitau atau eden sendiri yang tak reti2 nak amik tau.. haha.. skang saper padan muka?? Eden jugak la yang padan muka. Kuargh kuargh kuargh..
Hari nih eden terus pi HEP, UTM. Tengahari ni panas siot.. naik motor rasa cam nak terbakar kulit lengan eden nih. Panjat tangga HEP sampai tingkat 4.. penat lagik. Terus eden pi ke Unit Pengurusan Sumber Manusia. Mintak borang kat dalam tuh.. sekali eden mintak dua sekaligus.. backup takut salah tulis borang nanti. Seb baik brother kaunter tuh tak banyak tanya sbb sebelum eden mintak.. ader dah pempuan mintak. Eden tgk dia bagi ngan senyum simpul jerk.. sbb tuh eden mintak jugak sekeping lagik.
Eden isi borang tuh kat umah.. Eden nak mintak jadik Pembantu Pegawai Sistem Maklumat. Choice lain lak eden letak Juruteknik Komputer dan jugak Juruteknik.. pastu last choice eden letak Penyelia Asrama... haha.. amenda ntah. Eden main letak jerk janji dapat kijer.
Thanx to all
Thanx pd semua 'teman-teman' yang sudi berkunjung ke mari setelah jurnal eden ini di rasmikan. Korang lambat masuk skit jerk.. kuih muih sumer dah tinggal baki.. jamah la apa yang patut.. ader skit lagik kuih yang eden lom buatkan... kat bahagian tuh nanti korang tunggu la yerk.. dan pakai jamah skit sorang kuih tuh.. Nama kuih tuh 'Kuih Buku Tamu'. Rasanya silap la korang kalu korang tak jamah kuih yang eden hidangkan kalu dah bertandang ke mari.. taknak jamah banyak.. jamah skit pun jadik la... Ok.. kalu tak sedap jangan lak korang bising.. sbb ia free jerk.. Kang eden sekeh lak kang kalu bising2..
Wokies.. eden stop dulu.. kalu kesampaian la.. jurnal kali ni eden nak sertakan sedikit 'pencuci mulut' bagi setiap entry.. biar bila korang blah dari jurnal eden nih dengan sengih2 ala kambing tak mandi siang malam.. jamah la yerk 'pencuci mulut' kat bawah tuh.. jangan memalu taik kucing betina lak..
Lawak Hari Senin
Kisah Soh Chin Aun & R. Arumugam
Cerita ini berlaku masa tahun 70-an, masa tu Malaysia tengah hebat dengan bolasepak.
Soh Chin Aun & Arumugam turut serta pergi ke Jepun kerana ada jemputan pertandingan club-club asia.
Malaysia adalah salah satu pasukan yang bertanding.
Bila tiba waktu breakfast, mereka ni nak makan telur. Tapi masalah tak boleh nak berkomunikasi.
Oleh kerana dah habis ikhtiar, Soh Chin Aun dapat idea.
Dia panggil waiter masuk ke toilet, buka seluar dan tunjuk telurnya. Hait!!...jepun tu cakap.
Arumugam pun buat benda yang sama, tunjuk telurnya.
Bila breakfast sampai, Arumugam pun mula makan. Tiba-tiba dia merungut. "Shit!!, why the egg is so salty".
Oleh kerana dah bising satu restoren, maka Manager pun datang dengan Waiter tadi.
Tanya punya tanya, dan Manager pun explain balik pada Arumugam.
Translationnya lebih kurang begini :-
"Tadi awak tunjuk telur hitam, so dapatlah telur masin".
Start My Long Journey Here
Dengan lafaz BismillahirrahmannirRAHIM.....
Maka dengan ini mengikut titah perintah duli yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong.. eden iaitu DOL dengan berbesar hati untuk merasmikan jurnal eden nih setelah baru berpindah dari yang lama iaitu Mind is Mine di Upsaid yang bengong dan cekik darah itu yang mana mengalahkan seekor drakula seperti Bush dan Tony Blair..
Upsaid punya pasal wat hal.. terpaksa eden mintak tolong member eden si Zhoulsz untuk buatkan layout yang cantik dan lawa cam skang nih utk eden.. haha.. bukan ajer dia buatkan layout.. tapi semua sekali dia buat.. tinggal hanya eden tukang masukkan entry jerk.. maklum la. eden nih buta IT... eden masuk U bukan amik cos IT.. sbb tuh la eden buta IT.. eden masuk U amik cos Sc Computer... kalu sebut pasal science.. kita tau kalu sekolah menengah dulu belaja tang kimia.. kalu science libatkan biologi.. kira cam kena bedah2 katak.. so.. skang masuk U lak.. eden belajo Computer Science... so.. banyak tau pasal bedah2 komputer jerk.. ngan campur2kan bahan kimia dalam komputer.. so.. maka jadik la komputer eden se power yang mungkin.. dengan terkangkangnya pc tuh.. dengan pelbagai jenis makhluk halus ada dalam tuh.. termasuk la kuman dan hama yang btol2 halus tak nampak dek pandangan mata... Oleh itu tanpa segan silu dan sudu garpu.. eden berbesar hati utk mengucapkan berbanyak time kasih kepada kawan baik eden.. tanpa dia jurnal ni tak wujud.. tanpa eden jugak.. entry yang bosan cam gini takkan ada.. dan tanpa cc yang bodoh bangang nih.. eden takkan dapat online ngan jiwa yang tenang sbb cc nih jerk takde orang main games yang bising dan memekak nak mampos cam cc cinerrrr. Eden jugak mewakili Yang Di Pertuan Agong dengan tidak rasmi langsung menganugerahkan kepada si Zhoulsz ini anugerah pereka layout terbaik yang murah hati merekakan layout utk beberapa blogger di tanah air udara dan api yang tercinta ini... Di harap beliau meneruskan usaha murninya kerana usaha murni itu akan di kenang sampai beliau tiada kelak..
Argh.. menda la eden melalut nih.. wokies.. kepada korang yang sudi berkunjung kemari tuh.. eden sekali lagik berbesar hati ( besor ke ati eden nih? ) untuk mengucapkan berbanyak time kasih. Tanpa korang siapalah korang.. dan eden adalah tetap eden walaupun tanpa korang.. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah... Assalamualaikum wbt... ( pastu bunyi muzik pengumuman Raya, deng deng dengggg....).
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
Blog Archive
-
▼
2004
(108)
-
▼
Apr
(7)
- Capaikan ImpianMu 29hb April 2004... umah sewa Pu...
- Staff Meeting Semalam ada staff meeting.. Area Ma...
- Eden Masih Kalah ! Kelmarin.. dia berkeras untuk ...
- First Day at Ayamas Ujan lebat lak petang nih. Gu...
- Rezeki Murah Semalam punya entry kepingin sangat ...
- Kepingin Mencari Rezeki Paper Utusan Malaysia, 10...
- Start My Long Journey Here Dengan lafaz Bismillah...
-
▼
Apr
(7)
My Blog List
-
72 RANCANGAN B3 weeks ago
-
my promise to try..6 years ago
-
Artis baharu popular7 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan9 years ago
-
-
Azam Eden.11 years ago
-
muhdrushdi11 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama12 years ago
-
Money as grow12 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture12 years ago
-
-
My Album13 years ago
-
Rindu...14 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-