Monday, January 30, 2012

KARA ADAM MADE IN ULUDAG

30HB JANUARI 2012 - ISNIN


Jika Yong MOH KEMBARA kita ada pelbagai version of KARA ADAM & KARA HANIM.. Me, dengan bangganya ingin menampilkan our KARA ADAM lak.. Tapi ni le satu-satunya version yang ada pun..


Ta daaaaaaaaaaaaaaa......!!!!!


Yong Parit with KARA ADAM


Hensem tak..?? hensem kan.. Siap Mancung lagi hidungnya. Kalah Ahmad Nispu..hehehe. Ni la our KARA ADAM de ULUDAG. Jangan memain, mata kening etc yang berwarna tu semua gula-gula.. Sanggup tak makan, demi menghensemkan our KARA ADAM.. Sekali pandang macam cot bai off pun ada gak.. hehehehe.


KARA ADAM ni version kawan teman Yong Parit, Yong Kuale & Yong Kampung Pandan. Teman supervisor je.. Di kala yong-yong bertiga ni bertungkus lumus membuat KARA ADAM ni, teman idak le duduk diam je. Bertungkus lumus gak.. Bertungkus lumus mencari tenaga nak bangun sebab asyik tergolek dok je main ski. Mainnya tak tera mana pun, jatuh yang lebih.. heeehehe..


Gaya Mau Lebih... Heheheehe..


Tujuan sebonarnya jugak N3 kali ni, untuk memperkenalkan teman kite ni kat Yong Moh Kembara. SeParit.. dia orang ni. Tapi jumpanya di dalam blog.. Selamat Berkenalan...



Turkey picture
Tempat Jatuh Lagi Di Kenang
- Ulugad Mountain -

Sunday, January 29, 2012

TURKEY HOS GELDINIZ... EGLENEBILIR ALONG...!!!

28HB JANUARI 2012 -SABTU


Lama betul Ayg tak menulis sebarang N3 dalam blog ni. Ala-ala idup tak mau, mati segan gitu. Entahlah sejak mak masuk spital operation Nov lepas, Ayg dah macam tak berapa sangat nak nulis dalam blog ni.

Hari ni Ayg kuatkan semangat untuk menulis khas buat salah satu "nyawaku" yang jauh diperantauan dan mungkin disaat Ayg publish N3 ni, dia dah pun berapa ditempat yang nak dituju..


Mak Ayg Pegang Bendera ni Khas untuk Welcome Along je..
Time Ni Sejuk Tahap Gaban.. Demi gambo.. Sanggup Je.. :-)



"TURKEYI HOS GELDINIZ...... EGLENEBILIR ALONG...!!!"


Hahahaha... sapa tau makna ayat di atas.. ce teka ce teka.. (hope betul la hendaknya ayat tu). Saja je nak test power kecek bahasa turkey cikit. Cikit tu je yang tau pun.. ;-)

Along, walaupun mak ayg dah travel hampir separuh tempat-tempat menarik di Turkey, seikhlas hati, i tetap jelezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz gitu ngan u.. Jelez la.. Mak Ayg tak sampai lagi PAMUKALE. Takat naik bas dia je.. Mu jangan lupa pukul gambau banyak-banyak eeh.. Dapat tengok gambar je pun jadi la kan kan kan..

If hari tu Mesir tak bergolak, Along dah sampai ke Jordan & Syria.. menjelajah sambil melihat keindahan alam ciptaan Illahi. Kira lengkaplah 3 negarakan. Tapi nak buat cam na tak lepas.. If dah bukan rezeki kita, tiket dah beli pun leh tak sampai gak..

Bercerita tentang Turkey. Aku suka sangat tempat ni. Cuaca, pemandangan cun habis. I like.. Tetiba rasa teringin nak makan sandwish ikan yang dijual dari dalam bot tepi jeti tu.. Sedappp.....!!!!!


Bot Jual Sandwish Ikan


Apa-apa pun semoga anak buah ku ni enjoy dalam perjalanan pertamanya melancong bersama kekawan. Enjoy sepuasnya coz pas ni kena pulun sehabis-habisnya untuk final exam 3 year. Kejap je masa berjalan, dah tahun 3.

Oppss.. lupa lak.. jangan lupa tunggu kedatangan ku jugak.. hehehehe...


**** Ayat kat atas tu maksud dia "Selamat Datang ke Turkey & Enjoy yourself Along..!!!

Thursday, December 15, 2011

MALTESER DESSERT KU OVER THE MANIS..

3HB DISEMBER 2011 - SABTU


Ahli rombongan cik kiah mandi manda kolam renang semuanya kelaparan. Selalu pas mandi manda ni kan ku bawa dia orang terjah McD. Tapi kali ni tukau sikit aktiviti. Ke Giant je. McD ritu, membazir je. "Selamat" RM100 tapi dia orang tak makan sangat pun.


Kat giant ni dia orang leh ambik apa saja nak di makan dengan limit rm/head yang telah ku tetapkan. Dalam masa yang sama ku pun mencari-cari biskut yang diperlukan untuk mencuba dessert terbaru.




MALTESER SQUARE DESSERT


Akhirnya ku temui. Mahal gak cost bahan-bahannya. Tambah-tambah Ayg ni suka sesangat bubuh extra-extra.




COKLAT PUTIH NI MENAMBAHKAN LAGI

TAHAP KEMANISAN


Balik berkobar2 buat. Jadi le dessertnya cuma terlebih manis. Resepi dah tulis kurangkan golden syrup tapi masa nak tuangkan bahan ni, tangan ku terbelaga ngan anak buah, tumpahannya agak le banyak.

Bila dah siap, rasa... emmmm.... sedap dessert ni.. I like & anak-anak buah, abang & my father teramat le suka. Cuma untuk kali ni masakkan ku over la the manis. Sapa makan pun akan cakap gitu kecuali my father. Sapa makan banyak leh dapat kencing manis. So, berhati-hati le ngan golden syrup tu if sesapa nak cuba next time.




TAK TAU LAGI KEMANISANNYA TAHAP GABAN

MASA NI..


Ikut ati dah tak berapa rasa nak buat dah bende ni tapi bila abah cakap abah suka sangat, terasa tak sabau-sabau nak buat lagi lak. Hehehehe.. Abah memang suka sesangat coklat, me me me pun gitu gak..

KEK CAROT TERHANGGUS SUDAH..

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS


Entah nape hari ni dok kat opis ni, tetiba terasa nak buat le sesangat kek karot. Cara mudah. Me pun turun le jumpa sifu ku kak Peroz. After ceduk simple resepi dalam internet. Makin berkobar-kobar perasaan nak buat tu. Cam tu la biasanya bila dah terlebih bersemangat. Simple je. Kek mat salleh.


Way back, singgah le beli carrot kat pasar malam Bandar Tun Razak. Bila nak cepat & tengok orang kita lak yang jual, Ayang pun terus je beli dalam 7 batang gitu. Bila di timbang, ada le dalam 200g lagi nak sampai 1kg. Jarang le bila membeli, Ayg nak tengok timbangan tu. Tapi kali ni leh terpandang lak. Makcik tu dengan lajunya cakap Rm4.00. Ayg pun kuar kan je duit tapi tetiba terpikir lak berapa eek sekilo carrot ni.




Bancuhan yang telah siap
Masa ni tak tau lagi nasib kek ni cam na..


Maka bertanyalah akan Ayg ni kepada Si makcik yang menjual. Dengan selambanya makcik tu cakap rm4/kg. Ayg pun sambil nak ambik duit dalam wallet terkuar le cakap, tapi tu tak sampai pun sekilo. Mokcik tu dengan tanpa rasa apa-apa terus je cakap "Ala sikit lagi je nak sekilo".


Ayg diam.. cuma dalam hati tetap berkata-kata.. "tetap dikira tak cukup kadar timbangannya" Sedih gak bila tengok orang kita ni ambil mudah bab-bab timbangan ni. Tapi rasanya makcik tu malu alah kot, dia masukkan le lagi sebatang. Baru le menunjukkan dekat-dekat nak cecah 1kg.



Sesampai umah, berkobar2 le buat, di bantu oleh anak-anak buah. Hari hujan lak tu. Sure best makan panas-panas. Tapi bila sampai time nak bakar, my sis tuan umah suruh Ayg guna oven baru & kecik sikit coz oven besau nak digunakan untuk membakar muffin 1000 biji. Ada orang tempah untuk majlis kawin.


Oven baru ni tak le pernah lak digunakan oleh my sis. So hasilnya.. gini....




Dah nak sama warna kulit tuan yang membuat je..

cedih tau..


Dah le Ayang terlebih cerdik boh dalam bekas tak berapa nak cukup besau, jadi kek ni agak tebal le. Luar dah rentung, dalam tak masak-masak. Adik Ayang siap gelak macam nak rak tengok kek ni. Kerajinan nak membuat topping pun tetiba pudar je..




Gara-gara tak tau nak adjust tahap kepanasan..

My sis siap rasa bersalah lak atas kejadian. Ni le gara-gara oven tak pernah pakai. Bila dihidangankan licin gak. Rasa sedang-sedang elok. Lembut & moist gitu. Setakat yang makan semua suka. Luar je over the garing sikit, dalam ok je.


Ku tetap "berbangga" sebab pasti tak de orang berjaya buat kek "secomei" ku ini... :-(

Monday, December 12, 2011

12 DEC 2011.. (+ )SINI ( - )SANA

12 Disember 2011 - ISNIN


YESRTERDAY is HISTORY...

TOMMORROW is a MYSTERY..

TODAY is a GIFT...

THAT'S WHY IT'S CALLED THE PRESENT..







Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

27HB NOVEMBER 2011 - 1 MUHARRAM


Moga musim tengkujuh ini berlalu dengan seribu satu kenangan dan membawa musim baru bersama sinar dalam hidup ku..

Hijrah Ayang.. Hijrah menjadi lebih baik dari masa lalu...


ALLAH KAN ADA....

26HB NOVEMBER 2011 - SABTU



aku tetap TERTAWA walau aku sbenarnya ingin MENANGIS..
aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..
aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi..
aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
dan yang terpenting aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA..

sebab apa ? sebab aku selalu ingatkan diri aku "ALLAH KAN ADA" :') senyum ikhlas kembali...