Wednesday, August 25, 2010

KUIH SAGU

25HB OGOS 2010 - RABU (15 RAMADHAN)



1st 1st sekali aku nak wish happy birthday to my eldest sister..



"Happy birthday to u.. Happy birthday to u.. Happy birthday to Along Fatimah.. Happy birthday to u.... Moga tahun ni dapat mengerjakan fardhu haji lagi, moga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, murah rezeki and yang penting moga cepat bertemu jodoh and maintain cun... Amin..."



2nd ly to all WANITA diserata pelusuk dunia.. Tak kira mana pun korang berada, SELAMAT HARI WANITA..




K, now masuk bab tajuk N3 ni. Kuih sagu. Aku pun tak tau la apa pasal. Rasa nak buat kuih ni tetiba. Balik keje lewat la today around 8pm. Singgah kedai beli la kelapa parut. Siap mintak sebiji tu. Nak yang putih je. Bila orang tu tengah mesin baru la nak tanya sagu.. Emm.. ambik ngko, sagu yang tinggal sepeket je (150g = RM0.50) kelapa yang aku beli, punya la banyak.. Sekali pikir, ni kueh sagu bersalut kelapa ke atau kuih kelapa bersalut sagu yang akan jadi ni.. Hahahaha..



Dah belikan kepala tu, tak kan nak cancel kot. Niat ati tu buat & dengan penuh confident kuih tu akan jadi, nak le diberi rasa pada makcik istana kayangan and orang-orang yang sewaktu dengannya. Tapi dah ciput sangat sagunya.. so, nampaknya kena testing je la dulu...





Pendekkan citer, balik tu berkobar-kobar la eden ni membuatnya. Ingat ke kojap je nak dikacau sagu ni. Naik lenguh le jugak tangan jadinya. Lagi tak leh tahan, peruik punya le besau, sagunya cikit je.. Dah itu je peruik yang ada.. Periuk tu memang khas untuk masak kuih muih. Lauk pauk tak campur. Kang berbau semacam lak..







Setelah penat mengacau sagu ni.. Maka hasilnya adalah seperti gambau di atas tu ha.. Aku cuba gak le rasa sikit.. eemm.. manis semua cukup. Cam best je.. perasaan la pulak.. hehehehe.. Apa-apa pun kena le tunggu keras dulu. Esok leh le buat juadah berbuka...




Konklusi, rasa semua dah sedap cuma lembik le cikit. Ni semua gara-gara aku tak dongau cakap my sis. Aku keep tambah air walaupun nisbah 1:3 yang diberikan telah habis digunakan. Aku main tambah kok atas cam tu je. So akibatnya, terhasillah sagu lembik.. Ala.. lembik cikit je.. apa yang penting.. Tetap Seeeeddddddaaaaaaaapppppppppppppp....



DOA HARI 15


Ya Allah..!! Berilah aku rezki berupa ketaatan orang-orang yang khussyu' dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan Mu, wahai keamanan untuk orang-orang yang takut.

POPIAH GORENG ESAH NUR NAIM

23HB OGOS 2010 - ISNIN (13 RAMADHAN)


Sejak-sejak ramdhan ni, aku suka sesangat memasak kuih muih. Entah nape tetiba je jadi syok semacam je nak masak. Minat datang tetiba. Berkat ramdhan kot... hehehehe..

Semalam aku dah beli bahan-bahan nak buat popiah. Ikut resepi si Naim & Esah and modified sikit by me. Dari sini le timbulnya nama "POPIAH GORENG ESAH NUR NAIM".. hehehehe..




Very la the simplenya nak buat popiah ni. Ikut sejarah tahun-tahun yang lalu, tiap-tiap hari aku akan berbuka ngan 2 ketul popiah basah but tahun ni rasa cam tak le berminat le sangat nak melangkah ke pasau ramadhan.. So, masak le sendiri jadinya.. Lagi sedap.. Hahahah.. Tak sedap pun kena le gak telan..




Setelah inti siap di masak.. di biarkan le sejuk dulu sebelum mengbungkusnya. Maka tangkap kul 2.30 pagi le baru aku siap membungkus semua 28 biji popiah tu. Kalau ikut jual kat kedai mau dapat 80 biji ngan inti yang aku buat tu. Tapi dah aku boh over-over awal-awalnya, maka yang last-last tu terpaksa la di catu.. Untung ooo sapa dapat yang 1st-1st tu.. isi banyak.. hehehe..




Saja buat banyak cikit..Dapat le makcik Istana Kayangan dan Pakcik Balakong rasa popiah aku ni.. Nasib le kan.. sedap ke tidak.. kena makan gak.. hahahahaha....




Komen dari orang-orang yang makan popiah aku ni :

Nor - Sedap. Cukup rasa. Boleh buat lagi

Makcik Istana Kayang - Ok, boleh jadi isteri mana2 mamat melaka da.. (aku je tau y minah ni cakap cam ni.. hehehehe.. Hampeh betul.. Ke situ lak..)

Pakcik Balakong - Boleh jual kat pasar ramadhan tahun depan. Dia sure order punya..


Semacam je komen-komen dia orang ni kan kan kan... tak kisah lah janji aku rasa bolehhhhhhhhh laaaaaaa tahan... hahahahaha...


Doa Hari 13

Ya Allah..!! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan dan berilah kemampuan kepada ku untuk bertaqwa dan bergaul degan orang-orang yang baik dengan bantuan Mu, wahai dambaan orang-orang miskin...

Durian Oh Durian

22HB OGOS 2010 - AHAD (12 RAMADHAN)


Hari ni cuti tapi kena keje. Ada tender nak kena isi. Tension tul. Habis program aku nak gi cari barang for my mom. Actually, aku tak le kisah sangat kena keje on Sunday ni but bila aku dah plan something tetiba je terpaksa cancel, rasa tak le berapa nak happy sangat. Dah le minggu ni je aku ada time free untuk gi cari barang. Minggu-minggu sebelum & selepas ni, terpaksa balik kampung atas urusan yang perlu disettlekan sesegera mungkin..


Malam tengah aku dok siap-siap nak ke down town, tetiba dapat phone call. Suruh aku standby in 15 min. Aku pun siap & turun le ke bawah. Pesal lak tetiba ni.. Pelik gak. Rupa-rupanya my freind ni datang nak bagi aku buah durian... hehehehe.. Bestnya...






Agak besau buah ni (tapi dalam gambar ni nampak kecik la pulak). Kawan kepada kawan aku si HanTwo ni yang bagi. Siap berikat getah hujung dia. Ingat ke buah tu dah terbukak, rupanya utk tanda buah yang paling sedap..







Aku pun makan le ngan si Esah & Ebab (Housemate aku). Bila bukak tengok isi dia punya la kuning. Fuhh.. yum.. yum.. yum.. Cantik betul buah ni.. Cam orang kata la, Cantik di luar, cantik gak di dalam.. Memang best. Cuba bayangkan, sebiji ni je.. 3 orang makan pun payah nak habiskan. Mana tak nya, ulas dah le besau-besau.. Biji dia kecik je & penyet-penyet. Jenuh nak paksa diri habiskan...


Akhirnya, kita orang 3 orang dah tak leh nak makan benda lain. Kekonyangan makan durian ni.. sampai sendawa pun bau doriannnnnn......


To my dear freind HanTwo,
"Thank u ddaun keladi... Next time hantar lagi eeh... "


Doa Hari 12
Ya Allah..!! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang-orang yang takut.





BERBUKA BERSAMA "CENCOROT-CENCOROTKU.."

19HB OGOS 2010 - KHAMIS 2010 (9 RAMADHAN)


Ada keje ke tak de keje ke.. aku kena balik awal gak today. Sharp sharp kata orang.. Jauh nak gi today takut jalan jam. And sesungguhnya memang jam pun. Aku terlewat bertolak gak. Kul 5pm baru nak kuar opis. So, sampai Tol Duta... Ni le gayanya.... :-(


Beribu kete. Naik tak tau lane mana dah. Nasib la aku ni ada touch & go, lepas cepart le sikit dr kawasan tol ni. Aku nak ke Shah Alam. Dah janji ngan cencorot-cencorot aku (Aiman, Ammar & Widad) tu nak berbuka & bermalam di sana. Ni semua gara-gara 2 hari lepas aku gi sana tapi tak tido.

Sepanjang jalan aku berdoa moga sempat la sampai sebelum berbuka. Bukan apa kesian lak kat dia orang dok tunggu aku. nak berbuka bersama.

Sempat la sampai akhirnya. Yang tak leh tahan tengok gelagat si BULAT JUNIOR @ BJ (mak dia dulu kita orang panggil Bulat & now nak lak yang bulat so.. Bulat Junior la kan..). Minah ni memang tak leh tengok makanan. Dia keje nak makan je. Semua bende dia sedap. Kat meja makan yang bestnya, dia tak akan berbuka awal, tunggu sama-sama ngan orang yang puasa.

Pas Isyak aku bawak gi McD. Saja suka-suka. Dia orang leh le makan ais krim & main-main kat Playland tu. Happy giler.. Siap cakap.. "Mak Yang nanti nak datang lagi macam ni eeh..."




Sampai umah dah dekat kul 11.50pm.. Ingat ke dia orang ngantuk.. Emm.. tak rupanya. Sambung tengok citer Abang Lan (Senario The Movie). Minum susu & tido with me. Tu yang dia orang nak. Si Ammar tu memang manja gile.




Bukan main segar lagi si BJ ni. Sibuk nak tido atas lengan. Pandai berlakon minah ni. Ambik je kamera, cam-cam gaya dia akan buat.. Last-last sekali aku yang hanyut cam tu je... Letih giler...

Doa Hari 9

Ya Allah..!! Sediakanlah untuk ku sebahagian dari rahmat Mu yang luas dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran Mu yang terang dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang-orang yang rindu...

Wednesday, August 18, 2010

LETIH SESANGAT

18HB OGOS 2010 - RABU (8 RAMADHAN)


Terover letih hari ni.. Letih yang teramat. Teramat-amat. Mungkin load keje yang teramat le banyak & memerlukan otak untuk berfikir dalam menyelesaikan segala final account yang ada lately ni. Pas berbuka ngan kurma and sembahyang maghrib. Terus drive balik umah. Jam 8.45pm sampai umah.

Akibat terlalu letih, aku terus boooooooooooommmmmmmmmmm ngan baju keje tu je.. Lena di ulit mimpi. Emm... tapi macam kebiasaannya, if aku belum sembahyak isyak, maka aku akan ada rasa satu perasaan kuraang tenteram sikit nak tido se nyeyak-nyeyaknya..

Kul 11.45pm, bangun - mandi - sembahyang & booooooooooooooooommmmmmmmmmm sambung tido sampai le ke subuhnya pulak......


Doa Hari 8

Ya Allah..!! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang-orang mulia dengan kemulian Mu, wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap...

BUAH MELAKA, KASUI PANDAN & KARIPAP BONDA

15HB OGOS 2010 - AHAD (5 RAMADHAN)


Sebelum aku memulakan kelas masakan hari ni, aku ingin menyanyikan lagu...

"Happy birhday to you.. Happy birthday to Tina.. Happy birthday to you..."

Dengan ucapan,

" Semoga mendapat 5A dalam UPSR yang akan datang.. Kalau tak dapat 5A, kita kasi kawin sama dia... hahahahaha...."



Now, dah sampai time memasak. Kita akan belajar masak 3 jenis kuih ya untuk hari ni. Kuih pertama diberi nama Kasui Pandan. Idea nak masak kuih ni hari ni datang tetiba je setelah my dear freind, pakcik Han232 tanya resepi & cara-cara memasak kuih ni.

Memandangkan aku ni tak pernah masak, so, bagi memudahkan keadaan my mom pun buka la kelas masakan untuk aku. Bior clean & clear aku tengok cara-caranya live & tak yah le aku dok tanya-tanya lagi... hehehehe..

Maka bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti berikut.. Just follow the gambar, pasti jadilah kasui anda nanti....






Mengikut my mom, dia lebih suka kacau sendiri sehingga sebati. Tapi aku masukkan dalam blende coz nak cepat. My niece nak balik asrama jap lagi. Kang tak sempat keras lak kalau nak tunggu aku kacau sampai sebati..




Sedap le sesangat jadinya kuih ni.. Tak keras & tak lembik. Sedang-sedang elok je.. Tak sangka so simple nak buat kuih ni. I will try kat KL nanti. Emmm.. tapi nak kukus pakai apa eek.. Pengukus pun tak da... :-(


Our 2nd resepi hari ni adalah karipap. Ni request from my father. Favourite dia. My mom masak inti dia punya la banyak. U know y? Emmm... Cam biasa dia nak export ke KL. Kan aku nak balik malam ni, apa lagi.. tak sah kalau my mom ni tak bekalkan something untuk anak-anak dia yang tak balik tu..





Yang bestnya, dalam kelam kabut nak kejar masa nak siapkan masakan lauk & kuih muih, my mom masih lagi layan karenah aku nak angkat gambar semua bahan-bahan yang disediakan. Ni je cara mudah aku nak ingat bahan-bahan tanpa menulis. Ada teknologi kita guna la kan... Malas menulis pun ya gak.. heheheheeh...





Ni le hasilnya.. sekuali besau. Macam nak buat kenduri lak jadinya. Jam dah tunjuk kul 6.50pm. Nampaknya tak sempat la nak buat karipap. Doh tak buat lagi. Cedih gak. Tapi demi my father, aku nak gak buat. So my mom sediakan bahan, aku ulikan je...



Akhirnya, jam 7.15pm siap la mengoreng 30 biji karipap. But buat kelam kabut cikit kan, so kulit dia tu jadi tebal le sikit. If my mom, dia kan buat really, really nipis je kulit karipap tu...




3rd kuih dikenali sebagai buah melaka aka onde-onde (orang melaka panggil).. Pelik eeh.. orang melaka tak lak panggil buah melaka.. Orang luar lak ya dok boh nama melaka...




Kuih ni aku buat sambil-sambil tunggu kasui masak & sambil sediakan bahan buat inti karipap tu. My mom nak gak buat kuih ni sebab nak bekalkan kat si Uda untuk bawak balik asrama. So, aku pun bancuhkan lah. Uda tolong buat separuh & aku siapkan yang selebihnya.

Cam biasa, umah aku akan berbuka ngan kuih muih. Kita orang jarang makan nasi waktu berbuka. Nasi selalunya pas terawih kepada sesapa yang nak makan or sahur je nanti.





Hidangan berbuka hari ni. Macam-macam ada.. Buah melaka, karipap, kasui pandan & ada satu lagi... kuih seri muka. Tak termaksuk lak dalam gambau.. Sian dia.. di anak tirikan.. hahahaha....

Doa Hari 5

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan dan jadikanlah aku sebagai hamba Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya Mu yang dekat disisi Mu dengan kelembutan Mu wahai dzat yang maha pengasih di antara semua pengasih...


BALIK KAMPUNG

14HB OGOS 2010 - SABTU (4 RAMADHAN)

Jam kul 3.00pm, aku masih di opis. Banyak keje nak disiapkan.. Tetiba handphone aku berdering. My youngest brother call. Just arrived from Labuan & decide nak balik Taiping terus. Apa lagi, aku ni tergedik-gedik la nak ikut. Nak berbuka ngan mak and abah tercinta.

Maka, balik lah i & my brother tu ke Taiping menaiki kereta dia. Bertolak kurang lebih kul 5pm. Esok aku akan balik ke KL semula menaiki bas yang tak tau lagi kul berapa. Tiket tak beli lagi. Takutnya tiket tak de.. memang mati le nak menjawap ngan bos. Isnin aku ada submission..

Sepanjang jalan, my brother ni citer la itu ini begitu begini. Lebih kepada bab-bab agama. Alhamdullillah.. banyak betul perubahan pada dia. Sepanjang jalan tu dia pasang surah-surah dari AL-Quran dan dia boleh ikut dengan lancarnya. Emm... bertuah sapa dapat kawin ngan dia. Really matured..

Tiba di Taiping kul 8.00pm. Hujan sepanjang jalan. Berbuka, sembahyang maghrib & terus gi terawih. Semua sekali gi.. mak, kak lah, abang ishak, aku, aus and my 4 anak buah.. uda alia, uda waie, akim & abang afiq.

Doa Hari -4

Ya Allah..!!! Berikanlah kekuatan kepada ku untuk menegak perintah-perintahMu. dan berlah aku manisnya berzikir mengingati Mu. Berilah aku kekutan untuk menunaikan syukur kepada Mu dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan Mu dan perlindungan Mu wahai zat yang maha melihat.

SIAKAP "STEAM" ISTANA KAYANGAN

13HB OGOS 2010 - JUMAAT (3 RAMADHAN)


Sharp kul 4.30pm aku dah cabut (bulan posa je time balik kul 4.30pm). Bos pun terkezut.. siap tengok jam lagi.. hehehehe...

Actually, aku ada jemputan berbuka puasa ari ni. Sapa yang jemput..??? Emm... sapa lagi.. makcik Limah istana kayangan tu... tak kenal..!! Alaaaaaaaaaa... minah yang selalu jadi hos & model untuk aktiviti Jalan-jalan Cari Makan aku tu.. Emm.. kenal pun.. hahahhahaa....

Masuk je pintu depan umah dia.. Fuhhhhhhhhhhhhh...!!!!! bau sambal belacan semerbak. Kecur air liur jap dibuatnya..

Aku ni ingat gi sana boleh makan je terus, rupanya kena masak. Tensi.. Tensi... Makcik ini kalau tak dera aku memang tak sah. So, apa lagi.. potong memotong dimulakan. Bawang besar, bawang putih, halia tua muda, carrot, cendawan and cili padi aka cabai melaka (nama glamour dibelah utara.. )





Yang tak boleh tahan makcik ni, dah la suruh aku potong memotong, siap dok tunggu tengok lagi. Aku lagi la gabra jadinya. Pisau potong ayam yang aku guna nak potong bawang pun.. tak lut..(actually, pisau tu memang tumpul giler pun.. hehehehe..) Tu baru minah ni yang tengok.. Cuba bayangkan... mak mertua yang dok tengok, mau pengsan aku kat situ keras.. huahahahaha...






Makcik Limah ni suruh aku buat itu ini... saja je.. Tapi aku tau niat dia baik.. nak bagi aku ni pandai masak sikit. Ni tau makan je aku ni.. Masak memang out. :-(






Masuk maghrib, berbuka with kurma & solat. Then, baru kita orang mula memasak. Kejap je rupanya masak lauk ni. Senang sangat, campak itu ini.. Maka hasilnya......



Ni lak, gulai tempoyak udang makcik Limah masak. 1st time aku rasa.. Emm.. sedap rupanya gulai tempoyak ni...


Hidangan tambahan untuk menambahkan selera.. Tu la sambal belacan yang semerbak harum tu.. Aku siap tapau bawak balik lagi sambal tu...



Mati-mati aku ingat selama hari ni.. minah ni steam ikan tu, rupanya cam tu je cara dia masak. Sedap sangat.. Kenyang sampai ke pagi. Sahur pun tak leh nak masuk apa-apa lagi dah...

To Makcik Limah :

"TQ for the food, TQ yam leaf eeh... hahahahaha... "

Thursday, August 12, 2010

AMAZING PICTURE... AWESOME..!!!!!

13HB OGOS 2010 - JUMAAT (3 RAMADHAN)



Moga kita dan pasangan kita akan sentiasa romantik cam pingu ni hingga ke akhir hayat...






Anak-anak adalah tanggungjawap kita...







Manja je kan.. Bestnya kalau dapat tangkap gambar cam ni gak.. Emm.. tambah-tambah ngan ikan dolphin or paus kesukaan aku....



Teka bunga apa ni..?? Cantikkan...!!! "Bunga" rama-rama.. Kalau dapat tengok real lagi best.. Ist tengok ingat bunga tadi...






Emm.. ni my favourite.....

Terus tersenyum... Senyumlah... Hidup kita pasti ceria....
Senyum itu satu sedekah...





Kesimpulan yang dapat kita lihat dari semua gambar-gambar di atas adalah hanya satu... BESARNYA KUASA ILLAHI....



Tak lupa gak to my anak sedara pompuan terkecik setakat ni...
"Happy birthday to u.. happy birthday to u.. Happy birthday to Alessya..
Happy birthday to u..."



Today genap setahun si Syifa' Alessya ni. Hadiah mak ayang bagi belated lah eeh.. Syifa' nak apa yek..???


Doa Hari - 3

Ya Allah ! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan juahkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untuk ku dari segala kebaikannyang kau turunkan, demi kurahan Mu, wahai zat yang maha dermawan dari semua dermawan..!!





Still tak boleh puasa lagi...

Wednesday, August 11, 2010

DIA TAK DI UNDANG TAPI KINI ISTIMEWA...

12HB OGOS 2010 - KHAMIS (2 RAMADHAN)

Umah aku dah bertambah bilangan keanggotaannya sehari sebelum ramadhan. Tetamu yang tak di undang tapi kedatangannya dilayan istimewa sekali... Tuah badan kata orang. Citer dia gini...


Selasa lepas, masuk je umah malam tu, si Nor housemate aku bagi tau Si Ebab jumpa Hamster depan pintu umah kita orang. Masukkan dia dalam kotak kasut dan letak kat luar je, mana nak tau ada tuan yang datang mencari, boleh le ambik je terus. Tapi ramai le pulak bebudak yang lalu lalang dok kacau kat si Hamster ni.





Takut kang mati lak dikerjakan bebudak ni, my friend ambil keputusan simpan dalam umah. Malam tu kita orang pun tanya le kat jiran sebelah mana nak tau Hamster tu dia punya. Tak jugak. So, decide bela je buat sementara waktu. Sian dia, both kaki belakang cacat. Tak function. May be sebab tu, tuan dia buang kot.







Balik je semalam, Fuhhh...!!! cam orang kata, tuah ayam nampak di taji, tuan Hamster dapat bunglow lagi... Hehehehe...









Si mak angkat dia (Si Nor) ni dah gi beli umah khas and makanan untuk anak angkat dia ni yang diberi nama KELABU aka nama manja E ABU...









Bukan main syok lagi si Kelabu ni bermain-main dalam umah banglow dia tu. Entah-entah kat tuan lama dia pun tak dapat lagu ni eek..







Jadi now, baik aku or mak angkat dia Si Nor or Si Ebab tu, akan menyapa la dia dulu bila masuk umah, memasak ke, nak gi toilet ke, apa ke, mesti gi tengok dia jap. Main-main ngan dia dulu.. Manja gitu..









Aku rasa la kan, dalam ati si Kelabu ni mesti dia cakap "emm.. nasib aku tak silap umah.. tuah badan.. hehehehe". Tu la orang kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam...







Si kelabu ni bukan main aktif lagi walaupun kaki dia cacat. Memanjat, memunggah, berkubang tu la keje dia. Siap railing umah dia tu pun dia nak gigit..






Tetiba teringat lak kat baby-baby yang dibuang di merata-rata tempat tu. Cam ni gak le nasib bebudak tu kan.. Dapat yang orang ada hati dan perasaan, maka panjang le umur. Nasib terbela. Tapi if sebaliknya, sebak nak membayangkan..



Kalau jumpa baby kecik mesti lagi best.. Mesti ala-ala citer "ADIK MANJA" gitu keadaan aku, Nor & Ebab jadinya... hahahahaha



DOA HARI - 2

Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhoan Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai maha pengasih dari semua pengasih..!!!


Still Tak Leh Puasa

ALL THINGS ARE POSSIBLE

11HB OGOS 2010 - RABU (1 RAMADHAN)



WHEN SOMEONE TELLS U THAT U CAN'T DO SOMETHING.....


Look around....


Consider all options...



Then GO for it.!!



Use all the things GOD gave U



Be creative....!!!!



In the end, U will succeed and prove them wrong!


ALWAYS REMEMBER NOTHING IS IMPOSSIBLE,
IF UR HEART IS WILLING....


SPECIAL DEDICATED TO :

ALONG
MUSFIRAH, JAJA, IZAT, WAWAN, HAKIM, KAK CHIK UZMA DAN QISTINA...
"Moga berjaya dalam exam masing-masing...."



Doa - 1 Ramadhan

"Yaa Allah ! Jadikanlah puasa ku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malam ku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibdah malam. Hapuskanlah dosa ku.. Wahai Tuhan sekalian Alam!! dan ampunkanlah aku, wahai pengampun para pembuat dosa...."



-Tak Boleh Puasa -

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN....

10HB OGOS 2010 - SELASA



Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah dilakukan baik secara langsung mahupun melalui dunia maya, jauh di dalam hati yang sentiasa di dalam genggaman Allah. mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
"Marhabban Ya Ramadhan"



Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan barkahnya di Bulan penuh hikmah ini....

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajipkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertagwa."
(Q.S Al Baqarah : 183)

**** Actually tengah sedih sesangat ni.. Nape la tiap kali datang je Ramadhan.. dan dan tu la keje banyak berlambak-lambak. Sedih sangat sebab plan nak berterawih & beramal ibadat seperti yang dirancangan mesti tak menjadi. Sure kena stay sampai ke malam.. Hancur luluh hati ni.. Cam tu le tiap-tiap tahun.. :-(



Niat di hati, nak le boh gambau ala-ala kat ucapan kad N3 kali ni, tapi masa tidak mengizinkan.. Sekadar mencuri masa mencorek sepatah dua kata sahaja yang termampu dilakukan...

Tuesday, August 3, 2010

BUAYA REMAJA

4HB OGOS 2010 - RABU


Besau giler buaya yang ditemui mati di Port Dickon seperti mana yang dipaparkan dalam paper Utusan Malaysia semalam. Apa yang membuat aku sampai nak menulis tentang buaya ni... Emm.. ada citer la kan di sebalik buaya ni.. hehehehe..

Gambar yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia - 3hb Ogos 2010

Citer dia gini.. Malam semalam aku gi la minum & makan malam kat Q Bistro berhampiran umah aku ngan 3 orang ahli meja empat segi ni. Aku pun citer la tentang penemuan bangkai buaya seberat 1 tan (1000kg) dan panjangnya kurang lebih 6m.

Dengan confidentnya salah sorang ahli ni (nama dirahsiakan) mengeluarkan kenyataan bahawa buaya tersebut adalah buaya remaja. Bukan la... Buaya tua. Besau giler sepontan aku cakap. Tapi si ahli ni dengan selamba je tetap kata buaya tu masih di usia remaja sebab kata nya if tua mesti lagi panjang. Aku pun malas nak panjang-panjangkan citer.. Remaja pun remaja lah... Dalam ati tak berapa nak puas hati.. sebab tau dia tak tengok pun gambar buaya tu...

THE END - citer semalam

Tetiba pagi ni... Baru nak mula baca paper (Utusan Malaysia 4hb Ogos 2010) ternampak le kenyataan seperti di bawah ni....


Jam-jam tu gak aku send mms kat dia... dengan ayat ringkas "50 tahun remaja ke...????".
Member terus call.. sambil gelak aku pun cakap "Patut le "buaya-buaya" ni makin tua makin menjadi.. Dok rasa remaja rupanya..." hahahahaha... Gelak besau kita orang..

Sampai je opis, budak opis ni tunjuk lak satu kartun tentang buaya ni gak dalam paper Kosmo.. So cute...


Sian baby buaya ni.. May be dok cari atuk dia ke, mak dia ke, ayah dia ke yang mati tu.. Tak mustahil buaya tua tu mati sebab obessiti.. Tengok le badan dia.. Besau giler.. Kolestrol mesti tinggi tu.. Banyak sangat makan, gigi pun dah tumpul.. hehehehee...