Wednesday, June 30, 2010

FAMOUS AMOUS COOKIES & BUBUR GANDUM

27HB JUNE 2010 - AHAD


Terrrrrrrrrajin ari ni. Tetiba rasa nak cuba main masak-masak. Asyik si along Musfirah (anak buah aku kat Egypt tu) je nak tunjuk kebolehan memasak. Mana boleh tahan kan.. Aku pun nak gak masuk dalam blog ni.. hehehehe.. lawak je.. Perasaan teringin mencuba tetiba datang lak..

Pas tengok citer 1 litre of Tear (baru sampai episod 5), my sis kak chah dah panggil, "kata nak buat cookies, bila nak mula?... Bahan semua complete.."

Aku pun memulakan la membuat cookies yang diberi nama "Walnut Chocolate Chips Almond Cookies". Resepi ambil dalam blog orang and orang tu pun ambik dari blog orang lain. Maka, asal usulnya kurang le dapat di kesan. Resipinya pulak dalam bahasa omputih.. Biru la jap mata hitam ku... hehehehe...

Bestnya umah my sis ni, bahan and peralatan lengkap. Mixer yang power, lagi la senang keje kan. Tambah-tambah bagi aku yang malas ni. Dengan guide my sis yang tengah sibuk memasak untuk makan tengah hari, maka siap la bancuhan biskut ni...




Tapi sambil menyukat bahan-bahan tu, aku dok le bagi tau kat my sis ni, terasa cam gula dalam resepi ni over sangat, cam tak logik je. Aku pun kurangkan le cikit tapi tetap la macam terlebih gak rasanya.. Maksudnya, kena kurangkan banyak-banyak gitu...





Ni la hasilnya sebelum dibakar di dalam oven. Nampak cam bestnya masa ni.. Ala-ala famous amous gitu.. Perasan...hehehehe...




Aku bakar dalam masa kurang lebih 20min je. Minit ke 10, aku dah nampak perkembangan cookies aku yang ada potential membesau bagai johan... Tadi sebelum masuk bukan main jauh satu-satu, now dah rapat giler.. Dasat betul.. Rupa pun tak le berapa nak comei dah.. Ati dah mula berdebau.. Takkan nak kena masuk tong sampah kot.. :-(




Hasilnya... ini la dia.. cam gambar kat atas ni.. nasib dulang tu tak besau lagi, if tak.. lagi besar la cookies ku mengembang. Rupa tak penting, janji rasa mau class gitu..

Kesimpulannya... Cookies ni memang sedap sesangat.. boleh dicuba lagi cuma gula tu aku kena la adjust lagi. Manis cikit yang buat kali ni.. Apa-apa pun cam tak caya je aku yang buat.. hehehehe...


Now, masuk menu kedua ari ni, actually sambil buat cookies tu, aku rebus biji gandum. Nak buat bubur gandum. Saja-saja rasa nak makan and cuba memasak. Alang-alang masak, masak banyak sekali sebab leh le bagi kat adik aku si Boy, Aus & my sis Kak Tan.





Elok cookies aku masuk oven, biji gandum ni pun dah cukup kembang. So, amat-amat sesuailah nak masukkan santan. Bila masuk santan payah le sikit nak tinggal sebabnya takut pecah minyak. Kena timbuk le sentiasa...






Sori la, orang lain gambar nak masuk blog siap boh dalam pinggan & decorate dulu, aku belasah gambar dalam periuk je. Tak de masa untuk buat bende-bende gitu.. heheheeh... Tu la hasilnya bubur gandum ku. Rasa dia boleh tahan le gak.. Kuang kuang kuang 3x.

Conclusion secara keseluruhan.... Best gak masak memasak ni.. Aus, Boy, Kak Chik Uzma & yang makan semua kata sedap. Cookies perlu dikurangkan manis cikit.. Aus siap suruh buat lagi tu sebelum dia nak ke Labuan.. Soli, tak sempat la.. Emm.. resepi pun entah mana letak da..


To along... Nak makan mai le... hehehehe....

Thursday, June 24, 2010

AWESOME MESSAGES - ENCOURAGING STUFF

25HB JUN 2010 - JUMAAT



Terima dari seorang teman. Suka sangat dan sememangnya for me. this is good philosophy.... Kita syer sama-sama eeh...




















MAKAN SATAY DI SATAY STATION

24HB JUN 2010 - KHAMIS



Dah berjanji ngan Makcik Jamnah nak gi umah Makcik Liza malam ni around 8pm. Saja gi nak ambil gambar Trip Bakelalan yang tangkap guna kamera Makcik Liza. Mimpi apa entah la si Makcik Jamnah nak kuar malam-malam ari ni. Bukan senang dia nak jadi kupu-kupu malam.. hahahaha..


Memandangkan aku puasa, so kita orang gi la makan kat kedai chinese muslim - Pak Ya Restoran (masuk Jalan-jalan Cari Makan Restoran ni) berdekatan umah si Makcik Liza. Entah apa kes entah 3 menu di order, ketiga-tiga tak sedap. Tension betul. Selalu aku makan ok je. Tak sedap pun habiskan la gak kan.



Makcik Jam ni bila dengar aku citer pasal Satay Station berdekatan, dan dan tu la nak gi cuba sana lak. Minah ni memang "hantu" satay pun.. So, kuar Restoran Pak Ya masuk Satay station (Restoran ni pun masuk Jalan-jalan Cari Makan gak). Order cikit je habuan si Makcik Jam je. Aku really, really full...







Bagi aku (orang lain aku tak tau la), satay kat sini tak le sedap sangat. Cam tu la gak kekawan aku yang 2 orang ni cakap. Yang paling tak syok and lagi rasa tak berapa nak gi makan kat sini ni sebabnya.... setiap cucuk satay tu, bahagian tengah dia memang and pasti getah. Tension sungguh. Potong betul la...Harga secucuk RM0.80sen. Kira mahal la gak kan.. Tak faham betul, nape la nak letak getah tu eeh.. Tak buat cam tu tak untung eehhh..


Masing-masing menghayati satay sambil tengok slide show gambar-gambar yang telah berjaya di snap. Sedau-sedau dah jam 11.15malam. Masa untuk bersurai...

Wednesday, June 16, 2010

TUA SEBELUM USIA...

17HB JUN 2010 - KHAMIS


Bila ada keje non stop sampai rasa nak bernafas pun tak sempat, tensionnya tuhan saja yang tahu. Memandangkan ari ni semua tender-tender dah selesai di hantar.. Aku saja-saja nak free kan cikit otak ni.. So tak de keje lain.. ni le keje nye.. Hehehehee.. Best gak dapat tengok and gelak sorang-sorang. Tak terbayang gini rupanya.

Apa kata kita tengok le contoh-contoh di bawah walaupun ada yang tak le jadi sangat sebab gambor tak bersesuaian...



Cikgu Naimah.. Ada Gaya Jadi Guru Besar..


Nor @ Esah - Sejibik Orang Turkey.

CiKgu Nurul - Senyuman Maintain Sampai Ke Tua.
Tapi Gigi Tu Sure Yang Palsunya... hahahaha...



Pn. Fairos @ Bam - Dah Dapat Menantu Kot Masa Ni..




Ms Teng - Belum Sampai Time Nak Kinting Rambut Lagi




Cikgu Hajrah - Dah Pencen Masa Ni But Still Awek Muda




Jamnah @ Joyah @ Bedah - Maintain Cubby..
Pandai Jaga Badan. Hehehehe...



Aiman - Sempat Ke Mak Ayang Tengok Eeek...???



Afiq - Nape Tak Hensem Punnnnnnn..... Cam Takde Gigi Je..



Johanjeremy - Mata Pun Dah Rabun Gayanya
& Cam Ada "Cataract" je...




Aku - Maintain Cun & Sweet Sampai Ke Tua... Hihaaaa....




Jangan Ambik Ati eehh... Saja suka-suka je.. Release tension...