Asyik makan-makan je kalau Bulan Syawal kan? Berat
badan pun naik macam di pam-pam. Aku lah tu, Nampak makanan terus lupa badan
dah gemuk. Makan , makan dan makan. Mana taknya menu yang disediakan
sedap-sedap belaka. Bayangkan satu hari sampai ada 7 jemputan. Termasuk kenduri
kawin. Nak pecah perut.
Kadang ada umah aku kena skip juga, maklumlah ada
anak kecil ni. Waktu anak tak buat karenah, memang best la. Waktu dia dah
penat, tiada maaf bagimu. Nak makan pun tak senang. Tapi aku bersyukur sebab
mannan riffat jenis yang tak banyak hal. Kalau lapar baru berbunyi. Kalau
mengantuk dia mula merengek sikit, tepuk je tido. Alhamdulillah.
Malam jumaat lepas, kami berkumpul lagi. BFF
Forever. Kali ni kami berkumpul kat rumah La. Dan kali ni juga ramai yang
turun. 1 keluarga je tak datang. Aloy la sebab minggu lepas kan aloy dah naik
KL. Tak kan tetiap minggu nak naik KL kan. Menu malam ni pun ada yang La masak,
ada beli, ada yang aku bawa. Ayam goring dan Nuget je pun yang aku bawa J
Bila dah berkumpul ni mulalah semua kenangan lama
keluar. Borak-borak sakan bab zaman belajar kat KUSZA dulu. Banyaknya kenangan
di zaman muda mudi. Ada yang menarik ada yang macam menyesal je buat dulu. Tapi
tu la kenangan kan. Pahit pun kenangan jugak.
Makan-makan, gelak-gelak, layan anak bergaduh,
layan anak buat hal. Macam-macam kan? Sampai umah La pukul 9 malam, sampai
pukul 1 pagi pun tak sedar. Tau-tau anak buat hal. Memang pun mengantuk
gamaknya. Baru sedar dh awal pagi. Baru ada rasa nak bersurai. Tu pun sampai
kat kereta masih lagi berborak. Nak byebye pun amik masa. Inilah penangan BFF. Dah
berjangkit pun kat laki aku ngan laki La. Sekarang dorang plak selalu
wasap-wasap ajak lepak mamak. Hambik ko!
Lagipun kami tak senang nak lepak-lepak macam ni.
Maklumlah masing-masing duduk jauh kecuali aku ngan La. Bila dapat berkumpul
hampir semua haruslah rancak. Dalam setahun ada kot 2,3 kali je berpeluang nak
berkumpul. Dan yang menjadi impian kami nak berkumpul 7 keluarga sekali.
Insyaallah….
Bonda, Mama dan Ibu yang gojes :)
Birthday surprise untuk Umi. Happy Birthday umi. Kek ni sponser by AbiSol suami umiLya la. Kami bersepakat nak buat surprise malam tu. Walaupun abiSol jauh tak jadi masalah. Kami wakilkan. Kebetulan umi dating KL sebab nak menghadiri program. Sebab tu umi solo malam tu.
Muka teruja sebab dapat Rainbow Cake... Umi kata dia suka warna warni tu.
Ibu imah la yang order kek ni. Sedapppp
Kami, tadaaaa! Tak cukup sorang.... Sedihhhh
Makan-makan, sedap menu IbuLa...
Aktiviti harus. Amik gambar semua skali. Tengok waktu ni anak-anak kecil semua dah tido. Tanda nak kena balik rumah masing-masing.