Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Hukum Penyusuan

Kredit kepada ">Dunia Susu Ibu.... Hukum Penyusuan (JAKIM, EoF) Kredit kepada Ustazah Taqwa Zabidi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Eats on Feets – Malaysia di Facebook, http://www.eatsonfeets.org/ ———————————————————————————————————————– Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh Puan Ayuni berkaitan hukum penyusuan dan bank susu, berikut disertakan maklumat-maklumat umum yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, memandangkan isu ini sedang dalam kajian hukum, terdapat beberapa persoalan yang tidak dibincangkan dengan teliti terutamanya soalan-soalan berkaitan pengurusan bank susu. Semoga penjelasan di bawah dapat membantu puan dalam isu ini. PENYUSUAN HAK BAYI 1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut: Maksudnya: Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya. 2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi: Maksudnya: “…dan

Penyususan Ekslusif

Aku berhasrat untuk melaksanakan penyusuan ekslusif untuk Nurul Afrina sehingga dia berumur 2 tahun. Namun apabila habis pantang, pengeluaran susu merundum membuatkan aku rasa risau mampukah aku menyusukan si kecil sehingga dia berumur 2 tahun nanti? Aku search kat ggogle tentang makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. Air soya, jus mengkudu, jus kurma dan seangkatan dengannya, kopi Radix, madu, air soya..... Macam - macam aku cuba tapi kurang berhasil. Kalau banyakpun susunya cair sangat....sian baby tak kenyang. Last-last aku decide nak cuba trialpack set B Shaklee dan Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Sejak aku naik kerja ni walaupon bulan puasa sekali pam mesti mencecah 5oz dan aku pam 3 kali di opis. (mentang-mentang da beli pam elektrik, bersemangatla mengepam) Ni aku tunjukkan vitamin yang aku ambil tu untuk tatapan korang... FURTHER INFO BOLEH SMS AKU KAT 0177018763.....

Nurul Afrina (siri 2)

Bagi yang mengikuti blog aku nih.... thanx a lot yer.... Sekarang ni aku tengah sebok mensurvey apakah pembelajaran yang sesuai bagi seorang bayi. Bayi perlu belajar ker? Bukan ker kerja dia tidur, nangis, nyusu, ketawa sikit-sikit and berbual bahasa dia (Nurul Afrina ni peramah dan kuat ngadu orangnya). Hik hik hik kalau tengok gelagat dia memang kelakarla...kalau hati tengah marah ataupun stress tengok ajelah muka dia mesti sejuk jer hati ni. Survey punya survey akhirnya aku pon berhasrat nak ajar dia ilmu menghafal Al-Quran....boleh ker??? Kalau kita perhatikan masa turunnya wahyu yang pertama pon Rasulullah s.a.w tak rati membaca tetapi baginda menghafal dan kemudian membaca..... Actually Nurul Afrina ni nampaknya lebih cenderung ke arah keagamaan sikit. Sebab bila dia nangis, dibacakan zikir-zikir dan bacakan surah-surah pendek dia akan tersenyum tak habis-habis. Bila aku baca Al-Mathurat sambil menyusukan dia pon dia diam jer tak banyak karenah menunjukkan minatnya ke arah itu. L