Bismillahirrahmanirrahim.
Muqadimah
Terpukul dengan diri
sendiri apabila membaca satu petikan ‘blog yang tidak di update ibarat pokok
yang sudah mati’. Sudah lama tidak menulis sememangnya begitu kaku untuk menaip
balik. Rasa ilmu didada tidak mencukupi untuk menulis, tambahan pula sibuk
dengan urusan pejabat (selebihnya lagha) urusan duniawi dan kesibukan di Kota
Metropolitan di KL.
Walaubagaimanapun, semangat untuk menulis kembali apabila
saya mendapat feedback yang baik daripada pembaca rata-rata yang membuat
search Shariah ataupun Islamic Banking. Menghantar email kepada saya untuk
membuat research academic, malahan ada yang hantar email meminta nasihat
untuk masa depan pelajaran anak-anak, terutama ramai yang memilih bidang
Islamic Banking, ingin menjadi Penasihat Shariah kerana rata-rata beranggapan
peluang begitu cerah di dalam Islamic Bank. Yang paling teruk ada yang terus
bertanyakan tentang gaji dan imbuhan bekerja sebagai Penasihat Shariah yang
semestinya menimbulkan kurang senang buat saya.
Nasihat saya belajar kerana ‘ilmu’ dan sematkan dalam
diri untuk berdakwah dan berkorban untuk ummah demi menyelamatkan manusia
daripada dosa ‘riba’ bukan hanya ingin mengejar wang dan populariti
semata-mata.
Islamik Bank itu Zalim
Sangat sedih apabila agamawan, malahan penceramah yang
tersohor yang mempunyai bilangan pengikut dan pengaruh yang ramai begitu
prejudis dan mengkritik tentang Islamic Banking! Biasanya saya hadiri
ceramah-ceramah ataupun kuliah-kuliah maghrib ada dalam kalangan mereka mengkritik, mencela,
menakut-nakutkan orang ramai tentang Islamic Banking. Sangat sedih malahan
kecewa tatkala pembela Islamic banking bersusah-payah menyedarkan orang awam, mereka
yang berilmu pula menyebarkan dakyah menyebabkan orang awam terus bergelumang
dengan dosa riba. Pantauan pematuhan Shariah (Shariah Compliance) oleh
pegawai-pegawai Shariah yang berkelulusan, dimantapkan pula oleh piawaian
daripada Bank Negara (Shariah Governance Framework) dan lain-lain lagi sudah
cukup untuk kita yakin bahawa Islamic Banking yang ada sangat terbaik dan
merupakan satu jalan alternatif yang jitu daripada menjerumuskan diri kita
kepada dosa RIBA.
Pembukaan
Maklumat ini saya update sebagai ilmu tambahan kepada
pelajar Syariah Fiqh Wa usul khususnya di Muktah kerana saya pasti
apakah sukatan pelajaran bagi Universiti lain seperti di Universti Yarmpuk dan
lain-lain.Sengaja saya kongsikan maklumat dari segi istilah sahaja tanpa
perbahasan Ulama’ secara terperinci kerana ingin memberikan peluang dengan
kesungguhan cintakan ilmu mencari sendiri dari kitab-kitab disamping bertanya
kepada pensyarah-pensyarah di Jamiah. Diharap juga Kelab Darul Ifta’ di Muktah
juga membuka tajuk Maliah Muasirah sebagai perbincangan akademik sebagai salah
satu acara perbincangan. Ini kerana tujuan saya ingin menampung lompong-lompong
sukatan pelajaran yang tiada di Universiti Muktah supaya kalian yang ingin
terjun sebagai Pegawai Shariah tidak merasa terkejut dengan maklumat-maklumat
baru yang mungkin tidak diupdate.
Kemungkinan artikel ini lebih akademik, dan sebahagian
pembaca akan kurang memahami. Produk ini sebenarnya merupakan altanetif / jalan
keluar setelah Jumhur Ulama’ mengaramkan Bai’ Innah. Produk ini merupakan satu
produk yg sangat penting untuk pelanggan yang memerlukan cash.
Apa itu Murabahah
Tawarruq?
Tawarruq berasal daripada perkataan “wariq” yang bermaksud
kertas ataupun dirham yang diperbuat daripada perak.Jika dirujuk kepada istilah
penggunaan sekarang bermaksud duit kertas yang diguna pakai sekarang sebagai
medium pertukaran zaman ini.
Transaksi ini dipanggil Tawarruq kerana ketika membeli aset
tersebut secara kredit, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau
memanfaatkannya, tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang
tunai (to obtain cash)
Pelanggan pula terbahagi kepada dua iaitu :
1. Pelanggan individu
2. Pelanggan Syarikah Korporat
Apakah Pembahagian
Tawarruq?
Ada tiga pembahagian jenis Tawarruq :
1. Al-Tawarruq Al-Fardhi (Tawarruq on an individual basis)
2. Al-Tawarruq Al-Munazzam (Organised Tawarruq)
3. Al-Tawarruq Al-Masrafi (Banking Tawarruq)
Bagaimanakah konsep Tawarruq
dari segi aplikasi Institusi Kewangan Islam (IFI) Islamic Financial Institution?
Ianya terbahagi kepada dua iaitu :
1. Deposit :Pelanggan meletakan duitnya di bank.
2. Pembiayaan (Financing) :Pembiayaan sesuatu projek,ataupun
pelanggan memerlukan cash daripada bank.
*Tafsiran bukan dari segi akademik tetapi sekadar untuk
menyenangkan pembaca =P
Produk Deposit Berasaskan
Tawarruq
Mekanisme deposit Murabahah Tawarruq yang dicadangkan adalah
seperti berikut:
1. Pelanggan
melantik Institusi Kewangan (bank) sebagai wakil untuk membeli komuditi logam
daripada peniaga logam A pada harga tunai mengikut harga pasaran.
2. Institusi
Kewangan Islam kemudianya membeli daripada pelanggan komuditi logam tersebut
secara belian tangguh pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan dan
3. Selepas itu,Institusi
kewangan Islam kemudian menjual semula komuditi logam tersebut kepada peniaga
logam B pada harga tunai dalam pasaran komoditi logam.
Hasil daripada urus niaga di atas, institusi kewangan Islam
akan menanggung liability (amaun kos komoditi ditambah margin keuntungan) untuk
dibayar kepada pelanggan pada tempoh matang (maturity). Harga komoditi yang
dibeli daripada peniaga logam A dan harga
dijual kepada peniaga logam B adalah sama.
Produk Pembiayaan(FINANCING) berasaskan
Tawarruq?
1. Institusi kewangan Islam membeli komoditi logam daripada
peniaga logam A secara tunai dalam pasaran komuditi logam yang diiktiraf.
2. Institusi kewangan Islam menjual komoditi logam tersebut
secara kredit pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan dan ;
3. Pelanggan melantik Institusi Kewangan Islam sebagai wakil
untuk menjual komoditi logam tersebut kepada peniaga logam B secara tunai dalam
pasaran komoditi logam.
Ringkasanya: Jualan secara tunai daripada pelanggan kepada
peniaga logam B akan membolehkan pelanggan mendapatkan amaun untuk tujuan
pembiayaan.
Manakalah jualan secara tangguh daripada Institusi kewangan
Islam kepada pelanggan akan mewujudkan obligasi (wajib dibayar kpd bank) kewangan
yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada bank
dalam tempoh yang dipersetujui.
Siapakah yang
terlibat dalam transaksi Murabahah Tawarruq?
1. Customer (pelanggan)
2. IFI(Islamic Financial Institution) :Bank, Syarikat Takaful
dan sebagainya
3. Penjual Komoditi Logam A dan B.
Jadi, di sana ada tiga pihak yang terlibat dalam transaksi ini.
Apakah keputusan
Majlis Penasihat Syariah(MPS)?
Keputusan mesyuarat MPS ke-51 bertarikh 28 Julai 2005 konsep
Murabahah Tawarruq adalah dibenarkan.
Apakah dalil dan
perbahasan Ulama’?
Pelajar-pelajar yang mencintai Ilmu boleh la merujuk
kitab-kitab dan dalil-dalil dan fatwa seperti Syeikh Abdullah b Sulaiman
AL-Mani’, Dr Musa Adam Isa, Dr Usamah Bahr, Dar Sulaiman Nasil Al-Ulwan, Dr Rafik
Yunus Al-Misri.
Penutup
Sebenarnya, perbahasan tentang tawarruq sudah lama
diperbahaskan dan dipraktikan oleh IFI Institusi Kewangan Islam sejak tahun
2005 lagi. Tapi,rujukan ini sengaja dimasukan di dalam blog ini kerana sukatan
pembelajaran saya dalam kitab Muamalah Maliah Al-Masrofiah tidak diperbahaskan
secara teperinci konsep Murabahah Tawarruq.
Berikut tajuk-tajuk akan saya ulaskan selepas ini jika
berkempatan.Wallahualam:
1. Murabahah Tawarruq
2. Ibra’
3. Sukuk
4. Ijarah Mausufah Fi
ZImmah
5. Hibah(Ijarah Thummal Hibah)
6. Ta’widh
7. Wa’adh
8. Gold account
9. Bai’ Urbun
RUJUKAN
1. Resolusi shariah dalam kewangan islam oleh bank
Negara
2. Mu’jam Mustalahat almuamalat maliah masrofiah
3. Islamic financial system principles and operations
Azmir Azri Ahmad
Shariah Advisory and Development.
p/s : Maklumat di atas mungkin sama sahaja dengan website-website lain sama ada berbahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab.