Search This Blog

Saturday, July 30, 2016

Malaikat Tanpa Sayap

Dahulu pernah ada social experiment atau iklan kesedaran mengenai bahaya rokok. Pelakon kanak-kanak diminta untuk memegang batang rokok, lalu mendekati orang dewasa yang sedang menghisap rokok untuk meminjam pemetik rokok. Rata-rata perokok dewasa terkejut dan menasihati kanak-kanak tersebut.

Pengajaran kat sini, kadang-kala kita sedar, kita tahu sesuatu itu tidak elok untuk kita tapi kita tiada kekuatan untuk meninggalkan perkara tersebut. Pada masa yang sama, kita tak suka, kita benci pada orang yang membuat perkara yang tak elok. Atau, boleh jadi juga, kita sayang orang lain hingga kita nak orang lain buat yang terbaik dalam kehidupan mereka tapi terlupa untuk sayang pada diri sendiri.

Yup, kita lihat orang. Tapi kita terlupa lihat diri sendiri.

Biasa tak kita dengar,
"Tengok anak dia tu, rajin baca buku, rajin solat. Cubalah jadi macam mereka," kata seorang ayah yang kurang membaca dan tidak menjaga solat.

Nasihatnya baik. Cuma ada baiknya pada masa dia menasihati, dia membaiki juga diri sendiri. Cara yang terbaik adalah dengan membenci perkara yang kita nak ubah.

Hate the sin and not the sinner.

Cuba fikir, layakkah kita membenci perbuatan seseorang, pada masa yang sama kita sendiri melakukan perkara yang sama?

No! You ONLY deserve to hate the wrongful act of OTHER when you can fuel the SAME AMOUNT OF HATRED on yourself when you do the same wrongful act!

Berapa kali anda dengar,
"Itu kan kerja dia. PATUTNYA dia kena tahu la apa yang sepatutnya dia buat." Tapi pada masa yang sama, orang tersebut yang suka melarikan diri dari tanggungjawabnya. "Owh, ini kau boleh buat sorang kan? Buatlah."
"Saya tak faham, dia dah janji nak email dua hari lepas kan? Benda mudah je kot. Ishh." Pada masa yang sama, setiap kali orang tersebut berjanji, macam-macam alasan diberi.

Act what you preach. Kalau tak, si anak kecil pun takkan respect ibu bapanya bila apa yang dilihat tak sama dengan apa yang dikata.

# peringatan pada diri sendiri untuk melihat cermin dan berhati-hati bila bercakap buruk mengenai orang lain. Orang akan memandang kita kembali. Are we reflecting what we say?
# tak mahu jadi malaikat tanpa sayap. Bila orang lain buat, kita menghukum bagai si dia buat dosa besar. Bila kita buat benda yang sama, kita mengampun bagai kita buat sesuatu yang rukhsah.
# i use to hate my own mistake, and i hate it so much until i really able to stop doing the same mistake.
# kata orang tua, jangan buat benda yang kita tak nak orang lain buat kat kita.
# tak nak mengumpat belakang orang, tak nak pin point sesiapa. It is just a general observation for everyone to ponder upon including myself.

Monday, July 25, 2016

Hati ini muat untuk berapa orang

Kalau pencinta biasa,
Mereka akan kata,
Hati mereka muat hanya untuk seorang
Iaitu yang teristimewa, si dia

Mungkin sebab hati mereka terlalu kecil.
Mereka perlu renovate hati mereka.
Besarkan hati mereka.

Hati pencinta perlu besar,
Sekurang-kurangnya boleh memuatkan
Allah, Rasulnya,
Ibu bapa kamu,
Ibu bapa si dia,
Keluarga kamu,
Keluarga si dia
Dan si dia.

Kan banyak ruang tu.
Jangan pikir dunia ini hanya ada kamu dan si dia.

Umm... sebut pasal keluarga si dia.
Dah lama tak tanya, "mak dia sihat?"

Hahaha... merapu lagi malam ni. Bila tak boleh tidur malam. Tidurlah. Tidur.

Friday, July 22, 2016

Perasaan dan Harapan

Gumpal-gumpal
Dan baling jauh-jauh

Jauh nun di sudut hati
Masih ada perasaan dan harapan.

Sandarkan pada doa.

Thursday, July 21, 2016

Madu


Bila orang yang kau tahu
Dia suka kat kau
Minta kau buka hati
Untuk orang lain

Kerna tidak mahu kau terus tunggu
Dia yang belum sedia.
Tapi sebenarnya kau nak,
kau sanggup tunggu.

Kau rasa macam...

Macam seorang isteri
Yang minta suaminya kahwin lain
Walhal suaminya sayangkan isterinya seorang
Tapi isterinya lebih sayangkan kebahagiaan suaminya.

Membuatkan kau terharu. Dan ingin terus tunggu.

# serahkan segalanya padaNya. Kawan :' )

Sunday, July 17, 2016

Bermonolog

Monolog
Yup, aku sangat suka bercakap dalam hati.
Aku sangat suka berbicara dengan diri sendiri.
Kadang-kala aku bercerita pada diri sendiri.
Haha...

Aku pemalu. Introvert...? mungkin.
Susah nak bercerita hal aku, berborak dengan orang lain, payah.
Lagi payah bila aku sedar yang tak semua akan telan gula-gula yang aku beri.
Akan ada yang meludah kembali ke muka aku.
Membuatkan aku lagi suka menutup mulut.

Agar mulut mereka tertutup
Tertutup daripada berbicara mengenai diriku.
.
.
Tapi, aku suka nak berbicara tentang diri aku.
Pada seseorang. Biasanya hanya seorang pada suatu masa.
Andai aku bicara seorang diri,
...maknanya bicaraku hanya dalam hati.
Andai aku bicara pada seseorang?
.
.
Maknanya bicaraku pada seseorang yang MASIH berada di hati?
Haha...
Sudah.. sudah... mari kita tidur
--- bicaraku dalam hatiku

Sunday, July 10, 2016

Sayonara


Before I own a car
I wish that
when I own a car
I can send my mom to her workplace - school

Until yesterday
Only once... I am able to send something to my mom's workplace
But it was not Her, but Her farewell gift
But still, I am happy

"Ma, esok hari terakhir, nak Wan hantarkan ke?"
What I really mean is that
"Ma, meh la Wan hantarkan untuk hari special, hari terakhir ni."
"Xpe la, kereta banyak lagi waktu pagi. Biar abang je la hantar ma."

Haha... tak dapat nak realisasikan impian untuk kali terakhir.

Anyway, selamat hari bersara Ustazah Wan. Here isthe link your farewell video. Really hope that it can be a part of the school farewell video.

https://drive.google.com/file/d/0B0B1VgVTRHjMVHZqT2JUUEo2YUU/view?usp=docslist_api