Search This Blog

Sunday, June 28, 2015

2 Tompok Merah


Hembus nafas. Terlebih.
Ouch, apa di lantai?
Dua tompok.
Tompok kemerahan.

Dua? Hanya?
Kesat hidungmu.
Lihat tapak tanganmu.
Xcukup, kaukesat dgn belakang tangan.

Mata rakanmu terpaku.
Sekeping tisu dihulur.
Satu? Hanya?
Xcukup, sekeping lg dihulur.

"Okay sahaja," katamu.
"Jom, berbuka"
Bila kau hembus nafas lg,
Org sekeliling memandang,

Kerna hembusan itu
Bukan hembusan biasa.
Hembusan kemerahan
Yang kau gelar, "xpe, aku okay je"

Dulu. Katamu, "Mungkin. Akan."

Kini menjadi, "Telah.Sedang."



Saturday, June 13, 2015

Terjatuh lagi dan lagi. (feat SEFA)

"What if I told you there is no tomorrow...?
What if you watch me walk away by tomorrow...?
If i told you tomorrow will be gone
If i told you i just can't hold on
So how many times do i have to fail
All that i wish for is fading away."

Okay, terjatuh lagi. Entah untuk kali keberapa.
Tidakku kira. Malas nak kira. Perlukah aku kira?
Calar balar dan luka di badan akibat terjatuh
sudah terlalu. tersangat. terlampau. byk untukku dikira.

Terbaca pula halaman 164 buku tulisan rakan matrikku
Melankolia Bisu oleh SEFA:

"Entah. Aku cuma tak nak lari once aku dah buat
keputusan untuk stay. Unless diberi jawapan yang
pasti. Aku benar-benar sure. Jadi aku tunggu.
Sebab aku tak ada apa pun yang nak dikejar.
Cuma usaha untuk meng-stabilkan diri aku, art
aku. Yang akhirnya pasti akan benefit untuk semua
orang-orang yang aku sayang.

Maybe one day the waiting will be a waste.
Dan semua penonton yang menonton kisah aku
akan cakap,

"Aku dah kata dah. Hang jangan tunggu." "

Ouch....terjatuh lagi. Kenapa aku cuai sangat.
Samakah pengalaman kita?
Atau ko terjatuh di sebelahku?
Haha... tergelak sendirian. Imaginasiku melambung.

Tapi. Peliknya. Sakit terjatuh kali ini sudah tak terasa.
Mana hilang sakitnya?
Aku makin kuat? atau mungkin sesuatu mulai hilang?
Entah. Sudah biasa, mungkin. Tak ku kisah. Perlukah? Mungkin.

Terima kasih SEFA, sbb ko meneruskan bicara:

"Aku fine.
Aku okay.

Bila kita tahu atas sebab apa kita menunggu, mungkin
tak rasa apa sangat kot.
...........
Pada akhirnya kita tahu yang kata ya atau tidak adalah TUHAN."

Ya, aku lupa. Tiada daya dan kekuatan selainNya. Mengadulah, merintihlah, kepadaNya.

Dan aku lukiskan sesuatu yang special
Special hanya untuk diriku
Hadiah buat diriku. Weee... dpt hadiah.
Entah senyumku hilang ke mana. Sibuk memberikan senyuman kepada orang.

# p/s: sesiapa yg minat puisi2, silalah beli buku MELANKOLIA ni. Tetiba aku buat promosi untuk ko. Haha... n kalo berkesempatan, pegi la nengok2 SEFA ni buat persembahan mime, yg mana aku pun x berkesempatan lagi nak nengok2. Haha...

Saturday, June 6, 2015

CARA EFISIEN MELIPAT KAD KAWIN


First time menolong melipatkan kad kawin. Hee...

Mula2 buat satu2. Ambik satu, lipat. Ambik satu, lipat. Aishhh, cam lambat je buat kerja.
Dah siap lipat sampai lima kad, timbunan kad yg disusun bertingkat2 jatuh sbb lipatan xberapa kemas. Dah la tgh berlumba dgn adik. Haha... dia lak masukkan kad dlm sampul. Stok kad yg dah dilipat cepat je habis.

Xle jadi ni, kena ubah strategi. Hoho...

Tangan terus mencapai sepuluh keping kad, try terus lipat sepuluh kad tu. Wow.kagum kejap sbb dpt cara baru... asingkan lak kad2 tu. Then kemaskan lipatan kat tepi untuk setiap kad.

Hmmmm... kelajuan still blh ditingkatkan ni. Nak tinggalkan stok kad yg dah dilipat sebanyak mungkin. Hoho... kalahkan si adik.

So, instead of kemaskan lipatan kad untuk setiap kad, try another approach. Selepas asingkan kad2, susun dulu kad2, ketuk2 sikit, kasi sama susunan dia. Then terus tekan kat lipatan hujung kad untuk kemaskan lipatan untuk kesepuluh kad sekaligus.

Yeay, akhirnya blh rehat2 sbb habis awal dr si adik. Kuikuikui...

#we always need to improve ourself.