Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

August 25, 2015

LA Hotel, Tawau Sabah


Assalamualaikum... Berdebu-debus dah blog ni kena tinggal..huhuhu Lama sungguh tak menulis di blog sendiri.

Kali ni aku nak kongsi pengalaman mengendalikan projek di Tawau. Orang di Tawau nie sopan-sopan belaka. Kalau muslim, memang mereka suka beri salam. 10 kali masuk meeting room, 10 kali lah mereka bagi salam pada aku.  Bagus kan…??

Hotel yang menjadi lubuk persinggahan aku kalau setiap kali ke Tawau ialah LA Hotel. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman di situ, aku buat sedikit catatan ringkas yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercadang untuk menginap di hotel ini ketika berada di Tawau.  

Room Cleanliness: 4.5/5
Bed & pillow: 5/5 - memang comfort bah..
Space: 5/5 -spacious walaupun standard room
Toilet cleanliness: 4/5
Toiletries: 5/5 - complete from toothbrush, comb, shaver, shower cap, soap, syampoo
Shower rain : 5/5 - terbaik.. air deras macam air terjun
Hair dryer : 4/5 - functioning well
Tv: 4/5 - clear walaupun basic chanel je ada
Aircond : 4/5 - functioning well & silent
Kettle & mug : 4/5 available
Arah kiblat : 5/5 available
Location: 4/5 - center of town, decent, nearby ada 3 kedai makan.. also nearby shops lot, bank, fast food etc (within 1km)
staff: 4/5 - friendly, helpful, fast check in check out process
Buffet breakfast : 3/5 - fair, can improve the menu spreads
View : 4/5 - great view on roof top & higher level room
Internet: 3.5/5 - wifi available & stable 

Recommended? - yes

                                                                             Queen bed
                                                                        room view
                                                                       Toiletries

                                                                          View from 1st floor
 


With love from Borneo ,
aurikel

April 25, 2014

Bandung Trip Part 2: Hotel Gino Ferruci Kebonjati


Salam A’laik. Alohaaa~~

Lama betul dari part 1 nak sambung cerita pasal part 2. Heheheh Teman busy bebenor ler kome oii.. Maka, terperap jela draf cerita pasal Bandung trip ni.

Sebaik sahaja sampai di hotel, kami berehat sebentar. Dalam erti kata lain TIDUR. Aku memang tak cukup tidur. Balik kerja lewat, sampai rumah pun hampir jam 11 malam. Tidur tak sampai 2 jam, pukul 3 pagi dah bangun. Baru teringat barang belum selesai packing and checking. Senarai barang telah dibuat, Cuma nak pastikan semua dah masuk dalam beg je.

Kami menginap di Hotel Gino Ferruci Kebonjati. Hotel ini terletak tidak sampai 5km daripada airport Bandung. Kawasannya memang strategik. Terletak berhampiran dengan gedung membeli belah yang paling disukai oleh pelancong-pelancong wanita dari Malaysia – Pasar Baru Trade Centre (Pusat Dagangan Trade Centre).

Kalau berjalan kaki mengikut laluan utama, cuma 10-15 minit sahaja dari hotel ke Pasar Baru. Bagi orang berjiwa lasak yang suka jelajah tempat orang, kita boleh ikut laluan belakang hotel melalui kawasan perumahan menuju ke Pasar Baru. Perjalananan lebih singkat terutamanya jika anda borong banyak barang dari PASAR BARU. Sambil berjalan boleh juga melihat cara hidup dan persekitaran masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Persekitaran hotel ini bersih, kemas dengan dekorasi yang sederhana. Terdapat ruang menunggu dengan sofa yang selesa. Juga terdapat kemudahan wifi di ruang lobi hotel. Cuaca di Bandung agak dingin dan berangin. Rasa nyaman sepanjang hari. Panas pun tidak keterlaluan. Memang seronok.




Hotel Gino Ferruci Kebonjati juga tidak jauh dari kawasan Paskal Square. Kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Di Paskal Square ini lah terletaknya Paskal Food Market yang dikatakan mempunyai 1001 satu pilihan makanan daripada menu tempatan hinggalah menu western and eastern. Di depan hotel ini juga senang untuk kami dapatkan perkhidmatan beca atau pun teksi.

Bayaran satu malam untuk bilik superior king di Gino Ferruci Kebonjati ialah IDR532,000 atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM150. Total harga 3 malam di hotel ini ialah IDR 1478,000 ~ RM418. Harga adalah termasuk buffet breakfast.

Bilik superior king bersaiz sederhana luas. Setakat gegurl nak share 2-3 orang memang takde masalah. Biliknya kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kemudahan hair dryer, cerek elektrik dan peti sejuk.  Tapi sayang dalam bilik tiada internet connection. Hotel ini masih baru jadi menurut pengurusnya kemudahan wifi dalam setiap bilik masih dalam proses penyediaan.



Bilik anak-anak dara. Sampai bilik je terus lompat atas katil & tidur. iskh3x..

Buffet breakfast di sini bagus. Ada banyak pilihan makanan menu tempatan dan juga antarabangsa. Persekitaran café juga bersih, cantik, santai dan selesa. Memang kami makan sungguh-sungguh masa breakfast. Sebab nak sediakan tenaga untuk aktiviti shopping dan seightseeing di sekitar Bandung.




 
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kami pilih hotel ini yang menyediakan buffet breakfast. Sebabnya…sepanjang di Bandung, tekak aku tak berapa nak serasi dengan menu masakan padang ataupun sunda.

Di tepi hotel ini terdapat sebuah café bernama Bangi Kopitiam. Dengar nama pun boleh agak dari Malaysia. Hihihi Apa kes datang Bandung tapi makan masakan Malaysia kann?? Memanglah…tapi apa yang aku nak emphasize kan ialah kopitiam ni cantik dan selesa untuk aktiviti borak-borak gossip girls. Huhuhuhu Menu pun ada pelbagai. Paling menarik di Kopitiam ni yang aku minum ialah air the gaharu. Kebun teh gaharu tue terletak dekat Gopeng je. Selama nie tak pernah tahu pun pasal teh gaharu.  Waktu petang hingga malam ada live band lagi. Seronok..tak perlu nak lepak bar untuk lepak santai sambil dengar nyanyian dari live band.

Pekerja –pekerja di hotel ini juga sangat ramah, sopan, suka senyum dan helpful. Sampai sahaja di entrance hotel mereka sudah menyapa kita sambil tersenyum. Sebaik sahaja kenderaan berhenti di depan kereta mereka sudah bersedia membantu bukakan pintu kereta. Kalau dilihatnya kita membawa bagasi atau barangan, pasti mereka mempelawa untuk membantu membawa barangan tersebut ke bilik kita.

Tetamu Hotel Gino Ferruci juga diberikan kupon voucher shopping di factory outlet terpilih dan juga kupon voucher untuk menggunakan kemudahan bilik karaoke di hotel tersebut. Best kann???? Bertambah-tambah semangat nk membeli belah di factory outlet.

Secara keseluruhannya aku bagi 7.5/10 bintang untuk pengalaman penginapan di Hotel Gino Feruci Kebonjati. Tempahan bilik boleh dibuat secara online melalui kagumhotel atau pun agent-agent online seperti booking.com, asiaroom, agoda dan sebagainya.
 
 
 
With love from Gino Feruci Kebonjati,
aurikel
 

February 17, 2014

Bandung Trip Part 1: 10 tips persiapan awal


Salam A'laik.
Another story of mine.
Gigih aku keluar rumah jam 4pagi sebab takut terlewat sampai airport. Geng kakijalan dah selamat berada di airport. Excited kemain! Alhamdulillah, sebab dah buat web check in maka cuma perlu hulur boarding pass sahaja sebelum masuk ke waiting area. Sebelum tue, kena lalu kaunter pemeriksaan dokumen. Al-maklumlah..kan nak pergi luar negara. So, pihak airasia kena pastikan semua dokumen kita lengkap dan betul. Contohnya passport mesti belum tamat tarikh, maklumat pada passport (nama, nombor passport) mesti sama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Jam 6am kami semua dah boleh boarding. Yeaayeea..aircraft kami dah sampai. Cepat-cepat pergi solat subuh kat surau. Our flight AK 1328 departed from LCCT as early as 640am. Dalam flight kemain wangi bau orang lain makan nasi lemak pak naser. Aku?? Order hot chocolate secawan pastu tidur.

Baru je nak masuk fasa lena diulit mimpi, flight attendant AA buat pengumuman untuk edarkan departure & arrival card dan declaration form untuk diisi. You better prepare a pen sebab kalau nak harapkan orang sebelah menyebelah pinjamkan korang pen memang chances tue hanya 50% jela. I’m so lucky, pen memang ada dalam bag pack sekali dengan organizer. Zassss..xsampai 10minit dah siap pun borang tue diisi.

Yeahh..sambung tidur balik. Tak cukup tidur sebenarnya. Tidur jam 12 malam bangun jam 2pagi. Jam2 pagi baru aku packing barang-barang.huhuhu. Pukul 3pagi siap mandi sebab taknak drive dalam keadaan mengantuk. Giloss!!

Oh, ya. Meh, aku share sikit persiapan yang kami geng kakijalan buat sebelum terbang ke Bandung. 10 tips persiapan awal:

1.       Buat survey dan dapatkan maklumat melalui kawan-kawan, saudara-mara atau pun internet. Contoh maklumat yang perlu: keadaan keselamatan di sana, pengangkutan, tempat tinggal, kadar tukaran wang, dokumen-dokumen wajib, nombor contact supir etc

2.       Passport yang masih belum tamat tempoh. At least 3 bulan sebelum tarikh luput. Rakyat Malaysia yang melancong ke Indonesia tak perlukan visa.

3.       Tempah tiket penerbangan. KUL-BDO. Kami naik direct flight dari Kuala Lumpur ke Bandung. Booking tiket awal atau semasa promo untuk dapatkan harga murah.Cara lain ialah naik flight KUL-Jakarta-Bandung. Dari Jakarta ke Bandung boleh naik bas, van atau pun tren keretapi. Kalau rasa bakal shopping banyak, sila lah add on bagasi awal-awal masa booking tiket.

4.       Tempah tempat penginapan. Pemilihan tempat penginapan bergantung kepada tujuan ke sana. Kalau objektifnya untuk shopping, maka cari lah hotel atau rumah tamu yang berhampiran dengan pusat shopping atau factory outlet. Senang nak berjalan & senang nak cari makan.

5.       Tukar duit MYR dengan Indonesia Rupiah dengan secukupnya.

6.       Buat draft senarai tempat yang ingin dikunjungi dan aktiviti yang ingin dilakukan.

7.       Plan pengangkutan. Naik guna pengangkutan awam atau guna perkhidmatan kereta sewa?

8.       Asingkan duit dalam sampul surat berbeza untuk shopping, hotel, makan, seightseeing, pengangkutan, airport tax, kastam tax. Ini semua supaya bajet yang penting taka da yang overused.

9.       Pakaian yang sesuai dan selesa. Kalau rasa nak shopping tawaf semua factory outlet kat Bandung, sila jangan bawak highheel. Pakai kasut yang selesa.Baju pun tak payah bawak banyak, beli kat sana je. Beli pastu pakai terus. Jimat kan?

10.   Ubat-ubatan.Disarankan agar bawa ubat-ubat seperti Panadol, minyak angin, balm, plaster luka, ENO. Penting sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan. Contohnya, mungkin mengalami indigestion sebab semua makanan nak dirasa/dimakan. Mungkin ada sesetengah makanan yang extreme (sgt pedas) dan tak serasi dengan perut.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Akhirnya kami tiba di airport Bandung yang dinamakan Bandara Husein Sasteranegara . Menurut pak taksi, airport bandung ini kecil je. Asalnya adalah airport tentera udara di Bandung.

 
Di airport Bandung, sila beli kupon di kaunter untuk dapatkan perkhidmatan teksi. Kadar tambang bergantung kepada destinasi. Contohnya, hotel kami terletak di Jalan Kebonjati. Kadar tambang adalah IDR45,000 /taxi. Jarak lebih kurang 5km. Memang tak jauh tapi trafik jammed di Bandung masya Allahh…syukur lagi aku duduk kat KL. Ketua rombongan kami lupa nak contact pihak hotel untuk arrange pengangkutan dari airport ke hotel. Kalau tidak, jimat 45k rupiah. Boleh buat beli bolu bakar yang sedap!! *drooling*
 

Next post, kita sambung cerita k.. WELCOME TO BANDUNG!
Adios!!


With love from Gino Feruci,
aurikel

 

 

 

July 29, 2013

Backpack to Hatyai Part 3



5 perkara wajib buat di Hatyai


1.      Makan. Terdapat banyak makanan & minuman yang sedap-sedap dan halal yang boleh kita cuba di Hatyai. Antara yang paling popular ialah pulut mangga/durian,  tomyam (menu wajib), sarang burung, somtam (sejenis kerabu), udang galah sebesar lengan dan banyak lagi. Kebanyakan makanan-makanan ini boleh didapati daripada gerai-gerai (hawker stall) di sekitar hadapan Lee Garden Plaza Hotel.


Semasa di Hatyai, ada satu gerai minuman yang jadi favourite aku setiap malam. Gerai ini menjual pelbagai jenis minuman seperti lai chi kang, teh tarik,dsb.. Air kegemaran aku ialah sarang burung dan barli panas. Memang sedap.

 








2.      Urutan thai (Thai massage). Kadar cas urutan di Hatyai sangatlah murah. Serius murah. Kebiasaannya sekitar 200-300 bhat sahaja. Terdapat banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat urutan kaki dan badan. Pekerja-pekerjanya juga sangat peramah dan mudah mesra.

Selepas seharian berjalan ke sana ke sini, bila dapat urut kaki memang best. Bagi yang tak biasa berurut memang rasa sakit mula-mula.Tapi lepas tue rasa bestnyaaaa………ringannya badan & kaki. Esok boleh sambung jalan-jalan dan shopping lagi. Yaahuuu..

 

3.      Menaiki tuk-tuk. Tuk-tuk adalah sejenis pengangkutan utama dan terkenal di Hatyai. Tuk tuk digunakan bagi perjalanan jarak dekat di sekitar Bandar Hatyai.  Aku berpeluang menaiki tuk-tuk dari hotel ke Khlong Hae Floating Market dan bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai. Tuk-tuk yang kami naiki ini telah diubahsuai sedikit dan dilengkapi dengan sistem audio yang memang woowwwwww!! Siap boleh karaoke sepanjang jalan.

 
 


4.       Shopping. Kalau datang Hatyai tapi tak membeli apa-apa memang tak sah. Hatyai boleh dipanggil syurga shopping dan menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, aksesori hinggalah ke makanan. Beberapa tempat tumpuan shopping bagi pelancong ialah seperti di Santisuk Market, Kim Yong Market, Pasar Besar Hatyai, Pink Lady dan pasar malam.  

Barang-barang di Hatyai memang murah dan banyak pilihan. (Jika korang tak kisah pasal jenama).  Memang rambang mata lah kalau menjejakkan kaki ke pasar malam mahupun tempat-tempat shopping di Hatyai. Aku berjaya membeli sehelai cardigan dengan harga 100Tbhat sahaja. Kalau bukan sebab duit yang ku bawa terhad, haruslah aku dah borong 5-6 helai cardigan.  Jeans pun banyak pilihan dan murah. Aku tak beli sebab malas nak fitting.

 




5.      Lawatan ke Klonghae Floating Market (pasar terapung Klonghae). Floating market ni adalah tempat wajib dikunjungi. Uniknya di sini ialah terdapat ramai peniaga yang berdagang/berjualan dari dalam perahu. Ada lebih dari 20 perahu yang menawarkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak.

Kebanyakan peniaga ini pula rata-rata adalah muslim. Kebanyakan makanan dan minuman di sini jual dengan harga 20-30 Tbhat sahaja. Antara juadah yang menarik ialah air minuman dan ais krim di jual dalam bekas tanah liat dengan pelbagai rupa bentuk. Bekasnya boleh dibawa pulang dan dibuat hiasan.






 
Kalau inginkan kelainan, cubalah lepak di depan Lee Garden Plaza Hotel pada waktu malam. Tak payah jalan jauh-jauh.  Memang meriah. Korang boleh makan, minum, shopping, massage dan cuci mata sambil tengok gelagat manusia. Korang akan jumpa ramai pelancong yang kebanyakkannya ialah orang Malaysia.


Dalam satu hari, penjaja-penjaja di hadapan Lee Gardens Plaza Hotel akan bertukar ganti. Waktu pagi, petang dan malam kita akan lihat penjaja yang berbeza di tempat yang sama.



Satu perkara menarik tentang penjaja di hadapan Lee Garden Plaza Hotel ialah sifat bertanggungkawab mereka menjaga kebersihan gerai dan persekitaran mereka. 

Tamat waktu jualan, mereka akan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang. Mereka tidak bersifat pentingkan diri kerana mereka sedar tapak menjaja turut dikongsi dan diguna bersama oleh penjaja lain pada waktu yang berbeza.

Adios.....

Best regards,
aurikel


 

 

January 26, 2012

Cuti - cuti @ Melaka Part4 - A Famosa Resort

...

xoxo
...

Salam. Happy Thursday! Kejap je dah hari Khamis. Minggu depan dah masuk bulan Februari. Life goes on. Lets move forward!

Nak sambung cerita pasal cuti-cuti Melaka. Kali nie nak fokus kepada tempat penginapan. Memandangkan jiwa kacau yang melanda diri, aku pilih nak tinggal dekat tempat yang tak bising, aman damai dan tenang. So, aku pilih untuk sewa banglow di A Famosa Resort.

Banglo nie boleh memuatkan 8-10 orang. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, dapur dan juga ruang memasak. Yang buat lagi best ialah banglo nie ada kolam renang. Sesuai sangatlah untuk aktiviti sekeluarga. Pagi-pagi bangunan sarapan tepi kolam lepas tue boleh terus terjun tiruk dalam kolam tue.

welcome

 Ruang tempat letak kereta

 morning view

 Laluan 

 Tempat bersantai

 sudut berbeza

 Bahagian tepi rumah

 Bahagian belakang (a)

 bahagian belakang (b)

 Bahagian belakang (c)

 Lighting

 Pemandangan dari dalam rumah

 Pemandangan dari dalam

Banglo yang dipanggil Villa D Faro nie lengkap dengan kemudahan asas seperti TV, sofa, meja makan dan peralatan dapur. Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin. Best kan??

Tapi kena bawak kad astro sendiri tau

Sofa nie aku nak komplen sikit. Sofa dia dah koyak sket la.
Sofa dia memang dah season dan patut tukar baru.

 Meja makan

 microwave

 electrical kettle

 peti ais

ruangan memasak. 
periuk, kuali, sudip..macam2 ada la..


Dari segi kebersihan pula, boleh dikatakan sangat memuaskan. Ketika kami sampai bilik tidur rapi dan kemas. Tandas pun bersih. Cuma di sini tidak disediakan tuala dan toiletries. So, kalau nak tidur sini jangan lupa bawa tuala sendiri k. Berus gigi sekali tau!

 tandas

 boleh mandi air panas lagi

tandas sederhana besar

Meh layan gambar-gambar bilik tidur pulak. Kebanyakan gambar nie diambil sebelum kami nak balik. Jadi faham-faham lah kalau nampak gambar bilik yang macam kapal karam tue sebabnya kenapa. hehehe






*gambar lagi dua bilik aku lupa nak snap.. hehe *

Kadar sewa Villa D Faro nie ialah RM600 semalam. Kalau ada yang berhajat nak barbeku, sila inform in charge person. Mereka akan bantu set up tempat barbeku. Tapi makanan kena sediakan dan bakar sendiri la.

Kalau nak buat reunion bagi mereka yang dah bekeluarga tue aku rasa tempat nie sesuai. Tempatnya tenang jer. Angin sepoi-sepoi bahasa. Kat area sini ada kawalan keselamatan dekat pintu masuk kawasan Villa.

Villa nie terletak dalam A Famosa Resort, Melaka. So, bagi sesiapa yang nak bercuti kat sini.. boleh ambil kesempatan untuk pergi A Famosa Water World pada waktu pagi. Tengah hari boleh jalan-jalan tengok binatang dan jugak animal show di Animal Safari. Malam pulak boleh bersukaria di Cowboy Town.

Lokasi: Villa D Faro, A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. 


Related Posts with Thumbnails