Pages

Ads 468x60px

.

Labels

May 26, 2011

|JJCM| Penang Asam House EP.2

...
xoxo
...

Hoyeeehh..keje pagi nie dah siap. Nak standby untuk DOSH inspection petang nanti je. Meh, sambung balik cerita kami berlapan makan di Penang Asam House, The Summit USJ. 

Oleh kerana masih terasa kesedapan Roasted Honey Fish Steak Spaghetti yang aku makan dulu, so aku pun order menu yang sama. Air pulak air jus tembikai .

 Roasted Honey Fish Steak Spaghetti

 jus tembikai


Along order Chicken cheese bake rice dengan ribena apple. Ayu and Aten share Vietnam Cheese bake rice dan dragon fruit ice blended. Amy gedik lak order mee special. Mira order mee hokkien & love letter choc ice blended. 

Meh cuci mata layan gambar-gambar makanan..hehehe

Vietnam Cheese Bake Rice - one word: AWESOME
one of the MUST TRY

Dragon fruit ice blended - 1st time rasa tapi memang sedapla wehh.. 
Dia memang blend dari buah naga.Masing terngiang-ngiang bunyik blender kat situ.

Mee Special

Love letter choc ice blended


 Ribena apple - yang ni pun sedap. will be my favourite nie

 banyak sangat pilihan makanan

don't worry sini HALAL 

Gambar makanan yang takde tue makno ea dah selamat masuk dalam esofagus la tue. hehehe Persekitaran sini okay. Selesa dan bersih. Servis pun cepat dan memuaskan. Harga affordable, tak murah giler tapi tak jugak mahal. Standard harga area Subang la. Kalau 5 bintang, boleh bagi 4 bintang la. 

Lokasi: Restoran Penang Asam House,
            LG, 23B & LG 76C, 
            Summit Subang USJ 1, 
            47600 Subang, Selangor, Malaysia. 
            (Sebelah Giant) 
 
 


|JJCM| Penang Asam House EP.1

...
xoxo
...

Hoyeaaahh..Dah tengok Nur Kasih The Movie?? Hape?? Takde tiket? Tiket sold out?? Tiket ada tapi cuma tinggal seat row paling depan??? Iskh..iskh..iskkhhhh.. kesiannn... 

Haa?? Apa dia?? Korang tak kisah? Tak minat pun tengok Remy Ishak yang kadang-kadang baru perasan tak hensem pun?? Suka hati jantung pisang korang la wehhh.. Ado den kesah? (tiru ayat trademark cik admin opis ku).

Sabtu lepas, seperti biasalah boleh buat plan on the spot. Pagi-pagi buta boleh terbayang-bayang bau pop corn. Bila dah terbau pop corn, haruslah keinginan nak tengok movie pun datang menjelma. Secepat kilat aku pun roger kaki-kaki wayang a.k.a my cousins yang sedang lena beradu kat rumah. Aku keje korang sedap tidur yerr..taulah tengah cuti semester.

Tapi ampehlah diorang nie..kejap confirm kejap tak confirm. Dah la SMS lamba reply, call pun lambat jawab. Aku kacau korang punya tidur yerr.. aahhh tak kira. Nak kacau gak. 

Sudahnya dah kul11am baru confirm berapa orang yang nak pergi. Bila nak beli online tiket Pirate of the Carribean Stranger Tide kebanyakan cinema dah sold out. Kalau ada pun seat row depan or tepi-tepi. Wajiblah tak nak kann..tak kuasa nak siksa tengkuk..

Yang ada seat tengah available cuma cerita Nur Kasih. Layan gak lahh.. Nak gak tengok cerita yang orang kata sedih sangat tue.. Sampai ada orang kata kena bawak tisu. Kami tengok Nur Kasih dekat Summit sebab murah sikit. Murah tak murah pun seploh hengget gak. Cerita baru la katakannn.. Nasib baik gak ada 7 seat sederet kat bahagian tengah. Kalau kat stadium kira seat VIP la...

Review Nur Kasih The Movie?? Malaslah nak buat.. hahahaha Lepas tengok Nur Amina, Aidil & Adam sampai diorang tua, kami pun menjamu selera kat  Penang Asam House. Taddaa..nie kali kedua aku makan kat sini.

Hmm..panjang lak mukadimah kan..padahal nak cerita pasal makan kat Penang Asam House. My cousins sibuk nak makan tapi bila tanya nak makan apa, masing-masing tak tau. So, sebagai duta makanan tak rasmi aku pun suggest diorang makan kat Penang Asam House.

Kenapa Penang Asam House?? Sebab kat sini ada pelbagai jenis pilihan makanan ala-carte. Dari Asian ke Western ke Fusion, macam-macam ada. 

Err..jap lagi aku sambung la.. nak kena g buat inspection lak.


May 25, 2011

Showdown 2011: HMC Phlow - Represent & Replicate

...
xoxox
...


Alohaaa... Malam nie jangan lupa Showdown 2011 Live Show kat 8TV. Tengok sape lak tersingkir. Pape hal pun jom layan HMC Phlow last week represent & replicate My Love – Justin Timberlake


Bak kata Maple Lo: "ML : Now HMC, You are really a display of amazing talent for rhythm and dance moves. Because your body language is outstanding and your persona is so, I don’t have a word for it you know. Amazing is an understatement. So great job guys! Outstanding!"

Joe Flizzow lak kata:"Ok, HMC from the past two weeks I’ve been very critical about you guys. I haven’t seen the performance that everyone said was so awesome. But tonight you brought it. So good job."



Layaann..okay.. 





May 23, 2011

Red Velvet Cake - sedapsedapbelaka

...
xoxo
...


Lepas balik dari bercuti, kemalasan nak update blog pun melanda. Ditambah dengan broadband yang sudah melebihi volume quota. Tengah hari tadi lunch popia basah jerr...eh, silap.,ada juga jambu dan tembikai tawar sebungkus. 

Takde selera nak makan. Sebabnya...aku asyik terbayang-bayang red velvet kek dalam peti ais kat rumah. Aiseehhh..rugi pulak tak bawak datang opis. Semalam dah makan 2 slice..sepanjang makan 2 slice tue, mak kata dekat 14 kali aku sebut 'mm...sedapnya...'.



Tapi serius..kek mini red velvet yang aku tempah dari Hana Yori memang sedap. Cream cheese yang memang marbeles...finger licking good I told you. Memang kena lah dengan selera tekak aku nie.

Kalau minat boleh cari Hana kat sedapsedapbelaka. Selain RV kek, boleh juga tempah fondant kek, cupcakes, chocolate truffles, muffin  etc.





May 9, 2011

Showdown 2011: Secret HMC Phlow

Ahoyyy...nie gara-gara tengok HMC Phlow menari feeling-feeling lagu Secret-One Republic minggu lepas. Kenapa entah dari pagi tadi asyik terngiang-ngiang je lagu nie kat telinga dan minda.

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kind of boring
Need something that i can confess

Till all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no, I've been on the brink, so

[CHORUS]
Tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like were chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news
All the problems we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight to cold?
I don't really like my flow, no, so

[CHORUS]

Got no reason
Got no shame
Got no family
I can blame
Just don't let me disappear
I'ma tell you everything

[CHORUS x2]

All my secrets away (x2)

 Mehh..layannnnnnnnnnnn





Related Posts with Thumbnails