Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Featured Posts

March 11, 2017

Lokan Bakar, Kota Kinabalu (MENU WAJIB CUBA!!)

Ke mana kita kali ini?? 
Masih di Kota Kinabalu!!!! Jom makan LOKAN BAKAR!

Lokan Bakar Kota Kinabalu boleh dikategorikan sebagai menu wajib cuba jika anda ke Kota Kinabalu. Serius sedap.. entah-entah satu talam nie korang boleh habiskan seorang je.. 

Selalunya kalau balik dari Kudat, Kota Belud, Ranau atau ada kerja sekitar kawasan Tuaran, aku mesti akan lalu dan singgah makan Lokan Bakar di sini. 



Dalam gambar - bahagian atas paling kiri ialah kuah cicah untuk lokan bakar 

Biasanya lokan bakar ni disediakan setelah pelanggan memesan dan memilih saiz lokan. Kemudian barulah penjual akan membakar dan menghidangkan nya panas-panas.

Lokasi tempat terletak di Jalan Sulaman, Kg Salut.. boleh gunakan google maps atau waze dengan kata kunci Lokan Bakar Salut.


with love from Kota Kinabalu, 


aurikel xoxo



December 18, 2016

Kopi Tenom

Ke mana kita kali ini?? 
Masih di Kota Kinabalu!!!! Jom minum Kopi Tenom!

Semasa menginap di Hotel Puri36 tempoh hari, aku telah dihidangkan dengan kopi tenom ketika sarapan pagi dan makan malam. Kopi tenom merupakan kopi keluaran tempatan dari Daerah Tenom di Sabah. Baunya wangi dan agak pekat. Senang cakap macam kopi kampung. Sedap dan kaw! 

Minum kopi tenom dengan sedikit gula tanpa susu memang sesuai untuk memulakan hari yang bakal sibuk. Bagi tenaga gituuuu....!

Kopi Tenom
Kopi Tenom ini boleh dinikmati dikebanyakan kedai makan/ restauran di Sabah. Produk kopi ini juga boleh dibeli kedai-kedai dan juga di lapangan terbang Kota Kinabalu. 

Bagi yang berminat nak  tahu lebih lanjut tentang kopi tenom, boleh lah melawat kilang kopi Fatt Choi atau kilang kopi Yit Foh di Daerah Tenom. 

So, macam mana nak order kopi macam Sabahan?? Check it out!!!


Kopi O = Kopi + gula (panas)
Kopi O peng = Kopi + gula (sejuk)
Kopi O kosong = Kopi tanpa gula (panas)
Kopi O kosong peng = Kopi tanpa gula (sejuk)
Kopi = Kopi  + susu pekat  (panas)
Kopi peng – Kopi  + susu pekat (sejuk)
Kopi ‘c’ = Kopi  + susu cair  + gula (panas)
Kopi ‘c’ kosong = Kopi  + susu cair  (panas)

Kopi ‘c’ peng = Kopi + susucair  + gula (sejuk)



#coffee_connoisseur
#coffee_lover
#kopitenom




with love from Kota Kinabalu, 
aurikel xoxo




EMINENT HOTEL, KOTA KINABALU

Ke mana kita kali ini?? 
Kota Kinabalu!!!!

Ke Sabah lagi kita?? Iyalah..tapi kali ini kita menginap di Eminent Hotel. Hotel ini terletak di Kepayan Point, di laluan Jalan Pintas Penampang at Kota Kinabalu. Lokasinya tidak jauh dari lapangan terbang Kota Kinabalu, sekitar 10 minit perjalanan.  

Hotel ini masih baru dan dikategorikan sebagai bajet hotel. Namun, keadaan bilik sangat memuaskan hati. Bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti Air conditioner, 32″ LCD television with selected satellite channels (Astro), Tea & coffee making facilities, Basic toiletries (soap, shampoo, toothbrush sets & bath towels), Hairdryer, Iron & ironing board. 

Kesimpulan berdasarkan 2 malam di sini: 

1. Bilik - Selesa, agak luas dan bersih. 
2. Bilik air - good shower and clean. Toiletries provided including tooth brush. 
3. Katil - bersih & selesa. 
4. Arah kiblat - ada
5. Tea & coffe making facilities - ada & berfungsi.
6. TV channel - basic TV1, TV2, T3, FOX, DISCOVERY, ASTRO RIA etc 
7. Light - too dim.. nak iron baju jenuh nak check licin ke tak.. huhuhu
8. Location - Berdekatan kedai 24jam Orange.  
9. Breakfast -no breakfast provided. 
10. Check in - check out - okay. fast. 
11. Swimming pool - tiada
12. Internet connection - Free wifi. available in room
13. Harga -Harga sedikit mahal sikit walaupun bajet hotel. . RM118/nite (standard room).


comfy bed but pillow is too soft

ironing facilities

shower best 

shower gel bau best
 Aurikel score rating: 3.5 /5.0


Related Posts with Thumbnails