Oh alangkah!
Nafas masih
dihela sambil tangannya laju menyidai baju yang penuh sebakul itu. Sudah lima
minit azan maghrib berkumandang, tapi ada bisikan yang memujuknya,
“Sebentar,
sebentar,”
Lalu yang
kononnya sebentar itu biasanya melewati sehingga satu jam. Mahu mencuci dapur
pula,oh sedikit lagi ruang tamu perlu disapu.
“Allah,
astaghfirullah, lewat,lewat,” terkadang keluar juga rasa sesal itu namun untuk
waktu solat yang berikutnya diulangi lagi kejadian yang sama.
Oh,alangkah
buruknya sikap makhluk yang bernama hamba itu.
Bengap sangatkah
untuk dia mengerti bahawa setiap nafasnya yang terhela, setiap pergerakan sendi
dan jari, mata yang melihat, otak yang berfikir dan segala yang dinikmati saat
itu hanya pinjaman..!
Dan saat
Pemilik pinjaman itu memanggil menghadapNya, dilengah-lengahkan pula.
Alangkah
sombongnya makhluk yang hanya seorang hamba itu!
Dan,
Azan sedang
berkumandang, segera bergegas menyucikan dirimu…
Kau hanya
seorang hamba yang diberi pinjam serba-serbi, maka nikmat apakah lagi yang
ingin kau ingkari jika kau benar hamba yang bersyukur!
Oh,
alangkah! Menjadilah kita hamba yang bersyukur...