Tanah masih
basah,sisa hujan semalam. Meski sewaktu aku berjalan keluar daripada rumah hari sudah pun petang. Jam menunjukkan angka 7.40 petang. Maghrib akan masuk dalam
dua jam lagi sebab itu aku mengambil keputusan untuk ambil angin sebelum berbuka
puasa.
Langit tampak
suram. Seperti masih ada sisa titis hujan yang mengembun pada helai dedaunan. Cuaca di
skrin hp menunjukkan angka 19’c.
Patut pun
sejuk. Mujur sahaja satu-satunya blazer yang ku bawa dari Jordan itu ku sarung sebelum
keluar rumah tadi.
Seperti sudah menjadi rutin
pula aku menyinggah di Aston Park. Lebih-lebih lagi selepas kelmarin setelah
berpusing-pusing sekitar taman tanpa hala, ku temukan satu kawasan besar yang
sangat indah berhampiran rumah agam tinggal (Aston hall) itu.
Sekiranya rumah
itu punya penjaga, pasti dia mampu mengecamku.
Hakikatnya ,
tiada yang menarik di situ melainkan kerna aku sangat mencintai alam semula
jadi. Bunga-bunga yang pelbagai warna dan rupa berjaya menambah tarikan untuk
aku sering datang ke situ. Sebenarnya yang dicari adalah sebuah ketenteraman.
Sejak menyinggah
di Hyde Park, London awal tahun lalu, seakan aku terus merindu pada
tempat-tempat sebegitu.
Dua tahun
tidak pulang ke tanah air buat aku tercari-cari tempat untuk melepaskan resah
dan keserabutan hidup. Nyata, yang ku temui Cuma Masjid di Mazar yang menempatkan maqam tiga orang sahabat Nabi s.a.w yang syahid di Mu’tah.
Dan sudah
pasti bukan uruf masyarakat arab khususnya di Jordan untuk orang perempuan
berlama-lamaan di Masjid. Sebab itu sanggup aku membayar 50 qurusy (RM2.50)
untuk tambang pergi balik ke masjid tersebut, sedangkan rumahku sendiri
benar-benar berhadapan dengan masjid. Masjid yang tidak mesra wanita.
Tahun pertama
di Jordan, awal-awal lagi telah aku tanyakan pada senior,
“Kalau
korang stress, korang pergi mana? Sini ada sungai? Laut? Ha3, atau taman-taman?”
aku tanya soalan yang macam aku dah agak jawapannya.
“Takda. Nak
pergi laut kena pergi laut mati atau laut merah (aqabah).. Biasanya pergi mazar
ja” jawab senior tersebut sambil tersenyum.
Atau boleh
jadi dia jarang stress macam aku. Tapi sampai bilakan? Ada tak penawarnya..
Apa takdanya,
setiap penyakit ada penawarnya dan stress tu jadi, sebab ada something wrong kau
dengan Tuhan,Ok? Jelas?
Ok, fine. Aku
setuju yang itu.
Alhamdulillah
aku berjaya juga grad di negara yang tiada tempat sesuai untuk aku ‘release
tension’.
Beb, kau
ada masa nak tension-tension, stress-stress bagai, tu ha jiran sebelah apa cer?
Bom sana-sini.
Ada kau kisah?- sengih sambil istighfar, Astaghfirullah hal ‘azim.
Seperkara yang
aku belajar, istighfar mampu jadi wasilah untuk kau rawat hati dan tenangkan
diri dalam apa jua situasi.
Sedar tak
sedar, sudah lebih 30 minit berjalan. Cuma ada masa lebih kurang 30 minit lagi
untuk pulang kerana maghrib hampir tiba.
Jam 9
petang masih awal bagiku. Maghrib masuk jam 9.35. Kalau di Malaysia, pasti ummi
akan menyuruh kami adik beradik perempuan duduk di dapur membaca doa dan
surah-surah tertentu sementara menunggu waktu maghrib yang hampir tiba.
Ada sebak
yang menerjah. In shaa Allah aku akan pulang ke Malaysia 30 ogos nanti. Maka ia
melengkapkan dua tahun aku tidak dapat menatap wajah abah, ummi dan yang lain
secara live. Ah ,skype pun tidak.
Biar Tuhan
gantikan kesakitan rindu itu dengan sesuatu yang lebih baik.
Hampir sahaja
ke lorong menuju ke rumah sewa angah (kakak aku), aku mengambil keputusan
menambah jalan ke lorong sebelah.
Selepas melalui
sebuah masjid kecil dan sebuah rumah yang menjadi pusat kepada penduduk muslim di situ
aku mulai masuk ke lorong kedua.
Majoriti penduduk
di kawasan itu adalah muslim. Bukan muslim eropah. Sengaja aku maklum awal
supaya tiada salah tanggap terhadap muslim eropah.
Sebab? Sebab
bukan mereka yang tinggal di situ tetapi non-europe Muslim. Ha3. Aku tak tahu
bagaimana perihal kehidupan muslim eropah yang sebenar sebab tak pernah melihat
keadaan mereka secara realiti.
Di sini lebih
teruk persekitarannya berbanding Whitechapel yang aku lihat awal tahun lepas. Pun di situ majority
muslim, but I’m not sure muslim di situ lebih banyak daripada di Aston tempat
aku menumpang, atau bagaimana.
Tapi sampah
yang bersepah-sepah buat aku teringat pada tempat yang aku rindui.
Oh, bukan,
bukan sampahnya yang aku rindukan. Tetapi suasana dan orang-orang di sana. Macam
itu jugalah keadaannya di Jordan. Jalan depan rumah kemain bersepah, dalam
rumah masha' Allah cantik bangeeet. Rumah keluarga maksud aku, sebab tak pernah masuk rumah
bujang.
Atau sebenarnya
muslim(actually bukan penduduk asal UK) di sini dan di Jordan berpegang teguh
pada ayat,
DON’T JUDGE
A BOOK BY IT’S COVER…??
Atau persoalan
aku untuk aku khususnya dan untuk mereka umumnya (kau juga termasuk sekiranya
kau adalah muslim), cukupkah kita memiliki hati yang baik, suci and so on tapi
kita mempamerkan luaran yang buruk. . .?
Macam, kita
tak tutup aurat, lepastu kita claim, yang walaupun kita tak tutup aurat, tapi
hati kita baik.. macam tu ka?
Isu klise?
Tak, pasal
tudung semua-semua tu cuma analogi dari aku yang selalu orang guna untuk
selamatkan diri.
Bukankah Islam
itu indah luar dan dalamnya..?
Aku tidak
memperjuangkan yang kita mesti mempamerkan luaran yang baik tanpa memiliki
dalaman yang baik dan yang sejahtera.
Allah knows
everything.
وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
“And
Allah knoweth that which ye keep hidden and that which ye proclaim.” (Quran 16
:19)
Jadi untuk apa kita baik dalam, tapi tak mampu pamer yang
terbaik sama sahaja kita pamer yang baik, tapi dalaman yang rosak.
Kalau kita kisah dengan pandangan Allah sebagai pandangan
utama, kita akan jaga dua-dua.
Bukankah akar yang baik menghasilkan buah dan bunga yang
baik..?
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (24) تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25) وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ (26)
“Have you not considered how Allah presents an example, [making]
a good word like a good tree, whose root is firmly fixed and its branches
[high] in the sky?
It produces its fruit all the time, by permission of its
Lord. And Allah presents examples for the people that perhaps they will be
reminded.” (Quran 14 : 24-25)
Semoga aku mampu mememiliki dalaman dan luaran yang
sejahtera.
Allahhumma ameen.
Jom jadi baik sama-sama! :)
p/s: selamat memburu malam Al-qadar.
-Ana Imtiyaz-
7 Julai 2015,
20 Ramadhan 1436h,
Aston, Birm, UK.