salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, July 28, 2012

Oh my Ramadhan!



Panas!
Allah...panas...

Bagai tiada ruang untuk berlindung.
Itu sahaja jalan yang biasa dilalui.
Lebih jimat.

Nak selesa? Bayar lebih sketla brader..
Naik teksi hari-hari sampai depan kelas.
Adoyai, tak mencabar lansung.

Dah tu,bakpe nak mengeluh lagi?
Tau dak kat padang mahsyar nanti, lagi banyak peluh yang akan membanjiri dan silap bulan boleh terbakar gamaknya dek suhu matahari yang cuma sejengkal dari kepala!

Tersedar kejap.



Tapi, kan bulan Ramadhan dah dekat..
macam mana nak puasa macam ni..mampu ke?
Dengan jalan kat mansurah ni yang jammed hari-hari.
Terperuk dalam van yang padat dengan penumpang.
Berkongsi bahang dan bau peluh yang bisa buat insan yang kekurangan air dalam badan,pitam di tengah keramaian!

Waduh2, tak tergambar rasanya.
Ini Ramadhan pertama saya di perantauan.

Kan haritu member-member ada pesan, Mesir tu lagi panas dari jordan.
Ape kejadahnya habiskan cuti musim panas kat sana..??

Saya tersengih je.
Saya datang mesir ni semata-mata untuk jalan-jalan je ke?
Aduhai...sangat rugilah saya jika itu niat utama saya ke Mesir ni.

 “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” 
– Surah AlBaqarah : Ayat 214

Alhamdulillah..
Anda tahu sekarang ni dah berapa ramadhan?
Ya, dah masuk ramadhan yang kesembilan.
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum masuk fasa kedua bulan ramadhan.

Panas?
Terik?
Bahang?

Ya,benar.
Dari jam 10pagi sehingga 3petang, adalah waktu-waktu kemuncak matahari bersiar-siar di awanan.

Tapi,Alhamdulillah, Allah hantarkan angin sepoi-sepoi lughah sebagai penghawa dingin di tengah-tengah kepanasan itu.

“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari – Muslim)


Biarkan kepanasan itu menerjah,
Biarkan bahang itu menyengat,
lalu yang terhasil adalah keringat-keringat yang sangat meletihkan..

Usah berkeluh kesah,
Usah mendesah resah,
Kuda-kuda di medan badar terus gagah berlari,
Mujahid-mujahid badar terus gagah beraksi...

Sedang dalam kepanasan itu,
Ramadhan menjadi tamu...
Sedang dalam kebahangan itu,
Seteru datang mengganggu..

Maka,
usah lagi ada keluh penat dek panas yang memayungi bumi..
Usah lagi ada desah-desah gelisah dek penat yang membaluti diri..

Tuhan hantarkah kita ke bumi bukan untuk menjadi si lemah,
tapi sebagai khalifah!

Fikir dan lihatlah dengan iman dan basirah..!