salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, May 27, 2012

Bila kecelaruan identiti menghantui..

"Sedari, ada satu paper lagi berbaki, mengapa masih mempunyai ruang di sini..?"

Ha,kan dah tegur.
Eh,biasa jela. Saya suka ditegur oleh jiwa saya sebegitu.

Sesekali saya menghadap blog yang kelihatan sedikit bersawang tidak mengapa kan..? ^_^

Sengaja saya cuba memaksa diri untuk menulis meskipun masa sangat mencemburui saya..!

Sejak lebih kurang dua minggu lalu, isu irsyad manji menjadi post-post utama di wall rakan-rakan saya di FB. Sebagai seorang pelajar yang sedang berada dalam fatrah* peperiksaan, saya hanya mampu mengintai irsyad manji di celahan masa yang ada.

Dengan maklumat yang sedikit saya perolehi,saya melihat kehadiran irsyad manji ke tanah air terchenta sebagai suatu perkara yang merunsingkan. Dengan keadaan Malaysia yang semakin hari, semakin haru, buat saya bertambah bimbang.

Namun,setelah hari-hari yang berlalu Allah mengizinkan saya untuk melihat irsyad manji dari sudut yang lebih luas.

Islam itu tidak sempit bukan?  ^^,

Bagaimana kita ingin mengenali  dan  bagaimana kita dapat menghayati kehidupan yang mematangkan seseorang individu tersebut?

Pasti dengan salah satu caranya,kita membaca sejarah hidup seseorang dan cuba berjalan masuk ke dalam sejarah itu.

Saya belum mula membaca koleksi penulisan irsyad manji yang baru saya perolehi. Sebaik usai peperiksaan untuk subjek terakhir saya bagi sem ini, saya akan memulakan pembacaan dan pengkajian berkaitan dengan pemikiran beliau, bi iznillah.

Mungkin irsyad manji mengenali ISLAM dari sudut yang muslim kebiasaan tidak nampak. Mengapa? Sebab cara kita membesar dan dididik dengan ISLAM kebiasaannya berbeza.

Ok,tidak mengapa. Saya perlu meneruskan perjuangan saya untuk satu lagi subjek yang berbaki pada esok hari.

Cuma persoalan yang sedang berlegar-legar di minda asing saya selaku seorang muslim yang lahir di MALAYSIA ialah,

"Maka, apakah pula motif himpunan sejuta belia 2012 yang diadakan di Putrajaya sejak 25MEI lalu.?"

Maaf tuan puan, saya tidak nampak kepentingan Himpunan Belia ini kepada golongan belia jika yang memenuhi ruang tentatif Himpunan Belia itu 80 peratus daripadanya adalah hiburan semata-mata.

Ah, hatta, meski cuma 30 atau 20 peratus hiburan sahaja yang memenufi tentatif himpunan ini sekalipun, tetap saya kisah jika hiburan yang dimasukkan adalah hiburan yang lansung tidak sesuai dengan imej "negara islam" dan program yang dihadiri oleh majoriti belia yang bergama ISLAM.

Tolonglah. Bersihkan minda rakyat dari penjajahan kuffar.
Mereka menguasai minda kita dan kita terus dikuasai.

Mengapa tidak diBERSIHkan program-program seperti ini?
Dan mengapa pula ingin terhegah-hegeh memBERSIHkan program yang telah sedia BERSIH?

Mohon sangat-sangat pada pihak yang berkenaan terutamanya Pihak Kerajaan Malaysia yang katanya memiliki kuasa MUTLAK untuk membersihkan program-program seperti Himpunan Belia 2012 ini dari anasir-anasir negatif yang merosakkan akhlak rakyat malaysia sendiri.

Tolonglah. Saya sayangkan tanah air saya. Cukuplah sejarah bercerita tentang tanah melayu yang hampir dijual pada Barat suatu ketika dahulu.

Mengapa harus diulangi sejarah lama yang memeritkan dengan menjual minda rakyat dengan anasir-anasir negatif yang akhirnya kan meruntuhkan agama dan akhlak rakyat itu sendiri..??

* Meskipun subjek Sejarah banyak menipu pelajar-pelajarnya kerana fakta yang direka-reka, tetapi sejarah yang sebenar itu harus diambil sebagai iktibar dan pedoman buat Kerajaan dan masyarakat Malaysia pada hari ini.

p/s: Ayuh BERSIHkan Malaysia dari penjajahan minda yang merosakkan akhlak dan agama..!!


Wednesday, May 16, 2012

Guru atau pendidik..??



 
"Ata' Ullah puasa hari ni..?" Ata' Ullah sekadar menjawab dengan anggukan apabila ditanya ummi dengan soalan sedemikian.
----------------------

"Andak tak puasa..? Kan hari isnin dan khamis sunat puasa..??" pernah ditegur oleh adik yang masih berusia bawah 12 tahun.
---------------------
"Andak ni sabarlah sket. Tak nampak ke amilah tengah buat apa ni..?"
----------------------
Andak ni bisinglah,orang nak mengaji..,"selamba Amru yang baru berusia 7 tahun itu menegur.
---------------------
"Bukan ke lagi banyak pahala kalau kita solat berjemaah kat surau..?" santai seorang teman mengajak saya ke surau apabila melihat saya rajin solat berseorangan di bili. Almaklumlah,saya bukan budak usrah.
---------------------
" 'Abid, bangun, nak puasa tak..? Kalau nak niat puasa ganti,kena bangun sekarang,".
--------------------
" Dah lama tak qiyam sama2 kan. Jom esok kita buat ihya' ullail.." seorang teman mengajak saya yang sedang leka menghadap buku-buku tebal saat itu.
--------------------
" Dah lama kita tak buat muhasabahkan. Sepatutnya ukhuwah yang dah lama terjalin ni,kena selalu dimuhasabah.." satu mesej telah dihantar kepada saya dan teman-teman yang lain.
---------------------
" Andak,minum duduk la.." aiseymen budak kecik ni,orang nak cepatla.
--------------------
" andak ni,asyik nangis je. Andak kan dah besar. Amilah pun dah tak nangis macam andak," rilek je saya ditegur oleh adik kecil yang tak berapa faham tentang kehidupan.
-----------------------------------
Apa pun yang ditegur,siapa pun yang menegur, itu adalah wasilah dari Allah untuk kita memperbaiki diri.


Percayalah, yang menegur, yang memberi nasihat itu sebenarnya sedang memimpin kita untuk menjadi lebih baik.

Guru saya bukan cuma di sekolah rendah atau menengah. Bukan jua hanya di Kampus lama, atau di kampus baru. Tapi guru-guru saya, adalah orang-orang yang pernah memberi tunjuk ajar pada saya sepanjang kehidupan ini. Yang selalu mengingatkan saya saat saya tersilap dan tersalah.



Selamat Hari Guru buat semua yang sudi mendidik dan memberi tunjuk ajar pada saya sepanjang usia yang semakin dimamah tua ini.



Guru bukanlah semata-mata yang mengajar kita di dalam kelas, bukan juga yang semata-mata mengharap wang sebagai balas.


Tapi hakikatnya seorang guru itu, perlu mendidik luar dan dalam pelajar-pelajarnya.
Bukan semata menyuap a,b,c atau alif, ba, dan ta'.

Ajar dan didiklah insan mengenal agama dan TUhan, semoga ada hati-hati yang terdidik dan terajar.


عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) 


p/s:bukan subjek pendidikan Islam sahaja yang mengajar erti ketuhanan, malah sains, matematik, geografi pun mampu untuk memberi kefahaman tentang itu.

Yang penting,ikhlas dalam menyampaikan supaya tidak ada ilmu yang palsu yang disampaikan. Supaya tidak ada pelajar yang merasa tertipu dengan sekolah kehidupan.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik rohani dan mental..!!

JAzakumullahhu khairal jaza'.

Monday, May 7, 2012

Mahu Segagah NABI dan setabah UMMI...!!


Belajar erti sebuah ketabahan dari sebuah kerinduan yang adakalanya menyeksakan.

Bukankah rindu itu bisa buat kita bahagia..??
Lalu mengapa merasa terseksa saat rindu itu menerjah hati dan fikiran,
dan menjadikan hati sangat...
sangat....
sangat....!!!!!
RINDU..pada ummi.. =,='
Sangat RINDu..!! Hasbiyallahhu wani'mal wakil..

Bagaimana mahu jadi setabah ummi..??
Siapa kata sebagai seorang anak saya tidak pernah melihat ummi merasa down dengan taklifat2 nya..?
Ummi adalah seorang isteri.
Ummi adalah seorang ibu kepada 12orang anak.
Ummi adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Ummi adalah seorang guru Alquran.
Dan lain-lain lagi.

Banyakkan taklifat ummi.
Meski dengan kesakitan yang ummi alami, ummi masih kelihatan gagah meneruskan perjuangan dalam menggalas amanah yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada ummi.

Siapa kata saya tak pernah tengok ummi menitiskan air mata..?
Siapa kata saya tak pernah dengar ummi meluah rasa..??

Agak-agak,pernah tak ummi minta untuk kembalikan taklifat tu..?
Agak-agak pernah tak ummi mohon untuk meletakkan jawatan sebagai isteri, ibu, dan yang lain-lain..?
Jika pernah sekali pun,mungkin saat itu ummi diuji.
Tapi hingga kini,ummi masih tabah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang tergalas.

Sebagai salah seorang anaknya,pasti saya pernah melihat dan merasai apa yang ummi cuba sampaikan pada kami.

Ummi bukan orang senang.
Ummi kehilangan mak (nenek saya),sewaktu berusia enam tahun.

Ummi membesar dengan mak tiri (nenek tiri saya), abang dan kakak-kakak yang telah berkahwin.
Dalam usia enam tahun apa yang ummi tahu..?? Ummi benar-benar kekurangan kasih sayang saat itu..

Selama 28tahun ummi menjadi ibu, dan selama 22 tahun ummi membesarkan saya,tiada apa yang saya boleh pertikaikan kehidupan seorang ummi dalam hidup saya.

Mengapa ummi tersangat tabah..?
Bukan ummi tak pernah merasa lemah,
bukan ummi hari2 merasa gagah,
Tapi kenapa ummi sangat tabah..??

Bagaimana saya dapat menghirup semangat ketabahan hidup seorang ummi..??

Dalam kelelahan ini, Allah hantarkan pada saya perasaan rindu pada ummi.
Rindu pada gurau senda ummi.
Rindu pada perlian-perlian ummi.
Rindu pada teguran dan nasihat dari ummi.

Ya Allah,saya mahu tabah macam ummi..
malah saya mahu lebih tabah dari ummi.

Mengapa saya terlalu mudah merasa lemah dengan taklifat-taklifat yang semakin hari semakin bertambah..??

Iman saya compang-campingkan ummi...........................

Masih terngiang-ngiang di kotak ingatan,
"Abidah,bangun kejap,solat dua rakaat. Waktu-waktu macam nilah, suara kita sangat dekat untuk didengari. Bangun-bangun."
Tenang ummi mengejutkan saya bangun untuk bertahajjud.

"Rajin-rajinlah puasa sunat tu,".

"Banyak2kan solat hajat, Allah tu Maha Mendengar,"

"Hari-hari bangun qiyam,"

"kena banyak muhasabah diri.."

"banyak-banyak mengadu pada Allah..."

dan banyaaaaaaaaaaaaaaakkkk lagi respon ummi saat saya cuba meluah perasaan pada beliau sewaktu di kampus lama dahulu.

Mengapa merasa lemah wahai diri..!!
Sila bangkit sekarang..!

Usah mendongak terlalu tinggi sehingga merasa diri terlalu rendah dan tidak bererti.
Tapi mendongaklah sekadarnya sebagai motivasi untuk menjadi lebih baik.

Tolonglah..
Masa semakin singkat.
Mengapa masih ada masa untuk meratap tentang kebodohan dan ketempangan diri..??

Astaghfirullahhal 'azim.

"Ummi,tengok anak ummi ni,perangai pelik sungguh 2-3minggu ni.."

Allah, sampaikan rinduku pada ummi, abah dan ahli keluarga yang lain.

Moga saya juga bisa menjadi setabah ummi dan lebih tabah dari ummi!
Allahhumma ameen.


p/s:  Tolong hantarkan doa untuk saya,agar saya juga setabah Nabi terchenta..!!