Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Apa perasaan orang yang tergamak membuang bayinya...

Aku sedang menyiapkan bahan untuk aku menggoreng mee petang semalam bila kedengaran bising-bising di bahagian depan rumah aku. Sekejap kedengaran suara watik memanggil siti. Sekejap kelihatan kelibat abah tergesa-gesa keluar. Sekejap kedengaran suara usen membebel-bebel entah apa yang dicakapnya.

Hati aku tak ada syak lain bila ada riuh rendah begitu.  Hampir sebulan lalu jiran depan rumah aku rumahnya di masuki perompak.  Siang-siang buta perompak pun berani masuk. Terjerit-jerit bibik dia mengejar sampai ke pagar. Kami yang nampak tidak boleh berbuat apa-apa sebab ia berlaku dengan pantas. Orang sekeliling sempat pandang putih mata saja perompak itu berlalu dengan kereta yang pletnya pun tidak sempat untuk dicatat.

Beberapa hari lalu jiran sebelah tadika pasti di seksyen 4 di belasah kepalanya dengan topi keledar oleh perompak bermotosikal.  Jiran ni baru saja memberhentikan kereta di luar pagar untuk membuka pagar rumahnya. Ini membuat kita berfikir bahawa kita ini sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat walaupun di rumah sendiri.

Kenapa siti?!!!! aku terjerit dari pintu dapur.

Ada kucing kena gelek kereta.  Kucing baru beranak. Anaknya mati. Ibunya dibuang kat tempat bunga depan ni.

Kiranya hal kucing.  Bukan seperti yang aku sangkakan.
Walaupun ia hanya cerita kucing mati yang dilanggar kenderaan, perasaan tetap tersentuh. Aku tidak berani mellihat keadaannya.  Tak sampai hati. Apatah lagi menurut abah kucing itu terberanak disebabkan perutnya terburai semasa kena langgar. Mestilah yang melanggar itu tidak sengaja. Takkanlah dia saja-saja busuk hati nak melanggar kucing yang sedang sarat bawa perut.

Aku menyuruh watik membuat lubang dan menanam bangkai kucing dan anaknya itu.

Mak!.. ada sekor lagi anak kucing ni masih hidup.
Aku melihat usen menjinjing anak kucing yang halus dengan bulu yang masih melekit-lekit. Dia mengambil perangkap tikus dan mengalasnya dengan kertas surat kabar terus memasukkan anak kucing itu di situ sebagai langkah berhati-hati supaya dia tidak dibaham oleh Jordan.

Boleh ke bela anak kucing ni mak, tanya adik.

Jagalah dia dik.  Bagi susu.  Mak dia dah tak ada.

Kan mak cakap dah taknak bela kucing lagi.

Yelah.. tapi ni kan lain.  Ibu dia tak ada. Kalau tak bagi susu nanti dia mati. Kalau biarkan di luar tu nanti kucing besar makan dia. Dia tak boleh hidup sendiri.  Adik belalah.  Bagi susu.  Nanti adik dapat pahala insyaallah.

Aku rasa kucing tu lahir tak cukup bulan. Hati aku sendiri musykil yang dia boleh bertahan.
Malam tadi aku dengar hingar bingar dalam bilik adik. Bila aku pergi siasat, aku lihat anak kucing itu sudah diletakkan di dalam kotak kasut.  Sudah ada selimut. Sudah diberi susu.  Dan bulunya pun sudah tidak melekit-lekit lagi. Bukan adik seorang sahaja yang menjaganya.  Yang lain-lain pun.

Kalau umurnya panjang, hiduplah dia.  Adik dengan yakin mengatakan kucing itu akan hidup.


Cak!!!! kata faris.




ibundo

Wednesday, March 21, 2012

Lawak tak menjadi

Sebenarnya nak buat cerita lawak.  Cerita yang aku menonong jalan kaki balik ke rumah sedangkan kereta aku ada di tempat parking sebelah tadika. Puas staff aku jerit-jerit sambil gelak-gelakkan aku. Aku pun tumpang menyeringai gelakkan diri sendiri.  Pernah dulu sekali berlaku macam tu juga. Tapi masa tu aku dah sampai rumah pun.  Tengok-tengok kereta aku tak ada. Puas juga menyelongkar otak mana perginya kereta tu. Akhirnya baru teringat yang aku ke tadika pagi tu naik kereta. Perihal yang itu staff aku tak tahu.  Jadi tak adalah dapat mereka nak gelakkan aku sampai mata berair.

Tapi tak jadilah aku nak buat cerita lawak. Macam tak ada mood.

Dik.. nak pergi sekolah pukul berapa dik.

emmm... emmmm... nantilah lambat-lambat sikit.

Aku faham gelombang yang bergelora di dada.  Sebab aku juga pernah dipukul gelombang itu.
Tak apalah dik.. Apa pun keputusan yang adik dapat, terimalah dengan hati terbuka sebab adik telah berusaha. Mak doakan adik berjaya.

Kepada anak-anak yang akan mengambil keputusan spm harini, tahniah pada yang berjaya.  Kepada yang kurang berjaya, jadikan ia pedoman untuk membuat yang lebih baik.

ibundo



Friday, February 18, 2011

Makan cekodok seketul belum sempat habis, dah sampai

Praba pergi opis, bergerak dari rumah dia sebelum pukul 6.

Cepatnya.

Dah dia tinggal nun jauh dekat ngan podeksen. Sampai UM sempat dulu minum-minum.




Mat Acim masa keje kat kl dulu dia berulang alik dari melaka je.

Apasal tak cari rumah dekat-dekat sini.

Ntah, dia kata senang lagi duduk melaka. Sebelum subuh dah keluar rumah. Bas yang dia naik tu nanti berhenti kat rest area untuk penumpang bersolat subuh.






Anak aku ni hujung bulan dua ni dah habis chambering. Rezki dia murah sebab 1 mac dah mula kerja di satu law firm di Ampang. Aku kata rezki murah sebab ada orang berbulan-bulan cari kerja dan ada sampai bertahun tak dapat juga kerja yang diidam-idamkan.

Aku repeat ek, kerja kat AMPANG je tapi dah berura-ura nak cari rumah dekat-dekat dengan ampang konon nak dekat dengan tempat kerja. Tempat kerja dekat satu hal tapi kena kira beberapa perkara:
-Duit makan
-Duit sewa
-Duit letrik
-Duit air
-Duit petrol

Kalau duduk kat rumah ni yang jauhnya hanya sepelaung je;
-Makan free
-Tempat tinggal free
-Api air tak payah bayar
-Duit petrol pun kadang-kadang pow mak ngan ayah


Tak paham betullah aku dengan bebudak ni.
Kalau boleh kan, aku nak diorang ni duduk bawak ketiak aku je.  Senang nak aku kepit-kepit.

Friday, October 8, 2010

Pantai

Di tepi pantai yang indah
ku duduk seorang diri
suasana sepi


Teringat aku akan lagu popular zaman pop yehyeh. Siapa yang nyanyikan lagu ini? A. Ramli? Aku masih dalam zaman awal remaja ketika kumpulan gitar rancak tumbuh macam cendawan dan anak-anak muda melalui transisi daripada berseluar besar kepada sesendat pembalut nangka dan berskirt pendek sampai ke pangkal peha.

Pantai

Tetiba juga aku teringat pada deruan ombak dan melodi indahnya setiap kali menyapa pantai. Laisalaha mindunillahikasyifah.... begitulah zikir ombak yang tidak kedengaran oleh telinga kasar manusia.

Ni emak fatimah? Suara di sebelah sana bertanya.

Ya, kenapa?

Anak-anak aku suka bermain di pantai. Dan apabila ada masa terluang dan membenarkan, kami akan bercuti beberapa hari di chalet atau hotel di tepi laut. Bau laut dan lembut pasir memberi ketenangan padaku sementara anak-anak riang gembira bermain air.

Kak, fatimah pitam dan jatuh di depan bilik air. Datang sini ambil dia.

Aku baru saja menghabiskan entri aku tentang singa dan dengan panggilan itu secara otomatis bayangan pantai datang ke ingatan aku,
Oh... not again!!!




Pantai

Sekali lagi aku berada di sini
tanpa deruan ombak
tanpa pepasir putih yang lembut bila dipijak
tanpa bau laut
tanpa kapal berderetan di kaki langit
tanpa burung berterbangan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Pantai
Sekali lagi aku menjadi peneman
di blok D bilik 602


Monday, May 24, 2010

Loyar buruk loyar baru

Salam.

Balik-balik je tadi dia bawa sebotol apeke namanya? air sabun?

Eee.. beli benda tu? Macam budak kecik, main bubbles.

Ala.. biarlah. Tiga ringgit je.

Tiga ringgit ke, lima posen ke, soalnya masih macam budak kecik.

Ala.. takper ar..


Inilah rupa seorang bakal lawyer yang dah nak masuk buat chambering di Rahmah and co. hari rabu ni.


kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...